Rate

BAB 19 - PINKY PROMISE

Romance Completed 454604

"manis.."

"manis.."

"manis.."

Nama itulah yang dipanggil oleh Raif dari pagi tadi lagi.. Serupa anak kecil mengikut ibunya kesana-kemari.. Raif bagaikan sudah menjadi bayang-bayang kepada Inas.. Sampaikan Inas ke bilik air pun, Raif menunggu di luar..

"manja.. Jom kita jalan di luar rumah nak.. Jalan di belakang rumah.. Mandi sungai ke..?.." cadang Inas..

"manis nak mandi sungai ke?" tanya Raif.

''hmm..tak tahu nak buat apa..kalau manis ajak manja jalan naik kereta.. manja nak ikut tak..?'' cadang Inas..

''kalau kita keluar kita nak kemana..? '' tanya Raif.

''kita ke pekan.. Jalan- jalan dekat shopping komplek...macam orang dating tu.. nak tak?'' tanya Inas.

''manis ajak.. manja dating..?'' tanya Raif.

Cepat-cepat Inas menganggukkan kepalanya..

''tapi manja.. Tak berapa yakin nak berjalan di tempat yang ramai orang....'' balas Raif.

''kan ada Manis! ... Manja tak perlulah hiraukan orang lain semua tu.. Buat saja macam orang lain tu tak wujud.. Kenapa perlu manja nak takut? ..kita kan pergi berdua..'' Inas menyulam jarinya di jari milik Raif..lalu, mengelus lembut disitu..

''okay .. Manja ikut .. Tapi selalunya orang keluar dating ..apa yang mereka buat? '' tanya Raif..menatap muka Inas..

''hmmm...makan..jalan-jalan..tengok wayang..''

''tak ke buang masa?.. buat semua benda tu..kalau nak makan.. boleh makan dirumah..boleh buat delivery terus ke rumah.. Kalau tengok wayang.. Kita boleh tengok di rumah juga..lebih selesa dan privated tak bercampur dengan orang ramai...'' potong Raif.. Membuatkan Inas tercengang dan terus terdiam mati kata..

'alahai.. Dia bagi alasan dengan panjang lebar pulak...'

''hmmm manis nak keee....aa.. Supermarket? ..ya! .. Kita boleh beli barang disitu..cuci mata sikit..'' kata Inas sambil megelip-ngelipkan matanya beberapa kali kepada Raif.

''nak beli apa?''

''boleh mintakan makcik ann belikan untuk manis kan....'' Raif berhenti bercakap bila Inas menarik tangannya lalu bangun.

''tak apalah..kalau manja tak nak ikut..manis pergi sendiri..'' kata Inas melangkah pergi.

''siapa kata yang Manja tak nak?..'' Raif turut bangun sama..berjalan kearah Inas..lalu memaut semula tangan Inas..

''betul nak ikut ni?'' tanya Inas sekali lagi..bibirnya ditarik melebar.

''ya pasti!'' jawap Raif mengangguk kepalanya laju..

Keluarlah mereka dari rumah itu.. Inas memandu kereta bertolak ke pekan.. Mereka masuk ke tempat pakir kereta di sebuah pasaraya besar.

'tak susah pun..naik kereta pun ok..tak lah nampak trauma dia terhadap kereta ke apa..'

''ok kita dah sampai suamiku sayang..'' kata Inas bernada ceria..

''okay..kita nak kemana?'' tanya Raif sambil tangannya sedang membuka tali pinggang keselamatan yang melekat ditubuhnya.

''kita masuk pasaraya dulu nak.? Beli barang sikit..lepas tu jalan-jalan sekitar-sekitar sini.. Makan aiskrim ke...? Manja boleh makan aiskrim ? Nak aiskrim?'' tanya Inas.. Sengaja dia menggoda Raif dengan aiskrim.. Siapa yang mampu menolak godaan aiskrim.

''nak! Manja dah lama tak makan Aiskrim .. Sebab mama tak bagi manja makan..'' kata Raif..

''kenapa?''tanya Inas.

''entah'' jawap Raif mengangkat kedua-dua belah bahunya keatas.

'ni mesti sama kes dengan coklat ni! Tak apa kita tengoklah nanti dia jadi macam mana.. Hyper yang tahap yang macam mana..'

''kalau macam tu jangan bagitahu mama..ni secret kita berdua..antara manja dengan manis..'' boleh kan..

''boleh! Manja janji! ...'' Raif menyuakan jari kelingkingnya.. Inas menarik bibirnya tersenyum..mengangkat tangannya..lalu menyakukkan jari kelingkingnya kepada jari kelingking Raif..

''manis..''

''manis sayang manja..?'' tanya Raif..

''sayang..'' jawap Inas.

''walaupun manja macamni? Manis tak malu? Ada suami macam manja...?'' tanya Raif..jari kelingking mereka masih bertaut..

''manja.. Manis ikhlas dengan manja..sejak manja sah menjadi suami manja.. Kekurangan manja bukannya penyebab manis nak malu ataupun menidakkan takdir.. Mungkin tuhan dah tetapkan manja untuk manis..pasangan yang paling sesuai untuk manis..'' Inas mengambil tangan Raif lalu menciumnya.

'kenapa kau tanya macamni Raif.. Kau tahu tak setiap kali aku ada dengan kau.. Debaran didada ni hanya tuhan saja yang tahu.. Ya! Memang kau tak seperti lelaki yang diluar sana..tapi sifat kau yang macam tu buat aku tertarik...tergoda...arghhhh...takkan aku jatuh cinta..kenapa mudah sekali aku jatuh cinta dengan dia...' inas terasa bibirnya bersentuh dengan sesuatu benda yang lembut..

''no manja!'' inas menolak bahu Raif.. Bibir mereka terjarak semula.

''kenapa?'' tanya Raif..dengan nada kecewa..

'merajuk lagi? '

''kita di tempat awam..tak boleh buat macam tu..'' kata Inas sambil mengelus pipi Raif dengan lembut.

''kalau di rumah boleh?'' tanya Raif. Inas menganggguk..melayankan sahaja Raif..sebelum mood Raif berubah memburuk ..

''buat banyak kali pun boleh?'' tanya Raif lagi.. Inas merenung ke mata Raif yang sedang terpancar cahaya kegembiraan itu.

'hah! Banyak kali? Nampaknya aku dah buat dia jadi taksub dengan ciuman pula..'

''boleh?'' Raif.. Bertanya lagi.

''ya boleh-boleh...'' jawap Inas pasrah.

''yeayyy!! Lepas ni kita boleh ada baby..!'' kata Raif bersorak gembira..

''hah! Apa kaitan baby dengan ciuman ni?'' tanya Inas bingung..

''manja ada baca satu buku tu..'' Raif mula bercerita dengan teruja sekali..

'buku???!' muka Inas bertukar menjadi pelik melihat kepada Raif.

''by kissing! Babies are made!!'' kata Raif.

''apa! Mengarut lah! ... Buku apa yang Raif baca tu..'' kata Inas dengan muka yang merah padam..

''tak betul ke? Buku tu salah..?!'' tanya Raif bingung..

''hmm..entah..mungkin..jom kita turun..kita jalan-jalan..'' kata Inas membuka pintu kereta.. Melangkah keluar dari perut kereta.

'gila!.. Buku apa pula yang dia baca ni.. Adoii..manja oiii...'

Berjalan lah mereka masuk kedalam pasaraya besar itu sambil berpimpinan tanggan..

''manis...!'' Raif menarik tangan Inas..

''nak ni boleh?'' tanya Raif mengangkat sebuah pistol air ditangannya sambil mengayakan gaya james bond..

''nak buat apa ni? Nak tembak siapa?'' tanya Inas..

''saja lah..'' kata Raif..

Inas mengambil pistol air tu lalu membeleknya lalu menganggukkan kepalanya beberapa kali..

''boleh juga ni...'' kata Inas.. Raif mula menarik bibirnya tersenyum melebar..

''boleh manis guna nanti kalau ash dan pearl dekat dengan manis..manis tembak mereka guna pistol air ni...'' kata Inas lalu ketawa..

Raif yang tadi tersenyum..bak bunga mekar terus memuncungkan bibirnya.. Pistol air itu dirampas dari tangan Inas..lalu dilemparkan semula didalam longgokkan pistol-pistol air yang lainnya...

''cancel! Tak payah beli..'' kata Raif..lalu menarik tangan Inas berjalan ke arah lain.. Inas yang masih ketawa tu mengikut saja langkah Raif..

''manja-manja....ni.. Tengok ni...'' Inas menarik tangan manja..meminta Raif berhenti melangkah. Berpaling lah Raif melihat kepada Inas..

''ni! Ni...'' Inas menyuakan satu beg kain yang berwarna biru lembut kepada Raif..

''Donald duck!'' Raif menyambut beg tersebut lalu mengayakan sama seperti watak kegemarannya..

''boleh kita beli beg ni?'' tanya Raif..

''ya sure! Manja..'' kata Inas sambil mencubit pipi Raif.. Geram di melihat muka Raif yang nampak comel di matanya itu.

Berpusing - pusinglah mereka di dalam pasaraya besar itu.. Bergelak ketawa.. Bagaikan dunia hari itu mereka yang punya.. Tak menghiraukan pandangan dari orang lain..

''aiskrim ! '' kata Raif teruja menunjuk kepada kios kecil yang menjual Aiskrim.. Tangannya menarik - narik tangan Inas untuk segera berjalan ke arah kios itu..

''ya-ya.. Kan Inas dah janji.. Kita akan makan aiskrim.. '' Inas berjalan mengikut Raif yang menariknya..sampai di kios itu..inas melihat Raif teruja melihat ke peti yang menyajikan aiskrim didalamnya..

''nak perisa apa?'' tanya penyual itu.

''manja..nak aiskrim perisa apa? '' tanya Inas..

''nak campur boleh?'' tanya Raif kepada Inas.. Inas mengangkat wajahnya melihat kepada Penjual itu.. Penjual itu segera mengangguk dan tersenyum kepada Inas.

''boleh..manja nak yang mana?'' tanya Inas..

''strawberi dengan vanila cip coklat '' jawap Raif sambil menunjuk kepada perisanya yang ada didalam peti sejuk beku itu..

''adik bagi satu..vanila cip coklat mix strawberi ..dan satu lagi peppermint cip coklat...'' Inas membuat pesanan...

''kenapa manis pilih peppermint ?'' tanya Raif tak puas hati dengan pilihan Inas..

''sebab sedap..'' jawap inas ringkas sambil menghulurkan wang kepada penjual yang sedang tersenyum-senyum kepada mereka.

'alahai..seorang manja..seorang manis..'

Dapat sahaja kon aiskrim di tangan Raif .. Terus saja aiskrim itu dijilat oleh Raif..

''tunggu manja! .. Jangan makan lagi.. Kita cari tempat duduk dulu..'' kata Inas..mencegah Raif dari terus membaham Aiskrim ditangannya..

''tu! disana ada kerusi kita duduk disana..'' kata Inas sambil menunjukkan kearah satu kerusi kayu panjang.

Duduklah pasangan itu menikmati Aiskrim mereka sambil melihat beberapa orang yang lalu lalang di situ.. Memandangkan hari itu hari berkerja.. Jadi pasaraya agak legang pada ketika itu..kebanyakkanya adalah pekerja yang sibuk menguruskan perniagaan mereka.

''nak rasa?'' tanya Inas kepada Raif..

Raif segera mengelengkan kepalanya.. Menjilat aiskrim miliknya yang ada di tangannya..

''betul ni.. Tak nak?'' tanya Inas sekali lagi.. Menyuakan aiskrimnya kepada Raif..

Tapi lain yang Raif buat.. Bibir inas yang menjadi tempat singgahannya..

''dah rasa..'' balasnya santai.. Menyambung semula makan aiskrim ditangannya.

''manja!'' Inas menepuk peha Raif kuat.. Untung waktu itu tiada siapa yang ada di lalu di kawasan itu..

''tak boleh kan..manis kata tadi.. Ini tempat umum.. Kalau orang tengok macam mana.. Malu lah manis..'' terang Inas dengan lembut kepada Raif..

''tapi aiskrim tu tak sedap.. Manis nak juga manja rasa.. Aiskrim tu rasa macam ubat gigi.. Tapi, Kalau di situ...'' Raif menunjukkan kearah bibir Inas.

''tak lah rasa sangat..'' sambungnya lagi..

''okay...salah manis sebab minta manja rasa..'' Inas bersandar ke kerusi menghabiskan aiskrim yang ada ditangannya..

''habis makan aiskrim ni...kita balik ya..'' kata Inas.. Raif yang berada di sebelahnya mengangguk setuju.

Selamat membaca sayang semua..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience