Rate

1

Romance Series 2170

Sofia ketawa melihat ws daripada rakannya Jj.

-psst....mna satu yg cntik?-
-wei..cepatlah!!!!!-
-sriously,Fia! where r u?!-
-eii minah ni..masa aku perlukan kau lah kau nk cacat cm ni!!!!-

Tersengih sendiri dia. Alahai...ni baru first day masuk kolej untuk sem ke 2. Macam lah tak biasa!

-kau knapa?-

Kesian pula dengan Jj,dia akhirnya membalas.

-kau tanya knapa?! eiiii...kau nnti! aku tunggu kau kat gate besar...-

Ugut Jj. Panas hatinya melayan perangai selamba sahabatnya. Dahlah dia mau cepat! Breakfast belum...

-guna je lah dress biru tu.-

Sofia mengalah. Sifat gedik Jj memang dia tak boleh nak lawan. Kalau dah nak gedik,sampai dia pun tak mahu mengaku itu rakannya.

"Ngok! Turun,makan!" Stephen,abang Sofia yang ketiga memanggil dia daripada pintu. Sofia hanya mengangguk. Telefon dimasukkan ke dalam poket jeans fit cut nya. Kemeja yang dibuka dan dikenakan tshirt putih didalam itu diaturkan. Sempat dia menilik dirinya pada cermin belakang pintu yang memaparkan keseluruhan tubuhnya.

Rambut yang diikat 1 itu ditutup dengan topi biru laut miliknya. Beg sandang dan beg laptop diambil sebelum dia keluar daripada biliknya.

Jj membaca ws Sofia. Dress biru? Hmmm...ok jugak. Dia akhirnya menukar dress hitam paras lutut kepada dress biru labuh. Dress yang seksi di bahu itu ditutup dengan cardigan hitam yang hanya separas dadanya. Rambut lurusnya dilepaskan bagitu sahaja. Bibir jambunya disalutkan dengan lip balm perisa cherry. Wangian Blossom disemburkan beberapa kali. Akhir sekali,dia mengambil beg laptopnya dan beg tangannya. Jj sempat melihat dirinya di dalam cermin square yang ada di luar biliknya.

"How dare you become this pretty..."ujar Jj sendiri dengan gediknya.

______________

"Bad day huh?" Ben menyiku rakannya apabila dia melihat Jazz hitam rakannya berasap. Tadi,Ian menelefonnya menyuruhnya mengambil Ian di rumah.

Ian menjeling. Pantas dia mengambil beg sandangnya dari dalam Jazznya lalu dimasukkan ke dalam Bezza milik Ben.

Ben hanya tayang sengih melihat wajah Ian. Tahu sangat rakannya itu manes. Dah lah panas...enjin kereta buat hal...dah lah rakannya itu memang orang yang hot temper.

Tanpa banyak cakap,Ben masuk ke dalam Bezzanya. Tak mahu lagi mengusik rakannya itu.

_______________

3:55 pm
"Kau ada kelas tak pas ni?" Ben yang baru sampai di foyer itu menegur Ian.

Ian mengerutkan keningnya.

"Takda. Pensyarah subjek pas ni ambik EL. Cancel."jawab Ian tanpa perasaan. Ben mengangguk.

"Lepak Bo8 tea juh!"ajak Ben.

"Sukati lah. Bukan aku yang drive."sinis jawapan Ian. Ben hanya menggeleng.

"Jap!"ujar Ian tetiba. Dia pergi ke satu arah. Ben malas mahu ambil tahu. Yang dia tahu,masuk kereta,on enjin then pasang air cond.

Ian laju mengejar seorang lelaki yang nampak ketakutan melarikan diri.

"Mana kau nak lari?!"tempik Ian kasar sambil tangannya menarik kolar baju belakang lelaki itu. Lelaki itu pula diam menikus.

"Kau tau tak?! Aku memang nak buli orang hari ni. Dan kau,ni...ni assignment aku. Kau buat sampai habis! Buat baik² sampai aku boleh dapat A! Kalau tak,kau nahas. Jangan lupa apa yang aku dah buat kat kau sebelum ni!"jerkah Ian lagi sambil telunjuknya menunjal dahi pelajar lelaki itu.

Pelajar lelaki itu hanya mengangguk. Dia hanya antara pelajar² lemah yang menjadi mangsa bulian Ian. Entah apa salahnya sampai pernah disuruh Ian minum air liur lelaki itu. Ergh..bila mengenangkan itu,dia jadi geli sendiri.

Ian menolak pelajar lelaki itu kasar ke dinding sebelum berlalu pergi.

______________

"Kau balik terus ker?"Jj menyoal Sofia yang sedang mengikat tali kasut itu.

"Kenapa?"soal Sofia balik. Dia faham maksud soalan itu. Jj sebenarnya nak....

"Ke Bo8 tea juh...lama aaa tak lepak situ. Lagipun,I nak cuci mate..."dengan gediknya Jj mengajak.

Sofia sengih sinis. Dah agak dah.

"Kau spon!"ujar Sofia tanpa malu lalu menuju ke Suzuki Swift pink milik si gedik...Jj

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience