Call Girl 31

Romance Series 1321834

"Masuklah.." Ujar Gib setelah pintu rumah itu terbuka. Zahra dan Farah berpandangan seketika. Sesaat kemudian mereka masuk bersama, mengikuti langkah Gib ke dalam panthouse itu.

"So... Korang okey kan stay dekat sini dulu." Beg-beg pakaian Zahra, Dicapai sebelah tangan. Kaki mula menapak masuk ke dalam penthouse miliknya itu.

Sudah bertapak-tapak lelaki itu melangkah, barulah dia sedar bahawa Zahra masih berdiri di ruang tamu rumah itu. Gib berpusing kembali menghala ke arah gadis itu.

"Kenapa?" Zahra kerut dahi. Rasa tak sedap hati yang berpunca dari pelbagai alasan.

"Gib.. dia tahu saya dengan awak?" Soalnya pelahan dia risau. Dia yakin bila Carlos dapat tahu keberadaannya dan melibatkan Gib pasti lelaki in teruk di kerjakannya.

Gib mengeleng.

"Trust me nobody knows.." Ujar Gib cuba menyakinkan Zahra. Farah yang berdiri disebelah gadis itu cuma menjadi pendengar. Dia masih tidak faham apa yang berlaku diantara Zahra dan suaminya begitu juga dengan lelaki ini.

Demi Zahra dia mengikuti gadis itu untuk berpindah ke sini.

"Saya bawa awak duduk sini sebab nak awak selesa.. berbanding duduk di flat itu. dekat sini selamat sikit ada pengawal yang jaga."

"Suka-suki Hang dok mengata qumah aku, Kalau tak sakitkan hati aku ni memang tak sah! Kalau tak sebabkan Ara tak daq makna la wei aku nak duk kat rumah kayangan hang ni.. Harey sungguh la!" Marah Farah.

Dari tadi lelaki ini merendah-rendahkannya.
Tudungnya di bahagia dada di kibas-kibas cuba meredakan amarahnya. Mat salleh celup ni kalau tak cari fasal dengannya tak boleh ke?

Gib mencerun matanya merenung Farah, Bibirnya mengukir senyuman sinis.
Zahra mengelengkan kepalanya.

"Eh kau sentap pula!" Tawa Gib meledak melihat jelingan tajam Farah. Langkah diatur ke tingkat atas yang bakal dihuni Zahra dan Farah.

"Ini bilik utama penthouse ni.." Gib memulas timbol pintu dan membuka luas pintu bilik itu.
Beg Zahra yang berada di tangannya dia letakkan di tepi almari.

"Thanks Gib.." Ujar Zahra pelahan. Pelahanan dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Dan kau.." Gib menjeling sekilas ke arah Farah yang tegak berdiri di depan pintu.

"Pilih la mana-mana bilik kau nak..tapi kalau kau dah biasa tidur bilik kecik tuh sebelah dapur ada bilik kecik sesuai la dengan kau."

Farah mendengus. Mahu sahaja di cili lelaki itu. Kalau ikut sakit hatinya memang dah lama dia keluar dari rumah ini.

"Gib.. Farah my best friend..I don't like u treat her like that." Zahra tidak suka layanan Gib pada sahabatnya itu. Ada saja yang nak di gaduhkan.

"Tak apa wei aku sedaq diri aku lagi..." Farah memeluk tubuhnya. bibir Gib terjongket sinis. Mudah sahaja menebak apa yang gadis itu fikirkan.

"Jom saya tunjuk dapur..."

"Dekat dapur makanan dah ada semua saya dah letak. so every week saya akan minta someone untuk hantar makanan dekat awak and baby okey." Sambungnya lagi.

Zahra dan Farah hanya mengikuti langkah lelaki itu itu. Setelah puas menjelahi rumah itu. Farah mencuit sedikit bahu Zahra.

"Kau stay sini sendiri boleh? Lagipun Jauh aku nak pergi kerja." Bisiknya pelahan.

Berkerut Dahi Zahra mendengar bisikan itu.
dia segera memalingkan wajahnya memandang Farah.

"But why?" Soal Zahra.

"Hang tau kan dari sini nak pi tempat kerja aku jauh.. payah la wei belum lagi kalau aku sangkut jem.." Farah cuba beralasan sejujurnya dia tidak selesa berada di sini.

Gib yang sudah duduk bersandar di Sofa single itu hanya menjadi penonton sahaja.
melihat dua orang gadis itu berbisik.

"Babe.. Kalau sebab dia.." Belum Sempat Zahra menghabiskan bicaranya. Handfone milik Farah berbunyi.

Kring!

"Sat wey aku angkat Call jap." Farah segera berjalan meninggalkan ruang itu.

Zahra memalingkan wajahnya memandang Gib. Nafasnya dihelakan. Lain benar perwatakkan lelaki itu bila berhadapan sahabatnya.

" Kenapa?" Soal Gib hairan.

"Wei, aku gerak dulu la ada hal.. hang oke kan stay sini soang..tempat ini selamat ada orang jaga hang. qumah sewa aku tu tak sesuai ngan hang.. Pape hang roger aku na.." Ujar Farah beg galasnya di ambil.

"Babe..kalau macam tuh aku ikut kau la.. tunggu jap aku ambil beg.." Zahra berura-ura untuk melangkah terus ditahan Farah.
Lengan gadis itu pengang kemas.

"Hang stay sini.. free nanti aku mai teman. Aku tak tahu apa masalah hang but aku tak nak hang bahaya kat luar sana. Sini mungkin selamat untuk hang dengan baby.. Lagipun sini jauh la wey aku nak ulang alik pi kerja.. len la kalau aku bawak motor boleh celok kiri kanan kalau jem..sekarang ini hang pikiq diri hang dulu na." Jelas farah.

"Aku dah lewat ni mat jan tu baru call, minta tolong ambil dia kat bussten. Tu soang lagi balik Kampung sendiri pandai, nak balik pi asrama sendiri tak reti. eee geram aku."Sempat juga Farah membebel.

"Aku gerak dulu apa-apa hang hallo aku na." Sambung Farah lagi. Sedikit pun dia tidak menoleh memandang Gib yang sudah berdiri tegak memandangnya

"Okey babe." Lemah sahaja suara Zahra dia kembali menghelakan nafasnya. Pemergian Farah hanya di pandang sepi.

"Naik la rehat. I'll talk to her." Ujar Gib seraya itu terus melangkah keluar dari panthouse itu.

Tiba di parking, Dia dapat melihat farah baru membuka pintu kereta axia berwarna hijau dibahagian pemandu. Segera langkahnya di cepatkan. Pintu kereta farah dia tahan apabila gadis itu ingin menutup pintu itu.

"Can we talk?"

..................

Luq Mikail mendekati Carlos yang berdiri diam di tepi cermin memandang kesibukan bandar pagi ini. Sejak Zahra pergi meninggalkan lelaki ini, Carlos banyak menyendiri.

Bahu Lelaki itu disentuh pelahan. Carlos tersedar dari lamunan. Terus dia berdehem perlahan.

"Bila sampai?"

"Baru... aku ketuk pintu kau tak sahut.. Jauh termenung kau okey?"

"Min macam mana? Dah okay?" Soalan Luq dibalas soalan. Sejak kejadian malam itu dia belum bersemuka dengan adiknya itu.

"Dia okay. tapi tu la keras kepala macam kau."
Ujar Luq selamba.

"She my sister luq.. Of cause dia macam aku, Tak kan macam kau pula." Balas Carlos sambil ketawa pelahan.

"Kau dapat anynews pasal baby?"

Mendengar soalan itu senyuman di bibir Carlos mati. Dia mengeluh pelahan. Kepala di gelengkan.

"Still Negative."

Sepi seketika.

Carlos kembali memandang ke luar tingkap. Dia rindukan isterinya. Hatinya tidak tenang bila tidak melihat isterinya di depan mata. Sihatkah Zahra. Bagaimana keadaannya. Resah. Fikirannya serabut memikirkan hal itu.

" Gib ada cerita dekat aku tadi pasal Dua beradik tu.." Diam.

Carlos mendengus geram.

"Kenapa kau biarkan?" Carlos terus memandang wajah Luq.

"Aku nak bagi dia peluang rasa dia diatas." Carlos memeluk tubuh.

"Sampai bila Kau nak biarkan?"Soal Luq

"Kau tak risaukan Zahra, Jasmine, Carol? ." Sambungnya lagi. Carlos terus genggam penumbuk.

"Aku sayang keluarga aku luq. Benda ini aku tak nak buat terburu-buru.."

Luq senyum sinis.

"Sebabkan kau slow nak settlekan benda bodoh ni la bini pun tinggalkan kau."

Carlos mengetap rahangnya kuat. Dia memusingkan tubuhnya dan matanya menikam anak mata Luq. Sekali lagi dia mendengus kasar.

"Aku tahu apa yang aku buat."

"Berdoa banyak-banyak semoga tuhan permudahkan segala urusan kau dan semuanya selamat."

Carlos diam. kemudian dia mengangguk pelahan. Dalam hatinya berdoa semoga segalanya dipermudahkan.

Pintu yang diketuk perlahan buatkan fokus dua lelaki itu terus hilang. Dan serentak itu memandang ke arah pintu. Gib membuka pintu itu perlahan.

"She's here.."

.........

Luq memandang tajam Gadis yang berdiri di sebelah Carlos. Apa dia buat kat sini?

"Ian.. You good?" Soal Rissa manja.

Luq dan Gib mendegus menyampah melihat Aksi manja gadis itu. Sudah-sudah la berdrama mereka sudah muak.

"Kau memang tak tahu waktu sesuai nak mengedik ke?" Soal Luq sinis.

Rissa terus menjeling tajam lelaki itu.

"None of your business" Jawabnya selamba. Dia masih berdiri di sebelah Carlos yang setia berdiri di memandang kota raya itu. Lengan lelaki itu cuba di rangkul.

"I busy Rissa, u boleh balik?"Ujar Carlos tanpa nada. Seraya itu dia tangan Rissa yang cuba memeluknya.

"I datang sini sebab nak temankan u.. i baru tahu Eiyad and His brother dapat tender yang u fight haritu.." Ujar Rissa pelahan.

Gib yang mendengar ketawa pelahan. Manakala Luq hanya diam memerhatikan drama itu.

"Aku tak perlukan kau dekat sini..So sila berambus!"

"You!" Bentak Rissa.

"Keluar Rissa! " Suara Carlos mula meninggi.

Rissa mendengus. Handbeg yang berada di Sofa itu segera di capai lalu melangkah pergi.
Luq terus bertepuk tangan.

"habis sudah drama melayu..Lepas ni kita layan drama hindu.." Luq menjeling sekilas Gib yang duduk di sebelahnya.

"So apa plan kau lepas ni.."Soal Gib pula yang hanya diam dari tadi.

"Kita mulakan dengan................." Bermula segalanya yang di rancang mereka.

...................

Jasmine memandu laju keretanya apabila terasa keretanya di ekori. Dia terkejut apabila melihat sebuah kereta jenis Hilux yang datang dari arah belakang terus memotong keretanya.

Dia terus menekan brek, Apabila hilux itu itu tiba-tiba berhenti di hadapannya. Hampir saja dia melangar hilux itu.

Jasmine mula berdebar apabila melihat melihat empat orang lelaki keluar dari Hilux itu. Tanpa menunggu lama dia terus menukar gear kepada R lalu minyak ditekannya kuat.

Bam!

Matanya membulat apabila melihat sebuah lagi kereta menghalang laluannya.
Dia mendengus. Iphone yang berada di kerusi sebelah dicapai Namun belum sempat dia membuat pangilan iphone milik itu terus terjatuh ke bawah kerusi.

"Keluar sekarang." Laju sahaja Jasmine
menggelengkan kepalanya. lalu dia terus mencapai kembali Iphonenya yang terjatuh itu.

Tangannya segera menekan rambang untuk membuat panggilan. Dengan serta-merta pintu keretanya buka kasar.

"Arghh.. Lepaskan aku lah bodoh!" Jasmine meronta-ronta minta dilepaskan apabila dia diheret keluar dalam keadaan paksa.
Lelaki yang memegangnya itu menolak kasar tubuhnya.

" Lepaskan aku sial!" Jerit Jasmine sekuat hati.
Dia mengigit tangan lelaki yang memegang lengannya. Tangan itu melepaskan pegangannya. Dia terus menyepak perut lelaki itu.Lelaki itu tercampak ke belakang.
Dan seorang lagi datang menyerang.

Dengan kepakaran seni petahanan diri yang ada Jasmine menumbuk wajah lelaki itu sekuat hati dan dia menyerang seorang lagi lelaki dengan menendang perut lelaki itu.

Dia mendengus kasar. Apabila ketiga lelaki itu sudah tersungkur di jalanan. Dia kembali ke keretanya. Kayu pengunci stereng dibawah kerusi di capai.

Dia sudah bersedia untuk mempertahankan diri. Dia melihat keempat- empat lelaki di hadapannya kini berwajah bengis namun tidak sedikit pun membuat hatinya gentar.

Siapa mereka semua ini? Apa yang mereka mahu darinya? Salah seorang daripada mereka datang menerpa ingin memukul tubuhnya namun Jasmine segera mengelak. Kayu di tangannya dihentak ke kepala lelaki itu. Lelaki itu mengerang dan rebah ke tanah.

Tiga yang lain nampak sedikit cuak tetapi masih belum lagi mengalah. Tanpa dia sedari, salah seorang dari mereka menyerangnya dari belakang.

Jasmine mengaduh sakit kerana belakang tubuhnya di tendang kuat dan dia tersungkur ke depan.Dia meronta-ronta, apabila dua orang lelaki itu menariknya bangun namun apakan daya, tenaganya tidak dapat mengatasi tenaga seorang lelaki.

Tanpa disangka-sangka, Kedua lelaki yang mengheretnya itu tiba-tiba melayang ke jalan.

Pelik!

"Est-ce que tu vas bien (Are u okey)"

Jasmine segera menoleh dan memandang wajah lelaki itu.

Raymond!

Dia menarik nafas lega, Dan dia segera berlari ke arah lelaki itu. Lelaki yang bernama Raymond memerhati tajam lelaki-lelaki dihadapannya. Tanpa berfikir panjang mereka terus menyerang Empat lelaki itu.

"Wei Blah! Blah! " Kata salah seorang mereka apabila mereka tidak mampu berlawan lagi.

Ketiga-tiganya melarikan diri sehingga terlupa seorang lagi rakan mereka terbaring di atas jalan. Raymond dan Jasmine hanya membiarkan mereka pergi.

"Not bad. Even though u haven't joined boxing class for a long time hmm" Soal Raymond sedikit sini. Tubuhnya beralih pada Jasmine.
Sengaja dia membelek-belek tubuh gadis itu. Memeriksa sama ada mengalami apa-apa kecederaan atau tidak.

"Of cause la" kata Jasmine sambil ketawa kecil. Geli hati melihat wajah Raymond yang mendebik itu.

Tanpa mempedulikan Raymond,Jasmine mencapai kembali kayu kunci stereng itu. dan dia terus pergi dan duduk melutut di tepi lelaki yang masih lagi tidak sedarkan diri. Rasanya dia kenal lelaki ini biarpun wajah itu nampak agak kurang jelas dek kegelapan malam.

"Bangun!" Jasmine menampar-nampar wajah lelaki itu sekuat hati. Lelaki itu tersedar akhirnya.

Jasmine menekan kayu di tangannya ke bawah dagu lelaki itu. Tangan kirinya pula mencengkam kuat pipi lelaki itu.

"Siapa hantar kau serang aku!" paksa Jasmine tetapi lelaki itu enggan menjawab.

"Cakaplah! Karang teruk aku kerjakan kau!" tengking Jasmine sambil menekan kayu itu sekuat hatinya tanpa belas kasihan.
Terbatuk-batuk lelaki itu apabila dagunya didongkakkan secara paksa.

"Siapa hantar kau?" Lelaki itu masih enggan menjawab. Kesabaran Jasmine kian menipis. Dia menumbuk kuat wajah lelaki itu tanpa belas kasihan. Lelaki itu mengerang kesakitan.
Raymond yang melihat amarah gadis itu ketawa sinis.

'The Devil side of Jasmine...Just like u frere.'
Barannya hanya TUHAN saja yang tahu.

"Okey..Aku tak kisah kalau kau tak nak bagi tahu.Aku dah bagi kau peluang tapi kau sia-siakan. Baik aku bunuh je kau ni." ugut Jasmine keras di telinga lelaki itu.

Lelaki itu hanya diam. Dia tahu yang gadis itu sekadar mengugutnya saja tetapi tidak berani buat.

"Sekali lagi aku tanya kau...Siapa yang upah kau serang aku malam ni?"

Lelaki itu masih lagi diam malah tersenyum sinis. Amarah Jasmine mula membuak-buak.

"Kau ingat aku tak berani ke? Lagipun, tiada siapa kat sini. Lepas aku bunuh kau, tu... kau nampak tong tepi tu? Aku potong-potong badan kau.. Aku simpan dalam tu siap aku simen sekali.. Dah kering bom.. aku campak dalam laut.. Akhirnya kau bersemadi selamanya...orang melayu kata arwah baik orangnya..." Ujar Jasmine sambil ketawa pelahan seperti seorang psycho.

Ketawannya mati. Matanya memandang tajam wajah lelaki itu tanpa belas kasihan. Dia terus menghayunkan kayu ke kepala lelaki itu dan...

"kejap!"

Tangannya yang menghayunkan kayu itu segera terhenti.

"Dah ubah fikiran?"Soal Jasmine sedikit dingin.

"Aku tak tahu siapa lelaki itu.. Tapi dia yang upah kami aku bunuh kau."

..............

"U should see this, Frere." Ipad yang berada di tangan segera di hulurkan kepada Carlos.

Video yang sudah di muat turun dari dashcam kereta miliknya terpapar di skrin Ipad. Dan tanpa sedar bibir itu mula mngukir senyuman sinis.

"She's still great at fighting hmmm" Soal Carlos sambil mengerling sekilas kepada Raymond yang berada di hadapannya. Tangannya masih lagi menari-nari di atas skrin paparan itu.

"Of cause, she's Ray's heirs."

"So How?" Soal Carlos.

"That bastard is already here.." Jawab Raymond tenang.

Carlos menggangguk lalu Ipad tersebut di hulurkan semula kepada Raymond.

"Good.. Let's have fun tonight."Ujar Carlos Raymond sudah tersenyum. Keningnya di angkat. Carlos yang melihat senyuman itu turut juga mengukir senyum. Dia faham maksud senyuman itu.

Tidak Sia-sia dia meminta Raymond datang ke malaysia untuk membantunya. Segala rancangannya berjalan lancar. Cuma usaha menjejak Zahra masih gagal.

Dia mendengus. Hampir Dua bulan dia menjejak isterinya itu tapi seolah-olah gadis itu hilang seperti kali pertama dia mengenali gadis itu.

'Run before I catch u Amelia Azzahra and that that time i'll never let u go. Kau tetap akan kekal dengan aku.'

<3 Thanks Always support me..

Share this novel

NDayana Nordee
2022-01-26 00:14:39 

Raymond adik dia kan?

aliaakma_
2021-12-09 21:42:02 

misteri romance santai ❤️❤️❤️❤️

aliaakma_
2021-12-09 21:41:40 

thank you update lagi best sangatttttt


NovelPlus Premium

The best ads free experience