BAB 9

Horror & Thriller Completed 5203

“Mana Amirah ya Alisya?” soal lelaki yang menghampirinya tadi. Alisya menundukkan wajahnya. Peluh sejuk mulai memercik di dahinya.

“ Manalah aku tahu, kau mungkin lebih tahu agaknya.” Terketar ketar Alisya menjawab persoalan lelaki itu. Itulah lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas Izati dan kini Amirah. Alisya bingkas bangun. Sebelum Alisya berlalu pergi Alisya terdengar Zaidi ketawa sinis dan berkata sesuatu.

“ Kau akan menyesal Alisya.”

Alisya pantas meninggalkan Zaidi. Tiada gunanya melayan karenah lelaki psiko itu. Zaidi hanya memerhati Alisya berlalu pergi. Di matanya terpancar sebuah dendam. Dia seakan mahu merancang sesuatu untuk membinasakan Alisya kerana baginya Alisya sangat berbahaya.

Jam menunjukkan jam 11.30 minit malam. Sebuah kereta Honda City bewarna hitam terparkir di hadapan asrama puteri yang mana menempatkan Alisya di situ. Memandangkan peperiksaan akhir semester bakal berakhir tidak lama lagi ramai pelajar-pelajar yang sudah pulang kekampung. Hanya beberapa pelajar yang masih mempunyai peperiksaan sahaja yang masih ada di Asrama tersebut.

Hujan renyai mulai turun, suasana sejuk mencengkam tulang rusuk. Bunyi salakan anjing kedengaran sayup dari kejauhan. Jam kini sudah menunjukkan jam 11.45 minit malam. Lelaki yang berada dalam kereta tersebut keluar dai keretanya dan melangkah menuju kearah anak tangga asrama perempuan. Langkah diatur dengan berhati. Riau kalau-kalau masih ada pelajar perempuan yang berkeliaran diluar.

Setelah tiba di aras dua. Suasana begitu hening. Hanya kedengaran bunyi ungas. Lelaki it uterus melangkah membelok kearah kanan dan mecari bilik yang tertera nama Nur Alisya. Gadis itu kini teranam keselamatannya. Lelaki ini seakan mempunyai niat jahat kerana dari segi pakaiannya memang dia punyai niat untuk mengancam nyawa Alisya. Pisau ditangannya seakan dahagakan darah. Tepat jam 12.00 malam lelaki itu berhenti disebuah bilik yang tertera nama Nur Alisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience