“Pandai-pandai la aku reka cerita. Malam nanti kita meeting hal ni kat pantry bro”
Muka Baba mengerinyut, menahan sakit sebaik jururawat melarik putik kapas yang berisi iodin. Jari-jemarinya mencengkam kasar cadar dan tilam. Bisanya sakitnya sampai menitiskan air mata.
“Siapa yang pukul kamu?” Cikgu Khalil selaku warden dan guru disiplin yang berdiri bersebelahan bertanya.
“Saya jatuh cikgu. Masa nak ke bilik air semalam”
“Kamu jangan nak sorok dengan aku. Bukan aku tak boleh beza, luka jatuh dengan luka bertumbuk ni. Cepat cakap siapa yang terlibat!!” Cikgu Khalil sengaja menekan nada suara. Kalau berlembut sangat, pelajar-pelajar senang naik kepala.
“Saya kena ni sorang-sorang Cikgu. Sumpah” jawab Baba yang menyeringai menahan sakit. Jururawat tadi membalut semula luka di mukanya.
“Kamu tahu kan yang cikgu boleh ambil tindakan disiplin pada kamu. Masih nak berbohong!!” Ugut Cikgu Khalil .
Baba sengaja tidak memandang kearah Cikgunya itu. Takut dimarahi lagi.
“Kalau kamu taknak cerita tak apa. Ada lagi cara lain untuk tahu kes kamu ni. Cikgu ni pun anak murid sekolah ni jugak”
Selepas habis kelas persediaan malam, kawan-kawan Zahanif dan Baba berkumpul di bilik Pantry. Lapan orang kesemuanya yang hadir. Lampu bilik itu tidak dinyalakan supaya pihak warden tidak mengesyaki apa-apa. Cahaya dari lampu di luar balkoni sudah cukup untuk mereka melihat muka antara satu sama lain.
“Baba mana?” Mega bertanya.
“Dah tidur. Aku tak bagi dia join. Sakit dia tu belum baik” Zahanif menjawab.
“Hal ni dah sampai ke warden ke belum?”
Share this novel