Semua kelam kabut,jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi
"jam pun waktu ni la dia nak buat hal"aku meyiapkan bekal adik adikku.Yang mana sempat aku sambar saja.
"angah...adik... cepat nanti tertinggal beca"tempik ku.Haiqal Qayyum dan Hafiz Redza dua anak teruna kesayangan aku.Qayyum berusia empat belas tahun dan Redza berusia dua belas tahun bersiap dengan uniform lengkap menghampiri ku.
"nah bekal.. duit belanja hari ni takde ya..ayong lupa nak amik duit nasi lemak dekat kedai mak timah"ujarnya
"takpe.. kami pergi dulu ayong"tanganku disalam dan dicium oleh mereka.
"angah hantar adik dulu ya.. ayong lambat sikit nak siap makan ayah dulu"pintaku.selalunya kami kesekolah bersama tapi kerana aku terlambat bangun aku terpaksa ke sekolah lewat.
"ayah,jangan lupa makan bubur dengan ubat ya"termos yang berisi bubur kosong aku letakkan dimeja sisi bersama segelas air masak beserta ubat.rambut ayah telah aku sisir rapi.
"ayong pergi dulu ya.. "tangan yang kurus itu aku salam mohon berkat.
"ayong belajar pandai pandai ya"ujar ayah. aku mengangguk.beca yang aku naiki sampai dipintu pagar sekolah.
"kau lambat hari kenapa"soal syira.
"jam aku tak berbunyi"alasanku.
"maaf aku terpaksa tulis nama kau.. kau lewat setengah jam tau"ujarnya
"tak pe tak pe.. eh nota sejarah semalam kau bawa"soalku
"dalam beg, nanti kau amik la sendiri"ujar syira.
"ok"aku berlari masuk ke kelas.nasib kelas baru bermula.aku menyelinap masuk ikut pintu belakang.
"Hajar"panggil wanita itu.langkahku terhenti. aku tersenyum kelat
"kenapa lambat"soal wanita itu
"tu la cikgu.. jam saya tiba tiba meragam.. mogok lapar agaknya.. dia tak nak bunyi"ujar ku
"banyak la kamu... ini amaran terakhir ya.. lambat lagi saya denda kamu"ujar wanita itu. aku mengangguk dan terus duduk.aku mulakan pembelajaranku dengan tenang.
"hajar kau tak makan ke"soal syira
"nota aku tak siap lagi.. nanti cikgu riduan marah"ujarku.buku bergaris itu aku catit segala kandungan dari buku syira.
"nah... buka mulut aku suapkan"ujar syira. aku membuka mulutku. mee goreng makcik kantin masuk kedalam tekakku.
"mee goreng mantap makcik kantin tak pernah mengecewakan"ujarku.kami tertawa. satu persatu aku salin.
"kat sini kau ye.. puas aku cari"liza,pelajar dari kelas teratas yang menganggap aku musuh ketatnya
"kau cari aku buat apa.. apa urusan kau dengan aku"mataku terus menatap buku
"kau buat apa dekat rubi tadi.. kau nak tunjuk hebat kau"ujar liza
"dah dia halang aku nak jalan.. aku dah nak terkencing.. lagi dia nak halang aku.. memang itu la makanan dia" balas aku
"kau jangan nak cari pasal ye.."ujar liza
"la aku pula patutnya kau cakap la dekat rubi.. "aku dan syira tertawa. tudung aku di tarik liza dan dihentak kepala ku ke meja.
"hei.. liza kau buta ke rabun ke.. aku tercongok dekat sini"syira mengunakan kuasa pengawasnya. aku baiki tudungku. kau tunggu la hantu galah.. sampai masa aku hempuk juga kau. geram aku.
"kau nak buat apa.. ada aku heran"provoknya lalu beredar.
"gila"geram ku.
"ayong ayah panggil"qayyum memanggil aku dari atas rumah.kain yang didalam bakul untuk disidai aku letakkan ke tanah. aku naik kerumah mendapatkan ayah
"ayah, ayong datang ni"tangan ayah aku pegang.
"ayong,esok lepas sekolah boleh tolong keluarkan duit ayah"ujar ayah
"nak buat apa"aku hairan. duit pencen didalam bank di kalut ayah
"buat beli kasut adik, kasut dia dah koyak sangat ayah tengok"ujar ayah
"eh takpe ayah, duit ayah tu simpan untuk rawatan ayah"ya..ayah masih perlukan rawatan untuk buah pinggangnya.ayah pesara tentera mengharapkan wang pencen dan ehsan dari tabung kebajikan tentera untuk teruskan rawatan.
"kasut adik tu teruk sangat dah ayah tengok"ujar ayah
"esok ayong beli ya.. ayong ada simpan sikit sikit untuk beli kasut adik"aku cuba mneyedapkan hati ayah. hasil jualan nasi lemak dikedai mak timah aku kumpul sedikit sedikit untuk penuhi keperluan adik adik.
Jam 4.30.rutinku memasak dan membungkus nasi lemak untuk diletakkan di kedai mak timah.nasi lemak resepi arwah ibu alhamdulillah mendapat sambutan.
"angah, adik bangun"aku mengejut adik adik. nasi lemak ku letakkan kedalam bekal mereka. bubur ayah juga telah siap. telur rebus dua biji aku letakkan di meja sisi ayah.ayah sedang bersolat subuh aku tatap penuh sayu.badan ayah yang dahulunya tegap kini surut hingga menampakkan tulang belulang.
"dah solat"soal ku
"dah ayong.. "ujar qayyum dan redza
"tunggu ayong kejap.. angah amik nasi tu nanti kang tertinggal pula"derapan kakiku kedengaran serata rumah.aku menunggu beca setelah nasi lemak ku hantar ke gerai mak timah yang tidak jauh dari rumah ku.
"selamat pagi cikgu"ujarku.
"ayong, nah ni duit tabung angah.. amik buat beli kasut adik"dihulur beg guni kecil kepadaku
"tak pe ayong ada simpan untuk beli kasut adik, angah simpan ya guna untuk angah"ujarku.
"ayong amik.. campur dengan duit ayong.. lebih beli lauk.. dah lama tak makan daging"ujar qayyum. hati aku sebak. hari hari kami berlaukkan ikan bilis dan ikan kering.kadang mak timah memberi ayam kampung untuk kami dan itu lah lauk istimewa bagi kami. aku bersyukur walaupun begitu adik adik aku tidak pernah merungut
"baiklah nanti ayong beli daging ya."ujarku.
"ok..angah masuk kelas dulu ya"pintanya.tangan ku disalamnya
"pergi cepat nanti lewat"aku berjalan ke kelas. meja aku diconteng dengan kapur.
"siapa punya kerja ni, biol betul la"rungutku.aku mengambil kain lalu aku lap meja itu.
"itu baru kapur nanti cat aku simbah dekat muka kau"ujar liza
"kau apa hal cari pasal dengan aku"marah aku
"sebab kau la aku gagal jadi sprinter sekolah yang dah 3 tahun aku pegang.aku tak dapat join netball pun sebab kau.. choral speaking pun aku tak dapat join sebab kau, merit aku down tahun ni sebab kau"luah liza
"apasal salah aku pula"aku mempertahankan diri
"sebab kau lah cikgu dah tak pandang aku.. "ujarnya
"takde kena mengena dengan aku"aku cuba meninggalkan mereka.
"kau gunakan sir Rahimi kan untuk dapat semua tu.. kau skandal dengan diakan"tempik liza. aku berpaling
"kau jangan nak buat fitnah"geramku
"habis takkan kau yang sendu tiba tiba boleh kadi top ten tahun ni"perli liza
"aku usaha sendiri"nada aku tinggi seoktaf
"usaha.. usaha dengan jual badan kau"perli liza dan berlalu pergi.aku menggenggam jariku geram.
Bekalku aku buka. aroma nasi lemak tersebar keluar. selera ku membuak.
"sedapnya bau nasi lemak kau.. esok bawa kat aku satu"ujar syira.
"baik sayangku"usik ku.
TANGGG
Bekalku jatuh kelantai.
"oppsss sorry"ujar rubi.memang cari pasal perempuan ni.geram aku ditahap meletus.
"kau tak boleh jalan elok elok ke"marah syira
"aku dah jalan elok.. tiba sampai dekat sini kaki aku terpelecot"ujarnya
"tiba pening... bau nasi lemak kot"herdik rubi lagi. liza hanya tertawa. mereka menyepak bekal ku. aku mula hilang sabar.nasi lemak yang telah aki gaul dengan sambal itu aku lumur ke muka rubi. dia yang terjatuh memudahkan untuk aku melepaskan amarah.
"hei hei...korang berhenti"ujar guru disiplin yang kebetulan lalu disitu.syira memegang aku.muka rubi berlumuran sambal.aku puas.
"cikgu pedih.."rengek rubi
"hajar,ikut saya ke bilik disiplin"ujar wanita itu.
"kamu juga syira"kami hanya mengangguk.
"apa nak jadi dengan korang berdua, syira kamu pengawas sepatutnya tunjuk etika yang baik bukan membiarkan perkara macam ni berlaku"ujar wanita itu
"tapi cikgu bukan salah kami, rubi yang mulakan dulu"syira mempertahankan diri
"dia dah kata dia tak sengaja, dia dah minta maaf dah pun tapi kamu izzati memilih untuk berkasar"ujar wanita itu lagi
"saya minta maaf cikgu, saya janji takkan buat lagi"ujarku.
"saya lepaskan kalian kali ini, tapi sebagai denda korang kena cuci tandas diblok b.. cuci tandas korang guna faham"arah wanita itu.kami mengangguk faham
"eiuuwwww....cleaner baru ke"perli liza. pasangan duo itu tidak pernah jemu menyakitkan hati aku.
"tepi sikit aku nak guna tandas"ditendang baldi berisi air itu hingga tersimbah kena kasutku. basah.
"sabar hajar"bisik syira. mop yang aku pegang aku genggam kemas.
"sini kotor lagi.. sini pun"dipijak pijak kawasan yang sudah dimop kering. aku mengemop semula. aku ditertawakan.geram didadaku bertambah. sakit.
"kau kalau dah habis kerja balik jangan nak sibuk dekat sini"marah syira.
"ouchh takutnya pengawas marah"lalu dua gadis itu berlalu pergi.
"arghhhhh geramnya aku"tempik kami dalam tandas. aku dan syira berpandangan.
"wei aku dah lewat ni"aku lupa aku harus ke pekan untuk membeli kasut adik.
"kenapa kenapa"syira terkejut
"aku nak ke pekan beli kasut redza"aku menyiapkan tandas cepat cepat.
"aku temankan kau"ujar syira. aku mengangguk.
"mana bas ni"aku risau takut terlambat.Lambat aku ke pekan lambat la aku pulang.sebuah kereta berhenti dihadapan kami.
"sir... "tegur ku
"korang nak kemana"soal sir rahimi
"kami nak ke pekan"ujar ku.
"mari saya hantarkan sebab saya pun nak ke pekan"pelawanya.pucuk dicita ulam mendatang, aku terus masuk ke dalam perut kereta.syira yang duduk di tempat duduk belakang memandang keluar.
"terima kasih sir"ujarku
"eh takpe.. korang nak ke mana lagi"soal lelaki itu
"saya nak pergi kedai kasut tu kejap lepas mtu nak pergi pasaraya nak beli barang sikit"ujarku
"oh kalau macam tu sir teman korang beli kasut dulu lepas tu kita pergi pasaraya sekali sebab sir pun nak pergi pasaraya"ujar lelaki itu.aku hanya bersetuju.syukur Allah telah mudahkan urusanku.
Aku mencari kasut yang sesuai dengan redza dan cukup dengan wang sakuku.
"yang ini elok tahan lama,siapa nak pakai"soal Sir Rahimi
"adik saya sir,kasut dia koyak"ceritaku
"adik awak lelaki ke perempuan"soalnya lagi
"lelaki sir,sekolah rendah"ceritaku lagi. Syira menguis nguis lenganku. aku mencubit jarinya.
"yang ini tahan lama dan lasak"ujarnya
"tapi budget saya lari sir"jelasku.aku mengambil kasut yang aku pegang dan pergi ke kaunter.
"saiz 4 ada"soal ku
"yang iti taknak nak yang ini saiz empat"ujar Sir Rahimi.aku kaget.
"sir duit saya tak cukup nak beli yang ini"tolak ku
"tak pe saya bayarkan"aku terkedu.syira tersenyum ke arah ku
"awal dia nak ambil hati adik ipar"usik syira.
"ish kau ni"bisikku.beg plastik iti bertukar tangan
"thank you sir, nanti saya bayar balik ya"aku segan menerima pemberian orang yang asing bagi ku apatah lagi insan itu akan mendapat susah andai kebaikannya disalah erti.
"tak pe saya ikhlas.. tak payah bayar"ujarnya.kami bergerak ke pasaraya. aku mengambil beberapa bahan untuk dimasak malam ini. daging.. ya daging. mesti angah suka..getis hatiku. selesai kami ke kaunter bayaran.
"aku bayarkan ini untuk kau"dua botol air gas diambil syira.
"terima kasih"syira sahabatku yang tidak pernah lokek dengan wang ringgit malah dia selalu berkongsi rezeki.
"dah lama kami tak makan daging angah dengan adik mesti suka"aku teruja. rupa rupanya kata kata ku didengari Sir Rahimi
"selalu awak makan lauk apa"soalnya
"dorang makan apa yang ada je sir.. bilis dan ikan kering.kadang ehsan orang kampung baru lah boleh makam lebih sir"cerita syira. aku malu. segan akan rahsia keluargaku tersebar.lelaki itu terdiam.
"sir hantar korang balik ya hari dah petang sangat ni"pelawanya.
"ha ah la sir.. hari dah petang.. boleh sir boleh.. sir hantar saya dulu sebab rumah saya dekat dekat sini je"ujar syira.aku menyiku perut syira tapi sempat dielaknya.
"berhenti dekat sini je sir.. saya jalan kaki dari sini.. rumah saya dekat sini je"entah betul atau tidak perempuan ni.. keliling bangunan kedai je aku tengok.
"thank you sir... oii manfaatkan masa yang ada ya"bisik syira.kurang asam punya member. getus hatiku.
"rumah awak dekat mana"soal lelaki itu
"dekat kampung paya"ujarku gugup
"owh dekat sekolah tu"tekanya
"ha ah.. dekat situ"aku mengiyakan saja
"terima kasih sir"ujar ku. barang barang aku ambil semua.
"ayong dah balik"tempik redza yang menuruni anak tangga. ayah yang berada di ruang tamu menjengah ke tingkap.
"ayong, sapa tu, ajak la naik"pelawa ayahnya
"sir jemput naik duli, ayah saya ajak naik"aku cuba berbahasa. sir rahimi mengikut aku dari belakang.
"ayah.,ni sir rahimi, cikgu ayong"ujar ku.
"pakcik, apa khabar"mereka bersalaman
"Alhamdulillah cikgu.. orang tua.. sihat macam orang tua la"seloroh ayah
"sir... "qayyum terkejut akan kehadiran gurunya
"eh Haiqal Qayyum.. buat apa kat sini"soalnya
"ni rumah saya"ujarnya
"hajar tu.. "belum habis katanya
"dia kakak saya"pintas qayyum. lelaki itu hanya mengangguk.aku ke ruang tamu dengan dulang berisi kopi dan kek marble yang aku beli tadi. lalu dihidangnya.
"maaf saya tak tahu keadaan awak"ujar lelaki itu setelah turun dari rumahku
"hah.. err.. takpe cikgu.. saya ok je"aku sebenarnya terperanjat dengan penggunaan kata gantinamanya tadi.. saya...awak.. eiuww janggal.
"saya balik dulu, jumpa disekolah"ujarnya.aku hanya mengangguk. kereta itu keluar dari perkarangan rumah ku
"mandiiiiii"tempik ku.adik adikku bertempiaran lari.selesai maghrib kami mengaji dengan ayah.bab agama memang tidak dipandang enteng oleh ayah.
"ayong.. "panggil ayah. aku masuk ke bilik nya.
"ada apa ayah"aku duduk disisinya.
"lusa maksu nak datang, dia akan tinggal dengan kita,ayah nak ayong siapkan bilik arwah tok untuk dia.. angah dan adik tidur satu bilik.. bilik angah bagi dekat arash"ujar ayah
ARASH.. habis la aku.. dekat sekolah aku dibuli liza dan rubi dekat rumah makhluk bernama Arash pula.
"ayong dengar tak"tegur ayah
"ya ayah ayong dengar.. kejap lagi ayong suruh angah pindah bilik adik"balasku
"ingat dorang ada aurat kena jaga, paksu dan arash tu bukan mahram ayong"pesan ayah.
"ayong ingat pesan ayah"aku keluar dari bilik ayah dan meminta qayyum berpindah bilik.apabila perkhabaran itu aku kongsikan mereka bersorak riang tapi tidak aku.
Terima Kasih pada yang sudi baca tulisan saya. Masih banyak yang perlu pelajari lagi.. setiap komen kalian saya hargai untuk penambahbaikan dalam penulisan saya. Saya budak baru belajar..tunjuk ajar masih diperlukan.Segala kekurangan dalam penulisan adalah kelemahan saya andai ada yang berpuas hati..Alhamdulillah..syukur.. terima kasih Ya Allah.Terima kasih semua pembaca.. terima kasih terima kasih... saya hargai jasa kalian. muaaahhh ciketttt..
Share this novel