BAB 9

Family Completed 7198

“MANA boleh dia ambil jalan mudah gitu nak lepaskan diri? Mama tahu mama banyak fikir negatif pasal dia tapi mama tak sangka dia tolak Kax…”

Mama mengeluh. Tapi, dia tahu anaknya tak mudah mengalah. Seperti mana Kax memujuknya dan sekarang dijejaki keluarga Adra, memujuk dan merayu malah meminang.

Kax mengulum senyum. “Jalan mana pun Adra pilih, kalau destinasi itu sama Allah akan temukan juga kami ni, ma…” Kax pejam mata. Pertemuan dengan keluarga Adra beberapa hari lepas terbayang. Susah dia nak pujuk tapi bila dia cerita segalanya dan dia menghulurkan pinangan, mereka semua terkedu. Bagai tak percaya, masih ada yang sudi menerima Adra. Padanya, Adra suci. Suci bila sudah berubah.

“Kalau kata Adra diberi peluang oleh Allah yang satu untuk nikmati hidup setelah salah jalan, kita ni siapa nak menghukum?” Kata-katanya itu buat semua orang terkedu. Keluarga Adra lebih-lebih lagi.

“Dah tu macam mana?”

Wajah Kax tenang. “Kax ada kejutan untuk dia. Kalau kali ni dia tak terima Kax lagi, anggap jelah kami tak berjodoh dan adalah yang lebih baik untuk dia tu…” Positif. Dia dah atur satu hadiah yang tak ternilai buat Adra.

Dia mahu cuba sekali lagi. Hatinya kuat mengatakan Adra akan terima tapi kuasa tak di tangannya. Cuma, tak salah cuba lagi bila dia rasa Adra pun sayangkannya.

“Kalau gitu, jomlah kita pergi,” ajak mama tak sabar. Rasa bersalah pada Adra menguasi diri.

Kax senyum dan angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience