Chapter 27

Romance Completed 35261

“One! Two! Three! Four! One! Two! Three! Four!” dengar satu suara lantang mengajarkan langkah tarian. Tinggal lagi 2 minggu untuk majlis perpisahan bagi senior-senior.

“Susah lah weyh steps dia. Mahu tercabut tulang kaki aku ni.” membebel Christina. Botol air yang diletak di sebelah beg dicapai. Tanpa menunggu Christina minum air mineral itu.

“Cabut tulang? Tulang boleh cabut sendiri ke kawan ku sayang?” Rohani menyoal dengan nada sindir.

“Alah, aku terlepas cakap. Tak payah lah kau fikir banyak. Sampai kau nak analisis.” merungut Christina.

“Sofi, nah minum air ni. Kenapa diam je dari tadi? Masa practice pun kau diam je.” Rohani perasankan Sofia Amelia hanya diam dari pagi tadi. Langsung tidak mengendahkan sesiapa.

“Sofi, ada masalah ke?”

“Rohani, boleh tak kau tunjuk gambar pertunangan Is?” permintaan Sofia Amelia menimbulkan rasa curiga dalam hati Rohani.

“Kenapa? Kau nak buat apa?”

“Saje. Boleh tunjuk ke tak?”

“Nah.” Rohani menghulurkan telefon bimbitnya. Gambar pertunangan Wahidah Tiara dan Iskandar Faiz terpapar di telefon bimbit. Captionnya menarik perhatian Sofia Amelia. “MY FIRST AND LAST LOVE, ISKANDAR FAIZ.”

“Patutke aku pisahkan mereka berdua? Nampak muka dua orang itu pun dah tahu mereka sangat gembira. Kalau lah aku pisahkan mereka berdua, bukan ke itu satu dosa besar?” persoalan itu bermain di kotak fikirannya.

“Sofi, kau okay tak?” Rohani menegur kawannya yang tengah berfikir itu. Christina yang baru pulang dari membeli makanan memandang kedua-dua rakannya dengan satu pandangan pelik.

“Weyh, kenapa ni?” Christina menyoal sambil mengigit donut yang dibelinya.

“Tak tahu.”

“Rohani, kau rasa patut ke aku laksanakan rancangan tu?” bertanya Sofia Amelia dengan suara perlahan.

“Aku kan dah cakap kat kau haritu. Jangan kacau mereka. Biar mereka hidup bahagia, Sofi.”

“Rancangan apa korang cakap ni?” Christina menyibuk.

“Tak ada apa-apa. Kau sambung makan. Tak payah campur hal orang lah.” Rohani enggan berkongsi rancangan dengan Christina. Bukan boleh percayakan Christina ni. Sampai Adam boleh tahu rahsianya nanti.

“Tapi apa yang Wahidah tu buat kat aku tak adil kan. Aku bukannya sakitkan dia pun.”

“Sofi, biarlah. Yang dah berlalu, kita tak dapat undurkan balik. Kau maafkan je.” nasihat Rohani.

“Aku fikir dulu.” kata Sofia Amelia dengan perasaan yang campur.


***********************

“Ziah, awak nampak Sofi tak?”

“Dato’, Cik Sofi kan ada praktis pagi ni. Pukul 7 lebih Cik Sofi dah keluar dari rumah Dato’.”

“Patutlah saya cari tak jumpa dia. Tak apa lah. Saya jumpa dia nanti.”

Dato’Johari baru pulang dari Perak atas urusan kerja. Setiap kali Dato’Johari pulang rumah dari luar negara ataupun luar negeri, perkara pertama yang dilakukan oleh Dato’ Johari ialah berjumpa dengan anaknya.

“Sekejap lagi Cik Sofi balik Dato’. Dato’ nak minum atau makan ke? Saya boleh sediakan.” tawar Mak Ziah.

“Tak apa Ziah. Saya masih kenyang lagi. Nanti saya makan bersama dengan Sofi.” kata Dato’Johari. Rindu sangat dengan anak tunggalnya.

“Baik lah Dato’. Saya turun dulu ye.” Mak Ziah melangkah keluar dari bilik Sofia Amelia.

Dato’Johari juga ingin keluar dari bilik anaknya. Tiba-tiba kakinya menendang sesuatu di atas lantai. Tanpa melengahkan masa, mata jatuh ke arah benda yang ditendang tadi. Terdapat satu sampul berwarna coklat di atas lantai. Tangannya mengambil sampul itu. Tulisan di atas sampulnya dibaca perlahan.

“Mamat Boneka a.k.a Iskandar Faiz.”

Dengan laju isi kandungan sampul itu dikeluarkan. Beberapa keping gambar Iskandar Faiz dikeluarkan dari sampul itu.

“Kenapa Sofi simpan gambar-gambar Is? Apa kaitan Is dengan Sofi? Setahu aku Is baru sahaja bertunang dengan kekasih dia. Siap jemput aku lagi ke majlisnya.” bertubi-tubi soalan ditanya oleh Dato’Johari. Hatinya tidak sedap. Perlahan-lahan Dato’Johari menghampiri meja belajar Sofia Amelia.

“Kenapa hati aku tak sedap ni?” Dato’Johari meletakkan tangan kanannya di dada. Tangan kirinya membuka laci meja belajar Sofia Amelia. Terdapat kertas kajang dan beberapa pen warna. Kertas kajangnya dibuka dan dibaca oleh Dato’Johari. Semua informasi mengenai Iskandar Faiz dicatat oleh Sofia Amelia dalam kertas kajang itu.

“Sofi sukakan Is ke? Kalau dia suka Is, kenapa tak bagitahu kat aku? Kalau Sofi sukakan Is, kenapa Sofi namakan Mamat Boneka? Aku kena cakap dengan Sofi sebelum terjadi benda tak patut.” dengan hati yang tidak sedap Dato’Johari keluar dari bilik Sofia Amelia.


*********************

“Is, tak lama lagi kita kahwin. Tinggal tiga bulan lagi untuk majlis nikah kita.” Wahidah Tiara berbicara dengan penuh gembira.

“So?” menyoal Iskandar Faiz nak tak nak.

“Nak pilih baju nikah kita, nak beli cincin nikah dan banyak benda kena urus Is.”

“Look Tia, saya busy. Sangat busy. Pasal nikah kita, mak dengan abi saya akan uruskan. Awak tak perlu risau.” jawab Iskandar Faiz dengan tegas.

“Is, kenapa awak nampak macam tak happy je untuk kahwin dengan saya? Awak tak cintakan saya ke?” tanpa Wahidah Tiara sedar, soalan itu meluncur keluar dari mulutnya.

“Kalau saya tak cintakan awak, saya tak akan setuju untuk tunang dengan awak Tia. Saya tak akan pujuk awak, rayu dengan awak untuk setuju tunang dengan saya.” Tidak tahu kenapa Iskandar Faiz naik angin apabila mendengar soalan Wahidah Tiara. Rasanya seperti Wahidah Tiara tidak mempercayakan Iskandar Faiz. Meragu-ragukan perasaan cinta Iskandar Faiz terhadap Wahidah Tiara.

“Saya bukan maksudkan apa yang awak fikirkan Is. Saya cuma…”

“Dah lah Tia. Just stop it. Saya ada banyak benda yang perlu fikir. I have to think about my work, my new office and about my new clients. Jadi tolonglah jangan serabutkan otak saya dengan perangai cemburu buta awak.” tengking Iskandar Faiz.

“Kenapa awak dah berubah Is? Dulu awak tak macam ini pun.” air mata Wahidah Tiara mengalir perlahan.

“Awak tanya diri awak tu Tia. You have made me like this.” kata Iskandar Faiz dan meninggalkan Wahidah Tiara.

Apa yang telah berlaku sehari sebelum majlis pertunangan tidak boleh dilupakan oleh Iskandar Faiz.

~FLASH BACK~

“Saya nak jumpa awak.” - Wahidah Tiara.

“Tempat biasa, okay?” - Iskandar Faiz.

“Okay. Lepas Ishak, kita jumpa.” - Wahidah Tiara.

Iskandar Faiz menunggu untuk kekasihnya seperti dijanjikan. Wahidah Tiara pula datang menuju ke arah Iskandar Faiz. Mukanya tegang.

“Assalamualaikum.” Iskandar Faiz memberi salam kepada Wahidah Tiara. Namun tiada balasan.

“Ada apa nak jumpa dengan saya? Dah tak sabar eh nak tunang esok?” usik Iskandar Faiz. Dia tak nak suasananya tegang.

“Stop kidding Is.” kata Wahidah Tiara. Satu jelingan maut diberi kepada Iskandar Faiz.

“Kenapa ni Tia? Apa lagi yang awak tak puas hati?”

“Macam mana dengan kekasih baru awak?”

“Kekasih baru?” Iskandar Faiz mengerutkan dahinya. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Wahidah Tiara.

“Ye. Your new girlfriend Is. Sampai awak sanggup tinggalkan saya sebab Sofia Amelia.”

“Ya Allah. Tia, awak yang salah tau. Awak yang tolak dia sampai dia terjatuh. Awak yang sebabkan dia sakit. Awak lupa ke? Semuanya terjadi sebab kemarahan awak.” suara Iskandar Faiz mula meninggi. Namun dapat dikawal.

“Sebab saya? Is, kalau Sofi tu tak kacau awak, saya tak macam ni tau. Kenapa awak terhegeh-hegeh tolong dia? Saya call, tak jawab. Mesej tak reply.”

“Salah ke saya tolong dia?” menduga Iskandar Faiz.

“Yes. Salah! Kenapa awak mengutamakan Sofi tu daripada saya?”

“Saya manusia yang ada hati perut Tia. Sebab itu saya tolong dia. Kalau orang lain yang ada di tempat Sofi, mesti saya akan tolong. Saya tak akan diam macam awak.”

“Itu bermaksud awak pentingkan Sofia Amelia itu!” Wahidah Tiara jerit kuat sehingga orang lain memandang ke arah mereka.

“Behave yourself Wahidah Tiara. Saya penat lah. Asyik gaduh untuk perkara yang kecil. Awak tak percayakan saya Tia, sebab itu lah awak fikir yang bukan-bukan. Awak sanggup tuduh saya. Dah lah. I'm leaving.” kata Iskandar Faiz. Hatinya sebak. Tidak sangka orang yang dia sayang mencurigai keikhlasan dirinya.

~END OF FLASHBACK~


*************************

Program yang disiar di televisyen tidak menarik perhatian Dato’Johari. Tubuh badan sahaja tinggal di ruang tamu, fikiran berfikir pasal Sofia Amelia. Terdengar bunyi enjin kereta di luar.

“Daddy! Terkejut Sofi.” Sofia Amelia terkejut apabila nampak ayahnya duduk di ruang tamu.

“Dari mana?”

“Sofi baru je habis latihan tarian. Tinggal 2 minggu je lagi untuk majlis perpisahan daddy. Daddy dapat undangan dari pihak management kan.”

Dato’Johari telah dijemput sebagai VIP untuk majlis perpisahan di universiti.

“Yes. Daddy ingat lagi. Duduk kejap. Daddy nak cakap sikit.” tiada sedikit pun senyum di muka Dato’Johari. Sofia Amelia hanya menurut arahan ayahnya tanpa membantah.

“Daddy? Kenapa ni?” menyoal Sofia Amelia perlahan.

Dato’Johari meletakkan gambar-gambar dan kertas kajang yang dijumpai di bilik Sofia Amelia. Sofia Amelia pula terkejut. Air liurnya pahit untuk ditelan. Takut akan apa yang berlaku sekejap lagi.

“What is this Sofi? I will give you 15 minutes to explain. Your time starts now!”

Sofia Amelia menarik nafas sedalam-dalamnya. Hatinya mencari kekuatan untuk bercerita semua kepada ayahnya. Tiada alasan lagi untuk rahsiakan dari ayahnya. Dengan kekuatan yang ada, Sofia Amelia menceritakan segala-galanya sehingga rancangan untuk memisahkan Iskandar Faiz dan Wahidah Tiara.

PANG!

“Daddy!” terketar bibir Sofia Amelia. Air matanya membasahi pipinya.

“Daddy tak pernah ajar kamu jadi macam ni Sofia Amelia! Sampai hati kamu nak musnahkan mahligai cinta orang disebabkan cabaran kamu yang tak masuk akal itu?” menengking Dato’Johari. Perasaan marahnya tidak mampu dikawal.

“Daddy, Sofi…”

“Saya menyesal sangat Sofia Amelia sebab terlalu manjakan kamu. Sepatutnya saya kena garang. I have to be strict when you are growing up. Tapi saya tak buat macam itu. Saya bagi semua kebebasan untuk kamu. Kamu buat apa yang kamu suka. Saya izinkan. Tapi saya tak sangka kamu akan cuba memusnahkan percintaan orang lain. Mempergunakan orang lain untuk mencapai hasrat kamu.” Dato’ Johari bertutur lemah.

“Daddy, Sofi minta maaf. Sofi tak akan kacau mereka berdua lagi. Please trust me.” Sofia Amelia melutut lalu memegang kedua-dua kaki ayahnya.

“I am very disappointed with you. I have given you too much of space.” kata Dato’Johari. Tidak melayan Sofia Amelia yang menangis teresak-esak. Dato'Johari meninggalkan Sofia Amelia seorang di ruang tamu.

Mak Ziah yang melihat perbalahan antara majikan dan anak majikannya berasa sayu. Tengok keadaan Sofia Amelia menyebabkan hati Mak Ziah untuk berasa sedih. Walaupun Sofia Amelia tidak melayan Mak Ziah elok, Mak Ziah tetap menganggap Sofia Amelia sebagai anaknya.

“Cik Sofi.” panggil Mak Ziah perlahan. Takut juga kalau Sofia Amelia mengamuk. Namun tanpa dijangka, tubuhnya dipeluk erat oleh Sofia Amelia. Sofia Amelia melepaskan tangisan di bahu Mak Ziah yang selama ini menganggap orang miskin yang menjijikkan. Mak Ziah mengurut belakang Sofia Amelia bagi memujuk.

“Ya Allah, tolong memberikan kekuatan untuk Cik Sofi. Tolong lembutkan hati Dato’Johari.” doa Mak Ziah dalam hatinya.

Hi semua :) Siapa nak tengok watak-watak dalam cerita ni? Kalau nak tengok, comment nanti okay :) Enjoy reading :) Jangan lupa untuk komen and rate.. kalau you guys suka, boleh juga donate :-) Have a nice day ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience