BAB 8

Family Completed 2427

Dia mendongak seketika. Pesanan bapanya ketika dia sedang mibuai kasut sebelum ke sekolah tadi terngiang-ngiang di telinganya.

“Farisi jawab periksa baik-baik ye. Bapa dah maafkan segala kesalahan Farisi. Farisi anak yang baik dan bapa bangga dapat anak macam Farisi“

Farisi memegang dadanya seketika. Sebak datang tanpa diundang. Petanda apakah ini? Kertas soalan kembali ditatap. Soalan terakhir harus dijawab dengan segera.

“Alhamdulillah…” Farisi mengucap syukur seraya menutup kertas jawapan yang sudah siap kemas diikat dengan tali putih. Dia mendongak seketika ke arah jam besar yang tergantung di hadapan dewan.

“Masih ada sepuluh minit. Sempat lagi untuk sibu ni...” Farisi menyelak helaian demi helaian kertas jawapannya. Setiap jawapan dikemaskini untuk kali yang terakhir. Farisi berpuas hati apabila sampai ke soalan yang terakhir. Fikirannya tiba-tiba kembali teringatkan bapanya.

“Alhamdulillah bapa. Farisi dah cuba yang terbaik.”

Laungan suara dari Ketua Pengawas Peperiksaan meminta para pelajar untuk berhenti menjawab kedengaran kuat dari pentas hadapan dewan.

Farisi yang sudah siap mengemas bekas penselnya meletakkan kertas jawapan di bahagian tepi sebelah kanan mejanya.

Meja Sufian yang selang dua sahaja dari mejanya dijengah. Sufian juga sudah siap meletakkan kertas jawapan di sebelah kanan meja.

Sufian yang menoleh ke arahnya tersenyum sambil mengangkat ibu jari kanannya. Dia juga membalas dengan mengangkat kedua-dua ibu jari tangannya.

Syukur yang tidak terhingga apabila rakan baiknya juga berjaya menjawab dengan baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience