BAB 3

Horror & Thriller Completed 12235

“KAMU kenapa Suri?  Jenuh maksu dengan Didi panggil tadi tapi kamu  buat  dek saja kenapa?  Apa yang kamu nampak, kakak?”  tegur Mak Su Zila setelah kereta di hentikan dengan betul.  Didi masih lagi meliarkan pandangan. 

Didi nampak.  Memang ada ‘sesuatu’  dalam kereta mereka.  Bukan sahaja gangguan di luar.  Ada pelbagai ‘benda’ sedang lalu-lalang atas bumbung kereta. 

“Allahuakbar!!!”  pekik  mereka bertiga apabila ada benda terjun atas bumbung kereta mereka.  Suri Jasmeen yang baru tersedar terus memegang tangan Mak Su Zila membuatkan wanita itu makin merasa sesuatu.  Begitu juga dengan Didi anak sulungnya.

“Mak su, kakak takut nak tidur rumah opah...”

Mak Su Zila seraya memandang Didi.  Didi mengangguk sebelum dia membuka pintu kereta. 

“Didi nak ke mana tu, maksu?”  soal Suri Jasmeen kelihatan sedikit resah.   Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia perlu ada rasa begitu, mungkin anak mak saudara bongsunya itu ada hal tak pun membuang.

“Kakak, kamu tak jawab lagi soalan maksu tadi.  Kamu kalau ada apa-apa jangan senyap saja.  Bagi tahu mak su,”  terang Mak Su Zila sebelum dia kembali memandang hadapan.  Didi pada masa yang sama sedang berbual dengan seseorang tetapi tidak nampak kerana mereka berdua bersembang dalam gelap.

“Bukan kakak tak nak bagi tahu, mak su...” sahut Suri Jasmeen.  Mak Su Zila merenung tingkah gadis itu sedang melipat-lipat jari-jemarinya, tindakan spontan bagi sesetengah orang  dikala resah.

“Dah tu kenapa?  Ada sesuatu yang menghalang kakak ke?”  Mak Su Zila kembali menebak.  Dia yakin memang ada.  Mungkin dia tidak nampak tetapi anaknya berkebolehan nampak sesuatu yang halus. 

Jika Suri Jasmeen enggan berterus-terang sekalipun,  dia dapat menganggak.  Baru sahaja dia mahu menoleh kembali ke depan untuk melihat Didi, tangannya di raih oleh Suri Jasmeen.  Dan dia kembali menoleh tempat duduk belakang.

Suri Jasmeen terus berbisik.  Di sebelah luar Didi masih berbual dengan lima orang anak muda lengkap berpakaian silat serba hitam.  Mereka berlima hadir dari arah gelap. Setelah puas berbincang, Didi bersalaman dengan mereka sebelum menapak ke arah kereta.

“Ya Allah!”  Didi mengucap tatkala kembali ke arah kereta emaknya.  Ada sesuatu sedang bertenggek atas bumbung.  Mak Su Zila dan Suri Jasmeen turut tertanya kenapa Didi masih berdiri di luar dengan mata terhala atas.

Apatah lagi, saat Mak Su Zila dengar akan cerita Suri Jasmeen mengenai emaknya, Nyah Rubiah.  Memang telahan dia selama ini benar, tak akan dia izinkan maknya itu ‘perturunkan’!

 

 

 

SEMENTARA ITU...

 

NYAH RUBIAH mengangguk.  Dia tersenyum sinis.  Tak sabar juga mahu pulang esok pagi. 

“Aku tahu apa aku nak buat.  Mereka berdua tak boleh halang aku, dia cucu aku jugak.  Cucu aku yang sulung, walaupun apaknya anak ketiga... Aku tahu kau suka pada dia kan, sabar..."  ujar Nyah Rubiah pada ‘sesuatu’  yang matanya saja nampak. 

Mak Tini membetul-betulkan bajunya sebelum mengangkat kembali dulang berisi dua cangkir yang sudah dituangkan dengan air kopi sebelum dia bergerak ke depan yang berada di sebelah dinding dia sedang mengintip itu sahaja.  Dia terasa sesuatu tadi.

Nyah Rubiah juga buat-buat mengukirkan senyuman di kala Mak Tini hadir dengan dulang.  Mak Tini terus meletakkan dulang berukiran awan larat atas meja rotan lalu mengangkat secangkir kopi disuakan pada Nyah Rubiah.

Nyah Rubiah mengambil cawan yang dihulurkan itu sambil mengucapkan terima kasih.  Dalam pada itu, mengerling apa yang ada di sebelah belakang  wanita yang muda setahun daripada dirinya itu. 

Mak Tini perasan lalu terus duduk.  Cangkir kopi yang berada dalam tangan dia bawakan ke bibir lalu mencicipnya sedikit sebelum diletakkan kembali atas pelapiknya.

“Esok aku balik...”

“Lah, ate ngape pulok?  Bukan ke miker kabo ke teman nak tinggal lagi beberapa hari.  Ngape awai bebenor?”  Mak Tini sebenarnya berasa sedikit lega mendengarnya.  Lagi lama Nyah Rubiah ada dalam rumah, makin dia terseksa dek gangguan perempuan berambut panjang serkup muka itu.

Sengaja Mak Tini berbuat terkejut dengan keputusan mendadak tersebut.  Dalam hati mengucap syukur.

“Aku ada hal...”  jawab Nyah Rubiah meletakkan kembali cangkir.  Setiap kali dia minum mahu pun makan, pasti akan ada sisanya.  Dan mata pula mengerling sebelah.  Dia hanya sekadar memandang apabila air sisa dia itu bagaikan meresap dengan sendiri. 

Sesiapa yang nampak sudah pasti akan terasa sesuatu malahan takut mahu mendekat. 

Mak Tini sekadar mengangguk, dah jikalau wanita tua itu mahu pulang takkan nak memaksa dia tunggu lagi.  Biarkan saja...

“Sebelum miker ansur esok, elok ler teman gi ambik buah doghoyan kat kebun belakang tu ha... Karang malam payah pulak,”  terang Mak Tini bingkas bangun. 

“Herm...”  Bukan main melingas mata Mak Tini apabila ada suara lain yang menyahut.  Pandang Nyah Rubiah wanita tua itu sedang mengunyah cekodok pisang.  Kelam-kabut Mak Tini membuka langkah.

Cekodok diluah semula lalu dibalingkan keluar melalui tingkap berdekatan. 

“Jangan ingat aku tak tahu...”  ujar Nyah Rubiah sebelum dia tersenyum senget pada ‘sesuatu’  yang kini kembali semula tepinya.  Suara yang menyahut suara  si dia itu, Nyah Rubiah memang tahu itu. 

Dia juga tahu Mak Tini mengintip setiap pergerakannya,  bukannya dia tak tahu Mak Tini rapat dengan Peah dari kampung Pulau Tiga.  Peah Pulau Tiga itu sememangnya masih menaruh perasaan pada suaminya.  Anjang Ahmad.

Berkumat-kamit mulutnya sambil mata mengintari sekeliling.  Alang-alang dia berada di rumah ‘mata’  si musuhnya,  inilah masa yang sesuai.  Hari pula semakin gelap.

Mak Tini kelam-kabut menyimpan kembali telefon Nokia 3310 miliknya itu ke dalam dada baju.  Sebelum dia menyambung kembali kerjanya mencari buah durian gugur.  Tak dapat yang besar yang kecil pun jadilah.

Dalam gelap memang payah mencari. Ikut pada nasib.

Buat syarat. Sedangkan hakikatnya dia ada niat lain.  Peah sudah dia beritahu.  Namun tatkala dia teringatkan perkara yang berlaku beberapa minit sebelum dia turun ke bawah, memang merindingkannya kini.

Sedang dia meneliti bawah dengan lampu suluh dahi, telinga menangkap bunyi dedaun bergeseran serta bergoncangan.  Terus mendongak dan lampu tepat terhala pada rimbunan yang berbunyi tadi.

"Sape tu?  Miker jangan nak memain malam-malam gini.  Sekali teman hempuk kepale miker dengan doghoyan teman ni baru miker tahu!"  Mak Tini mengancam sambil tertelan-telan air liurnya. 

Tiada apa pun yang keluar.  Angin yang berhembus seakan ,menghantar suara berbunyi bisikan.  Mak Tini geli-geleman secara tiba-tiba mungkin kerana mahu  kencing juga sejuk. 

“Kalau gini gayenye  esok pagi-pagi lei  teman cari.  Nyamuk dah makin banyak ngokak teman...” bebel  Mak Tini sambil menyapu-yapu kedua belah lengannya yang berdiri bulu roma. 

“Allahuakbar apa benda ni!!!”  pekik Mak Tini dan terus berlari tanpa mahu menoleh lagi.   Nyah Rubiah tersenyum geli hati. 

ngokak - gigit
doghoyan- durian
miker - kamu
ngape -kenapa

loghat perak tengah

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience