Bab 10

Romantic Comedy Completed 21059

Bab 10

”Saya rasa pertama tu telah saya tunaikan, awak tolonglah sakit tangan ni.”

”Baik saya akan lepaskan tapi kali ni saya nak awak tunaikan semua syarat saya tu.”

Dia melepaskan tangan aku, terasa kebas betul.

”Tu lah kalau awak tak panggil saya Monyet dah tentu tangan yang lembut tu jadi mangsa tangan saya yang kasar ni.Sekarang tunaikan semua permintaan saya!”

Dia nak memerintah aku pula.

”Saya terima awak sebagai kawan saya, Boy.”

”Ok macam tulah saya nak dengar tapi yang akhir tu saya nak tukar dari seorang kawan kepada kekasih boleh tak?”

”Ha nak jadi kekasih awak please tak mungkin terjadi.”

Aku masih keraskan hati,ingin berlalu tapi di halang lagi.

”Kalau awak tak mahu jadi kekasih saya tak apa, jangan terkejut saya hantarkan pinangan ke pada keluarga awak. Mereka dah tentu terima sebab mereka tahu yang saya dah lama syok kat awak.”

”Awak jangan buat kerja gila Boy, Nini tu awak nak taruk kat mana?”

”Tentang Nini awak jangan risau, tahulah apa saya nak buat dengan dia. Yang penting awak terima saya sebagai kekasih atau suami ,pilih yang mana awak suka.”

”Gila saya tak mungkin pilih awak, Monyet.”

”Awak panggil saya sekali lagi Monyet saya cium awak. Jangan nak cabar saya ya.”

Nini mendekati dan menceritakan apa yang terjadi hari itu, dia juga telah memberitahu betapa dalamnya cinta Boy buatku, aku terpana seketika. Dia menghadiahkan senyuman yang lama aku ingaukan. Nini meninggalkan kami berdua.Boy semakin mendekati dan merayu lagi.

”Please be mine Honey ,I love you so much” Dia menarik jariku, namun aku merentap dengan kasar dan dia tetap berkeras menyarungkan cincin di jari manisku. Bunga pun di hulurkan padaku.

”Awak jangan cuba nak lari lagi, tengok ini cincin telah tersarung di jari manismu. Awak adalah milik saya sekarang.”

Dia mencium tanganku dan terasa pijar muka aku menahan malu .Melihat cincin itu, aku menjadi sayu dalam hatiku mengakui cintanya sudah mekar di hati.

”Boy please dont’t hurt my feeling any more.”

”I’will never hurt your feeling honey, please be mine forever.”

”Yes, I’m yours now and forever…………”

”Yahooooo,Hani Karmila milik aku”

Aku pun terkejut dengan apa yang terjadi, mungkin ini adalah ketentuan Illahi.

Akan ku jaga cinta yang sedang berkembang mekar mewangi. Kaulah segalanya bagiku kini.

Share this novel

Qurratu Ain Zainal 2020
2021-03-05 15:54:39 

sweet


NovelPlus Premium

The best ads free experience