BAB 17

Horror & Thriller Completed 790

Munir mula bergegas bertemu Mawar ditepi sungai. Dia berjanji dengan Mawar bahawa dia akan sampai setelah selesai kerja. Dari jauh kelihatan kelibat Jamilah berbaju kebaya berserta payung nyonya ditangan. Lenggok jalanan Jamilah pasti akan membuat jejaka-jejaka tidak senang duduk. Tetapi tidak pada Munir.

“Jamilah, mahu ke mana?”, soal Munir.

“Jamilah mahu ke rumah Mak Jenab sebentar. Abang pula mahu ke mana?”

“Abang ada janji temu sama Mawar. Jamilah hati-hati. Ramai mata-mata yang tidak senang duduk.”
“Baiklah abang.”

“Abang pergi dulu ya.”

Munir bergegas ke sungai menaiki basikal tuanya. Jamilah tersenyum sinis.

…………………
Mereka berhenti di RNR terdekat. Rizal menoleh ketempat duduk belakang. Kelihatan Rania dan Raihana sedang tidur.

“Raihana, Rania, bangun.”

“Kita dah sampai ke?”

“Ofcourse belum Raihana. Jauh lagi perjalanan. Kita stop sini sekejap. Kita pergi makan, solat and settle apa yang patut, okey?”

Raihana mengangguk. Mereka keluar untuk menyelesaikan segala hajat mereka.

Sejam kemudian, mereka masuk semula kedalam kereta. Masing-masing melihat muka antara satu sama lain.

“Okey, macam ni. Memandangkan malam pun semakin larut…”

Belum sempat Faroq menyelesaikan ayat, Raihana memotong.

“Bilaaa larut malammm…. Suaaasana sepiii….” Lagu Bila Larut Malam dendangan allahyarhamah Saloma menjadi pilihannya.

“Raihana, jangan menyampuk.” tegah Danial.

“Memandangkan waktu dah dikira agak lewat dan kita semua pun bukannya mahram, aku dan Rizal buat keputusan untuk kita stop berehat dulu. Kita akan berhenti di bandar berdekatan untuk cari hotel atau tempat untuk bermalam. Nak teruskan pun jauh lagi. Masing-masing pun dah layu.”

Semua bersetuju. Mereka meneruskan perjalanan mereka mengikut rancangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience