BAB 17

Romance Completed 4317

Sekiranya manusia jatuh cinta, mereka memiliki rasa rindu dan sentiasa mengingati orang yang dicintai. Namun, masih ada perkara yang membimbangkan.

Cinta yang terbit di hati dapat membuatkan orang yang dilamun cinta masuk dalam keadaan cinta yang mengusutkan fikiran. Cinta membuat manusia tidak dapat berfikir antara yang baik dan yang buruk.

Sekiranya keadaan itu terus menguasai akal fikiran manusia, mereka akan sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang dicintai. Sekiranya berjauhan, jiwa mereka akan sarat kerana terpaksa memendam rindu.

Dan apabila tiba saat pertemuan, syaitan tidak akan pernah berhenti menghasut sehingga manusia lupa segala-galanya, yang ada hanyalah cinta antara mereka.

Inilah yang bakal menyebabkan cinta suci di hati manusia kurniaan Allah menjadi rosak dan tercemar. Antara perkara yang boleh mencemarkan perasaan cinta ialah sering berdua-duaan di tempat yang sunyi, berbalas SMS, berbual-bual dan bertukar-tukar cerita walaupun hanya di telefon bimbit, berpegang-berpegangan dan saling meluahkan perasaan cinta sesama manusia.

Mungkin manis ketika melalui semua itu, tetapi pahit yang menanti di pengakhiran. Justeru, kita perlu meyakini pertolongan Allah yang sentiasa hampir kepada hamba-Nya dan bersungguh-sungguh serta berusaha meraih kasih Allah.

Buanglah perasaan ‘takut mati’ dan ‘cinta dunia’ yang sentiasa ada di hati. Sama-samalah maju ke tahap pembangan dan perjuangan, serta sebarkan sebaik mungkin hakikat cinta Allah. Seperti yang tercatat dalam surah Maryam, ayat 96,

“Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih dan sayang.”

Dahlia mengesat air mata yang basah di pipinya. Insafnya ya Allah... Tiada kata yang mampu mengungkapkan apa yang hatinya rasai selepas membaca artikel yang panjang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience