Bab 3

Vampire Series 4523

Kejadian yang berlaku tiga hari lepas masih terngiang-ngiang di fikiran aku . Siapa Cealyn ? Apa kena mengena dia dengan aku ?
Riak takut makhluk itu masih aku ingat , seolah-olah aku akan membunuhnya tanpa belas kasihan . Selepas kejadian itu , aku juga mengalami mimpi yang agak pelik dan susah diterima akal .
Nak tahu apa yang aku mimpi ? Aku mimpi ada seorang gadis yang mungkin sebaya dengan aku sedang pandang aku sambil tersenyum kecil . Senyuman yang agak manis tapi menakutkan . Tapi aku pelik ..
Muka dia ada iras-iras muka aku . Bentuk mata , hidung dan senyuman kami sama . Cuma sebelah mata kiri dia warna merah , sama macam mata makhluk yang aku jumpa hari tu .
Nampak macam makhluk yang sama tapi takkan sebelah mata dia saja yang merah kan ? Lagipun dia macam baik , cuma senyuman dia je yang menakutkan . Lepas tu rupa dia macam cantik je . Bukan macam , tapi memang . Eh , rupa dia ada iras aku kan ? Jadi kalau aku puji dia , maknanya aku terpuji diri sendiri ? Hihi , sorry .
Bila aku tengok je mata dia tu , terus aku teringatkan satu cerita anime yang paling aku minat dulu . Tokyo Ghoul kan kan ? Hehe ..

“ Aku hidup dalam diri kau . ”

Itu lah perkataan yang selalu gadis tu sebut setiap kali dia muncul dalam mimpi aku . Siapa dia ? Aku cuba ingat balik siapa gadis tu .. Kot kot kawan aku kan . Namun payah , aku tak pernah kenal jauh lagi pernah jumpa dia ni .

“ Termenung jauh nampak . ”

Aku tersedar dari lamunan aku yang sejauh bulan aku rasakan apabila satu suara budak perempuan menyapa ke pendengaranku .

“ Kak Lyn ni baca novel ke atau tengok novel ? ” Soal adik tiri Emelyn iaitu Emelya yang baru berusia 11 tahun . Namun kematangannya mengalahkan kematangan aku huhu .

“ Lya buat apa dalam bilik akak ni ? ” soal aku pula .

Walaupun aku dengan Emelya ni adik beradik tiri , tapi hubungan aku ngan dia ni sangat rapat . Tapi adalah juga kadang-kadang macam anjing dengan kucing .

“ Akak biar betul ni ? Punyalah kuat mama panggil akak tadi , boleh-boleh akak tak dengar ? Hah tu lah , lain kali baca banyak sikit novelplus kat phone tu . ”

Hah lupa nak bagitahu . Sebenarnya aku memang suka baca novel kat apps ni . Lebih-lebih lagi cerita ‘ Hey Mr. Vampire ’ . Hai kak Dreamy hehe .
Bagi sesiapa yang dah baca cerita tu , mesti rasa cerita aku hampir sama dengan cerita tu kan ? Aku suka dengan cerita Vampire ni , tapi kalau nak percaya diorang wujud tu memang tak lah .
Cuma kejadian yang aku alami tiga hari lalu tu buatkan aku rasa ragu-ragu .

“ Emelyn !! ”

Uii kuatnya mama jerit . Macam mana aku tak perasan tadi .

“ Tunggu apa lagi kak ? Pergi ah turun . Nanti mak jadi naga kat sini baru tau . ”

Dengan laju aku menuruni anak tangga lalu mendapatkan sang ibu yang terjerit-jerit tadi . Baru aku nak pergi dapur , tiba-tiba muncul muka yang tak ingin langsung aku pandang .
Tapi tak apa . Memandangkan dia ayah tiri aku , aku kena hormat dia juga . Tak baik tau , nanti jadi anak derhaka .

“ Kenapa ma ? ” soal ku tanpa membuang masa .

“ Semalam kamu pergi mana Lyn ? Jam berapa baru balik .. Risau mama tau . ”

Baru saja Emelyn ingin menjawab soalan itu , tiba-tiba ayah tirinya iaitu Lucas memotong .

“ Dia keluar pergi cari jantan lah tu . Macam aku tak tau . Malam-malam baru nak balik . ” katanya dengan tenang sambil membaca surat khabar .

Uih kejamnya dikau .. Tapi aku tak nak ambil peduli pun tentang kata-kata kau .

“ Semalam Lyn gi taman mama . Lyn bosan lah duduk rumah , dah lah tak ada jiran . Tu , pokok-pokok hutan je yang banyak . ”

Memang betul .. Rumah aku bukan ada kejiranan , pokok-pokok hutan saja yang menjadi teman aku sejak kecil hm . Sadis benar .

“ Kau jangan nak tipu ! Kawasan kita mana ada taman ! ” herdik Lucas .

Entah apa yang dia tidak puas hati sangat dengan anak tirinya itu . Baginya , Emelyn sangat tidak berguna .
Ibunya Anne memandang anak daranya dengan kerutan di dahi . Seolah-olah dia menyokong apa yang dikatakan oleh suaminya.
Kan aku dah cakap , mama memang suka sokong dia . Susah sangat ke nak percaya cakap aku ni .

“ Taman tu ada dekat dalam hutan . Mungkin sebab tu papa tak pernah nampak . ” jawab ku tidak mahu mengalah .

Tapi aku pun hairan lah . Setiap kali aku pergi taman tu , jiwa aku terasa damai gitu . Lepas tu , akan ada memori yang terlintas di fikiran aku . Tapi aku tak ingat langsung .

“ Alasan ! ” tengking Lucas .

Ahh !! Whatever lah ! Aku dah malas nak terangkan lagi . Sia-sia saja aku terangkan tapi tak dipercayai .
Lantas aku melangkah menuju ke bilik dengan hati yang panas . Namun langkahku terbantut saat mama memanggil nama aku .
Aku sebenarnya nak je tengking lelaki tu balik . Tapi bila aku fikir-fikir balik , dia tu kesayangan mama . Aku tak sanggup nak lukakan hati ibu kandung aku .
Lantas aku menoleh lalu memandang mama dengan pandangan yang lembut .

“ Lepas makan malam nanti , papa dengan mama ada sesuatu yang penting nak cakap dengan Lyn . ”

Dahiku berkerut . Pasal apa ? Penting sangat kah ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience