Bab 3

Thriller Completed 7165

Kes 3 (tahun 1999) – Rumah itu kembali disewa oleh pasangan suami isteri. Kehidupan mereka sangat harmoni dan bahagia ditambah pula dengan kehadiran seorang cahaya mata. Namun,kebahagiaan yang dikecapi telah direnggut. Sejak menyewa di rumah tersebut,pasangan tersebut sering bertengkar dan mereka juga sering diganggu dengan perkara-perkara yang bersifat halus. Kemuncaknya sangat mengerikan. Mayat si isteri ditemui dengan anggota badannya dikerat kepada 13 bahagian. Anak mereka pula ditemui tanpa kepala hanya bahagian tubuh sehingga ke leher sahaja yang dijumpai. Manakala si suami pula,mati tergantung di kipas ruang tamu. Mayat mereka bertiga ditemui setelah tiga hari berlalu. Itupun setelah salah seorang penduduk setempat terbau bau yang sangat busuk datang dari rumah tersebut.

Niza membacakan satu persatu kes yang terjadi di rumah tersebut kepada 4 orang rakannya iaitu Asri,Hafiz,Faiz dan Atilia . Helaian kertas A4 yang mengandungi butiran kejadian yang berlaku turut diserahkan kepada rakan-rakannya. Masing-masing tekun membaca dan memahami butiran yang terkandung di dalam helaian kertas tersebut. Sesekali dahi mereka kelihatan berkerut. Mungkin perasaan gerun terbit di dalam diri tatkala terbaca kejadian mengerikan yang telah menimpa setiap penghuni rumah tersebut.

Sebenarnya mereka berlima merupakan sahabat baik sejak dari bangku persekolahan lagi. Meskipun telah 3 tahun meninggalkan alam persekolahan tetapi ikatan tali persahabatan antara mereka berlima masih teguh. Mereka mempunyai minat yang sama iaitu cenderung terhadap mengkaji,menyelidik mahupun menyiasat terhadap sesuatu fenomena yang bersifat paranormal. Kejadian-kejadian paranormal yan sering dikaitkan dengan perbuatan makhluk halus sering menarik perhatian mereka berlima. Oleh itu,atas persetujuan bersama satu kumpulan khas yang dianggotai oleh mereka berlima telah ditubuhkan. Usia kumpulan ini baru menjangkau satu tahun. Dalam tempoh itu,telah banyak pengalaman yang diperolehi mereka berkaitan fenomena paranormal ini. Mereka melakukan perkara ini hanya kerana sukarela dan bukan bertindak atas bayaran. Kerana minat yang mendalam kadang kala mereka sanggup untuk bermalam di sesuatu tempat yang dikatakan berpenunggu bagi membuktikan kesahihannya.

“Dari mana kau dapat maklumat tentang semua perkara ni?”soal Asri ingin mendapatkan kepastian.

“Sebenarnya,kisah mengenai rumah tersebut pernah heboh seketika satu ketika dahulu. Aku berjaya dapatkan info tentang perkara yang terjadi tu dalam Google.”jelas Niza. Semua mata kini tertumpu ke arahnya.

“Ke mana perginya pemilik rumah ini. Tak kan dia tinggalkan rumah ini begitu saja?”soal Faiz pula.

“Itu aku kurang pasti. Tetapi dari apa yang aku pernah dengar,pemilik rumah itu telah meninggal dunia. Ada juga info yang mengatakan pemilik rumah itu telah menjadi gila dan kini ditempatkan di Tanjung Rambutan.”tenang Niza menjawab. Sememangnya salah satu ciri yang perlu ada dalam diri setiap ketua kumpulan. Kemudian Niza mengedarkan sekeping gambar kepada setiap ahli kumpulannya.

“Itu adalah rumah yang aku maksudkan tadi. Tengok gambar tu baik-baik. Aku mahukan kata sepakat dari korang sebelum kita menjalankan sebarang aktiviti di rumah itu.”ujar Niza. Masing-masing tekun memerhatikan ganbar yang diedarkan oleh Niza itu.

“Aku tengok rumah ni nampak macam biasa saja. Tiada apa pun yang menyeramkan.”tingkah Hafiz. Niza tidak memberikan sebarang reaksi. Dia masih menantikan jawapan dari ahli kumpulan yang lain.
“Kau pasti ke ini rumahnya? Nampak biasa sahaja.” Atilia mula bersuara. Dia bersependapat dengan Hafiz. Mungkin pengalaman mereka yang pernah berkunjung ke rumah yang lebih menyeramkan membuatkan mereka bertanggapan sedemikian. Yang lain hanya mengangguk-angguk setuju kecuali Asri yang kelihatan mendiamkan diri. Dia kelihatan resah.

“Jadi korang setuju ke kalau kita jadikan rumah ini sebagai lokasi kita seterusnya?”soal Niza ingin mendapatkan kepastian.

“Sedangkan tanah perkuburan pun kita pernah bermalam,apa lar sangat rumah usang ni.”balas Hafiz. Terselit keangkuhan dalam kata-katanya itu. Anggota kumpulan yang lain tergelak kecik kecuali Asri. Dia masih tekun melihat gambar tersebut.

“Kalau begitu kita jalankan aktiviti hujung minggu ini. Korang semua berkumpul dekat ruamh aku macam biasalah ye.” Niza memberikan arahan yang acap kali didengari oleh mereka.

“Aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini.”ujar Asri secara tiba-tiba. Semua mata terarah kepadanya.Asri kelihatan gelisah.

“Apa yang tak kena?”soal Niza. Yang lain menanti memandang Asri dengan pandangan yang menghairankan. Sebelum ini Asri tidak pernah berkelakuan seperti itu.

“Entah, Aku dapat rasakan ada sesuatu yang..aku sendiri tidak pasti.”balas Asri. Dia menatap semula gambar tersebut.

“Kalau kau tak nak ikut tak mengapa. Kami tak memaksa.”balas Niza. Sememangnya tiada paksaan dalam menyertai aktiviti itu. Asri menggeleng perlahan tanpa suara. Niza mengangguk perlahan. Lantas sesi perbincangan berkenaan aktiviti yang akan diadakan hujung minggu ini diteruskan.

“Belum pernah seumur hidup aku berasa takut sebegini. Hati aku tidak sedap. Aku pasti ada sesuatu yang bersifat kejam sedang bersembunyi menanti kehadiran kita di dalam rumah itu.”kata Asri secara tiba-tiba. Semua terdiam mendengar kata-kata Asri seraya mengalihkan pandangan ke arahnya. Asri bingkas bangun menggalas begnya dan terus berlalu keluar meninggalkan rakannya yang lain dalam keadaan terpinga-pinga.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience