Bab 6

Romance Series 8464

"Assalamualaikum mak lang.." sapa Kamarul sopan.

"Waalaikumsalam rul.. masuk lah.. nanti mak lang panggilkan Qawi" ajak Datin Roziah sambil menghadiahkan senyuman manis.

dia yang tadi asyik membelek pokok-pokok bunganya terhenti dengan kehadiran Kamarul. suka benar dia dengan Kamarul mahu sahaja di jodohkan anaknya Maisarah dengan Kamarul namun hati Kamarul lebih pada Nur Qawi dan Maisarah juga telah mempunyai buah hati.

Datin Roziah tidak mahu memaksa tambahan mahu memaksa hati anak kesayangannya Maisarah itu. jadi dia hanya membiarkan kan hasratnya terbuku dihati dari menyakiti Maisarah, kerana pilihan Maisarah sendiri lebih baik baginya.

"tak apa lah Kamarul tunggu disini" Kamarul menolak ajakan Datin Roziah dengan lembut.

"Rul tunggu kejap mak lang panggilkan Qawi" baru sahaja Datin Roziah mahu melangkah Nur Qawi telah muncul di muka pintu.

"cantik Qawi hari ni" puji Kamarul melihat kecantikan Nur Qawi dia mengenakan blaus biru laut sesuai dengan warna kulitnya yang putih dan mulus kain labuh yang sedikit kembang berwarna putih sesuai dengan tubuhnya yang tinggi lampai. rambutnya dibiar lurus tanpa di ikat.

Nur Qawi hanya tersenyum kelat mendengar pujian Kamarul. andai bukan di sebabkan ibunya yang mengarahnya mengikut kehendak Kamarul yang mahu membawanya keluar petang itu, jangan harap dia akan setuju untuk pergi bersama lelaki itu.

"Mak lang kami pergi dulu." Kamarul meminta izin. manakala Nur Qawi mendekati Datin Roziah kemudian bersalam dengan ibunya.

"ibu.. Qawi pergi dulu" kata Nur Qawi namun hanya di balas dengan anggukan. perlahan-lahan Nur Qawi mengekori Kamarul dari belakang.

Entah kenapa hatinya tidak sedap. mahu sahaja dia berlari masuk ke dalam rumah semula tetapi disebabkan takut di marahi ibunya. di tahan juga niatnya.

setelah mereka siap masuk kedalam perut kereta sport milik Kamarul. dengan pantas Kamarul menghidupkan dan mula memandu keluar dari kawasan tersebut.

Nur Qawi hanya membisu hatinya gundah-gulana seperti ada sesuatu yang tidak kena. lantas berdoa memohon perlindungan.

******

sepertinya mereka sudah terlalu jauh dari tempat Nur Qawi tinggal malah Nur Qawi juga tidak tahu kemana Kamarul mahu membawanya. mahu ditanya takut, jadi berdiam diri pilihannya.

"kita dah sampai" ujar Kamarul memecahkan kesunyian. dari dalam kereta terlihat ada sebuah rumah mewah di halamannya di penuhi oleh kereta yang tidak kurang mewahnya.

hari sudah menjelang malam. Nur Qawi tidak tahu di mana dia di bawa. takut, cemas terlihat dari riak wajahnya. dia keluar dari kereta setelah pintu kereta dibuka oleh Kamarul.

"sayang jangan takut abangkan ada" Kamarul berkata dengan nada manja. pertama kalinya tanganya dapat di sentuh oleh Kamarul hanya kerana takut yang membendung diri Nur Qawi. di biar Kamarul melakukan sebegitu kerana yakin dan percaya dengan kata-kata Kamarul yang akan menjaganya.

lalu mereka beriringan masuk kedalam rumah tersebut. setelah melangkah masuk gegendang telinga Nur Qawi Seperti mahu pecah kerana alunan rentak muzik yang kuat. bukan itu sahaja tetamu yang lainnya seperti kerasukan menari-nari, ada yang minum-minum, bercumbu, dan pelbagai lagi mereka lakukan juga hanya berpakaian bikini kayak berada di pantai negara barat. ia membuatkan Nur Qawi berasa mahu pingsan dengan apa yang di lihat nya.

sudahlah dia tidak biasa dengan situasi seperti ini. mahu sahaja dia beredar namun disebabkan gegaman tangan Kamarul yang erat memaut tangannya menghalang tindakannya. satu keluhan perlahan dilepaskan. dia menoleh melihat Kamarul baru sahaja ingin mengajak lelaki itu beredar tetapi Kamarul telah menanggalkan kemeja yang dipakainya terdedah bahagian atas tubuhnya. seluar slek paras lutut masih kemas di pakainya. sekali lagi membuat kan Nur Qawi mematikan niatnya.

"hye! bro baru sampai? welcome!" sapa seorang lelaki sebaya Kamarul dengan riang. lalu bersalaman. dia berpakaian seperti Kamarul sekarang cuma lainnya dia hanya mengenakan seluar pendek santai. bahagian lainnya terdedah.

"sorry aku baru sampai jauh sangat party kau kali ni" kata Kamarul diikuti gelak tawa mereka entah apa yang lucu.

"sapa awek manis baru yang kau bawak ni?" soalnya lagi.

" ini barang baik aku hahaha... Qawi.. Qawi ini Izat kawan abang" Kamarul memperkenalkan mereka berdua antara satu sama lain. Nur Qawi hanya memberikan senyuman.

"cantik! mana kau jumpa?" soal Izat lagi.

"aku tak jumpa tapi aku simpan cuma sekarang baru tunjuk dekat kau" kata Kamarul kemudian ketawa bangga.

"kalau aku barang baik and cantik macam ni aku simpan.. sayang nak tayang" ujar Izat sambil menegur air dari kelas yang dipegangnya sejak tadi.

Nur Qawi hanya diam sahaja tidak faham apa yang dibualkan dua orang sahabat itu. dia hanya melihat gelagat tetamu yang menghadiri majlis itu. Semua seperti berada di dunia mereka sendiri.

Lama Nur Qawi termenung tiba-tiba tangan ditarik perlahan oleh Kamarul isyarat Kamarul mahu Nur Qawi mengikuti langkahnya. Nur Qawi akur dengan ajakan Kamarul.

Nur Qawi di bawa ke bahagian sisi rumah, disitu terdapat kolam renang yang di penuhi para tetamu bermandi manda. Kamarul membawa Nur Qawi menghampiri meja yang di penuhi hidangan makanan.

"nak makan?" soal Kamarul. Nur Qawi menjawab dengan menganggukan kepala. lantas Kamarul mengambil apa yang ada disitu sedikit demi sedikit diletak dalam satu pinggan.

kemudian mereka duduk di salah satu kerusi rehat menghadap kolam renang disitu. Nur Qawi hanya menurut sahaja kekok dengan keadaan sekeliling. mereka berkongsi makanan seperti pasangan romantis tapi bagi Nur Qawi dia melakukan itu hanya sebab tidak biasa di situ.

setelah selesai makan Kamarul menghulurkan gelas berisi air. warnanya keperangan baru sahaja mahu Nur Qawi meneguk air itu dia dapat menghidu bau yang aneh dari minuman itu. lantas dia meletakkan air itu tidak jadi untuk minum.

"air mineral ada?"soal Nur Qawi. Kamarul hanya menurut kemahuan Nur Qawi lantas bangun dan hilang dari celah orang ramai kemudian muncul membawa air mineral dalam botol sederhana kecil.

"abang kita dekat mana sebenarnya?"soal Nur Qawi perlahan namun masih jelas di dengari Kamarul.

"rumah kawan abang" balas Kamarul ringkas. badannya bergerak-gerak mengikut rentak muzik.

"abang Qawi tak selesa" rungut Nur Qawi.

"Qawi nak rehat?" soal Kamarul.

" boleh? " soal Nur Qawi kembali

" kejap" kata Kamarul sekali lagi beredar hilang diantara orang ramai tidak sampai beberapa minit muncul kembali. sekali lagi dia menggapai tangan milik Nur Qawi kemudian ditakir perlahan agar Nur Qawi menuruti langkahnya. setiba mereka di satu depan satu bilik baru Kamarul melepaskan tangan Nur Qawi. kemudian daun pintu bilik itu di tolak perlahan.

"Qawi rehat dulu nanti abang datang" kata Kamarul serentak menolak perlahan tubuh Nur Qawi masuk ke bilik itu. tanpa sempat Nur Qawi berbicara Kamarul lebih pantas menutup pintu dan menguncinya dari luar.

seperti mahu sesak nafas Nur Qawi apabila dilakukan seperti itu. lantas sekuat hati mengetuk pintu menjerit memanggil nama Kamarul supaya membuka pintu. namun tindakannya sia-sia.

di lihat setiap ruang dalam bilik, ia dilengkapi perabot balik seperti biasa namun masih nampak mewah bahkan lengkap dengan bilik air. Nur Qawi duduk di birai katil. tubuhnya menggigil ketakutan namun di sedapkan hatinya dengan tidak ada apa-apa yang berlaku.

****************

Nur Qawi dibuai tidur yang lena. entah bagaimana dia boleh terlelap di atas katil itu. mungkin kerana terlalu lama menunggu membuat dia mengantuk lalu tertidur.

Namun tidurnya terganggu dek terasa tubuhnya di hempap oleh beban yang berat hingga susah untuk bernafas juga ada bau yang tidak menyenangkan menusuk ke hidung membuatkan Nur Qawi terjaga.

alangkah terperanjat apabila membuka mata wajah Kamarul sudah hampir dengannya bahkan bibir Kamarul telah menyentuh bibir mungilnya. lantas tubuh sasa itu di tolak sekuat hati!

"apa Abg buat?! " soal Nur Qawi nada suaranya tinggi. namun soalannya tidak dijawab malah Kamarul bertindak ganas terus mencium seluruh wajah mulus Nur Qawi dengan rakus!

jantung Nur Qawi berdegup kencang ketakutan. apa yang terjadi ini? 'oh Tuhan selamatkan aku!' kata benak hatinya. dengan sekuat hatinya dia memukul kepala Kamarul dengan buku limanya. hingga menyebabkan tubuh Kamarul terjelepok menyembah lantai.

Kemudian dengan pantas Nur Qawi lompat dari katil kemudian berlari keluar dari bilik nasib pintu bilik itu tidak berkunci lagi. tanpa menunggu lagi dengan pantas dia berlari keluar dari rumah itu. Nur Qawi terus berlari melangkah tanpa henti tidak tahu nama arah tujunya yang pasti dia mahu jauh dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience