20 Ramadan - 6 petang
"Ad,kau keluar tak malam nih" kata Fuad,rakan sekerjanya kepada Farhad yang sedang membasuh tangannya di luar bengkel setelah menyiapkan beberapa alat besi yang telah dikimpal.
"Eh mesti keluar lah. Aku nak cari modal malam nih. Asal" kata Farhad.
"Ouh yeke. Aku ingat nak suruh hantar barang malam ni kat rumah kawan aku kat USJ 9 area Subang sana tuh" kata Fuad.
"Eh Fuad takper. Aku takde hal. Sambil-sambil tu aku jual la barang kat kawan-kawan kau area Subang. Tapi barang apa yang kau suruh aku hantar" kata Farhad.
"Alahai Ad. Macam la kau tak tahu. Ganja lah. Hahahaha" kata Fuad.
"Kau serius lah. Boleh ke bawak nih. Kang tak pasal-pasal kene cekup dengan polis" kata Farhad.
"Alahai Ad. Rilek je. Polis tu buat roadblock dekat pukul 11 malam ke atas. Kau macam tak biasa kena kejar dengan polis" kata Fuad.
"Memang la biasa. Tu pun aku terlepas. Kalau tak jel la aku jawapnya. Walau aku tak hisap pun,polis akan cekup aku jugak. Jual barang pun tak boleh nak buat macam mana" kata Farhad.
"Okay macam nih Ad. Kau balik dulu. Lepas berbuka baru kita gerak pergi Subang. Aku pergi rumah kau malam ni dalam pukul 8. Nanti pukul 10 lebih macam tu kita balik la Amacam ?" cadang Fuad.
"Okay cantik jugak. Dah dah aku nak balik nih. Beli makanan untuk iftar kat bazar jap pastu aku balik. Malam kita jumpa Fuad" kata Farhad sambil bersalaman dengan Fuad.
"Okay Ad thanks bro. Chaw" kata Fuad berlalu pergi.
"Fuh hantar ganja pulak. Memang awal la aku kene gerak. Tapi kalau kat Subang nanti jual dengan kawan-kawan si Fuad tu untung jugak aku" kata Farhad dalam hati.
Farhad membeli dahulu juadah berbuka untuk rakan-rakan serumahnya. Selesai membeli makanan barulah dia pulang ke rumah sewanya.
Sejak Farhad tamat tingkatan 5 di sekolahnya,dia bekerja di kilang pengimpal besi dan keluli di Klang. Farhad tinggal di rumah sewa kira-kira 3 km dari tempat Farhad dan rakan-rakannya bekerja.
Rakan-rakannya yang tinggal bersama dengan Farhad iaitu Haikal,Zul,Shah dan Fariz. Mereka berkerja di kilang yang sama cuma waktu syif kerja sahaja yang berlainan.
"Assalamualaikum sahabat. Makanan sudah sampaii" kata Farhad sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumahnya.
"Waalaikumussalam Ad. Fuh banyaknya makanan. Hasil duit jual barang ke tuh" perli Haikal,rakan serumahnya.
"Amboi kau sedap cakap ek. Aku belikan tau. Untung tau aku banyak modal aku sedekah kat korang" kata Farhad.
"Entah kau Haikal. Ad dah banyak tolong kita kot. Terima kasih la sikit kat dia tu" kata Shah.
"Alaaa saje je Ad. Thank you Ad belikan makanan. Aku ambik pinggan cawan apa semua" kata Haikal lalu pergi ke dapur untuk mengambil pinggan dan cawan.
"Lepas berbuka ni aku keluar jap" kata Farhad.
"Kau nak pergi mana Ad" kata Fariz.
"Nak hantar barang jap kat Subang. Kat sana aku jual la barang kat kawan-kawan dia kat sana" kata Farhad.
"Kau pergi dengan sape" kata Shah.
"Dengan Fuad lah. Tauke ganja tuh" kata Farhad.
"Peh bukan main lagi dia. Tauke pulak tuh. Berapa kilo pulak nih" kata Fariz.
"Mana lah aku tahu. Aku pergi Subang pastu kerja jap and aku balik sini terus" kata Farhad.
"Kau balik awal sikit Ad. Takut ada polis. Tapi kau tak layan barang tu kan. Senang la kau. Tapi aku takut Fuad tuh pergi hisap benda tuh. Silap-silap polis tu check air kencing kau dengan dia. Kalau dia sangkut kau kena sekali sebab kau bersubahat" kata Zul.
"Kau balik terus senang. Jangan seronok sangat kau asyik lepas je dari polis tu. Nanti kau kena jugak. Sepandai-pandai tupai lompat akhirnya jatuh ke tanah juga bro" kata Haikal.
"Amboi siap peribahasa ke. Hahahaha. Dulu bahasa melayu SPM A ke hahaha" kata Fariz
"Tu lah. Aku settle semua aku balik terus dalam pukul 10. Takperlah keluarkan makanan dulu. Nak berbuka nih" kata Farhad.
Fariz,Haikal,Zul dan Shah tahu kerja Farhad sebagai pusher dadah. Cuma keluarga Farhad sahaja tidak tahu kegiatan Farhad selama ini. Bagi Farhad itulah sumber pendapatannya selain bekerja sebagai pengimpal besi.
Farhad bekerja sebagai pusher dengan Fuad,rakan sekerjanya. Fuad hanya mendapatkan stok dadah dari bos besar dan Farhad datang ke rumah Fuad untuk mengambil dadah untuk dijual kepada orang-orang tertentu.
Fuad mempunyai ramai 'cable' dengan rakan-rakan di seluruh Lembah Klang. Sebab itu ada sebahagian rakan-rakannya di seluruh Lembah Klang membeli dadah hanya pada Fuad sahaja kerana dialah seorang sahaja yang boleh dipercayai.
Selepas Farhad mendapat modal dari hasil jualannya,Fuad dan Farhad sama-sama mendapat keuntungan. Baki modal keuntungan diserahkan kepada bos besar. Setiap hari duit Farhad tidak pernah habis digunakan kerana apabila setiap malam mesti ada seseorang akan membeli dadah dari Farhad untuk melepaskan gian terutamanya di kelab malam.
Farhad tidak sesekali menghisap pun. Dia tahu dadah memudaratkan kesihatan. Kerjanya hanya menjual erimin 5,ice,syabu dan ectasy kepada orang-orang yang berada di kelab malam sekitar bandar Klang.
Kadang-kadang Farhad menjual dadah di luar Klang namun banyak polis melakukan sekatan jalan raya pada waktu lewat malam. Jadi Farhad menjual dadah di sekitar Klang sahaja sehingga lewat malam sahaja.
Pukul 8 malam,kereta Fuad baru tiba di hadapan rumah Farhad.
"Hah sampai pun dia. Aku chaw dulu la. Nanti settle semua aku balik lah" kata Farhad kepada rakan-rakannya di rumahnya.
"Baik-baik tu Ad. Jangan sampai bertembung dengan cik Po pulak" kata Shah. Farhad tersengih sahaja.
"Cik Po mana Shah" kata Fariz.
"Noob bodoh kau nih Fariz. Polis lahh hahahaa. Dah dah korang lek je. Nanti selesai semua aku balik lah. Assalamualaikum" kata Farhad lalu keluar dari rumahnya.
"Waalaikumussalam" kata Shah.
"Ambik kau Fariz. Kene bodoh sekali hahahah" kata Haikal.
"Ah diam ah. Mana la aku tahu maksud dia apa" kata Fariz.
"Cuba la kau ikut dia berani tak" kata Shah.
"Ah kau tak berani la aku. Nanti kena tangkap malu aku nanti" kata Fariz. Haikal tersengih sahaja.
"Aku pelik dengan Ad. Bapak dia ni CEO. Kenapa Ad tak nak kerja je dengan bapak dia je" kata Haikal.
"Dia kan tak sambung belajar. Lagipun SPM dia gagal kot. Dia nak kerja besar-besar macam tuh memang ayah dia tak bagi la. Orang sekarang mana ambik orang macam kita ni. Tak berpelajaran terus kerja je. Mana mampu nak sambung belajar" kata Shah.
Haikal mengangguk sahaja tanda faham.
Fuad memandu kereta ke Subang sambil ditemani oleh Farhad. Beberapa kali juga Farhad menguap.
"Haih Ad. Menguap pulak ke" kata Fuad.
"Haah la. Aku mengantuk pulak. Tadi kerja banyak kat kilang tuh. Penat gila weh" kata Farhad.
"Mengantuk pulak. Ad. Kau ambik ubat dalam dashboard tu" kata Fuad. Farhad mengambil sepapan ubat di dashboard keretanya.
Farhad membelek-belek ubatnya tetapi itu bukannya ubat. Itu adalah erimin 5 untuk menghilangkan ngantuk dan seterusnya boleh bertindak di luar kawalan.
"Eh kau ni Fuad. Aku tak nak lah. Aku ngantuk kejap je. Nanti elok lah" kata Farhad.
"Alah kau tak payah la susah hati. Aku belanja je Ad. Ambik lah sebutir ke dua butir ke. Baru syok" kata Fuad.
"Syok abah kau ! Aku tak nak ah" kata Farhad.
"Ikut kau lah. Aku tak paksa kau. Tapi kau ni bagus lah. Kau rajin jual barang tapi kau tak hisap. Mantap kau nih" kata Fuad.
"Apa yang mantap. Yelah kalau aku ambik benda tuh. Balik rumah terus khayal pastu cepat marah. Nanti kawan-kawan aku yang susah. Kau ingat benda tuh macam ubat terus elok ah" kata Farhad.
"Eh mestilah. Kau kena try dulu. Barulah kau tahu" kata Fuad.
"Takperlah Fuad. Sorry lah kau hisap la sorang-sorang. Jangan balik nanti kau khayal pulak. Mampus aku apq aku nak jawab dengan polis nanti ?" kata Farhad.
"Okay takperlah. Letaklah balik dalam drawer tuh" kata Fuad.
"Ni berapa peket kau hantar nih" kata Farhad.
"Dalam 20 peket. Banyak tu bos bagi. Pastu dapat duit kau buat kerja kau dulu. Nanti dapat duit lagi untung kita tau tak. Hahahaha" kafa Fuad.
"Bos kita macam mana nanti kalau aku jual barang kat Subang nanti" kata Farhad.
"Eh bos aku sporting. Asalkan dapat untung kan. Kau buat je kerja kau dulu. Aku mintak duit dengan member-member aku nanti" kata Fuad.
"Agak-agak berapa kita dapat nanti" kata Farhad.
"Diorang kata nak bayar RM 800. 20 peket tu bukannya sikit. Banyak weh" kata Fuad.
"Peh untung lah malam nih. Hahaha. Bos mesti senyum sampai ke telinga lah hahaha" kata Farhad. Fuad tersenyum sahaja.
30 minit kemudian barulah mereka sampai di kawasan USJ 9 dan mencari rumah kawannya. Tidak lama kemudian barulah mereka menjumpai rumah rakannya.
"Macam mana nak bagi diorang ni. Kena cover nih takut jiran-jiran nampak" kata Farhad.
"Jap aku call kawan aku" kata Fuad. Fuad menghubungi rakannya.
"Hello Chai. Aku dah sampai nih. Bukak la pintu pagar nih" kata Fuad yang bercakap di telefonnya.
Pintu pagar di rumahnya telah terbuka. Fuad mengundur keretanya masuk ke dalam rumah. Fuad mematikan enjin keretanya dan turun dari kereta bersama dengan Farhad.
"Awal betul kau sampai Fuad. Risau ada polis ke bang" kata Acai,rakan Fuad. Acai merupakan sebahagian tokan dadah di sekitar Subang.
"Aku lepas berbuka baru gerak dalam pukul 8. Kena la cepat. Ni kawan aku ada jual barang nak beli tak ?" kata Fuad sambil menunding jari kepada Farhad.
"Ouhh ni la kawan kau yang kau selalu cerita. Orang kat Subang ni panggil aku Acai." kata Acai sambil bersalaman dengan Farhad.
"Panggil aku Ad je. Kat sini ada port panas tak nak jual barang ? Maklumlah aku nak cari modal lebih sikit" kata Farhad.
"Fuh berlambak Ad. Tapi kau takyah susah-susah nak pergi jual barang area Subang. Ramai member aku nak beli nih. Dapat untung korang balik lah. Ni barang apa kau jual" kata Acai.
"Ice,syabu,erimin 5 dengan ectascy. Aku ada bawak lebih nih" kata Farhad. Acai mula memanggil rakan-rakannya di dalam rumah.
"Weh nak barang tak. Kawan aku jual nih" kata Acai kepada dua orang rakannya iaitu Man dan Fadil.
"Beli la banyak sikit. Nanti jual kat club tu untung la sikit" Man. Fadil bersetuju lalu mengambil duit di dalam rumah. Tidak lama kemudian Fadil keluar sambil mengira-gira duit untuk membeli dadah.
"Okay emm nama kau apa ek" kata Fadil.
"Panggil aku Ad je" kata Farhad.
"Aku nak beli semua barang yang kau bawak tuh. Aku bagi kau 400 amacam ?" kata Fadil. Farhad dan Fuad terkejut.
"Kau biar betul ? Nak beli semua barang nih ? Aku ingat nak jual barang area Subang nih. Tiba-tiba kau nak beli semua barang ni" kata Farhad.
"Ad. Kau dah tolong kawan aku ni angkut ganja dari Klang nak bawak sini pun dah okay dah. Kau dah tolong kitorang aku tolong lah korang. Anggap jela ni rezeki kau" kata Man.
"Okay takperlah. Thank you sangat sangat. Peh murah rezeki malam ni Fuad. Kejap lagi aku bagi barang ek. Pastu kau bagi duit" kata Farhad. Man mengangguk sambil tersenyum.
"Kau nak untung lagi tolong aku angkat stok nih bawak masuk dalam rumah. Hahahaha" kata Fuad. Farhad,Acai,Man dan Fadil menolong Fuad mengangkut stok ganja untuk masuk ke dalam rumah.
"Eh sape nama bos kau Ad ? Aku dengar korang kerja dengan bos besar korang" kata Man.
"Kau kenal tak bos aku ? Nama dia Halim Tokan. Dia tu tokan terbesar area Selangor nih. Kalau nak barang ke beli je dengan dia. Dia tu duduk kat Port Klang. Macam-macam barang dia ada" kata Farhad.
"Ouhh. Nama je kenal. Orangnya tak pernah jumpa lagi. Hehehe" kata Acai.
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi siren kereta polis. Kereta itu seperti hampir dengan rumahnya.
"Tu bunyi kereta polis kan ?" bisik Fadil.
"Tahu lahhh. Cepat keluarkan pastu kita cabut. Kitorang naik kereta kau lah. Aduhh bodoh lah macam mana boleh tahu kerja kita nih" kata Acai.
Mereka mencampakkan semua stok ganja ke luar kereta. Setelah mereka meyakinkan bahawa tiada barang lagi dalam kereta Fuad,mereka terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju keluar dari kawasan perumahan itu. Kereta polis itu ternampak kereta Fuad sedang laju keluar dari kawasan perumahan.
"Cepat Fuad polis tu ikut kitaaa !!" kata Farhad apabila ternampak kereta polis itu mengikut kereta Fuad. Siren kereta polis itu amat bising sekali.
Fuad memandu keretanya dengan laju selajunya yang mungkin meninggalkan taman perumahan dan memasuki lebuh raya.
"Weh Acai ! Mana tempat nak menyorok nih" kata Fuad.
"Kau terus masuk highway pastu masuk kat area Kota Kemuning. Member aku ada kat sana. Aku rasa polis tak dapat nak kejar" kata Acai.
Rupa-rupanya betul. Kereta polis tidak lagi kelihatan sejurus Fuad memasuki lebuh raya.
"Kau nih nasib baik bawak laju tau. Kalau tak apa nasib kita nanti. Ke dalam kita nanti" kata Fadil.
"Kau diam boleh tak. Sebelum ni elok je kerja kita nih. Macam mana polis boleh tahu port kita nih" kata Man.
"Aduhh korang ke yang bagitau port aku nih Farhad ?" kata Acai.
"Apa pulak kau nih. Aku sendiri yang jual barang takkanlah nak report pulak. Ada la tuh orang-orang kat taman perumahan kau tu duk perhatikan korang nih" kata Farhad.
"Aduhh siapa pulak yang perhatikan kita. Mampus weh macam mana nih. Polis tu mesti cari kita punya. Dahlah ganja bersepah kat rumah sebab kita campak je tadi" kata Fadil.
"Dah dahh !! Korang rilek boleh tak. Aku kusut nak fikir nih. Macam mana aku nak jawab dengan si Halim Tokan tuh ?" kata Fuad.
"Beg duit dengan fon korang bawak tak" tanya Acai kepada Man dan Fadil.
"Ada je. Nasib dalam kocek aku" kata Fadil.
"Aku pun. Mujur lahh. Tapi beg yang yang isi duit buat beli stok ganja korang bawak tak. Kat atas meja tuh" kata Man. Acai dan Fadil terkejut.
"Aduhhh aku lupa nak bawak pulakk" kata Acai sambil menggaru kepalanya.
"Kang polis check semua benda kat rumah tu macam mana?" kata Fadil dengan muka yang berkerut.
"Kau senyap boleh tak. Aduhhh bertambahlah stres bila kau gelabah macam nih. Rilek lah kalut sangat kenapa" kata Man.
"Hah sudah. Aduhh bodoh lah. Macam mana korang tak bawak pulak nih. Aku baru nak tipu bos aku nih" kata Fuad.
"Dah dah Fuad. Rilek je. Aku pun stres jugak nih macam mana sekarang nih" kata Farhad.
"Aduh terpaksa hantar tiga ekor ni pergi Kota Kemuning. Jap jap nak sampai nih" kata Fuad.
Kereta Fuad memasuki simpang ke Kota Kemuning dan menunggu lampu isyarat hijau.
"Rumah member kau kat mana nih" kata Fuad.
"Kat flat Sri Kemuning. Kau belok kiri pastu kau terus jumpa bulatan kedua tau. First bulatan kau terus. Sampai bulatan kedua kau belok kiri ke flat" kata Acai.
"Okay okay" kata Fuad sambil membelok ke kiri untuk menuju ke rumah rakan Acai.
20 minit kemudian barulah kereta Fuad tiba di kawasan pangsapuri Sri Kemuning dan memberhentikan di depan pondok pengawal keselamatan.
"Thanks Fuad. Aku mintak maaf sangat susahkan korang" kata Acai.
"Barang aku ni jadi tak nak beli ?" kata Farhad.
"Takperlah. Tak jadi. Kau simpan je dulu. Nanti jumpa la lagi" kata Acai lalu turun dari kereta bersama-sama dengan Man dan Fadil lalu bersalaman dengan Fuad dan Farhad. Mereka meninggalkan Fuad dan Farhad lalu memasuki kawasan flat Sri Kemuning.
"Macam mana sekarang ni Ad. Aduh masak kita" kata Fuad. Farhad terdiam. Satu masalah lagi datang dalam diri Farhad....
Share this novel