BL 21

Humor Series 177133

"SAYA minta maaf sebab saya tak maklum pada Tuan awal- awal. Tapi saya betul-betul ingatkan Puan Najwa dah bagitahu Tuan. Hampir dua minggu berturut-turut dia terima ugutan surat layang ini. Tapi lepas apa yang jadi baru ni, Saya yakin yang dia rahsiakan dan sebab tu saya rasa baik saya bercakap dengan tuan sendiri." Ujar Seorang lelaki.

Diam seketika.

"Hari ni dia tinggalkan dekat mana Prakash?" Soal Megat Omar. Dia bersandar di sofa. Wajahnya serius tanpa sebarang riak.

"Perlaku letak atas cermin kereta Puan Najwa." Ujar Prakash. Jujur dia sangat-sangat bimbang dengan pegawai atasnya itu.

Diam lagi.

"Okey. tapi lepas ini kalau kau ada terima apa-apa bungkusan, Sampul atau apa sahaja atas nama Najwa terus bagi pada aku."

"Baik Tuan"

"Assalamualaikum." Seorang gadis lengkap berpakaian seragam biru gelap muncul di muka pintu.

"Hmm?"Megat Omar mengangkat kepala memandang ke arah gadis itu.

"Tetamu Tuan dah sampai" Beritahu gadis itu

"Suruh dia masuk." Arah Megat Omar.

"Baik Tuan."

Dan selepas itu muncul seorang lelaki. Tenang sahaja masuk ke dalam ruangan itu.

"Duduklah." Jemput Megat Omar.

Lelaki itu melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Megat Omar.

Megat Omar tunduk memandang sampul berukuran A4 itu. Sampul itu dibuka lalu sehelai kertas di keluarkan.

I THOUGHT YOUR LIFE WAS A TRAGEDY BUT IT TURNED OUT TO BE FUNNY. PITY YOU. BUT DON'T WORRY PRINCES I WILL SEND YOU TO HELL AND THROUGH A VERY BEAUTIFUL JOURNEY.
47 HOURS TO GO PRINCES! BETTER YOU BE CAREFUL.

Megat Omar memandang Prakash.

"Pysho."Megat Omar senyum senget.

"Ya Tuan. Saya rasa Tuan kena lakukan sesuatu."

Kertas yang berada di tangan Megat Omar bertukar tangan. Apabila sampai pada Lelaki itu. Dia mendengus kasar.

"That bastard has crossed the line," Gumam lelaki itu keras.

"Calm brother. Calm. We will teach them the way to the hell."

.......

FARAH memandang Megat Omar yang sedang meneliti beberapa dokumen di atas meja lelaki itu. Pulang sahaja dari melawat Mey ling, Dia dipanggil oleh Megat Omar untuk berjumpa. Hampir lima belas minit dia menunggu Farah lepaskan keluhan.

"Along panggil cheq mai nak soh cheq ni jadi tunggui kayu ka macam mana?" Dokumen yang di pegang Megat Omar sengaja di tarik pelahan.

Megat Omar meletakkan dokumen itu semula di atas meja lalu memandang Farah yang duduk di hadapannya. Tubuhnya di sandarkan sepenuhnya di belakang kerusi.

"Adik, Ada hal sikit Along nak cakap."

Farah memandang Megat Omar yang bersandar pada kerusi kerja berhadapan dengannya. Melihat wajah serius Megat Omar, Farah menelan liur pahit sebelum dia membetulkan duduknya untuk menghadap abangnya itu. "Apa dia?" soalnya biasa.

"How is your life now?"

"Hm.." Farah menundukkan kepalanya sesaat kemudian nafas di tarik dalam dan di lepaskan kepalanya di naikkan memandang semula Megat Omar dihadapannya. Bibir di paksa mengukir senyuman. "Alhamdulillah, better than before."

"Hang pasti?." Megat Omar menyoal dengan tegas. Dia memandang wajah adiknya dengan mata yang penuh kerisauan dan kasih.

Minggu lalu dia menerima berita mengenai Farah di serang oleh seorang lelaki, Mujur sahaja adiknya itu tidak mengalami apa-apa kecerderaan namun tidak pada sahabat adiknya Mey ling peha kanan terpaksa di masuk besi bagi mengantikan tulang yang retak.

"Yalah,Along ni pasai apa?" Farah mendengus.

Nafas diatur tenang. Megat Omar memandang Farah. "Along dah bincang benda ni dengan Abah dan angah. Kami buat keputusan ni demi Hang dengan anak hang Ziy."

Mendengar saja perkataan 'Abah' itu keluar dari bibir Megat Omar dia mengangkat wajahnya. Dia yakin apa yang di bincangkan Megat Othman tempoh hari telah di persetujui kedua abangnya.

"Along dah hire someone untuk jaga ang dengan Ziy. He's gonna follow you everywhere, tak kisahlah masa hang kerja ka.. Melepak ka atau pergi mana sekali pun. He's gonna be there."

Membulat mata Farah saat mendengar kata-kata Megat Omar itu. "Apa ni?!"

"Ini untuk keselamatan hang juga dik, Hang sendiri tau jantan tu tak mau buka mulut."

"Sat, Sat" Farah mengangkat tangan kanannya untuk menghentikan Megat Omar daripada terus bercakap. Kepalanya tiba-tiba menjadi sakit dengan semua itu. Matanya dipejamkan kejap. "I don't understand. I am a police officer.Do you not believe my abilities Along?"

"Bukan macam tu."Megat Omar menghelakan nafasnya. Ini adalah salah satu perkara yang dia tidak suka dalam hidupnya, ianya ialah bercakap dengan adik bongsunya itu. Kerana gadis itu sangat keras kepala dan langsung tidak kisah akan pendapat orang lain.

"Kami setuju dengan apa yang Abah cadangkan sebab tu yang terbaik sekarang ni. You already know that bastard is not going to cooperate in informing you who hired him to kill you Puteri Farah Najwa. Tak kisahlah police officer ke, Ada kebolehan mempertahankan diri sekali pun. Kita tak tahu apa rancang mereka seterusnya. And you want me to risk your life macam tu je without putting an effort to keep you safe? Nonsense. Along tetap dengan apa yang Along kata tadi. Dan dia akan sampai sat gi."

Farah mengetap bibir bawahnya dengan kuat. "Trust me Along. Cheq boleh jaga diri sendiri. I don't need a bodyguard." balasnya dengan memandang Megat Omar penuh yakin.

Megat Omar memicit batang hidungnya. Dia sudah mengagak akan ada pertengkaran ini ditambah lagi dengan perangai Farah yang keras kepala ini.

"No,You're gonna have bodyguard and that's final. Along akan kenalkan dia pada hang kejap lagi. So end of discussion."Ujar Megat Omar tegas.

Mendengar sahaja bicara akhir Megat Omar, Farah terus bangun dan serentak itu Farah mendengus.

"Errr!!"

Megat Omar mengelangkan kepalanya melihat Farah. Baru sahaja Farah ingin menolak pintu bilik itu, wajah yang separuh di tutupi penutup muka muncul di hadapannya. Lelaki itu memandang wajah Farah.

"Move!" Bengang Farah bila lelaki itu menghalang laluannya.

"No one will be allowed out of here Puteri Farah Najwa Binti Megat Othman." Suara Megat Omar sedikit meninggi. Sebal dengan sikap keras kepala adiknya ini.

"Along?!" Bentak Farah di kembali memusingkan tubuhnya memandang Megat Omar.

"Let me introduce you to your bodyguard. He's gonna follow you everywhere, Dan itu adalah muktamad."Ujar Megat Omar tegas buat kedua kalinya. Matanya tajam menikam mata Farah membuatkan Farah melarikan matanya.

....

Baru sahaja pintu kereta terbuka, Satu tangan menghalangnya. Pintu itu kembali di tutup. Farah segera mengalihkan tubuhnya. Wajah yang paling dia benci hari itu muncul di hadapannya. Lelaki itu memandang wajah Farah. "Where are you going?"

"It's not your business," jawab Farah.

"Really?" Matanya tajam menikam mata Farah membuatkan Farah melarikan matanya. Kakinya melangkah setapak ke hadapan. Kini hanya beberapa inci sahaja jarak memisahkan mereka.

"Don't make me ask for the third time, Farah Najwa Where are you going?" soal lelaki itu buat kedua kalinya.

"Balik," jawabnya sepatah.

"Aku hantar."

"No!"

"I don't give you a choice."

Farah mengetap bibir. Jari-jemarinya digenggam kuat. Matanya menatap lelaki dengan berani. "Aku tak perlukan kau. So kau boleh berambus. I can take care of myself very well."Ujar Farah keras.

Lelaki itu menarik nafas dalam-dalam. Bagai sedang mengumpul kesabaran dalam diri. Wajahnya yang masih kosong tanpa emosi. Bibirnya menyenget sedikit sesaat sebelum ada tawa sinis terlepas dari bibirnya.

Sinis.

Sebuah kereta jenis BMW M series biru muda berhenti di hadapan mereka. "Leave your car here, Aku hantar kau balik." Ujar lelaki itu perlahan sebelum sempat Farah menghalang, pintu kereta Farah sudahpun ditutup rapat oleh lelaki itu.

Farah mendengus, Dia tahu dia harus menurut kata-kata Lelaki itu, Dan dia yakin orang yang berkerja dengan Megat Omar bukan yang mampu bersabar seperti abangnya itu.

Namun entah kenapa, kakinya seperti digam tika itu. Jiwanya meronta untuk mencabar kesabaran lelaki itu. "Aku tak nak dan Aku tak perlukan kau. So kau boleh beram.... Arhhh Hfiy.." Farah menjerit kuat saat lelaki itu menarik pegelangan tangannya dan terus berjalan meninggalkan kereta Axia milik Farah.

"Let me go Hfiy." Farah mula memberontak. Tangannya cuba di lepaskan. Serentak itu semakin kuat gengaman Hfiy pada pegelangan tangannya.

Sampai sahaja di kereta, Hfiy membuka pintu belakang. Badannya ditundukkan sedikit sebelum dia menolak Farah masuk ke dalam tempat duduk belakang. Dia kemudiannya meletakkan kedua-dua tangannya pada pintu kereta itu sambil matanya tajam pada Farah.

"Aku tak suka cakap berulang kali. Ini cara aku so please Don't make me ask for the third time."

Farah yang kesakitan akibat ditarik kasar begitu mengengam kasar kolar baju yang dipakai oleh Hfiy tanpa sedar membuatkan jarak antara mereka terlalu dekat. Wajah Farah jelas kemerahan akibat rasa marah. Giginya dilagakan sebelum dia bersuara, "Don't touch me without my permission. I hate it." Tegas dan keras nada dia menuturkan itu.

"I won't treat you the way I did if you listen to what I said," balas Hfiy tenang namun terselit ketegasannya. Matanya menentang mata gadis yang penuh dengan rasa sakit hati.

Lama mereka bertatapan.

Farah terkaku sesaat apabila sedar dalam kedudukan meraka. Dengan perlahan, dilepaskannya genggamannya pada kolar Hfiy.

Hfiy mengemaskan kolar bajunya, "Make it easy lady, Kau mudahkan kerja aku, Dan aku mudahkan kerja kau.."Ujar lelaki itu perlahan sebelum dia terus berdiri dan memboloskan diri di bahagian penumpang Hadapan.

Farah hanya mampu membatu apabila kereta itu mula menderu menjauh.

Dia mengeluh pelahan, Tak tahu nak gelak ke nak menangis sekarang ini.

Did he just... Managed to control my life?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience