BAB 19

Romance Series 27442

Berada di taman seorang diri dengan udara yang kuat ke arah badannya. Kepalanya tertunduk. Hati yang terasa sakit apabila masih belum menerima kenyataan yang sudah terpampang di depan mata. Masih belum percaya apa yang telah terjadi. Pilihan Ajkar mana mungkin Amelia. Perkara itulah yang masih belum diterima. Dia tidak mahu melihat Ajkar bersama orang lain.

“Takkan aku biarkan orang yang aku dah cinta dan sayang jatuh ke tangan orang lain. Ingat aku ni apa! Nama Amelia tu takkan kahwin dengan pilihan lelaki aku. Ajkar. Aku akan tetap bersama Ajkar. Dia tetap jadi suami aku nanti.”.

Koji bangun dari tempat duduknya. Menghala ke motor mewah yang sudah dibelikan oleh Ajkar. Hatinya masih terasa sakit. Ajkar yang akan berkahwin dengan Amelia tidak akan diterimanya. Ajkar hanya milik dia. Koji pastikan perkahwinan Ajkar dan Amelia tidak akan terjadi.

Motor itu dibawa dengan laju. Rancangannya untuk batalkan perkahwinan diantara Amelia dan Ajkar akan bermula. Dia tidak dapat lakukan rancangan itu seorang diri. Koji mengharapkan bantuan daripada Pofob. Dia tahu Pofob mungkin akan membantunya. Mereka sudah berkawan dengan lama. Dia yakin Pofob akan menolongnya untuk membatalkan perkahwinan Amelia dan Ajkar.

30 minit kemudian Koji sudah berada di luar bangunan Lion Dragons. Dia letakkan motornya di luar. Memajukan kakinya sedikit ke arah pintu yang memiliki kata laluan itu. Helmetnya dipegang. Password yang ada di pintu itu sudah ditekan. Pintu lalu terbuka. Helmetnya disimpan di rak.

Matanya memandang sekitar ruangan Lions Dragon. Batang hidung Pofob masih belum terlihat. Koji tidak rasakan yang Pofob berada di atas. Koji pergi ke biliknya. Mahu melihat kot-kot Pofob ada di bilik itu.

“Mana pula Pofob ni. Takkan lah dia keluar! Kalau dia keluar tak de lah yang jaga tempat ni. Pofob Pofob! Kalau Ajkar tahu perangai kau macam ni, mesti marah besar Ajkar. Nasib lah aku ni tak teruk sangat. Ikut betul nak je aku bagi tahu Ajkar dengan sikap kau ni!”.

Koji ke arah sofa. Dia rehatkan badannya yang terasa letih. Menunggu ketibaan Pofob. Mahu nyatakan rancangannya itu kepada Pofob. Koji melihat jam. Jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Kakinya dinaikkan di atas meja itu. Pintu pula dipandang tidak henti-henti.

“Huh!”.

Koji terdengar bunyi dari atas. Dia bertukar curiga. Kuat bunyi itu sampai tidak senang hatinya. Tapi mahu tidak mahu sekarang ini dia naik ke atas. Dia tahu siapa yang berada di atas itu. Bakal isteri Ajkar.

“Apa bunyi bising sangat tu!”.

Berkata di hati Koji sendiri. Dia berdiri dari sofa itu. Dia rasa ada sesuatu yang aneh. Koji lantas bergerak dengan perlahan-lahan. Pintu itu ditutup semula. Koji sudah menghampiri tangga. Tangga itu sangat panjang. Dia terpaksa naik untuk melihat apa yang berlaku di atas.

“Buat apa tu?”.

Koji memandang Amelia yang bertungkus lumus membuka jendela di biliknya. Koji tahu Amelia sekarang mahu larikan diri dari sini.

“Huh?”.

Terkejut Amelia apabila di depannya itu adalah Koji yang sedang memerhatinya dengan tajam. Dari mata Koji saja, Amelia boleh mengecam yang Koji kelihatan marah. Kening Koji juga dinaikkan ke atas. Amelia terhenti dari membuka jendela itu. Niat untuk larikan diri juga terhenti. Disebabkan ada rakan Ajkar iaitu Koji.

“Kau nak gi mana?”.

Tanya Koji. Tubuhnya dipeluk menggunakan kedua-dua tangan. Amelia pula terus tergetar-getar melihat riak muka Koji yang garang itu.

“Aku nak lari. Jangan larang aku!”.

Amelia berani menjawab pertanyaan Koji dengan nada yang lantang. Dia tidak mahu berkahwin dengan Ajkar. Baginya Ajkar harus berkahwin dengan Koji. Bukannya dia. Amelia tidak mahu rampas kebahagiaan Koji. Koji layak miliki Ajkar. Disebabkan itulah Amelia mahu larikan diri dari tempat Ajkar ini.

“Kau nak lari mana? Ajkar akan tetap cari kau. Kau lari jauh mana pun Ajkar tetap akan jumpa. Aku rasa baik kau duduk sini diam-diam. Jangan cuba-cuba nak lari dari Ajkar.”.

Koji sangat tahu sikap Ajkar. Begitu juga dengan kerja Ajkar. Jika Amelia lari, Ajkar akan tetap temui Amelia.

“Kau tahu tak kenapa aku nak lari?”.

Kali ini suara Amelia layu. Dia juga terasa cukup kenal dengan Ajkar. Walaupun baru beberapa hari dia bersama dengan Ajkar.

“Kenapa?”.

Soal Koji.

“Aku tahu kau suka Ajkar kan? Aku tahu yang kau dah cintakan Ajkar. Jadi sebab ni lah aku nak lari. Aku tak nak kahwin dengan Ajkar langsung. Sekarang ni kalau kau nak kahwin dengan Ajkar kau kena tolong aku. Kau kena keluarkan aku dari sini. Aku nak kau milik Ajkar. Bukan aku!”.

Jelas Amelia mengapa dia perlu lari dari tempat itu. Koji pula masih termenung. Nafas Amelia tercunggap-cungap. Jendela itu masih terus dibuka dengan berhati-hati. Selagi Ajkar belum datang selagi itu lah dia ada peluang untuk larikan diri dari tempat ini. Hanya disebabkan Koji. Dia faham perasaan Koji. Sebab Amelia juga pernah alami benda yang sama seperti Koji.

Amelia menoleh ke arah Koji.

“Apesal kau masih termenung ni. Woi! Woi! Koji!”.

Koji masih termenung melihat pergerakan daripada Amelia. Tangannya tidak bergerak. Dia biarkan Amelia membuka jendela itu. Jendela yang dibukakan juga sudah luas. Tinggal Amelia masukkan badannya saja di jendela itu.

“Kau sebenarnya tak cintakan Ajkar?”.

Koji menanya dengan suara perlahan. Hatinya semakin tenang selepas melihat prilaku Amelia itu. Setiap kata-kata dari Amelia juga membuatkan hatinya semakin pulih.

“Kau nak tahu cerita sebenar tak?”.

Amelia bergerak ke arah Koji. Koji pula masih belum bergerak apa-apa. Amelia memegang badan Koji. Dia tahu Koji rasa binggung. Masih belum percaya apa yang sudah berlaku. Amelia cuba katakan perkara sebenar dengan apa yang sudah terjadi. Mengapa dia harus berkahwin dengan Ajkar.

“Ok Koji aku akan ceritakan apa yang dah jadi.”.

Fokus Koji melihat mulut Amelia. Matanya juga terus-terus melihat mata dari Amelia.

“Sebenarnya aku dengan Ajkar tak de hubungan pun apa-apa. Aku langsung tak kenal dengan Ajkar. Dia tiba-tiba nak aku kahwin dengan dia. Ajkar culik aku masa tu. Dia bawa aku pergi Hotel. Tapi tak de apa-apa lah yang berlaku masa tu. Aku just tidur dan Ajkar pula keluar. Dia biarkan aku tidur kat Hotel tu sorang-sorang. Pagi tu Ajkar kejutkan aku untuk bangun. Dia nak aku jumpa dengan keluarga dia. Ajkar nak aku tipu dengan keluarga dia. Aku terpaksa buat. Aku cakap yang hubungan aku dengan Ajkar ni dah bertahun. Mak dia pula percaya cakap aku. Ayah dia macam tak setuju dengan perkahwinan aku dengan Ajkar. Memang aku juga tak setuju! Jadi Ajkar lepaskan aku lah. Ajkar nak ikut cakap ayah dia. Jadi dia hantar aku balik. Aku pun happy lah bila dia dah tak nak kahwin dengan aku tu. Esok dia pula dia culik aku balik. Dia cakap dia akan kahwin dengan aku. Ajkar buat kata putus yang dia akan kahwin dengan aku. Aku dah paksa jangan kahwin dengan aku. Tapi dia cuba ugut-ugut aku. Jadi terpaksa lah aku kena ikut cakap Ajkar. Huh!”.

Amelia menjelaskan dengan panjang lebar perkara yang sebenar. Koji mulai tersenyum. Amelia faham dengan senyuman Koji. Betapa dalamnya cinta Koji itu kepada Ajkar. Amelia tidak sanggup melihat Koji sedih. Memang sakit kalau orang yang kita cinta dimiliki orang lain. Amelia sangat faham.

“Amelia?”

Panggil Koji dengan suara perlahan. Dia dekatkan dirinya ke arah Amelia. Koji terus memeluk Amelia dengan kuat. Tangisan di mata Koji ditahan. Dia sudah salah faham. Koji memang tak akan menerima Ajkar dimiliki wanita lain selain dia sendiri. Koji terlalu cintakan Ajkar.

“Kenapa ni?”.

Amelia terkejut selepas Koji memeluknya dengan kuat.

“Aku nak minta maaf dengan kau kalau sikap aku tadi nampak kurang ajar dengan kau. Aku buat diri aku benci dengan kau. Tapi aku silap. Kau memang baik. Kau faham apa yang aku rasa.”.

Luah Koji.

Amelia membukakan pelukan itu dari Koji.

“Koji. Kau tak salah apa-apapun. Kau cuma tak tahu apa yang dah jadi. Aku janji dengan kau yang aku tak akan kahwin dengan Ajkar. Ajkar tetap milik kau. Aku nak kau yang akan kahwin dengan Ajkar.”.

Koji lapkan air matanya yang sedikit jatuh ke pipi. Rasa terharu Koji dengan kata dari Amelia itu.

“Amelia macam mana aku nak dapatkan hati Ajkar tu?”.

Soal Koji.

Amelia menghadap ke hadapan muka Koji dengan rapat.

“Koji aku ada idea macam mana cara dia kau boleh kahwin dengan Ajkar.”.

Koji tersenyum. Dia sendiri tidak pernah terfikir mahu berkahwin dengan Ajkar. Koji memang cantik. Memang sesuai dengan Ajkar. Amelia juga sedar yang Koji patut berkahwin dengan Ajkar. Disebabkan Koji memiliki paras muka yang sangat cantik untuk dipandang.

“Apa idea kau tu?”.

Tanya Koji.

“Macam ni, aku nak kau jujur di depan Ajkar. Kau cakap kau dah lama cintakan dia. Kau harus ubah penampilan kau jadi macam wanita seksi. Tapi tak perlu lah seksi sangat. Biasa-biasa je. Lepas tu rambut kau ni kau kena tukar sikit. Sikap kau jangan kasar lagi. Aku nak kau kena lembut macam perempuan yang ada kat luar tu. Kalau kau kasar macam ni, Ajkar pun takut nak kahwin dengan kau.”.

“Tapi..”.

Koji hentikan Amelia berkata. Dia tidak rasa itu akan membantu penampilannya. Koji sudah terbiasa dengan penampilan yang sudah ada di dirinya.

“Kau yakin ke idea ni akan berjaya?”.

Koji terasa gelisah. Takut idea dari Amelia itu tidak berjaya.

“Aku yakin plan aku akan berjaya. Lagi satu. Apa nama betul kau sebenarnya?”.

Amelia yakin nama Koji tentu cantik. Boleh dilihat dari wajah Koji saja boleh tahu.

“Eryna.”.

Jawab Koji. Nama sebetulnya adalah Eryna. Disebabkan penampilannya itu seperti lelaki dia menamakan namanya adalah Koji. Sesuai nama itu dengan penampilan lelakinya.

“Indah nama tu. Ok Eryna. Nanti aku akan bantu kau. Aku dengan Pofob akan bantu kau. Kau jangan risau. Ajkar pasti akan jadi milik kau. Percaya cakap aku ni. Kau pasti jadi isteri Ajkar.”.

Senyum Amelia. Dia tidak jadi lari dari Lion Dragon. Dia mahu bantu Koji untuk dapatkan Ajkar. Amelia juga beri kata putus.

“Walaupun apapun yang terjadi Eryna pasti akan milik Ajkar.”.

Muktamad kata Amelia.

Amelia tidak boleh biarkan dia yang berkahwin dengan Ajkar. Dia pastikan Koji yang akan berkahwin dengan Ajkar. Itu janji Amelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience