BAB 23

Romance Series 68161

"Abang cepatnya balik? mana sofea?" soal danisya pada danish , datuk dan datin yang berada di ruang tamu terus bangun dan pergi ke arah danish...

"Danish okey ke? danish nangis?" teka datin , Danish memandang ke arah datin dirinya tidak kuat untuk menahan air mata nya dia cuba untuk lagak kuat depan keluarganya tapi dia tak boleh...

"Ya allah kenapa ni?" soal datuk dan terus memeluk anaknya , "Danish.....danish dah lepaskan sofea pa , danish nak dia bahagia"

Mereka terdiam , "Pa danish bukan pentingkan diri danish nak dia bahagia dengan pilihan dia , selama dia jadi isteri danish dia tak pernah bahagia pun pa" ucap danish dan terus menangis di bahu datuk...

"Sudah sudah , kamu naik atas rehatkan diri" arah datuk dan meminta danisya mengikut abangnya ke bilik...

"Tak keluar lagi ke mak sal?" soal syamsul pada mak sal sambil melabuhkan punggungnya di kerusi , Sudah 3 hari sofea berkurung di biliknya langsung tak makan dan tak nak keluar dari bilik...

maksal mengelengkan kepalanya , "Syam rasa syam kena jumpa dengan hisyam dia punca semua ni mak sal"

Baru pakcik daus nak membuka mulut terdengar suara sofea yang memanggil syamsul , "Abang" panggil sofea...

Syamsul terus bangun dan pergi ke arah sofea lalu tangannya mengusap perlahan kepala adiknya , "Meh sini makan , dah lama adik kurung dalam bilik tu sini isi sikit tenaga tu" ajak syamsul sambil memegang lengan adiknya perlahan...

"Adik nak jumpa danish , adik rindukan dia , kenapa dia tak datang sini? kenapa dia tak call adik? mesej? adik rindukan dia bang" ucap sofea sambil menatap wajah abangnya...

Mereka memandang ke arah sofea , "Sofea tahu semua ni salah sofea tapi adik tak nak pisah dengan dia , adik salah sebab adik paksa dia"

Air matanya terus mengalir , "Adik sayangkan dia" kata sofea dan maksal terus memeluk sofea untuk memberikan kekuatan pada sofea nampak sangat keadaan sofea yang cukup lemah...

"Sudah sudah , ingat sikit sofea tu dalam pantang lagi jangan macam ni sayang nanti kesihatan sofea terganggu" pujuk mak sal...

"Ab....abang please bawak a...adik pergi pa...pada danish" kata sofea yang masih menangis dipelukkan mak sal , Syamsul tidak menjawab malah dia terus keluar dari rumah nya kunci motor di capai.....

"Abang...abang" panggil sofea , "Sofea sudah tu jangan macam ni" sampuk pakcik daus pula dan cuba mengikut jejak syamsul....

Danish menyimpan semua gambar kahwin nya bersama sofea dia pujuk dirinya untuk lupakan sofea dan cuba mencari kehidupan baru...."Aku sayangkan kau sampai bila bila , aku terlalu cintakan kau , kebahagian kau adalah benda yang penting bagi aku , cari la kebahagian kau sofea aku janji aku tak kacau kau lagi" ucap danish sambil memandang frame nikah mereka....

Cincin pernikahan nya yang terletak di jari nya dibuka lalu disimpan di kotak , "Love you always" bisiknya sendiri lalu di tutup kotak tersebut....

********************************************

"Plan apa lagi yang kau nak aku buat ni?" soal hisyam pada irdina , hisyam melihat syamsul yang masuk ke halaman rumahnya panggilanya terus di matikan...

"Syam kenapa kau datang sini?" soal hisyam , syamsul tidak menjawab soalan yang di anjurkan oleh hisyam malah syamsul terus melayangkan tumbukkan pada wajah hisyam sehingga hisyam terduduk...

"Kau ni apahal?" marah hisyam , bibirnya di pegang terlihat darah mula keluar dari tempat tumbukkan syamsul...

Syamsul terus menarik kolar baju hisyam dan di bangunkan secara paksa , "Apa yang kau tak puas hati ha , kau punca rumah tangga sofea runtuh" tengking syamsul dan terus menumbok wajah hisyam buat kali kedua...

"Aku ingat kau ni baik , tapi aku silap kau ni manusia bertopengkan syaitan , kau hancurkan rumah tangga adik aku , kau musnahkan masjid yang baru nak capai kebahagian" marah syamsul lagi...

Hisyam terus berdiri , "Dia tak bahagia denga danish kenapa kau perlu seksa sofea? dia tak sayangkan danish , dia berhak untuk tentukan siapa suami dia , dia berhak untuk tuntut cerai kalau laki dia tu perangai macam sial , kau sanggup ke tengok adik kau terseksa syam?" lawan hisyam...

"Kau tak tahu apa apa langsung , jangan menabur fitnah hisyam , adik aku bahagia dengan danish , dia sayangkan danish , kalau dia tak sayangkan danish dia tak akan jadi macam ni lepas dia kena cerai la sial" sekali lagi syamsul melayangkan tumbukkan dan kali ni tepat kena di tulang pipi hisyam...

hisyam terjatuh sekali lagi dan phonenya turut terkeluar dari koceknya , "Ya allah apa kau buat ni syamsul" marah mak kiah dan terus menolak syamsul supaya jauh dari anaknya...

"Mak kiah anak mak kiah ni dah buat adik saya merana , kalau tak sebab kan dia peluk sofea , sofea tak akan jadi macm ni la"

"Apa yang kamu merepek ni syamsul" soal mak kiah , "Ya allah syamsul sudah tu jangan macam ni" tahan pak cik daus pula...

"Kau" perkataa syamsul terhenti bila mendengar bunyi telefon , syamsul memandang ke arah telefon hisyam yang tidak jauh dari nya , hisyam yang baru nak melangkah ke arah phonenya terlambat kerana syamsul terlebih dahulu merampas...

"Irdina? so kau kenal perempuan ni?" tanya syamsul dan terus menjawab panggilan tu lalu menekan lock speaker..

"Hello hisyam , aku rasa kau kena ajak sofea kahwin lepas je dia habis eddah , aku nak kau buat dia lupakan danish , kau reka la cerita buruk buruk pasal danish biar sofea lagi benci dengan dia" ujar irdina dan mereka semua mendengarnya dengan jelas...

"Hello , hello kau dengar tak?" soal irdina bila hisyam tidak menjawab...

"Perempuan sial , kau tunggu aku dapat kau aku bunuh kau la sial" jerit syamsul dan pakcik daus terus merampas phone dari tangan syamsul...

"Hello irdina kamu nak apa lagi dari sofea? kamu ni dah kenapa tak ingat tuhan ke?" soal pakcik daus pula...

Mereka semua terdengar gelak dari irdina masing masing mengerutkan dahi , "Sofea dia rampas danish dari aku , eh perempuan macam dia tak layak untuk danish la , dia tu patut mati" jawab irdina dan terus mematikan panggilan...

"Ap...apa kau dah buat ni hisyam?" tanya mak kiah dan menoleh ke arah anaknya , "Syam ak..aku boleh jelas kan pada kau" hisyam cuba untuk melangkah ke arah syamsul tapi mak kiah terlebih dahulu melempang wajah anaknya...

Hisyam terus memegang pipinya yang terasa perit , "Kau subahat dengan dia? kau sedar tak apa kau buat ni? kau kawan baik aku , aku percaya kan kau , aku tak sangka kau boleh buat macam ni pada sofea" Ucap syamsul...

"Aku terlampau sayangkan sofea , aku nak kan dia sebab aku tahu dia tak bahagia dengan danish , aku nak bahagia kan dia dan dia akan bahagia dengan aku , aku cuma nak sofea bebas dari keluarga danish tu aje"

"Kau tak tahu hal yang sebenar , kau tak hak nak masuk campur hal diorang , kalau adik aku tak bahagia sekali pun itu bukan urusan kau , sofea baru kehilangan anak dia dan disebabkan kau dia hilang suami dia" kata syamsul dan terus memakai helmetnya untuk beredar dari situ tapi hisyam menahan dengan memegang lengan kawannya itu..

"Aku minta maaf , aku minta maaf aku boleh jumpa dengan danish aku akan bagitahu segalanya"

"Kau subahat dengan irdina , keluarga irdina punca aku hilang keluarga aku" tengking syamsul dan terus pergi dari situ..

Hisyam terdiam , "A...apa maksud dia pakcik? sa...saya tak faham?" soal hisyam yang masih terkaku di situ..

"Ibu bapa irdina punca ibu bapa sofea kemalangan , syamsul tahu benda tu tapi kami merahsiakan dari sofea sebab kami tak nak sofea berdendam dengan keluarga irdina , kamu bersubahat dengan irdina dan kamu ingat sofea akan maafkan kamu? kamu kenal sofea hisyam" jawab pakcik daus kemudian terus beredar...

Selesai sahaja meeting taufiq meminta semua meninggalkan dia bersama danish di bilik meeting itu , "Kau tak nak rujuk semula ke dengan sofea? aku tahu kau tak nak pun lepaskan sofea tu tapi kau terpaksa kan?"

"Aku cuma nak dia bahagia dengan pilihan dia dan yang pasti tu bukan aku"

"Apa kau merepek ni? kau sedar tak yang kau dah lepaskan bidadari syurga kau?" danish mengangguk lemah....

"Kau yakin ke yang sofea akan bahagia selepas kau ceraikan dia?" danish mengangkat kedua belah bahunya menandakan dia tidak tahu...

Taufiq melepaskan keluhan kecil , "Kenapa kau tak bincang baik baik?"

"Dia yang nak benda ni taufiq kenapa kau nak salahkan aku? aku cuma nak dia bahagia je tu pun salah ke?" soal danish dan terus bangun dari duduknya lalu keluar dari ruangan meeting....

Sofea dan ahli keluarga nya pergi ke KL untuk mengambil barang barang sofea yang ada di rumah danish , mak sal meminta agar sofea kuatkan dirinya dan jangan lemah kerana ini semua sudah di takdirkan....

Syamsul dan Sofea pergi ke kl untuk mengambil semua barang barang sofea yang berada di rumah danish , selesai sahaja sofea meminta syamsul untuk ke rumah bekas mertuanya....

"Assalamuailaikum" panggil sofea , "Waalaikumusalam ya allah sofeaa" jawab datin dan terus memeluk sofea...

"Ya allah sofea mama rindukan sofea , mama nak minta maaf selama ni mama layan sofea dengan teruk tapi mama sedar sofea la menantu yang paling baik"

"Ma bekas menantu , sofea dah lama maafkan mama , sofea datang sini sebab sofea nak peluk cium mama untuk kali terakhir sebab sofea dah tak nak ada kena mengena lagi dengan" ucapan sofea terhenti bila satu suara menegurnya...

"Asal datang?" soal danish dengan dingin di belakang sofea , Sofea menoleh ke belakang ya allah orang ini , orang yang paling dia rindu untuk peluk...

Sofea diam , "Danish"

"Dia bukan lagi isteri danish ma , dia dah jadi orang luar" ucap danish dan terus naik ke atas , sofea hanya mampu menahan airmatanya...

Datin mengusap perlahan lengan sofea lalu memandang sofea dengan senyuman , "Mama tahu sofea rindukan dia , naik cuma bincang baik baik mama tahu hubungan kamu berdua masih boleh di baiki" pujuk datin dan akhirnya sofea pun naik ke bilik danish...

"Langgar perempuan ni aku nak dia mati" arah irdina pada farhan...

"Serius la irdina? kau tahukan polis tengah cari aku sekrang ni"

"Langgar je la itu pun susah ke? lepas langgar kau bla la" marah irdina dan farhan menganggu pasrah dengan arahan irdina....
********************************************

Sofea mengetuk pintu bilik danish tapi tiada sahutan dari dalam , sofea menarik nafas panjang sebelum dia membuka pintu itu....

Sofea menangkap satu tubuh tegap di balkoni biliknya denga perlahan dia melangkah ke arah itu , "Nak ambik barang? sila kan lepastu berambus" ujar danish tanpa menoleh ke arah sofea..

"Awa...awak bencikan saya ke danish? sa...saya" sofea cuba menahan airmatanya tapi tidak berjaya , air mata nya kini membasahi pipinya yang putih mulus itu...
"Ini yang kau nak jadi kenapa kau nak sedih? kau dah bebas dari aku jadi kau boleh cari kebahagian kau sendiri , aku tak layak jadi suami kau" ucap danish dan masih tidak menoleh ke arah sofea..

"Saya menyesal , cukup menyesal sebab saya paksa awak dan tak percaya pada suami sendiri"

"Sofea benda dah lepas , jadi tak payah la nak di ungkit aku tak nak kau terseksa lagi dengan aku , kau tak bahagia pun dengan aku" jawab nya...Sofea pula hanya mengalirkan air matanya rasa sakit hati ya bila danish kata sebegitu...

"Saya rindukan awak , saya tahu saya salah tapi percaya la saya cintakan awak , saya sayangkan awak sepenuh hati saya , saya nak minta maaf selama saya jadi isteri awak saya banyak buat silap , saya tak layak jadi isteri awak , kita kahwin secara terpaksa tapi percaya la saya tak pernah menyesal dengan perkahwinan kita" ucap sofea dan danish masih berdiam...

"Tolong halalkan makan minum saya selama saya jadi isteri awak , saya sayangkan awak terlampau sayang , andai kata saya pergi dulu awak tolong jaga diri awak cari seseorang yang cintakan awak sepenuh hati dia , nama awak akan selamanya terpahat di hati saya , tak ada akan orang yang dapat mengantikan tempat awak di hati saya" tambah sofea lagi dan terus pergi ke arah almari mereka lalu mengemas barang barangnya...

"Aku rindukan kau , aku sayang kan kau , tolong jangan pergi sofea" bisik hati danish yang hanya memandang ke arah sofea yang sibuk mengemas...

Tidak sampai 5 minit kini barang sofea selesai di kemas olehnya , "Ini kunci rumah awak , saya dah tak ada hak untuk simpan kunci ni lagi" kata sofea dan meletakkan kunci rumah danish di atas meja solek...

Sofea memandang ke arah jemari danish , dia hanya mampu tersenyum kelat kerana jemari danish kini tiada cincin pernikahan mereka lagi....Sofea terus melangkah keluar dari bilik itu manakala danish pula tidak mengedarkan sofea dan hanya membiarkannya....

"Assalamualaikum pakcik daus" jerit hisyam , "Waalaikumusalam ha kamu kenapa datang sini?" soal pakcik daus..

"Mana sofea? saya nak jujur dengan dia , saya tahu saya silap saya dah runtuhkan masjid dia , saya nak jumpa dia pakcik"

"Kamu tunggu la dia balik dari kl , tapi kamu pasti ke sofea akan maafkan kamu?" sampuk mak sal pula...

"Mak sal saya sedar saya salah , tak apa la kalau macam tu saya terus jumpa danish je" kata hisyam dan terus beredar dengan keretanya nasib la kl dan kampungnya tidak jauh.....

"Dah?" soal syamsul pada sofea yang baru turun dari tangga dengan sedikit barangnya , "Ma saya pergi dulu , maafkan sofea kalau sofea ada silah silap pada mama" ucap sofea lalu datin terus menarik sofea ke dalam pelukkannya...

Danisya yang melihat dari tangga itu terus mengelengkan kepalanya , Danisya terus pergi ke arah bilik abangnya....."Kenapa tak kejar? kenapa tak ajak rujuk abang?" marah danisya pada danish..

"Abang tak nak halang dia , dia berhak cari kebahagian dia sendiri"

"Abang pasti ke dia bahagia tanpa abang? abang sure benda tu? abang boleh nampak dengan mata kepala abang yang sofea masih harapkan abang , dia still love you , kenapa abang ni bodoh sangat? tolong la bang buka mata , buka fikiran tu sikit , dia sayang kan abang to much" ujar danisya...

"If one day , abang kehilangan sofea buat selamanya abang jangan menyesal , waktu tu abang menangis air mata darah sekali pun dah tak ada guna dah bang , abang masih ada waktu untuk kejar sofea , bahagiakan dia , danisya tahu dia masih harapkan abang untuk memujuk dia untuk balik pada pangkuan abang , please abang buang ego tu semua ketepi sekrang yang penting adalah sofea" tambah danisya...

Sofea menepuk perlahan bahu abangnya , "Kalau abang sayangkan dia please kejar , ajak dia mulakan kehidupan baru , masih sempat untuk abang pujuk dan kejar dia" pujuk danisya...

Danish memandang ke arah meja solek ada satu kunci iaitu kunci rumah dan juga kertas kecik , danish melangkah ke arah meja solek itu kertas di angkat...

"I love you so much , always love you , jaga diri abang baik baik , jangan lupa makan dan jaga kesihatan abang baik baik , kalau sofea dah tak ada nanti please jangan nangis dan cari la kehidupan baru , kebahagian abang , saya bahagia dengan abang sangat bahagia , love you my husband" tulis di kertas tersebut...

Danish terus mencapai phonenya dan kunci keretanya langkah nya laju ke bawah , "Ma mana sofea ma?"

"Dia dah pergi dah danish"

"Ma danish nak kan sofea , mama please doakan untuk danish" kata nya...

"Mama sentiasa doakan kamu , pergi kejar dia , kebahagian kamu , bidadari syurga kamu" ucap datin dan danish pun terus pergi...

"Sayang i need you , i love you so much tunggu abang sayang" bisik hati danish sambil melajukan keretanya keluar dari halaman rumah nya....

"Sofea okey?" soa syamsul yang masih fokus memandu , "Sofea okey , sofea cuma penat dan sofea nak rehat"

"Tidur la" ujar syamsul , lori yang di pandu oleh farhan dengan laju kini di arahkan ke kereta milik syamsul dan sofea dengan kelakuan yang tinggi lori itu terus melangar dari arah kiri iaitu tempat duduk sofea...

"Ya allah" jerit syamsul dan cuba untuk mengelak tapi tidak berjaya kereta mereka di langgar dengan terus sehingga kan kereta itu terbalik......

Share this novel

Rohani Hussin
2022-01-01 13:20:01 

Ingatkan danish akan bahagia ngan sofea hingga akhir hayat..to sofea pergi dlu..hmmm..


NovelPlus Premium

The best ads free experience