Faridah sedang berbaring atas di sofa sambil menonton televisyen yang menayangkan drama. Sudah hari ke 15 Faridah dan keluarganya berpuasa. Lamunan Faridah terhenti apabila Puan Yusnita memanggil Faridah.
"Ida !! Tolong mama japp" jerit Puan Yusnita dari dapur. Faridah cepat-cepat bangkit dari sofa dan pergi ke dapur.
"Ya mama ada apa" kata Faridah sambil duduk di atas meja makan sambil memerhatikan ibunya yang sedang memasak daging kisar untuk membuat inti murtabak.
"Tolong potong kobis dengan bawang kat sinki tuh. Nanti nak masak murtabak untuk berbuka nanti. Pastu pecahkan telur 5 biji" kata Puan Yusnita.
"Okay mama. Amboi banyaknya nak buat. Padahal kita berbuka berdua jer. Ayah pun tak dapat nak berbuka hari ini dengan kita" kata Faridah.
"Ish kau ni Ida. Mama nak buat lebih sikit untuk bagi kat jiran sebelah tu. Dapat pahala kan" kata Puan Yusnita.
"Okay mama. Kenapa ayah tak balik hari ni. Kerja banyak ke mama ?" kata Faridah.
"Kau ni tanya pulak. Kau dah tahu ayah kau kan. Dah dua hari ayah tak balik. Kata ada kerja. Ni pun ayah baru call mama kata tak boleh balik sebab ada kerja kat office. Yelah ayah kau tu CEO. Nak harapkan abang-abang kau tak payah la. Tunggu aku mati barulah diorang balik" kata Puan Yusnita.
"Hm ayah aku nih tak pernah langsung nak luangkan dengan keluarga sendiri. Ayah apa la dia ni" kata Faridah dalam hati.
"Mama ni jangan la cakap macam tuh. Alah Fadzil dengan Farhad ada balik jugak kan masa awal Ramadan tuh" kata Faridah.
"Ye mama tahu. Fadzil tu memang balik masa awal puasa tu. Sahur sama-sama buka pun sama-sama. 2 Ramadan baru dia balik Shah Alam. Lepas je Fadzil balik,Farhad pulak yang sampai bawakkan juadah berbuka apa semua. Lepas sahur baru balik. Ad tu asyik duduk je dalam bilik tak pernah berbual pun. Mama pening la dengan diorang tu" kata Puan Yusnita.
"Tapi diorang balik jugak kan. Kira okay la tuh" kata Faridah lalu bangun pergi ke sinki untuk mengambil pisau, kobis dan bawang untuk memotong.
"Duduk la lama sikit ke apa ke. Tahu lah bergaduh abang-abang kau tuh. Takkanla tak kisah pasal mama dengan ayah tuh" kata Puan Yusnita lalu mematikan api di dapur gas dan pergi ke sinki untuk membasuh tangannya.
"Pasal bergaduh tuh Ida malas nak ambik tahu lagi. Nak bergaduh ke apa ke jangan libatkan Ida. Ida penat lah. Cukup lah bergaduh sekali masa Fadzil kahwin tuh. Sampai bertumbuk lak" kata Ida.
"Tahu dah Ida. Korang bergaduh sebab nak jaga mama dengan ayah la apa la. Kau tuh sekolah lagi Ida. Elok lah tolong mama dengan ayah kat sini. Takkanlah nak ikut abang-abang kau tuh" kata Puan Yusnita.
"Mama ingat Ida nak ikut diorang ke ? Hmm tak nak la mama. Pasal nak jaga mama ayah pun diorang nak bergaduh. Baik Ida duduk sini" kata Faridah.
"Ida. Mama mengharapkan kau sorang je. Ida jela yang bole mama harapkan. Abang-abang kau tuh dah besar tahu la diorang jaga diri masing-masing. Ada yang dah kahwin and ada yang dah kerja" kata Puan Yusnita.
"Mama jangan macam nih. Mama tak perlu nak harapkan Ida semua nih. Nanti Ida dah habis sekolah sama jugak kan macam diorang kan. Kerja la belajar la" kata Faridah.
"Ye tahu. Ida sambung la belajar tuh kalau dapat peluang nanti. SPM berapa bulan je lagi. Mama nak Ida belajar elok-elok. Jangan jadi macam abang kau si Ad tuh. Result teruk susah nak belajar nak cari kerja pun susah. Pastu kerja welding" kata Puan Yusnita. Ida mengangguk tanda faham.
"Mama nak pergi solat Asar jap. Baik-baik potong bawang tuh. Takut kena jari lak" kata Puan Yusnita.
"Okay mama" kata Faridah. Puan Yusnita kemudiannya naik ke atas biliknya.
Sambil Faridah memotong bawang, Faridah mengenangkan masanya apabila Fadzil dan Farhad bergaduh tentang soal siapa yang hendak duduk dengan Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita selepas Fadzil berkahwin.
Share this novel