TH-1

Romance Completed 994023

Seawal jam 7 pagi, ruang bilik pejabat itu diterangi dengan cahaya lampu yang dipasang oleh seorang gadis ketinggian lebih kurang 170cm. Dia melangkah ke arah mejanya dimana segala kerja-kerjanya bertimbun disitu. Sesekali dia menguap apabila rasa kantuknya masih tidak hilang biarpun sudah disiram dengan air sejuk pagi tadi sebelum berangkat ke tempat kerja.

Kalau tak mengenangkan ada sebahagian lagi kerjanya masih belum siap dan perlu diberi pada bosnya pagi ini, sudah tentu dia akan datang ke pejabat seperti waktu yang biasa dia hadir. Dia menunduk ke bawah meja menghidupkan suis komputer kemudian berdiri semula menekan punat on/off yang terdapat di bawah monitor tersebut.

Kerusi beroda tiga ditarik lalu menghenyakkan punggung disitu. Tetikus mula bergerak-gerak membuka folder kerjanya yang perlu disemak dan diperbaiki jika ada kesilapan. Namun tak lama kemudian, kerjanya terhenti apabila matanya mula menjadi berat. Nombor dan segala abjad yang ada skrin komputer itu bagaikan sudah berterabur dipandangan matanya.

"Haihh. Kena minum kopi baru segar biji mata ni agaknya." keluhnya lalu bangun dan melangkah keluar dari biliknya itu. Dia berasa lega sedikit kerana ruang pejabat itu mula dipenuhi dengan kehadiran staff berbanding awal pagi tadi, hanya dia dan pak guard saja yang ada. Sepasang kaki yang bersarung kasut tumit itu melangkah masuk ke ruang pantri.

Serbuk minuman Nescafé 3 dalam 1 dituang ke dalam mug yang sedia ada lalu dibawa ke dispenser . Air panas mula mengalir keluar mengisi mug tersebut sehingga tak sedar sudah penuh. Akibatnya, tangannya melecur terkena air panas.

"Adududuh panas panas panas !" rintihnya sambil meletakkan mug di atas meja lalu tangannya yang melecur itu dihisap. Terus hilang rasa ngantuknya apabila terjadi sebegitu. Tangannya dikibas-kibaskan membuang rasa kelecuran itu. Dia menuju ke singki lalu melalukan air di tangannya yang masih memerah itu.

"Ha lepastu- Eh ? Stella ?" si empunya nama terus menoleh ke belakang apabila namanya disebut seseorang. Terlihat dua orang gadis lebih kurang bayanya yang baru kelihatan dengan menjinjit plastik yang boleh dia rasa itu adalah bungkusan makanan.

"Bila masa kau datang ? Tu kau buat apa tu ?" soal lagi seorang rakannya seraya meletak bungkusan makanan di atas meja pantri. Stella tersengih lalu menutup pili air tersebut. Dia mengelap tangannya. Kesan lecuran masih ada namun tak semerah tadi.

"Aku datang lagi awal dari korang. Tadi tu aku nak buat air kopi tapi ngantuk sangat punya pasal sampai aku tak sedar dah penuh, sudahnya tangan aku terkena air panas dan melecur~ sekian, terima kasih." jelasnya sambil sempat memberi senyuman tidak ikhlas pada dua orang rakannya.

"Haih lain kali hati-hatilah. Ni kau dah breakfast ke belum ? Mehlah join sekali. Sekali kupas bawang dengan kita orang." tawar rakannya diselangi tawa mengekek di akhir ayat. Rakannya yang seorang lagi hanya mampu menggeleng kepala. Dah masak dah dengan perangai member suka membawang ni.

"Tak apalah Cik Suri~ Saya ada banyak lagi kerja nak buat daripada kupas bawang dengan awak. Awak kupaslah dengan Cik Maisarah ya ? Saya pergi dulu~" mug kopinya diambil lalu terus melangkah keluar meninggalkan kedua orang rakannya yang terpinga-pinga.

Waktu berlalu dengan pantas. Sudah masuk jam 8.30 pagi dan Stella masih serabut mengetuk-ngetuk printer yang tiba-tiba saja buat hal pagi itu. Dia mengetap rahang menahan rasa mahu memecahkan printer itu.

"Memang cantik time kau nak rosak ya ? Dahlah aku nak kena hantar senarai ni pukul 9 kejap lagi. Sekarang dah pukul 8.45-- eh, 8.45 ?!!! Matilanakkkkk !!!" makin kalut gadis bernama Stella itu apabila waktu yang ditetapkan semakin menghampiri. Dia mula membuka tas tangan miliknya mencari sesuatu.

Pendrive dicucuk lalu kesemua senarai nama-nama pekerja itu disimpan di dalam folder pendrive-nya. Dia menghentak-hentakkan kaki menyuruh kesemua data itu pindah masuk dengan cepat. Dia mengerling memandang jam yabg tergantung di dinding. Makin membulat mata bundarnya itu apabila jarum jam menunjuk angka 8 dan 10. Bermakna, jam 8:50 pagi.

Dia terlompat-lompat kerana rasa takut. Sebaik saja data sudah pindah masuk ke dalam pendrive-nya, terus dia tarik pendrive-nya itu lalu berlari keluar.

"Kak Ida ! Kak Ida ! T-to-to-tolong printkan kejap sa-saya punya kerja ni !" gesanya apabila sampai di meja Shahida, atau lebih mesra dipanggil 'Kak Ida' kerana sedikit berusia darinya. Kak Ida terkebil-kebil melihat Stella yang seperti cacing kepanasan itu. Terloncat sana, terloncat sini. 'Dah kenapa budak ni ?' desis hatinya.

"Dah kenapa ni Stella ? Baru lepas nampak hantu ke apa ?" soalnya sambil mengambil pendrive di tangan gadis itu. Stella menggaru kepalanya tanda mula kusut dan resah. Dia tidak mahu menjawab persoalan Kak Ida itu. Masanya semakin singkat sekarang.

"Kak cepatlah lama lagi ke ?" soalnya sambil menepuk-nepuk meja Kak Ida. Kak Ida menoleh ke arahnya dengan wajah mendatar.

"Kau sabar kejap boleh ? Yang nak cepat sangat ni apasal ? Kau tak jawab soalan akak lagi." kata Kak Ida sambil menyusun satu persatu kertas berisikan data yang dibuat oleh Stella tadi.

"Saya nak hantar senarai tu dekat Tuan pukul 9 kejap lagi-- HA DAH PUKUL 9 KAK CEPAT SIKIT KAK !! MATI SAYA NANTIIII !!!" raungnya menambah kegesaan pada Kak Ida. Kak Ida berdecit geram lalu mengetuk kepala Stella dengan kertas yang disusunnya.

"Dah tahu nak hantar pukul 9 kenapa baru sekarang nak print ?" Kak Ida mula membuka sesi bebelannya. Stella mengeluh pasrah apabila melihat waktu sekarang sudah masuk jam 9.05 pagi. Matilah dia kena tengking dengan bosnya sebentar lagi.

"Saya dah siapkan awal dah. Tapi entah sial apa kena kat saya harini tiba-tiba printer saya rosak. Bodoh betul." luahnya. Sempat lagi melontarkan ayat agak kurang senang didengari. Kak Ida hanya tergelak kecil.

"Woah macam jodoh pula eh tiba-tiba. Macam, tiberrr nak rosak ahhahaa! Ha dah, dah siap dah." ring file dikatup lalu ditutup fail berkulit keras itu. Fail itu bertukar tangan.

"Terima kasih kak ! Nanti saya belanja minum okay ?" tanpa menunggu balasan wanita yang sudah mempunyai seorang cahaya mata itu, dia berlari anak menuju ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif yakni CEO syarikat ini. Bunyi kasut tumitnya bergema kuat di ruang lorong pejabat yang sedikit sunyi itu. Maklumlah, bos kan ? Haruslah ada privasinya sedikit.

Langkahnya yang menonong itu terus dihalang apabila seorang lelaki lebih kurang bayanya menahan lengannya. Ditoleh menghadap wajah lelaki itu.

"Kau nak pergi mana menonong macam ni ha ?" soalnya tegas. Stella memandang pintu pejabat bosnya dan lelaki itu bergilir-gilir. Orang dahlah lambat, kau pula tahan aku macam polis apahal ?

"Nak hantar fail ni kat Tuan. Lepaslah Han aku dah lambat ni. Na-nanti Tuan marah." katanya sedikit kalut pada lelaki bernama Han, berjawatan sebagai pembantu peribadi bosnya. Apa kau ingat semua jawatan PA jatuh dekat tangan perempuanlah ? Tak okay ? Buktinya dia hanya mampu jadi Staff Manager je.

Ceh, tinggi jugalah tu pangkatnya. Dasar tak bersyukur punya perempuan.

Han mengeluh. "Haih Tuan tengah ada tetamulah. Kau tak boleh masuk sekarang. Kau tunggu sini sampai dia orang habis berbincang." arahnya seraya duduk semula dan menyambung kerjanya. Stella menggigit bibir. Seakan mahu menjerit sambil menarik-narik rambutnya sehingga menjadi botak licin rasanya.

Dia dah terlambat, lepastu boleh pula bosnya itu dikunjungi tetamu. Apa terhormat sangat ke tetamu bosnya sampai dia tak boleh masuk sekejap ? Mahu letak fail saja. Stella setia berdiri tegak disebelah Han menunggu tetamu bosnya keluar. Sesekali dia memanjangkan leher cuba mengintai namun segera ditegur oleh Han.

Hampir 10 minit, barulah wajah-wajah tetamu bosnya itu keluar. Rata-rata sudah berusia dan berpangkat Dato'. Perut Stella menjadi kecut apabila wajah yang sangat digeruninya dari tadi turut keluar bersama. Lelaki itu bersalam-salaman sambil tersenyum manis kepada tetamunya..Stella tahu, senyuman tu takkan bertahan lama. Sekejap lagi hilanglah bila dia menghadap nanti.

"Han, would you please show Mr.Lee and others the way to our cafeteria ? I will go there after this." pintanya. Han mengangguk tanda terima arahan Tuannya itu lalu terus mempersilakan Mr.Lee dan yang lain untuk mengikutnya. Stella menelan air liur kesat apabila sepasang mata berwarna merah itu menoleh menatapnya tajam.

"Masuk." arahnya dan terus meninggalkan Stella yang sudah terketar-ketar ketakutan. Pintu pejabat yang dilekat perspek bernama 'Muhammad Harraz' itu dibuka perlahan. Makin bergiat aktif kelenjar peluhnya bekerja apabila dia menapak masuk ke dalam ruang pejabat bosnya yang luas serta elegan itu. Angin penghawa dingin yang menerpa dikulitnya sedikit pun tidak membantu menyejukkannya yang berpeluh itu.

Bertambah longgar otot kedua lututnya apabila pandangan tajam itu menikam tubuhnya seperti mata pedang samurai. Fail yang dipeluk diperatkan kemas. Segaris senyuman dilemparkan pada bosnya itu.

"S-s-s-selamat pagi T-Tuan H-Ha-Harraz." penuh susah payah bibir Stella mahu bergerak apabila berhadapan dengan bosnya itu. Sapaannya itu dibiar dibawa angin. Bosnya atau lebih sinonim dipanggil, Tuan Harraz itu bersandar di kerusi sambil menyilang kaki. Kepalanya dilentokkan sedikit.

"Ahh ni--"

"Berani betul kau bersuara tanpa disuruh kan ?" direct saja Harraz memotong kata-kata Stella dengan suara yang cukup tegas dan dalam sekali. Stella terus menunduk gerun. Mulutnya terkunci rapat apabila ditegur sebegitu. Baru tegur bersuara, belum tegur tentang kelewatannya lagi.

Alamatnya, Stella bakal arwah disini.

Harraz menurunkan kakinya lalu bangun dan mula menapak ke arah Stella. Dia duduk di atas meja sambil berpeluk tubuh memandang staffnya itu. Berbaju kasual tapi tampak sedikit seksi di matanya. Ah, lelaki. Pandangan mata mereka lagi padu dibanding orang perempuan.

"Sekarang pukul berapa ?" soalnya. Stella mengangkat sedikit wajah hairannya . Apa dah tak reti tengok jam kat tangan tu ke apa ? Bentak hatinya. Dia berdehem sedikit sambil melihat angka di jam tangan berjenama Rolex milik bosnya itu.

"9-9:55. T-Tuan saya tahu saya dah lambat sangat nak hantar--"

"Ada aku tanya kau berpatah-patah ke Cik Stella Azwina ?" kali ini, suaranya lebih kuat berbanding tadi. Stella terdiam dan mengeluh perlahan. Fikir bos bagi duit makan kat dia je ni kalau tak, tumit kasut ni sampai kat mata. Dari tadi pandang-pandang.

"Aku minta pukul 9 pagi TEPAT fail data pekerja semua ada atas meja aku. Tapi sekarang dah nak pukul 10 baru nak hantar ?!" herdiknya sehingga terhinjut bahu gadis itu. Kecik besar saja gadis itu dipandangnya. Suasana bilik itu kembali sunyi apabila dua insan manusia itu tidak bersuara. Apatah lagi Stella. Baru mahu bersuara sudah dipotong.

Alasan ? Siapa beri izin untuk bersuara.

"Staff manager konon. Manage time pun tak boleh lagi nak urus pasal pekerja ? Huh, I don't know why my father choose you to be a staff manager." perlinya sinis. Stella mengangkat sedikit wajah. Wah, main kasar nampak bosnya ni. Tahulah dia terlambat tapi perlu ke kutuk macam tu ?

"Letak fail tu kat situ." arahnya lagi sambil menunjuk meja di bahagian kirinya. Stella mengangguk perlahan lalu meletak fail yang dipegangnya dari tadi disebelah Harraz. Bagai tidak mahu lepas, matanya itu asyik memerhati gerak geri gadis itu saja.

"K-Kalau tak ada apa-apa lagi saya m-minta diri dulu ya, Tuan ?" pintanya. Lagi lama dia kat sini, lagi tak selesa dibuatnya. Apa masalah mata tuannya ni pun tak tahulah. Mendengar dengungan 'hm' dari tuannya itu, dia mula mengorak langkah menuju ke pintu.

"Stella." langkahnya terhenti tatkala namanya dipanggil. Dia memejam mata erat lalu menoleh ke arah tuannya. Terkejut bukan main kepalang dibuatnya apabila sebuah fail yang dicampak oleh Harraz mendarat di atas lantai di hadapannya.

"Key in semua data staff yang ada dalam fail tu kemudian hantar dekat e-mel saya. Before SIX !" arahnya sambil menekan perkataan six. Stella mengangguk laju kemudian menunduk mengambil fail yang dicampak tadi. Jangan kata sekaranglah, dari tadi hati dia tu tak habis-habis mengutuk tuannya itu.

"Ba-baik Tuan Raz. Saya minta diri dulu." baru mahu melangkah, sekali lagi dia ditegur. Dengan senyuman paksa, dia menoleh semula ke arah tuannya.

"Siapa kau nak singkatkan nama aku ? Tuan Harraz ! Bukan Tuan Raz ! Suka hati kau je kan ? Dah bla !" tengkingnya. Stella berdecit perlahan lalu menunduk tanda maaf. Dia terus keluar dari ruang pejabat yang bagai neraka buatnya.

"Tuen Herrez buken Tuen Rez ek elehhhhh kau ingat kau kerabat diraja ke nak tuan tuan bagai ?! Eiii geramnya !!!!" hanya Tuhan saja tahu betapa sakit dan geramnya hati dia bila menghadap tuannya itu tadi. Fail tadi dihempas di atas meja lalu melabuh punggung di kerusi. Dia meraup wajahnya kasar. Berapi-api hatinya menahan amarah dari meletus. Fail tadi diambil lalu diselak kasar. Apalah nasib dapat bos macam ni ?

To Be Continue...

Share this novel

test_account
2024-02-22 17:38:59 

test_account

test_account
2024-02-19 19:40:37 

test_account

Syaa.__01
2021-02-20 21:49:03 

samapi chap brape nie..


NovelPlus Premium

The best ads free experience