BAB 11

Family Series 2595

24 Ramadan - Shah Alam

"Hello assalamualaikum Lina. Sayang kat mana tuh. Tengah kerja ke. Jom pergi bazar pukul 6 nanti. Awak break pukul 6 nanti kan" kata Fadzil yang sedang berbual dengan isterinya,Azralina di telefon.

"Waalaikumussalam. Alaaa sorry b. Saya memang tengah kerja. Lagipun saya outstation kat Seremban nih. Nanti malam ni kita jumpa tau" kata Azralina.

"Awak tak cakap pun yang awak nak kena pergi Seremban hari nih. Dengan siapa awak pergi ?" kata Fadzil.

"Alaaa b. Saya pergi dengan kawan-kawan staf saya lah. Lagipun masa saya sampai kat tempat kerja tuh,bos saya baru bagitau yang saya kena pergi Seremban. Last minute macam tu je. Sorry ye sebab saya tak bagitau awak" kata Azralina.

"Awak betul ke pergi Seremban ? Bila awak balik nanti ?" kata Fadzil.

"Yelahh. Kan saya cakap malam nanti. Awak tak payah tunggu saya malam nih. Tidur je. Saya sibuk nih. Bye" kata Azralina lalu mematikan panggilannya.

"Hello ? Hello sayang ? Aduh dia matikan pulak" kata Fadzil sambil menggaru kepalanya.

Fadzil terbaring di atas sofa. Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Sekali lagi hari ini dia berbuka seorang diri di rumah tanpa isterinya.

"Aku macam tak percaya bini aku pergi Seremban. Lain dah bini aku sekarang. Haih pening kepala aku nih" kata Fadzil seorang diri.

Fadzil bingkas bangun dari sofa dan membasuh mukanya. Kemudian dia mengambil kunci keretanya dan keluar dari rumahnya untuk pergi ke bazar mencari juadah berbuka. Bazar ramadan terletak kira-kira 3 km dari rumahnya.

Di bazar Ramadan,Fadzil sering terjumpa dengan rakan baiknya,Reza. Tetapi hari ini berlainan kerana Reza tiada di bazar seperti biasa.

"Hmm. Selalunya aku jumpa mamat tu kat sini. Asal dia takde pulak hari ni ? Dia pergi mana pulak ?" Fadzil tertanya-tanya di dalam hati.

"Cik...cik. 5 ringgit" kata peniaga yang menjual murtabak kepada Fadzil yang diam sahaja dari tadi.

"Eh aduh sorry sorry pakcik. Berangan sikit hahaha" kata Fadzil lalu menyerahkan wang RM 5 kepada peniaga murtabak itu.

Peniaga itu menggeleng kepalanya sambil tersenyum

"Kau ni aku tengok dari awal puasa kau selalu sorang-sorang pergi bazar. Kadang-kadang kau teman kawan kau. Mana orang rumah kau ? Tak ikut sekali ke ? Kau kan dah jadi laki orang" tanya peniaga tersebut.

"Entahlah pakcik. Saya pun tak tahu. Dalam puasa ni dua kali je saya berbuka dengan bini saya. Pastu dia selalu takde kat rumah sampai malam. Katanya dia kerja. So saya buat don't know jela" kata Fadzil.

"Ouh kerja. Takperlah dia kerja kan nak buat macam mana. Eh aku ada kerja ni. Selamat berbuka. Nanti datang la lagi" kata peniaga itu.

"Okay. Insyaallah pakcik. Murtabak pakcik ni sedap sangat lah. Nanti ajarlah saya buat murtabak. Hahahaha" kata Fadzil sambil tersengih.

"Hahahaha boleh je la. Lepas puasa nanti. Assalamualaikum" kata peniaga lalu bersalaman dengan Fadzil.

"Waalaikumussalam" kata Fadzil lalu berjalan ke keretanya untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba dia berasa dirinya dilanggar oleh seseorang. Orang itu adalah seorang perempuan yang berambut perang dan panjang sehingga ke paras bahu. Beg tangan perempuan itu tercampak ke atas jalan. Perempuan itu mengambil beg tangan di atas jalan.

Fadzil ternampak beg dompet perempuan itu yang tercampak di tempat lain dan mengambilnya.

"Sorry sorry you I tak perasan you tadi. I nak cepat nih. Eh mana purse I ?" kata perempuan itu sambil mencari sesuatu di dalam beg tangannya.

Fadzil menyerahkan beg dompet kepada perempuan itu dan terkejut kerana perempuan itu adalah orang yang sangat dikenali oleh Fadzil.

"Fadzil ?" kata perempuan itu.

"Syaa ? You buat apa kat sini ?" tanya Fadzil kepada perempuan itu yang dikenali sebagai Syaa.

"I nak cari makanan for berbuka. You pun cari juadah berbuka jugak ke ?" kata Syaa.

"Iya. I nak balik nih" kata Fadzil.

"Wait Fadzil. I ada something nak cakap dengan you. Boleh kita duduk kat taman jap" kata Syaa. Fadzil mengangguk. Mereka kemudiannya pergi ke taman tasik dan duduk di atas kerusi batu.

Syaa atau Syafiqah merupakan bekas teman perempuan Fadzil sejak setahun lalu sebelum berkahwin dengan Azralina. Syaa merupakan rakan baik kepada Azralina. Dulu Azralina tidak tahu tentang hubungan di antara Syaa dengan Fadzil walaupun sahabat baik sekalipun.

Punca hubungan Syaa dengan Fadzil terputus kerana kesilapan Syaa sendiri yang berlaku curang terhadap Fadzil dahulu dan kemudiannya Fadzil berkenalan dengan Azralina. Sejak hubungannya terputus,Syaa menghilangkan diri selama beberapa bulan sehinggalah bertemu semula pada petang itu.

"Ada apa you nak jumpa I ni Syaa ?" tanya Fadzil.

"I tak tahu yang you dah kahwin dengan Lina. By the way,tahniah la. Selamat pengantin baru" kata Syaa.

"Thanks Syaa. I pun lupa nak hantar jemputan kat you dulu. Sorry ya. Lagipun I pun tak tahu yang you dengan Lina kawan baik masa kat universiti dulu" kata Fadzil.

"Takper Fadzil. I dah redha dengan you sebab you dah jadi laki orang. Now I dah sedar dengan silap dekat you dulu. Lepas I break dengan you dulu,apa yang I harapkan dulu dengan dia terus hancur" kata Syaa.

"Kenapa pulak Syaa. Macam mana dengan pakwe baru you tuh ?" kata Fadzil.

"Hm. I baru nak kenal lebih dengan dia tapi dah kena tangkap sebab dia rompak bank dengan kawan-kawan dia. I dapat tahu lepas I tengok newspaper. Bank yang you kerja kat situ. You ingat tak rompakan kat bank yang you kerja dulu. Perompak tu dah kena tangkap" kata Syaa.

Fadzil cuba mengingati kembali tentang peristiwa bank dipecah masuk dulu.

"Okay I ingat. Perompak tu ex you yang dulu ke ?" tanya Fadzil. Syaa mengangguk.

"Lepas I dapat tahu tu,I menangis sangat-sangat. I tak pergi kerja langsung. Pastu I balik kampung and duduk kat sana berbulan-bulan. Lepas tu I balik KL kerja balik kat company I tuh" kata Syaa.

"Ouh patutlah dulu Lina tak hantar kad jemputan kat you. You takde rupanya. Kenapa you tiba-tiba nak hilangkan diri ?" kata Fadzil.

"I baru sedar and menyesal putuskan dengan you. Tapi I dapat tahu yang you dah kahwin. I dah redha dengan semua nih. Oh ya,macam mana dengan bini you sekarang ? Mana bini you ?" kata Syaa.

"Tak tahulah Syaa. Dari bulan lepas sampai sekarang ni perangai Lina dah berubah sangat-sangat. Kalau puasa nih,dua kali je I berbuka dengan Lina tuh. Yang lainnya dia berbuka kat luar. I buka sorang-sorang kat rumah" kata Fadzil.

"You kenal dengan Lina berapa lama dah ?" tanya Syaa kepada Fadzil.

"Dalam 7 bulan and then I terus kahwin dengan dia. Lina terima tapi tu lah. Tiga bulan berumah tangga tapi dia dah berubah sangat" kata Fadzil.

"Fadzil. I cakap dengan you bukannya I nak memburukkan Lina tuh. Tapi I sendiri dah berkawan dengan Lina lama dah sejak kitorang kat U dulu. Macam-macam yang I nampak pasal perangai Lina tu. And I rasa perangai dia hasn't changed until now. You pun baru je kenal dia. Patutnya you kena kenal lebih lama dari tu" kata Syaa.

"Kenapa ? Apa yang you nak cakap sebenarnya nih ?" kata Fadzil.

"Kalau I nak tolong you pun boleh. But I nak cerita pasal Lina tuh. Please you jangan marahkan I. Apa yang I cerita ni betul and I tak menipu. Ni bulan Ramadan and takkanlah I nak menipu dengan you pulak" kata Syaa.

"Okay kalau macam tuh. Kalau you menipu you kena tanggung dosa sampai akhirat. Allah akan azab you dekat akhirat nanti kalau you menipu. Ingat Syaa Allah tak pernah mungkir janji kat hamba-hambaNya" kata Fadzil. Syaa mengangguk.

"Okay like this. Lina tuh memang I kenal sangat sebagai playgirl dekat universiti dulu. Ramai lelaki suka dengan Lina tuh. Lina tu macam apa tau. Contoh macam kita makan coklat. Kalau coklat dah habis kita buang kan ? Macam tu la dengan Lina. Lina tuh bila dapat sorang lelaki,lama-lama dia buang lelaki tu macam sampah je. Kiranya dia sekejap je couple dengan lelaki tuh pastu putus macam tu je. And then lama-lama dah ada orang lain. Banyak kali Lina buat macam tu sejak dari sem 1 lagi" terang Syaa dengan panjang lebar.

Fadzil terkejut dengan apa yang diterangkan oleh Syaa tentang perangai isterinya yang sebenar.

"Macam mana you boleh rapat dengan Lina tuh ?" tanya Fadzil.

"I rapat dengan dia pun sebab I satu course dengan dia. Lagipun dia best student. Belajar pandai. Result 4 flat pulak tuh. Sebab tu kalau I macam lemah part yang susah ke,Lina tolong I. Sebab tu lah I rapat dengan dia" kata Syaa.

"Takkanlah you tak cakap apa-apa dengan dia kalau you tahu perangai dia macam tuh" kata Fadzil.

"I nak tegur pasal perangai dia suka buat perangai macam tuh kat lelaki mana-mana ke. Tapi I macam mana,I pun sama je. Tapi I tak seteruk perangai dia sampai boleh jadikan Lina as a playgirl" kata Syaa.

"Okay macam nih Syaa. Apa kaitan cerita I tadi dengan perangai Lina yang playgirl tuh ?" kata Fadzil.

"I rasa perangai Lina still tak berubah. Kalau Lina dah berkahwin sekali pun dia anggap you sebagai mainan dia je. Dia sekadar suka-suka sahaja berkahwin dengan you. Firasat I je. Kalau boleh you sendiri kena berdepan dengan dia. Bincang pasal benda ni elok-elok. Ini jelah yang I boleh tolong dengan you. You kena la doa supaya Allah bagi petunjuk and kebenaran kat you. Allah akan tolong you jugak. Insyaallah" kata Syaa.

"Thanks Syaa. I suka dengan you sekarang. Tak berfoya-foya macam kita dulu. Pergi club malam-malam teguk arak. Banyak dosa kita dulu. Haih macam-macam kifarah Allah datang kat I" kata Fadzil.

"Tahu. I tahu semua tuh. I rasa Lina takkan percaya yang kita dah berubah. Yelah since Lina dah kahwin nih, I tak pernah jumpa dia lagi. Rasa tak suka dengan dia pun ada" kata Lina.

"I harap you pakai la tudung lepas nih. You dah tak pakai baju ketat-ketat dah. Sekarang ni you pakai baju seluar biasa je tak nampak ketat macam dulu ke" kata Fadzil.

"Insyaallah Fadzil. Tengah slow-slow nak sempurnakan aurat I nih. Zaman I dulu dah habis" kata Syaa sambil tersenyum.

"You nak murtabak ? I ada beli dua keping. Lagipun nak dekat waktu berbuka nih. Kita berbuka kat sini jelah" kata Fadzil. Syaa mengangguk.

"Lina tak marah ke kalau kita berbuka sama-sama nih ?" tanya Syaa

"Tak pun. I bukannya nak belakangkan dia tapi you lebih mengetahui pasal dia" kata Fadzil.

"Takper. You jangan salah faham kat I. I nak bantu you sahaja nak bagi you faham and you dah tahu perangai sebenar Lina. I dapat rasakan yang Lina kahwin dengan you sebab duit je kan" kata Syaa.

"Ya. I ada perasan dia banyak mintak tolong I pasal duit ke apa ke. Kadang-kadang dia mintak duit kat I sebab nak pakai. I tak tahu apa yang dia beli pakai duit tu" kata Fadzil.

"You kan anak CEO. That's why la dia selalu mintak you duit. Dapat duit tak mustahil dia boleh bershopping kat mall. Semalam masa I lalu bangunan office dia,I nampak dia tunggu someone depan office dia. Tak tahulah dia tunggu sape. I macam malas nak layan dia" kata Syaa.

"I rasa dia tunggu jantan lain. Patutlah setiap hari dia tak balik rumah sampai malam. I nak pergi Seremban malam ni. Tapi I nak pergi office dia dulu lepas I solat maghrib. You nak ikut ?" kata Fadzil.

"Boleh. Tapi apa-apa jadi kat you I tak nak masuk campur. I nak you berdepan dengan Lina sendiri. Boleh ?" kata Syaa sambil melihat sekeliling yang dikerumuni ramai orang yang ingin berbuka puasa di taman tasik.

"Insyaallah Syaa. Thanks sangat-sangat Syaa. You dah tolong I apa semua. Now I ajak you berbuka kat taman nih. Hm selama ni masa puasa I tak pernah berbuka dengan Lina kat luar" kata Fadzil.

"You pleasure. Sabarlah you. I yang patutnya berterima kasih kat you sebab you sudi ajak I berbuka kat sini. I nak beli juadah berbuka kat sini tapi alang-alang you dah ajak I berbuka ni. I rasa bersyukur sangat-sangat kat you. Moga murah rezeki you nanti" kata Syaa.

Perbualan mereka terhenti kerana azan maghrib sudah berkumandang menandakan waktu berbuka puasa.

"Sila lah Syaa. Berbuka dulu" kata Fadzil kepada Syaa lalu mereka menjamah juadah berbuka sehingga habis kesemuanya.

"You suka makan murtabak ke ? Beli lebih nih. Anyway murtabak ni sedap lah. I jarang makan murtabak" kata Syaa.

"Suka lah. Murtabak ni sedap. Selalu I beli lebih sebab nak tinggalkan untuk Lina makan. Tapi I jugak yang habiskan time sahur. Dia bukan jamah sikit pun" kata Fadzil.

"Ouh ye ke. Entahlah Fadzil. Oh you nak pergi solat dulu ke. You nak solat kat mana ?" kata Syaa.

"Iyalah. I nak solat kat masjid sana tuh. You nak solat tak ?" kata Fadzil.

"Oh boleh je. Hehehe" kata Syaa.

"You ni mesti lama tak solat kan. Tak baik tau macam tu. You nak berubah kena ikut perintah Allah semua. Tak ikut macam mana you nak berubah jadi orang lebih baik nanti kan. Jom lah" kata Fadzil.

"Iya laa ustaz. Jom. I naik kereta I je. I follow you dari belakang" kata Syaa.

Mereka pergi ke masjid yang terletak kira-kira 2 km dari bazar Ramadan. Syaa dan Fadzil menaiki kereta masing-masing. Tiba di masjid,Syaa dan Fadzil menunaikan solat dan kemudian mereka menunggu di luar masjid. Fadzil mula menyalakan api pada rokok lalu menghisapnya.

"Kalau you boleh ubah untuk berhenti merokok kan bagus" kata Syaa sambil tersengih.

"Eh you nih. Perli I ke. Takdelah kalau lepas berbuka macam lepas makan memang I hisap rokok. Barulah kembali balik diri I ni. Lembik semacam je I ni kan" kata Fadzil.

"You tak terasa ke nak berhenti merokok ?" tanya Syaa kepada Fadzil. Dia tersengih sahaja.

"Tengok lah macam mana you. I dah slow-slow nak berhenti merokok ni tau. Susah sangat" kata Fadzil.

"Slow apanya. Sama je. It's up to you la Fadzil. Your lungs bukannya lungs I. Hahahaha" kata Syaa sambil tergelak.

"Hah dah la kau. Gelak je tahu. Jomlah I nak pergi office tanya boss dia betul ke Lina pergi Seremban" kata Fadzil sambil membuang puntung rokoknya.

"Okay jom. I follow you tau. Jangan bawak laju sangat kang tertinggal I" kata Syaa.

"Mana ada laju I bawak. Kalau you tertinggal jauh,you tahu kan office Lina" kata Fadzil.

"Tahu je. Tapi lebih baik I follow you je kan. Dahlah jom" kata Syaa lalu menghidupkan enjin keretanya.

Fadzil masuk ke dalam keretanya lalu menutup pintu keretanya. Dia menghidupkan enjin keretanya dan bergerak ke pejabat Azralina tempat dia bekerja di Taman Tun Dr Ismail,Petaling Jaya. Syaa mengikut Fadzil dari belakang.

Kira-kira sejam kemudian,barulah mereka sampai di pejabat di mana Azralina bekerja. Fadzil turun dari keretanya dan menuju ke kereta Syaa.

"You nak turun tak ?" tanya Fadzil kepada Syaa.

"Eh you pergi jela. I nak tunggu dalam kereta. I tak boleh la nak ikut kan apa pulak diorang cakap pasal kita. You kan dah kahwin" kata Syaa.

"Ya betul jugak. Takperlah you tunggu dalam kereta. I pergi tanya dengan boss Lina tuh" kata Fadzil. Syaa mengangguk. Fadzil pergi ke bangunan pejabat. Fadzil terserempak dengan pengawal keselamatan yang menjaga di depan pintu lif. Fadzil menekan butang lif dan menunggu pintu lif dibuka.

Pengawal keselamatan berbangsa Melayu yang bernama Pak Mat sudah lama mengenali Fadzil kerana Fadzil sering datang ke pejabat Azralina untuk menjemputnya balik dan mengajak keluar untuk makan semasa waktu rehat jika hari-hari biasa sahaja.

"Assalamualaikum Fadzil. Nak jumpa sape. Bini kau ke ? Bini kau memang pergi Seremban sebab urusan meeting apa semua. Tapi..." kata Pak Mat tetapi tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

"Ya Pak Mat saya tahu bini saya pergi Seremban. Saya nak jumpa boss dia Miss Rachel. Tapi apa Pak Mat ?" kata Fadzil.

"Oh ya dia ada lagi kat atas. Jap lagi nak balik baik kau pergi jumpa dia. Ada apa kau nak jumpa Miss Rachel tu ?" kata Pak Mat.

"Ada urusan jap. Thanks" kata Fadzil lalu masuk ke dalam lif dan naik ke tingkat atas. Pejabat Azralina bekerja terletak di tingkat 3. Setelah sampai di tingkat itu,Fadzil berjumpa dengan staf perempuan yang menjaga di meja pekerja.

Kebetulan Fadzil ternampak Miss Rachel sedang berjalan di hadapan Fadzil.

"Miss. I nak bercakap dengan you kejap boleh" kata Fadzil.

"Oh ya hye Fadzil. You nak cakap apa dengan I nih" kata Miss Rachel.

"Miss busy tak harini. I ada benda mustahak nak tanya dengan you. Boleh kita bincang kat luar ?" kata Fadzil.

"Tak pun. Eh takperlah kita bincang dalam office I jer. I tahu you mau tanya pasal Lina kan" kata Miss Rachel. Fadzil mengangguk.

Mereka masuk ke dalam bilik pejabat Miss Rachel dan Fadzil mula bertanya tentang keberadaan isterinya,Azralina.

"Miss,I nak tanya. Betul ke Lina pergi Seremban sebab ada meeting kat sana dengan kawan-kawan ?" tanya Fadzil.

"Ya memang I suruh dia pergi Seremban for meeting dengan client dari company kat sana tuh. But dia pergi sorang and bukannya dengan kawan-kawan dia kat office nih" kata Miss Rachel.

Fadzil kehairanan. Azralina berkata memang dia pergi ke Seremban dengan rakan-rakan staf atas urusan kerja. Tetapi Azralina pergi seorang diri.

Tiba-tiba handphone Fadzil berbunyi. Panggilan dari Syaa.

"Hello assalamualaikum Syaa. Ada apa call I nih. I tengah bincang dengan boss Lina nih" kata Fadzil.

"Waalaikumussalam. Ni Fadzil I nampak kereta Syaa terpacak kat belakang kereta I nih. Sorry I kacau you berbincang. Bye" kata Syaa lalu mematikan panggilan.

"Eh kereta Lina ada kat bawah ? Dia pergi dengan siapa ?" kata Fadzil dalam hati. Dia semakin bertambah kehairanan.

"Siapa call you tadi ?" tanya Miss Rachel.

"Kawan I tadi miss. Oh ya. Dia pergi naik apa tadi miss ? Naik kereta ke ?" kata Fadzil.

"Ermm...Fadzil. I bukannya nak menuduh Lina tu curang dengan you tapi I nampak sendiri Lina tuh naik kereta orang lain. I nampak macam seorang lelaki keluar dari kereta and berbual dengan Pak Mat kat ground floor tu" kata Miss Rachel.

Fadzil terkejut bukan kepalang. Benarlah apa yang dilihatnya selama ini iaitu isterinya,Azralina keluar dengan lelaki lain ! Tetapi siapakah lelaki itu ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience