KEDATANGAN KELABU

Short Story Series 1540

Ayah tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu sebagai sebahagian daripada ahli keluarganya.

________________________________________

Kelabu ditemukan sewaktu kucing tersebut mengikut ayah yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah.Dia memungut Kelabu untuk menjadi teman Oren bermain.

________________________________________

Pada mulanya ayah menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-dua kucing itu.Setelah dia melihat Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering mengambil perhatian,mereka sekeluarga lebih suka akan Kelabu.Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam makin tersisih.

________________________________________

Hari terus berlalu.Kelabu terus menjadi perhatian kerana pada setiap kali ayah pulang ke rumah,Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya mengangkat kepala apabila melihatnya dan tingkah laku Kelabu.

________________________________________

Sejak kedatangan Kelabu juga,Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah makanan dahulu dan setelah selesai,barulah Oren akan makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh Kelabu.Ayah juga tidak pernah melihat mereka bermain bersama-sama apatah lagi bergaduh.Segala tindakan Oren lebih pasif berbanding dengan perilaku Kelabu.

________________________________________

Oren juga bagaikan tetamu yang selalu menjaga sikapnya.Kebersihan dirinya juga terurus.Oren tidak membuang najisnya di dalam rumah.Oren sentiasa ke tandas atau ke longkang jika hendak membuang najisnya.Tabiat Oren seperti kucing yang telah dididik.Berbeza dengan tabiat Kelabu yang sering membuang najisnya di merata tempat,tidak terkecuali di dalam rumah mereka sehingga rimas mereka mengajar Kelabu supaya mengikut cara Oren.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience