TIDAK sukar hendak mencari, dari jauh sudah dia melihat seseorang yang selalu memakai snow cap kesukaan berwarna merah hati itu . Laju langkahnya di atur masuk ke dalam dewan kuliah dan melabuhkan punggung di sebelah gadis itu.
"Fuh, hari ni paling seronok dalam sejarah. Lama kita tak boleh duduk sekali".
Kata-kata dari Hawa itu membuatkan Nurjihan berasa pelik.
"Kau jangan nak over ye, dalam kelas Dr.Husni je kita tak boleh duduk sekali. Subjek lain tak ada masalah!".
Hawa mencebik, Eleh nak bergurau senda di pagi pun tak boleh!
Setelah 5 minit di tunggu, akhirnya kesemua penghuni dewan berpaling ke arah pintu dewan bila terdengar bunyi pintu itu di buka.
Tap...tap...tap...
Hanya bunyi derapan tapak kasut seseorang yang bergema di seluruh dewan itu. Gaya karisma telah memukau seisi kelas yang di bawa oleh seorang lelaki berkemeja biru lembut dan bertali leher biru terang dan berseluar slack hitam berjalan dengan penuh gaya menuju ke meja yang terletak di hadapan dewan itu.
Nurjihan yang masih ralit mengeluarkan buku-buku dari beg itu akhirnya memberi perhatian di hadapan.
Bagai hendak tersembul keluar kedua biji matanya melihat seseorang yang di rasakan macam pernah nampak.
Hek eh, apa yang abang salesman ni buat dalam kelas aku? nak bagi talk pasal bisnes ke? macam silap kos je dia ni.
Dia yang melihat 80 orang pelajar di hadapannya itu meneruskan matanya mencari kelibat seseorang.
Akhirnya mata itu tertancap pada seseorang. Dia tersenyum. Dah jumpa !
"Okay class, seperti yang kamu semua tahu hari ini kamu semua akan dapat pensyarah baru untuk mengajar subjek geologi. So sayalah orang tu."
Terang dan jelas suara lelaki itu bercakap dengan semua pelajar yang ada di dalam dewan itu.
Dia berjalan ke hadapan mejanya dan bersandar di situ.
"Kenalkan diri saya, Dr. Haider. Pensyarah baru yang menggantikan Dr.Husni, dan oh ya.. saya ni bukan salesman ya. Jangan silap."
Seluruh kelas bersorak dengan keseronokkan menerima pensyarah baru.
Zap! Nurjihan menepuk dahinya. Bagai terasa ada sesuatu menghempas ke mukanya.
Sebijik eh dia perli aku?
Matanya di larikan dari melihat gadis itu. Tidak boleh di tahan senyumannya melihat riaksi gadis itu bila terasa di perli.
Hawa di sebelah sedar akan riak wajah Nurjihan.
"Kau kenal ke?."
Nurjihan menggeleng. "Aku dah salah cakap dengan dia."
Hawa berkerut dahi. "Apa yang kau cakap?".
dahinya di picit-picit. Sakit kepalanya datang melanda.
"Last week aku terserempak dengan dia, lepas tu aku tunjuk laluan ke pejabat and then...aku tanya dia tu salesman ke jual barang? dengan confident kau tau! tapi..kau tengok lah depan mata kau sekarang siapa dia."
Terhambur ketawa Hawa yang di teran itu. Tersengguk-sengguk dia menyembunyikan riak terhibur dengan kesilapan Nurjihan.
"Masak la aku...lepas Dr.Husni, timbul pulak yang lain duk target aku dalam kelas ni."
Nurjihan hanya menundukkan wajah tidak berani memandang ke arah hadapan.
"Tak selamat jugak la kau kali ni. Jihan....jihan, itulah lain kali jangan serkap jarang kat orang".
Tergeleng-geleng kepala Hawa. Kelakar betul !
NURJIHAN menahan kantuk. Segala yang di ajar oleh Benjamin itu bagai mencurah air ke daun keladi.
Tuk...tuk..
Meja di depan Nurjihan itu ketuk.
"Cik Nurjihan, sila fokus. kita tak banyak masa ni. Minggu depan dah nak masuk pejabat."
Segar sudah matanya. Ini semua salah Pia. Download yang bukan-bukan game dan apps di dalam telefonnya. Akhirnya, Nurjihan la yang bersengkang mata ralit bermain.
Benjamin mengajar segala hal tentang tata susila dan etika formal yang harus di praktikkan di pejabat nanti. Rupanya untuk menjadi Karlisa adalah sangat susah. Perwatakan Karlisa itu beza persis dengan dirinya. Chaiyok Jihan !
"EHEM".
Suara itu menghentikan bualan di antara Nurjihan dan Syifa.
"Maaf ganggu Cik Nurjihan, ini adalah kunci kereta Tuan Syed. Saya dapat arahan baru yang Cik Nurjihan kena ambil alih tugas pemandu untuk membawa Tuan Syed."
Jatuh sudip yang di pegang oleh Syifa.
"Kenapa Cik Jihan pulak yang kena jadi driver ni?."
Benjamin menggaru-garu keningnya.
"Tuan Syed nak Cik Nurjihan yang uruskan semua. Yang paling terbaru inilah tugas yang Tuan Syed bagi."
Nurjihan tercengang. Bertambah kerjanya nanti. Nasib badan la Jihan. kau kerja dengan orang, bukan kerja sendiri.
"Tak apa, bagi sini kunci kereta. Tuan Syed ada nak pergi mana-mana ke?". Tanya Nurjihan melihat Benjamin.
"Ha, ada. Tuan Syed nak keluar petang ni, tapi Cik Nurjihan kena tanya ke mana Tuan Syed nak pergi. Dia tak ada pulak bagitahu saya. heheh".
Benjamin rasa bersalah. Apakah niat Tuan Syed terhadap gadis ini?
***
Mereka kini berada di sebuah tasik. Terpacak sebatang joran pada tanah yang di lapisi oleh rumput yang pendek. Dirinya berasa tenang di sini. Di kerling ke sebelah melihat Tuan Syed Iqwal ibarat melayan perasaan menatap permandangan di tasik ini.
Nurjihan berasa janggal kerana mereka di dalam keadaan yang sepi.
"Err Tuan Syed memang suka memancing ke?". Nurjihan cuba untuk mengisi kesunyian di antara mereka.
"Suka."
pandangannya masih di tasik dan hanya telinganya mendengarkan suara si gadis di sebelah.
Adeh, pendeknya jawapan.
Suasana di antara mereka kembali hening.
"Awak mesti dah tahu cerita tentang saya dari Benjamin kan?."
Soalan daripada Tuan Syed Iqwal itu mengejutkan Nurjihan.
"Err Tuan Syed jangan marah Ben ye. Saya yang nak sangat tahu. Ben tak salah pun".
Kecut perutnya mendapatkan soalan seperti itu di tambah pula dengan riak wajah Tuan Syed Iqwal yang serius itu.
"Ada lagi yang awak nak tahu?". Pertanyaan demi pertanyaan di lontarkan kepada Nurjihan.
Baju yang di pakainya itu di gulung-gulung kecil.
"Boleh tak saya nak tahu apa yang jadi pada Tuan Syed dan Bellinda selepas kemalangan itu?".
Terluah juga soalan yang di pendam lama tentang kisah sadis Tuan Syed Iqwal.
Tuan Syed Iqwal berpaling wajah menghadap Nurjihan. Nafas di tarik dalam sebelum di hembus keluar.
JAKARTA 9 JANUARY 2019.
Bellinda memandu dan mengekori kereta Tuan Syed Iqwal. Selepas melihat kereta Tuan Syed Iqwal yang terbabas jatuh ke jurang. Bellinda berlari keluar dari keretanya dan menghampiri tebing. Dia meggeletar ketakukan. Adakah dia punca Tuan Syed Iqwal jatuh ke jurang?
JAKARTA 11 JANUARY 2019.
Dia mendengarkan apa yang di katakan oleh Dokter pakar itu. Bellinda tersandar di balik dinding. Segalanya jelas apa yang di dengarnya melalui pintu yang sedikit terbuka itu.
Tuan Syed Iqwal lumpuh? dia tidak tahu ingin kasihan atau sebaliknya. Melihatkan kelibat Benjamin yang berlalu keluar itu, Bellinda dengan segera memusingkan posisi badannya membelakangi permandangan Benjamin. Dengan kadar segera dia masuk ke dalam bilik rawatan vvip yang di duduki oleh Tuan Syed Iqwal itu.
"Iq...maafin aku. Aku tuh ngak tahu nasib seperti ini bakal terjadi sama kamu. Maafin aku Iq..."
Rayuan Bellinda tidak di hiraukan olehnya. Hanya setitis air mata yang mengalir jatuh terkena pada cadar bantal.
"Aku dah cacat sekarang ni. Kau pergilah. Berbaloi untuk kau tinggalkan aku dan pergi dekat dengan lelaki lain." Hatinya kecewa.
Bellinda kematian kata. Dia mendekati katil Tuan Syed Iqwal yang membelakangi dirinya. Cincin di jari manisnya adalah hadiah lamaran pada bulan lepas di cabut dan di tinggalkan di atas katil lelaki itu.
"Aku pulang dulu ya Iq. Sekali lagi aku mohon kamu maafin aku. Aku ngak bisa teruskan hubungan ini sama kamu."
Pintu di tutup. Makin berkecai hati Tuan Syed Iqwal saat itu. Semua insan yang dia sayang pergi meninggalkannya. Kemaafan bakal di berikan jika ada harapan agar Bellinda setia bersamanya dalam keadaannya sekarang ini.
Tidak ! Bellinda tewas dalam tawaran ini. Dia pergi akhirnya. Hubungan rapat selama 20 tahun terbayang saat pertama kali dia berjabat tangan dengan seorang budak perempuan. Tersenyum kedua-dua ayah kepada kanak-kanak itu. Dia dan Bellinda mula berkawan dari umur 5 tahun dan bercinta bila mereka sama-sama meningkat dewasa.
Kini hanya dengan kekurangan yang terjadi kepada Tuan Syed Iqwal, wanita itu pergi meninggalkannya dengan janji-janji yang pernah terjadi di antara mereka dahulu.
"Kamu janji ya, sayang sama aku, setia sama aku dan itu semua ngakk bisa kamu mungkiri!." Bellinda menghulurkan jari kelingkingnya di hadapan wajah lelaki itu.
"Ye, janji." Balas seketul Tuan Syed Iqwal.
Memori zaman remaja bersama baju sekolah yang di pakai mereka ketika itu terus terpadam. Cincin yang di tinggalkan di situ terus di baling ke pintu. Wanita itu yang sendirinya memungkiri janji yang dia ciptakan bersama.
Tanpa sedar cincin itu di kutip oleh Benjamin yang baru menapak masuk dengan membawa bekalan makanan. Mendung hatinya melihatkan kesedihan Tuan Syed Iqwal yang di tinggalkan.
Tskk...tskkk
Nurjihan mengelap air mata yang jatuh itu dengan lengan bajunya. Kenapa dia pula yang tidak dapat menahan kesedihan yang di rasakan oleh lelaki itu? Nampaknya Tuan Syed Iqwal lagi hebat bercerita berbanding Benjamin.
Feeling woi !
Tuan Syed Iqwal menghulurkan tisu kepada gadis di sebelahnya itu. Gadis polos ini mudah tersentuh.
"Kuatkan Tuan Syed masa tu? kalau saya la. Tak tahu nak jadi apa". Nurjihan masih sebak.
"Sebab itu saya suka memancing. Memancing ni ajar saya kesabaran yang tinggi kesetiaan yang utuh dan keadaan sekeliling dapat memberi seribu ketenangan".
Terpukau Nurjihan mendengarkan bait kata-kata Tuan Syed itu. Lelaki ini memang ada sesuatu padanya yang membuatkan Nurjihan tidak betah !
"Ye saya nampak itu. Tuan Syed sangat penyabar orangnya. Marilah kita balik. Rasa bersalah pula saya."
Tangan Nurjihan mula bergerak untuk membantu menarik kerusi roda yang di duduki Tuan Syed Iqwal untuk beredar.
Terpinga-pinga dia dengan tindakan Nurjihan itu.
"Eh, kenapa pula?".
Nurjihan duduk di hadapan kerusi roda Tuan Syed Iqwal. Di pandangan majikannya itu dengan mata yang berkaca.
"Maafkan saya Tuan Syed. Tuan Syed tak sedar ke yang kita ni ada dekat tasik buatan sekarang?. Mana ada ikan di sini nak pancing."
Jawapan jujur Nurjihan itu membuatkan dia memicit pelapis dahi di antara kedua keningnya itu.
Kena game rupanya! menyesal dia menyuruh Nurjihan pilihkan tempat untuknya beriadah.
Nurjihan hanya meneku rumput di tanah. Memang niatnya mahu mengenakan Tuan Syed Iqwal. Berasa geram dengan lelaki itu kerana terlalu banyak tugasan yang di berikan. Namun itu memakan dirinya.
Tergeleng-geleng Tuan Syed Iqwal ketawa bila rasa dirinya di permainkan.
Terus panggung kepala Nurjihan mendengarkan suara ketawa dari lelaki itu.
Dia ketawa? Eh, tak marah?
Serinya wajah lelaki yang ketawa di hadapannya ini ibarat air panas yang menjirus ketulan ais. Hatinya cair selaju-lajunya !
Share this novel