Bab : 55

Action Completed 53513

Flashback....

Tanpa ketuk tanpa salam dia buka pintu bilik tu dengan marah. Telefon di tangannya di gengam dengan erat.

"What the hell?" soal Eden dengan marah kepada dia lepas pintu bilik terbuka dengan kasar. " Tak reti ke nak ketuk pintu dulu sebelum masuk?  Adab mana adab! hah? "

Tidak peduli dengan bebelan itu, dia berkata. "Selfie dengan aku."mintanya.

Eden buat muka 'buat tebiat apa' kepada dia lepas dengar.  "Kau apahal? Tiba-tiba je mintak selfie. Tebiat eh? "

Isy!  Geram betul la. Dah la dia tengah menyirap marah sekarang ni. Eden nak menambahnya pula. "Selfie je la... Lagipun kau akan bertolak ke akademi military nanti kan.. " mintanya lagi sambil lirik akan bagasi dan beg duffle yang ada di atas katil. Dah siap nak pergi ke?

"Ah.. Tak kuasa aku. Blah sana.. Jangan kacau. Aku nak cepat. "halau Eden yang gerak mahu menutup beg bagasi tu.

Terasa dengan rejection itu dia mula mencebik bibir mahu menangis. Sampai hati. Dah la apply military tak beritahu. Pergi pulak on the spot. Dia tak sempat nak cakap apa-apapun. Nasib baik la dia balik dari asrama minggu ni. Kalau tidak mesti dia takkan dapat jumpa Eden buat last time sebelum lelaki ni jalani latihan ketenteraan.

Perasan yang dia hanga berdiri situ,  Eden berhenti dari packing barang. Dia berdiri tegak lantas memandang dia. 

"Hah! Jangan nak mulakan eh... Paling menyampah aku bila tengok kau menangis macam ni! "marah Eden.

Bila dirinya ditegur, air matanya terus mengalir turun dari tepi mata kerana sedih. Siapa tak sedih. Nanti siapa yang akan temankan dia ke akademi tanpa di ganggu dengan budak nakal. Siapa nak cover dia kalau ibu dia nak pukul dia?  Siapa yang akan pura-pura jadi fake boyfriend dia kalau ada budak lelaki gatal nak ngurat dia?

"Yang kau menangis tu kenapa? " gerutu Eden sambil jalan mendekati dia.

"Kau la... Dah la pergi tak beritahu... Cakap dengan aku pun tak... Benci sangat kau dekat aku kan... "sedunya di situ bersama linangan air mata berjuraian turun ke pipinya. Dia tak tahu kenapa dia sedih dengan lelaki yang selalu buli dan cakap benda tak menyenangkan pada dia ni. Mungkin sebab dia dah terbiasa dengan Eden.

"Dah la... Aku bukannya nak pergi mana...balik jugak nanti.. "Eden tiba di depannya lalu kesat dengan kasar air mata dari pipi menggunakan jari tu. "Tak payah la menangis macam nak mati suami. "

Makin meraung la dia dibuat komen tu. Sedih la dia kalau Eden nak pergi jauh dari sini dan tak tahu entah bila akan kembali.

"Sshhh.. Diam la. Ibu dengar nanti. Dia marah!Jangan la menangis lagi."Eden dengan terpaksa tarik dirinya dalam pelukan dan sembamkan muka dia ke dada untuk tenggelamkan suara nangisnya. Sementara tangan Eden mengusap belakang badannya.

"Jangan lupakan aku dekat sana nanti." mintanya tersedu sedan.

"Ya... Aku tak lupa. Dah la.. Jangan menangis.. Macam budak-budak la kau ni.. "sungut Eden.

"Aku bukan budak-budak okay. Umur aku 16 tahun."rengeknya dalam pelukan tu.

"Still budak-budak... "komen Eden dengan nada malas.

End of flashback....

Berdengus tak dia bila tengok gambar lama yang diambil 12 tahun lepas di laman instagramnya. Gambar sewaktu beberapa jam sebelum flight Eden ke akademi ketentaraan Eden. Selfie yang diambil secara paksa lepas dia menangis sampai merah mata. Tak sangka dia masih ada lagi gambar ni.

"Oh my god!!! Davina! "laung Sarah dari kejauhan lepas nampak dia berdiri dekat koridor depan outlet pakaian di shopping mall itu.

Seperti anak kecil Sarah lari ke arah Davina lalu menerpa ke tubuh itu dengan satu pelukan erat. 

"Akhirnya... Dapat jugak jumpa kau... Happynya aku. " lafaz Sarah sambil hayunkan badannya dan Davina kanan dan kiri dengan gembira.

"Hai Sarah. Kau apa khabar? "tanya Davina dengan mata terpejam lega dan gembira kerana dapat menemui Sarah semula selepas buat sekian lamanya.

Sarah lepaskan pelukan lalu belek Davina dari atas ke bawah.  "Apa yang dah berlaku? hah? Cerita dekat aku semuanya.... Serius lepas aku dengar sneak peak dari kau... Aku sure sangat yang cerita kali ni lebih dari spill the tea tapi coffee.... "selorohnya dengan teruja.

Davina ketawa kecil. Suka dia tengok sikap ceria Sarah. " Panjang ceritanya.  Nanti la sambil kita jalan-jalan sambil tu aku beritahu. Ni kau ke sini cuti ke? "

"Of course. Lepas kau cakap nak jumpa aku apply cuti awal-awal. So kita nak mula dari mana? nak tengok baju dulu? Beg tangan? "ajak Sarah dengan tidak sabar semasa merangkul lengan Davina mahu di bawa ke satu arah.

"Sabar.... Tunggu dia orang dulu. " beritahu Davina sambil tepuk tangan Sarah untuk menenangkan rakannya.

"Huh? " Sarah menjungkit kening dengan tinggi.  "Dia orang? Siapa? " tanya dia kebingungan. Memangnya ada orang lain ke?

Davina pandang kanan dan kirinya. Mencari kelibat dua lelaki yang katanya mahu ke tandas dan cari mesin ATM sekeliling koridor itu.

"Umm... Kau tahu... Aku keluar hari ni bukan seorang diri... Sebenarnya double date."beritahu Davina sambil tu.

"Apa? Double date? Dengan siapa? " Sarah ikut palingkan kepala ingin tahu.

Pada masa itu la Davina nampak akan kelibat dua lelaki segak lagikan bergaya sedang berjalan dari dua arah berbeza tapi menuju ke tempat yang sama dari kanan koridor itu.

Seorang dengan kot labuh biege dan sweater putih serta seluar hitam.

Seorang lagi ringkas mengenakan jaket hitam dan turtleneck hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience