BAB 20: Tanggungjawab

Drama Series 28608

" Kritikal? Bagus." kata Shahir.

Fatin tersentak. Situasi ini terjadi lagi. Sampai sekarang Fatin masih buntu dengan siapa Shahir
bercakap. Kritikal? Apa yang kritikal sebenarnya? Keluarga Shahir sakit ke? Tapi kenapa Shahir sebut ‘Bagus'? Ataupun.. Perbualan Shahir ada kaitan dengan kemalangan yang menimpa Dato' Rohan. Mata Fatin membulat.

Fatin mahu tahu kebenarannya. Dia sudah tidak tahan lagi. Semakin menunggu semakin banyak spekulasi yang muncul. Pintu bilik itu dibuka. Namun Fatin jatuh ke dalam lubang yang dalam dan gelap. Jatuh, jatuh dan jatuh..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin terjaga. Dia tercungap-cungap. Mimpinya kali ini seperti benar-benar terjadi. Betulkah apa yang Fatin mimpikan itu?

Tiba-tiba ada suatu bau yang sangat menyelerakan menusuk ke hidung Fatin. Fatin seakan-akan dipukau menuju ke dapur. Fatin ternganga. Makanan? Perutnya mula berbunyi minta diisi. Fatin dengan segera menarik kerusi. Fatin menoleh ke dapur. Kelihatan Shahir sedang membawa semangkuk nasi ke meja makan.

" Awak masak ke semua ni?" tanya Fatin.

Shahir yang sedikit terkejut mengecilkan matanya. Shahir tersenyum sinis.

" Aah. Nak tunggu kau masak? Kejap-kejap pengsan lah, Itulah, Inilah.. Lambat tau tak.. Baik aku masak sendiri." bebel Shahir sendiri sambil meletakkan mangkuk nasi itu.

Fatin menunduk sambil tersenyum kecil. Dia memandang Shahir semula dengan senyuman manis terukir di bibir.

" Soryla, kalau saya bukan isteri yang sempurna" kata Fatin perlahan.

Shahir tersentak. Rasa bersalah mula menghurungi hatinya.

' Tak. Fatin, kau sentiasa sempurna..' bisik hatinya sendiri sambil menilik muka Fatin yang tampak berseri malam itu.

Shahir mengalihkan pandangannya. Perasaan itu tidak sepatutnya wujud dalam lubuk hatinya yang kejam itu. Shahir mesti mengelakkannya.

" Dah. Alang-alang kau dah ada ni.. tolong isikan nasi aku." kata Shahir cuba menukar topik.

Fatin tersentak dari lamunannya tadi. Dia mengangguk kecil. Senduk nasi dicapai. Tangannya dengan lemah lembut mengisi nasi ke dalam pinggan Shahir. Pinggan yang dipenuhi nasi itu dihulur kepada Shahir. Shahir mengambilnya sambil memandang muka Fatin. Mungkin dia masih mengelamun lagi.

Suasana masih sunyi ketika mereka makan. Sesekali Shahir akan melihat Fatin senyap-senyap namun tidak lama. Takut Fatin nampak. Namun Fatin lansung tidak memberi apa-apa reaksi.

" Esok, saya nak pergi kerja. Boleh?" tanya Fatin secara tiba-tiba.

Shahir terkejut.Nasi di dalam mulutnya ditelan dahulu sebelum bercakap. Otaknya memproses soalan tadi.

" B-Boleh.. Mestilah boleh. Daripada kau terperap kat depan tv tu. Baik kau pergi kerja."bebel Shahir.

Fatin yang mendengar jawapan itu tersenyum lebar. Dia terus rancak berbual. Mukanya tidak lagi sembap dengan kesan air mata. Kini diganti dengan senyuman. Shahir tersenyum sendiri. Walaupun dia tidak sepatutnya menaikkan semula semangat Fatin namun dia tetap berasa lega melihat Fatin yang sekarang..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kilat menyambar-nyambar di luar jendela bilik. Walaupun di luar namun cahaya masih boleh dilihat dari sebalik langsir. Tidur Shahir pada malam itu tidak lena. Bila ada sahaja pancaran cahaya kilat di langsir dia akan menoleh laju. Nafasnya laju diikuti dengan debaran jantungnya.
Fatin yang menyedari tingkah laku Shahir yang pelik masih belum tidur walaupun mata sudah tertutup. Tiba-tiba guruh berdentum kuat di langit gelap mengejutkan Shahir. Tangannya menggenggam kuat lengan Fatin. Fatin menoleh. Kelihatan Shahir sedang berpeluh-peluh sambil menutup matanya. Fatin bangun dan duduk. Shahir masih menutup matanya sambil memegang lengan Fatin dengan kuat. Fatin sebenarnya sedang menahan sakit. Tangannya seperti hendak patah digenggam Shahir.

" Shahir. Shahir bukalah mata tu. Ni sayalah Fatin." kata Fatin.

Shahir membuka matanya perlahan-lahan. Dia bangun dan duduk di sebelah Fatin.

" Kenapa?" tanya Shahir selamba.

Fatin mengecilkan matanya.

" Kenapa awak tanya?" kata Fatin sambil menunjukkan tangannya.

Mata Shahir membulat. Tangannya melepaskan genggaman itu dengan pantas. Fatin lega. Tangannya diusap-usap cuba menghilangkan sakitnya.

" Awak ni takut guruh eh?" tanya Fatin.

Shahir menoleh ke arah Fatin dengan mata yang membulat. Rahsia sudah terbongkar.. Kenapalah sekarang juga Allah nak turunkan hujan?
Shahir mengeluh sendiri. Dia mengangguk tanda betul. Fatin tersengih.

" Ooh. Ada jugak yang awak takutkan rupanya. Ingatkan Mr. Sado macam awak ni tak takut apa-apa." kata Fatin.

Shahir mencebik. Dia menjeling Fatin yang sedang tersengih.

" Semua orang ada ketakutan." kata Shahir.

Tiba-tiba guruh berdentum lagi dan kali ini lebih kuat dari sebelumnya. Shahir menekup telinga nya dan menutup matanya seperti budak kecil. Fatin terkedu. Tidak sangka Tough Guy macam Shahir pun boleh jadi sampai macam ni.. Dia tersenyum nipis.Tangannya memegang tangan Shahir dengan lembut.

" Shahir. Shahir! Fokus pada mata saya." tegas Fatin.

Shahir memandangnya. Tiba-tiba segala ketakutannya hilang. Dia berasa selamat dan hangat.

" Fatin. Awak sedar tak? Mata awak sebenarnya berwarna coklat." kata Shahir.

Fatin mengerutkan keningnya. Keliru. Biasanya orang akan mengatakan matanya hitam.

" Memang hitam yang kelihatan tetapi jauh di sudut mata awak, terdapat warna coklat yang bersinar seperti berlian. Cantik." kata Shahir. Lembut.

Fatin terpegun dengan kata-kata Shahir. Belum pernah lagi mana-mana lelaki berkata begitu kepadanya. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju apabila wajah Shahir semakin rapat sehingga nafasnya terasa hangat di wajah Fatin. Mata mereka masih bertaut. Seolah-olah mereka dipukau oleh jampi cinta.

Tiba-tiba Shahir mengalihkan matanya. Perasaan itu perlu dibuang dari hatinya secepat mungkin. Fatin tersentak dan turut mengalihkan matanya sambil menghembus nafas.

" Tengok. Hujan dah berhenti." kata Shahir. Cuba untuk menutup perbuatannya.

Fatin hanya tersenyum kelat memandang Shahir. Shahir kembali meletakkan kepalanya ke atas bantal. Fatin hanya mengeluh sendiri. Dia pun kembali menutup matanya. Cuba untuk bermimpi sesuatu yang indah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fatin menghembus nafasnya. Dia berasa gementar. Sudah sekian lama dia tidak menjejakkan kaki ke pejabat ini. Kakinya melangkah terus ke pintu pejabat. Dia berhenti. Nafasnya ditarik kemudian dihembus perlahan-lahan.

" Aku boleh." bisik Fatin sendiri.

Pintu itu ditarik. Fatin melangkah masuk ke dalam pejabat. Semua mata memandangnya. Fatin tersenyum kelat.

" Selamat kembali Puan Fatin!!!" pekik pekerja-pekerjanya.

Fatin dihurungi. Nairah daripada jauh berlari ke arah Fatin dan memeluknya dengan kuat. Fatin agak terkejut. Dia tidak menjangkakan semua ini berlaku.

" Fatin!! Rindunya!!!" pekik Nairah sambil memeluk Fatin.

Fatin hanya mampu tersenyum. Terharu. Itulah perasaan yang dirasainya sekarang.

" Bila korang plan semua ni.." kata Fatin sambil tersenyum lebar.

Pekerja-pekerjanya ketawa.

" Semua ni plan Cik Nairah kita nilah.." kata salah seorang daripada mereka.

Nairah tersengih sendiri.

" Dah jom. Aku dah lama tak borak ngan kau.." pekik Nairah sambil menarik tangan Fatin.

Mereka berjalan dengan laju. Sehinggalah hendak sampai ke pintu pejabatnya tiba-tiba Nairah terus menariknya. Fatin tersentak.

" Eh.. Kau nak bawa aku pergi mana ni?" kata Fatin.

Kata-kata Fatin hanya seperti angin lalu sahaja. Tidak diendahkan. Mereka terus berjalan sehinggalah mereka berhenti di hadapan pejabat bapanya. Nairah menoleh ke arah Fatin dengan senyuman manis.

" Sekarang nilah pejabat kau kan?.." kata Nairah.

Fatin baru sedar. Fatin sekarang ialah bos syarikat RH Holding sdn bhd. Tanggungjawab yang sangat besar digalas oleh Fatin dalam usia yang muda.

" Masuklah." kata Nairah.

Fatin tersentak. Entah kenapa dia berasa takut.. Takut untuk menggalas tanggungjawab ini. Kakinya seperti enggan bergerak. Namun Fatin menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan. Dia harus memberanikan dirinya. Demi papa..

" Aku boleh.." bisik hatinya.

Kakinya melangkah masuk. Kelihatan kerusi itu kosong. Kadangkala dia terbayang papanya masih di situ tersenyum. Air mata cuba ditahan dan diselindung dengan senyuman. Nairah memegang lembut bahunya.

" Kau okay tak?" tanya Nairah.

Fatin hanya tersenyum manis.

" Aku okay jelah.. Kau ni." kata Fatin.

Tiba-tiba pintunya diketuk. Fatin menoleh. Kelihatan satu kelibat lelaki sedang berdiri di muka pintu. Mata Fatin membulat. Idlan?

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME
Dimainkan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience