Aku membuka mataku, aku dapat rasakan yang Hyunjin tidur di sampingku.
Aku memandang sekeliling, kiteorang tidur kat sofa rupanya.
Aku pun ingat yang aku dan Hyunjin tengok cerita semalam.
Aku mahu bangun tapi Hyunjin menahanku.
"Aaaa jangan lah bangun lagi~" kata Hyunjin. Nak ke taknak aku pun baring semula di sebelahnya.
Sebelah tangannya berada di bawah kepalanya manakala sebelah tangannya lagi berada di atas perutku.
Aku baru je nak tidur balik, tiba² telefon berbunyi. Aku mencari telefon siapa yang berbunyi.
Aku memandang telefon Hyunjin yang berada di atas meja kecil di sebelah sofa. Aku terus mengambil untuk melihat siapa yang telefon di pagi buta ni.
'My Love'
JAJAJZJSJAJJAJAAKKALAKSJS
HYUNJIN CURANG AYOKKK TAKK TAYOKKK
Siap ada emoji love pink kat sebelahhh
Tanpa sedar, air mataku mengalir
Yang kenapa air mata aku mengalir? Dia bukannya bf aku.
"Minnie siapa yang call?" tanya Hyunjin dengan suara mamai. Cepat² aku mengesat air mataku lalu memberikan telefonnya kepada Hyunjin.
Hyunjin memandang lama screen telefonnya, lepastu dia mengangkat panggilan tersebut.
"Omma? Kenapa omma call?" tanya Hyunjin.
WAITTT OMMA??!!
Nampak Hyunjin menganggukan kepalanya.
"Ouhh yeker. Ok² malam nanti adik datang" kata Hyunjin lalu meletakkan panggilan.
"Omma awak ke?" tanyaku.
"Ha ah. Omma saya suruh datang rumah malam ni, buat makan². Semua adik beradik saya kat sana" kata Hyunjin. Aku menganggukan kepalaku.
Cis membazir je air mata aku takdi.
"Oh ye, awak kena panggil omma dan appa saya auntie dan uncle jugak tau" kata Hyunjin. Aku menganggukan kepalaku tanda faham.
Krrrrrrkkkkk~~~
Hyunjin menatapku dan aku menatapnya.
"Saya lapar hehehe" aku tersengih sambil memegang perutku. Aigoo boleh pulak perut aku berbunyi.
"Ok saya nak mandi dulu and then masak. Bila saya selesai mandi awak pulak pergi mandi ok?" kata Hyunjin. Aku menganggukan kepalaku.
Hyunjin pun bangun lalu masuk ke dalam bilik.
.___.
Aku sengaja mandi cepat², nak tengok BAKAL SUAMI saya masak ni hehehehehe
Aku melihat Hyunjin di dapur, pergh dia masak macam chef dho.
Aku mendekatinya yang tengah memasak spaghetti. Alaaaa tak sempat nak tengok cara dia buat.
"Eh Minnie, apa awak buat kat dapur ni?" tanya Hyunjin.
"Saya nak tengok awak masak lah. Nanti boleh lah saya cuba masak untuk awak" ujarku dengan senyuman.
Gerakan Hyunjin berhenti apabila mendengar kataku. Hyunjin memandangku tak percaya.
"Awak betul² dah berubah" kata Hyunjin lalu memelukku tiba². Aku tak tahu nak respons apa so aku just balas pelukan dia.
Hyunjin pun sambung masak.
"I think you better now" gumam Hyunjin sendirian but aku still boleh dengar. Aku hanya buat² tak dengar.
Tapi ayat dia melekat dalam kepalaku.
Teruk sangat ke perempuan ni dulu?
.___.
Ok ni gila
Rumah omma appa Hyunjin lebih besar dari rumah kiteorang.
Tu aku belum tengok rumah omma appa aku sendiri.
Aku dan Hyunjin pun masuk ke dalam. Kami pergi ke ruangan dapur.
Ramai yang berada di meja makan. Apabila aku dan Hyunjin mendekati mereka, semua memandang kami.
"Dah sampai anak omma" kata seorang perempuan 50-an. Seorang lelaki yang juga 50-an memandangku tajam.
Aku bersembunyi sedikit di belakang Hyunjin. Hyunjin bagaikan faham yang aku takut kat lelaki tu (appa Hyunjin).
"Mari lah duduk" kata omma Hyunjin. Aku dan Hyunjin pun duduk.
Semua memandangku bagaikan nak makan aku
APA SALAHKU??!!
Kami makan sambil bercakap pasal keluarga, syarikat and lain². Just aku je senyap sebab tak tahu apa².
Apa yang aku dapat tahu sekarang, di hadapan aku sekarang ialah kakak sulung Hyunjin. Dia dah kahwin sebab aku nampak seorang budak perempuan dan seorang lelaki dewasa yang aku pasti tu ialah suami dia duduk di sebelahnya (budak perempuan tu duduk di antara suaminya dan kakak Hyunjin).
Di sebelah aku pula, abang Hyunjin. Abang keduanya. Di sebelahnya ada seorang wanita yang lebih tahan cantik jugak lah. Aku tak pasti tu gf dia or isteri dia.
Di depan abang kedua Hyunjin tu pula kakak ketiga Hyunjin. Ada dua orang anak kembar, suaminya duduk di sebelah anaknya.
(Harh korang bayang je lah kedudukan dieorang macam mana)
Hyunjin ialah anak bongsu. Ehek anak manja HAHAHHAHA
Eh jap sepatutnya aku pun anak bongsu •_•
Arh whatever
Apabila selesai makan, aku minta diri untuk ke tandas sebentar.
Bila aku mahu keluar dari bilik air, aku terdengar perbualan mereka di luar.
"Kamu cakap nak putus dengan dia?" tanya kakak sulung Hyunjin.
"Iye, kesian kamu selalu bangun pagi untuk masak. Kamu dah lah kena pergi kerja, bila kamu pulang kerja kamu pulak kena masak" kedengaran suara abang keduanya.
"Putus kan je dia, dia tak sesuai untuk kamu" kata kakak ketiga Hyunjin.
"Taknak" balas Hyunjin sepatah.
"Kenapa?" tanya omma Hyunjin pelik.
"Dia dah berubah banyak. Adik ada fikir jugak nak putuskan dia selepas dia bangun dari koma, but adik tak sanggup...Adik still cintakan dia"
"Tapi macam adik cakap, dia dah berubah banyak. Dia dah tak macam dulu. Diri dia yang sekarang, buatkan cinta adik yang dulu hilang kembali balik" sambung Hyunjin.
"Kalau adik dah cakap macam tu, ikut lah. Appa takut kamu terseksa je dapat perempuan seperti dia" kata appa Hyunjin.
Kalau Lee Minhee dengar ni, mesti dia terasa...
Aku mengumpul keberanian untuk keluar. Semua memandangku.
"Ok, adik minta kebenaran untuk pulang" kata Hyunjin lalu menarik tanganku untuk pergi. Aku menundukkan sikit badanku.
Aku dan Hyunjin pun masuk ke dalam perut kereta. Dalam perjalanan ke rumah, dia hanya diam je.
Maybe dia sedikit terasa?
Apabila sampai di rumah, dia terus masuk tidur tanpa mandi dulu.
Aku berbaring di sebelahnya, sambil tatap muka Hyunjin sambil tu aku fikir perkara takdi.
Lee Minhee ni teruk sangat ke dulu?
Share this novel