VS31

Drama Completed 85759

Farina memakir keretanya dihadapan rumah Daim, sebelum dia dan Eva sama-sama masuk kedalam rumah.

Kak Clara menyambut dipintu. Wajah pucat Eva dipandang.
"Eva okay ke ni?
Lengan adik iparnya digengam, pandangan dikalih kepada Farina. Seakan ada sesuatu yang mereka sorokan dari Clara.

"Eva.. naik bilik dulu, rehat ye."

Eva angguk kepala mendengar arahan Farina.
Clara membawa Eva meniti tangga menuju kebilik sementara diikuti oleh Farina dari belakang.

Sampai didalam bilik, Eva mencari T-shirt Daim yang selalu dipeluknya sebelum membaringkan tubuh. T-shirt berwarna hitam itu dicium berkali-kali sebelum airmatanya yang ditahan kembali mengalir keluar.

"Eva.. sudahlah.. kau kena ingat, kau tu pregnant, kau kena jaga kandungan kau."

Eva sedar akan kata-kata Farina, namun hatinya amat pedih saat ini.

Baru sebentar tadi dia berjumpa Akilah. Remaja perempuan itu sendiri mengaku bahawa Zizie masih hidup.

Sepatutnya Eva gembira mendengar khabar ini kerana Daim akan terselamat dari tuduhan membunuh.

Namun ketika kebenaran sudah terluah, kenapa hubungan Eva dan Daim kembali berantakan?
Apa yang ada dalam fikiran Daim sehingga mahu berpisah dengan dirinya?

"Eva! Dari dulu aku tak pernah cintakan kau. Apa yang berlaku antara kita di pulau tempoh hari adalah kesilapan besar pada aku. Aku mintak maaf, antara kau dan aku tak sepatutnya bersama."

Kata-kata Daim terus menjadi mainan dibenak fikiran Eva.
Jika Daim menyangka apa yang berlaku di pulau tempoh hari adalah suatu kesilapan, bagaimana dengan bayi yang dikandung Eva sekarang? Adakah dia juga satu kesilapan?
Arrghh! Daim... kenapa kau tolak aku dengan kejam sekali?
Apa lagi salah aku pada kau Im?

Eva menyeka airmatanya dengan jari sebelum kembali memandang Farina dan Clara yang masih berdiri disisi katil.
"Eva nak rehat ye.. Eva letih sangat."

Clara menghampiri, selimut yang berada dihujung kaki Eva ditarik keatas menutupi sehingga dada wanita itu.
"Eva rehat ye, jangan fikir apa-apa lagi. Kak Clay dan Farina keluar dulu, kalau Eva nak apa-apa cakap je dengan Kak Clay ye."

Eva angguk kepala.
Benar kata Farina, Eva kena banyak berehat kerana sekarang ni tubuhnya sedang menanggung satu lagi nyawa. Eva tak boeh pentingkan dirinya sendiri.

Walau terangan Daim menolak dirinya, Namun Eva akan tetap menjaga anak mereka hingga membesar. Hanya anak ini sahaja bukti cinta Eva pada Daim.

Clara menutup lampu bilik sebelum dia dan Farina melangkah keluar dari bilik.

Rupanya, Dahlia sudah berdiri dimuka pintu.
Melihat kesedihan anaknya, hati mama mana yang tidak gusar, namun dibiarkan keadaan anaknya memandangkan Farina dan Clara sudah memujuk.

“Untie pun ada sini? Elok la tu, saya pun nak cakap sesuatu ni.”
Farina memegang perut boyotnya lantas perlahan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu.

Ketiga-tiga manusia, melabuhkan punggung sambil melepas keluh.

“Rina.. apa sebenarnya yang berlaku pada Eva?”
Clara bersuara selepas keluhan dilepas berat.

“Tadi Rina dan Eva jumpa Akilah. Adik Danish, then Kilah inform yang Zizie masih hidup.”

“Apa? Kau biar betul Rina?”
Mata Dahlia membulat mendengar berita dari Farina.
Bergitu juga dengan Clara.

“Rina pun macam tak percaya. Tapi Eva cakap mungkin betul, sebab dia sendiri tengok muka Akilah pucat bila sebut nama Zizie.”

Dahlia mendecit kuat.
“Jangan-jangan Zizie dah ugut Akilah. Sebab tu Akilah takut.”

“Eva pun fikir macam tu Untie, dia cakap kat Rina dia nak siasat dulu. Mungkin dari Akilah dia boleh tahu kat mana Zizie.”

“Eh giler apa?! Dah tahu si Zizie tu bahaya. Kenapa Eva nak masuk campur? Lapor kan kat polis. Biar diorang yang siasat!”
Kali ni Clara pula merengus. Geram bila Zizie sendiri cuba memerangkap adiknya atas pertuduhan palsu!

“Rina pun cakap macam tu Kak Clay. Tapi Eva jawab, kalau inform polis mesti Akilah akan jadi takut. Eva cuba selamatkan Akilah juga.”

Sekali lagi Clara menarik nafas panjang.
“Tapi Eva tetap tak boleh nak investigate sorang-sorang, dia bukan polis. Lagipun Eva kan pregnant.”

“Takpe.. kita biar dulu Eva berehat… esok Untie akan pujuk anak untie sendiri, sekarang Eva masih tak tenang lagi.”

Serentak Clara dan Farina mengangguk kepala.

“Mmm.. tapi Rina tak rasa Eva sedih sebab Akilah.”

Clara dan Dahlia sama-sama memandang Farina. Dahi dikerutkan.

Kali ni Farina pula menghela nafas panjang.
“Tadi masa Eva melawat Daim, Daim mintak mereka berpisah.”

“Hah?!”
Mata dan mulut Clara tiba-tiba membulat mendengar kenyataan Farina.

“Rina tak pasti kenapa? Sebab Rina tak dengar sangat. Eva cakap Daim mintak putus dan suruh dia bawa surat cerai bila datang sekali lagi.”

“Bodoh betul Im ni!!! Dia tak tahu ke Eva tu pregnant?!”
Clara meramas kedua kedua jemarinya menjadi penumbuk. Kalau Daim kat depan muka, dah dia tumbuk adiknya itu!

“Eva tak sempat cakap, sebab Daim terus masuk.”

Tubuh Clara didirikan. Kalau bukan cuaca dah malam, ingin sekali dia pergi ke penjara dan talbiah si Daim tu bagi hilang sikit syaitan yang mengelilingi adiknya!

“Untie rasa Lukas dah cakap sesuatu dengan Daim sebab tu Daim bersikap macam tu”

Wajah Clara dan Farina serentak memandang Dahlia.

Clara mengerti. Namun Farina yang tak tahu cerita hanya menunggu Dahlia menyambung ayatnya semula.

“Mungkin Lukas dan inform dengan Daim pasal perjanjiannya dengan Eva. “

“Tapi tak patut Im buat macam tu kat Eva, Untie!”
Clara menurut kata-kata Dahlia dengan cepat.

“Untie rasa Daim tertekan dengan perjanjian tu, that why Daim mintak nak putus dengan Eva.”

“Aishh! Nak kena betul Im ni! Kita susah-susah kat luar ni nak lepaskan dia supaya dapat bersama dengan Eva. Dia pulak senang-senang mintak putus dengan Eva!”
Penumbuk kanan Clara ditenyeh pada telapak tangan kirinya.
Hidung kembang kempis menahan amarah.

Farina makin kerut dahi, kening dah bercantum rapat.
“Errr… perjanjian apa yang dah Eva buat dengan Lukas.”

Dahlia memandang Farina sebelum menceritakan semuanya pada rakan baik Eva itu.

Seperti sangkaan Dahlia, Farina amat terkejut. Namun dia sendiri pun tak boleh cakap apa.
Hati Cuma berdoa semoga Eva dan Daim diberi kebahagiaan suatu hari nanti.

****

Hari ni Clara membawa kereta menuju ke penjara untuk berjumpa adiknya.
Kenyataan Farina semalam benar-benar membuat bara kemarahanya meningkat.
Pagi tadi dia ingin bertanya Eva lebih lanjut, tapi Eva seakan mengelak dan terus keluar rumah. Katanya ingin berjumpa Lukas untuk berbincang berkenaan kes Daim.
Walhal Clara dapat agak, Eva sedang menyiasat sesuatu.

Sepuluh minit menunggu, Daim keluar dengan seragam merah. Rambut masih botak. Tapi tubuh sedikit cengkung.
Ye! Memang Clara kesian melihat perubahan adiknya. Namun hari ini rasa kesian itu tertutup dek kemarahan yang berganda!

“Nasib baik kau nak keluar jumpa aku kan?”
Clara membidas sesaat selepas meletakan ganggang telefon di tepi telinga.

“Kak Clay nak apa?”
Suara Daim turut kasar. Dia agak Eva dah cerita semuanya pada Clara.

“Kau tanya Kak Clay nak apa? Sepatutnya lepas mama dan papa meninggal aku biarkan kau hidup sendiri Im! Tak habis-habis nak susahkan hati orang!”

“Apa maksud Kak Clay?”
Melampau!

Clara ketap gigi!
“Kau fikir kau sorang je susah kat dalam. Kau ingat kitaorang kat luar ni senang lenang? Kau tahu tak. Akak, uncle mansor, untie Dahlia dan bini kau sendiri, tak tidur malam fikirkan kau. Cari jalan untuk kau keluar. Kau tak fikir ke tu semua?”

“Tak payah nak susah-susah fikir pasal Im lagi kak. Im akan tutup kes ni. Im akan terima apa sahaja hukuman yang dikenakan nanti.”
Daim tak mengeluh, tak juga tinggi suara. Dia redha.

“Kenapa kau tiba-tiba berubah? Sebab kau dah tahu perjanjian antara Eva dan Lukas?”
Clara cuba memetik ayat.

“Jadi semua dah tahu yang Eva akan tinggalkan Im lepas Im keluar?”
Daim tawa sedetik.
“Semua dah tahu, tapi tetap nak selamatkan Im! Untuk apa?! Kalau Im keluar lepas tu Im terpaksa tengok Eva kahwin dengan Lukas! Baik Im meringkuk je dalam penjara ni kak? Atau biar je Im digantung! Selesai semua masalah!”

“Selesai semua masalah?!”
Kali ni Clara pulak menganjing gelak.
“Nak dekat dua bulan kau duduk dalam ni, otak kau pun jadi beku kan Im?! Kau nak meringkuk dalam penjara atau kau nak mati terus terpulang Im! Tapi kau fikir tak kalau kau mati siapa nak jaga bini kau? Siapa nak jaga anak kau yang sedang membesar dalam perut Eva sekarang ni?!”

Wajah Daim beku!
Rasanya dia tak salah dengar perkataan ‘anak’ yang diluahkan oleh Clara.

“Kenapa kau Diam?! Atau kau taknak mengaku anak dalam kandungan Eva tu anak kau?!”
Makin hebat Clara membahas walau saat ni airmatanya ingin keluar mengenangkan nasib Daim dan Eva.

Perlahan Daim merapatkan badannya ke cermin.
Wajah Clara ditatap penuh harapan.
“Kak.. Eva pregnant ke?”

“Baru sekarang kau nak tanya?”

“Kak…”
Daim meraup wajahnya sekali lagi.

Clara mengangguk..

“Eva mengandungkan anak Im?”
Bibir Daim melebar senyum.

“Habis kau ingat anak siapa?”

Senyum Daim yang ingin dimekarkan lagi, ditarik semula taktala melihat wajah baran Clara.
“Kak Clay please..”

Rengusan dilepas laju.
“Sedar pun anak kau? Habis yang kau mintak putus dengan Eva, kenapa?”

Daim tunduk. Tiada jawapan untuk soalan kakaknya.

“Kau tahu tak Im! Eva kehulu ke hilir cari bahan bukti untuk bela kau! Dua hari dia tak datang jenguk kau. Kau ada tanya kenapa? Kau mesti tak tahu kan yang Eva admit wad sebab terlalu penat sehingga HB dia low! Lepas keluar wad dia terus datang jumpa kau. Nak bagi tahu yang dia mengandungkan anak kau! Tapi kau bagi peluang tak untuk dia cakap?! Kau terus mintak putus tanpa kau sedar kau dah guriskan dua hati! Hati Eva dan hati anak kau!”

Belakang Daim disandarkan kekerusi. Wajah diraup menyesali perbuatannya pada Eva.
Airmata jantan akhirnya gugur membasahi pipi. Pilu dihati makin tak tertahan!
Rasanya saat ini juga dia mahu berjumpa dengan Eva.

Melihat keadaan adiknya disebalik cermin, Clara turut menangis. Dia tahu kali ni Daim benar-benar menyesal.
“Kalau kau nak tahu lagi Im.. bilik kau dah jadi bilik Eva.. bini kau langsung taknak balik semula ke bilik dia.. setiap hari nak tidur kat katil kau, baju kau dalam almari Eva ambik peluk setiap masa. Akak yang tengok ni pun mengalir air mata kau tahu tak?! Akak sebagai kakak pun tak boleh nak sayang kau macam Eva sayangkan kau. Kau buka la hati sikit Im.. jangan keras sangat. Cukup-cukup 10 tahun kau seksa perasaan Eva, Im.. Kesian la kat Eva..”

Berkali-kali Daim menggelengkan kepala tanda menyesal.
“Kak.. Im mintak maaf, Im stress kak.. Im tak tahu nak buat apa bila Lukas datang jumpa Im dan terangkan pasal perjanjian tu. Im rasa bersalah kak. Im tahu Eva sayangkan Im, Im tahu Eva terpaksa. Tapi Im taknak Eva kahwin dengan Lukas. Im tak sanggup nak tengok semua tu kak. Im sanggup mati dari biarkan Eva kahwin dengan Lukas.”
Airmata yang makin lebat keluar, cuba diseka oleh jemari Daim.
Wajah diraup berkali-kali.

“Kau stress.. tapi kau tak fikir Eva pun stress? Tak pernah sehari pun dia tak cuba untuk cari bahan bukti. Semua kerja lakonan dia tinggalkan demi kau. Dia tak perduli reporter serang dia, dia tak kisah tiap-tiap hari ulang alik ke balai untuk ambil keterangan. Ditambah pula sekarang ni dia bebadan dua. Kalau kau rasa kau stress, bini kau lagi stress Im!

Clara melepaskan keluhan di hujung ayatnya. Dia mahu Daim tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Eva. Clara tak mahu Daim bersikap kejam pada adik iparnya.

“Im.. sepuluh tahun lepas kau lari dari Eva sebab kau rasa bersalah. Kali ni kau masih nak lari jugak? Dulu Eva bukan milik kau Im, kau boleh lepaskan dia. Sekarang Eva isteri kau yang sah. Kau lepaskan Eva sekaligus kau buang darah daging kau sedang membesar. Kau fikir tak benda tu semua?”

Daim terus tunduk. Ganggang telefon masih melekat ditepi telinga. Tubir terus basah dengan airmata.

Satu persatu ayat Clara makan di benak jiwanya. Segala kata-kata bodoh yang dilemparkan pada Eva seolah-olah melantung ke hatinya semula.

Tanpa sedar, Daim dah lukakan hati orang yang paling menyintainya!

“Im kalau kau sayangkan Eva, kau kena keluar dari penjara ni Im. Pertahankan hak kau! Eva hak kau. Perjanjian mereka hanya dimulut. Kau suami Eva yang sah! Kau ada hak nak lepas kan atau nak terus bersama Eva. Jangan childish sangat Im! Kau dah jadi bapak! Tolong bertanggungjawab sikit!”

Daim tak salahkan kakaknya. Clara berhak memarahinya. Dan sebenarnya apa yang Clara ungkapkan adalah benar.

Daim! Kau pengecut!!
“Kak.. boleh bawa Eva ke sini? Im nak jumpa dia.. Im nak mintak maaf.. Im janji. Im takkan mintak putus lagi. Im akan usaha supaya Eva jadi milik Im selamanya.”

Clara angguk kepala.
“Nanti Kak Clay cakap dengan Eva… but now Kak Clay nak Im ikut semua plan yang dibuat untuk lepaskan Im.. Kak Clay sayang kan Im.. Im satu-satunya darah daging Kak Clay yang masih bersama. Kalau Im pergi siapa lagi yang ada dengan Kak Clay? Fikirlah Im.. kitaorang kat luar ni semua sayang kan Im. Semua tengah tunggu Im keluar.”

Kali ni Daim pula terangguk-angguk.
Dia menyesal!
Daim perlukan Eva sekarang ni.
Daim nak sentuh perut Eva.
Daim nak rasa denyutan darah dagingnya yang sedang membesar dalam rahim isterinya.

Eva… maafkan aku….

*****

Hari kedua setelah Clara bertemu adiknya di penjara.
Bayang Eva agak sukar dilihat. Adik iparnya keluar waktu pagi dan balik lewat malam. Bila Clara bertanya, Eva tidak bercerita banyak. Sekadar memberitahu bahawa dia membantu Lukas mencari bahan bukti.

Namun Clara seperti tak puas hati. Seakan ada sesuatu yang Eva sorokan beberapa hari ni.

Hari ni dia nekad untuk menunggu Eva. Awal-awal Clara dah mintak cuti, dia tak mahu Eva terus keseorangan.

Susuk Eva lemah menuruni tangga dilihat.
Sampai dibawah, Clara mendekati.
“Eva nak kemana?”

Eva menyelit rambut ke belakang telinga. Ada riak terkejut saat melihat wajah Clara.
“Err.. Eva kena pergi balai hari ni.. polis mintak Eva bagi keterangan lagi. Akak tak kerja?”

Laju Clara menggelengkan kepala.
“Akak tak kerja, akak teman Eva hari ni “

“Eh. Takpe lah kak.. Eva boleh pergi balai sorang-sorang.”

“No Eva.. hari ni Kak Clay temankan.”
Laju Clara memangkah ayat adik iparnya.

“Err.. “

“Eva… Eva pregnant sekarang ni. Eva bawa anak sedara Kak Clay, Kak Clay bertanggungjawab pada Eva jugak.”
Sekali lagi Clara besuara tanpa menunggu penghujung ayat Eva. Dia nekad!

Eva kendurnya bahu sebelum mengangguk lemah.

Didalam kereta, Eva merayu untuk memandu walaupun dilarang oleh Clara.

Sepanjang perjalanan, Eva gelisah. Mulut langsung tak bersuara.

Clara perasan namun dibiarkan sahaja, dia kenal Eva dari kecil, perempuan tu bukan lah seorang yang pandai menyimpan rahsia.
Tingkah Eva dah dapat dibaca oleh Clara.

10 minit perjalanan, Eva memberhentikan kereta dibahu jalan. Gear dimasuk ‘P’ . Brek tangan ditarik tinggi.

Clara pandang keliling. Apa hal Eva berhenti tengah lebuh raya macamni?

Saat terdengar keluhan dari Eva, Clara menoleh pandang kepada adik iparnya.

“Kak Clay.. sebenarnya Eva bukan nak pergi balai.”

Tepat!
Ada sesuatu yang Eva sedang sorokan. Clara hanya diam tanpa soalan.

“Dua hari ni Eva follow Akilah untuk cari Zizie.”

Hah?!
Mata Clara tepat merangkul wajah Eva.
“Untuk apa cari Zizie! Eva pun tahu kan Zizie tu bahaya, kenapa tak report je kat polis, biar diorang yang cari Zizie.”

“Tak boleh kak, kalau report polis. Akilah dalam bahaya.”
Selepas pertemuannya dengan Akilah, Eva cuba menghantar ‘wassup’ kepada wanita itu.
Mujur Akilah membalas.
(Akilah tak boleh mesej akak sangat, Akilah takut. Kalau Zizie tahu, Akilah akan dibunuh)

Hanya itu jawapan singkat yang diberi oleh Akilah, namun langsung tak memuaskan hati Eva.
Dia sendiri akan siasat betul atau tidak Zizie dah mati. Dia ingin berjumpa Zizie, Eva ingin Zizie dihadapkan ke mahkamah kerana memalsukan kenyataan yang penting Eva ingin Daim dilepaskan dengan segera.

“Eva.. kerja ni bahaya. Eva pun tengah mengandung sekarang ni. Sudah. Jom kita balik.”

Jemari Eva merantai lengan kakak iparnya disebelah.
Hatinya bulat untuk meneruskan siasatan.
“Kak.. ini jalan akhir yang Eva dapat buat untuk selamatkan Im. Eva taknak Im terus dipersalahkan.”

“Ye akak faham.. tapi Eva kena fikir diri Eva jugak. Anak Eva.”

Hujung bibir Eva digigit.
“Eva janji kak. Eva akan jaga diri Eva dan anak Eva.”

Dalam Clara menarik nafas sebelum menghembus laju.
“Okay, kalau macam tu akak akan ikut Eva.”

“Err.. tak susahkan akak ke?”

Laju Clara geleng kepala.
“Im adik akak, akak pun bertanggunjawab pada dia.”

Eva mengangguk lagi, lantas senyuman diukir.
Gear ‘D’dimasuk kembali sebelum kaki Eva menekan minyak dan keretanya meluncur laju membelah Lebuh raya.

Hampir 15 minit perjalanan, Eva memberhentikan kereta di luar kampus universiti mencari kelibat Akilah.
Semalam Eva ternampak Akilah memandu keluar dari kampus menggunakan perodua Kancilnya. Laju dia mengekor dari belakang. Kereta berkenaan berhenti di tepi jalan, sementara seorang wanita berjubah hitam dan memakai niqab memasuki perut kereta sebelum Akilah meneruskan pemanduan.

Sehari sebelum tu Eva juga melihat seorang wanita bejubah dan berniqab hitam turut bersama dengan Akilah keluar dari kampus universiti.

Eva cuba mengekor, namun sampai di pertengahan jalan. Perodua kancil milik Akilah menghilang.
Puas dicari, namun tidak menjumpai.
Hingga malam Eva menunggu di luar kampus namun bayang kereta milik Akilah masih belum pulang.

Hari ni dia akan kembali mengekor Akilah. Eva pasti wanita berjubah hitam yang dia nampak adalah Zizie.

Hampir setengah jam menunggu. Perodua Kancil milik Akilah akhirnya keluar. Tanpa bersuara, Eva terus mengekor dari belakang.

Clara disebelah mula berdebar-debar.
Lima minit perjalanan.
Telefon Eva yang diletakan di ‘Dashboard’ berbunyi. Matanya melirik.
‘Akilah’

Laju ‘earphone’ diambil dan diletakan ditelinga. Jari menekan butang hijau untuk menyambung panggilan. Manakala tangan sebelah kanannya masih meneruskan pemanduan.

“Kak Eva! Tolong jangan ekor Kilah! Bahaya!”

Telinga Eva jelas menangkap suara Akilah tanpa salam.
“Akilah nak jumpa Zizie kan?”

“Ye kak.. tolong jangan ikut Kilah..”

Kali ni suara Akilah sedikit merayu.
Betul sangkaan Eva, Kilah mahu berjumpa Zizie.
“Kilah.. Kilah jangan takut, akak ada kat belakang. Kilah buat macam biasa ye.”

Tanpa jawapan Akilah mematikan panggilan.

Pantas Eva menoleh kearah Clara yang masih membatukan diri.
“Kak Clay.. Kilah nak jumpa Zizie.”

“Kita report polis Eva.”

“No Kak Clay! Kalau kita report sekarang. Akilah dalam bahaya.”

Clara meraut wajahnya sekali. Tak tahu apa yang harus dibuat sekarang ni.
Tidak semena, telefon ditangannya berbunyi.
Mata Clara melirik di skrin.
Tertera nama ‘Firman’
Laju panggilan dijawab.

“Hello Clay, Eva ada dengan awak ke?”

Eh! Kenapa Firman bertanya pasal Eva pulak. Sekilas pandangan Clara ditoleh kepada Eva yang sedang fokus memandu sebelum menjawab.
“Eva dengan saya. Kenapa?”

“Lukas datang Cafe sebab dia tak jumpa Eva kat rumah. Lukas cakap dia dah call banyak kali, Eva tak angkat.”

Sekali lagi Clara menoleh kearah Eva. Wanita itu masih terus memandang perodua kancil milik Akilah dihadapanya.

“Errr.. Firman… boleh awak bagi phone kat Lukas?”

Tanpa jawapan, sebentar kemudian suara dihujung sana bertukar. Clara pasti itu adalah suara Lukas.

“Lukas. Saya dengan Eva sekarang. Dia sedang follow kereta Akilah. Kemungkinan Akilah ingin berjumpa dengan Zizie.”

Eva menoleh sekilas kepada Clara. Dahinya berkerut bila dengan Clara menyebut nama Lukas.

“Kak Clay. Nasihat kan Eva tolong jangan follow. Dangerous!”

Macam nak pecah telinga Clara saat Lukas menjerit kuat.
“Saya dah cakap, tapi Eva degil.”

“Okay… sekarang you all kat mana? Lukas akan pergi jumpa Kak Clay dan Eva.”

“Kitaorang still on the road, nanti saya text address.”

Tanpa menunggu jawapan. Clara terus mematikan panggilan kerana Eva tiba-tiba memperlahankan keretanya.

“Tu kak…”
Eva juih bibir, jari telunjuknya jauh diarah kedepan.
“Eva rasa yang pakai jubah hitam tu Zizie.

Bola mata Clara turut memandang kehadapan. Perodua kancil milik Akilah berhenti ditepi jalan sebelum seorang wanita berjubah daan berniqab hitam menembus masuk kedalam kereta.
Sebentar sahaja kereta itu kembali meluncur.

Eva mengekor lagi.

Jantung Clara dah mula berlari tak sekata.
“Eva.. akak rasa kita kena call polis.”

“Sabar kak.. kita dapatkan bukti dulu.”

Sekali lagi Clara menyebak rambutnya kebelakang. Cadangan Eva benar-benar menakutkan dirinya.

20 minit mengekori, akhirnya kereta milik Akilah masuk di satu simpang yang agak bersemak dan berhenti di sebuah rumah yang agak usang.

Eva turut memberhentikan keretanya tak jauh dari simpang masuk.
“Eva rasa Zizie tinggal kat sini.”

Glup! Makin pahit kerongkong Clara menelan liur.
Mata terus memandang Rumah usang setingkat dengan lalang yang tinggi dihadapan mereka. Suasana sekitar amat mengerikan.

Pantas tanpa Eva sedar, Clara mengeluarkan telefon bimbit dan membuka menu ‘wassup’
Nombor Firman dicari lantas dia menekan butang ‘share location’ dan menghantar kepada lelaki itu.
Tak sampai sesaat Firman membalas.
(Stay there! We will arrived ASAP)

Tanpa menjawab.. Clara kembali meletakan telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.

Eva yang gelisah disebelah dipandang.
“Kita tunggu sini sampai Lukas dan Firman sampai.”

Hujung kuku ibu jari Eva digigit. Dia sedang memikirkan sesuatu.
Lama.. sebelum Eva bersuara.
“Kak.. Eva rasa kita tak boleh tunggu lagi. Eva takut terjadi sesuatu pada Akilah. Eva nak masuk tengok.”

“No Eva!”
Pantas lengan Eva diraih. Bola mata Clara membesar.
“Kita tunggu Lukas dan Firman sampai.”

Eva memusing memandang kakak iparnya.
Jemari wanita yang merantai lenganya dikeluarkan.
“Eva tak masuk kak.. Eva tengok kat luar je.. Kak Clay tunggu Lukas kat sini.”

“Eva…”
Suara Clara ingin tinggi namun takut didengari akhirnya dia mengeluh.

“Eva tahu jaga diri Eva..Kak Clay jangan risau.”
Jemari Clara terus dileraikan oleh Eva sebelum pintu keretanya dibuka. Dan wanita itu berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah usang dihadapan mereka.

Hati Clara makin berdebar-debar bila melihat tubuh Eva sudah memasuki kawasan rumah yang tanpa pagar itu.

Lama dia pandang, dan akhirnya kelibat Eva hilang.
Clara karget.
Pantas tubuh dikeluarkan dari kereta.
Leher panjang meninjau keadaan dan mencari susuk Eva.
Namun masih tak kelihatan.

Jantung berderau mengepam darah merah! Peluh renik mula menitis di sisi dahi Clara.
Kakinya dibuka selangkah untuk menghampiri rumah berkenaan..

Dan tiba-tiba!

Bang!

Bunyi tembakan nyaring terdengar dari rumah usang tersebut membuatkan tubuh Clara kedu!
Wajah dah mula pucat.

Didalam ingatannya kini adalah Eva!

Oh No!

“Eva!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience