Bab 49

Romance Completed 207871

(If you don't like this chapter, just ignore it. Tq *A little heavy*)

Sebaik sampai di pasaraya, Intan sibuk memilih bahan untuk memasak. Masak asam pedas ikan susu, kuah biar masam sikit, sedapnya. Kecur liur.

Makan pulak dengan kangkung goreng cili ditambah dengan telur dadar serta ulaman. Mau bertambah nasi.

Setelah semua bahan sudah diambil, Intan menolak troli untuk mencari lain-lain barang jika ada yang berkenan di mata.

Sedang asyik memilih barang, Intan dapat rasakan ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Apabila ditoleh, tiada sesiapa.

Perasaan aku je kot. Intan terus menolak lagi troli ke hadapan melalui lorong-lorong. Intan perasan seperti ada seseorang yang mengikutnya di lorong sebelah.

Setiap kali melalui pemisah antara lorong pasti orang itu ikut sama. Sampai di rak terakhir, Intan berhenti dan menolak pergi ke arah orang tadi.

Terperanjat orang itu lalu terus berlari meninggalkan kawasan tersebut. Dari segi gaya badan seperti lelaki, memakai kasut sukan, jaket berhud dan memakai tutup mulut.

Siapa? Tak kan Cleine pulak.

Intan laju menolak troli ke kaunter bayaran. Setelah bayaran dibuat, Intan memerhatikan sekeliling sebelum melangkah keluar.

Mujurlah kereta Intan diparking betul-betul di hadapan pintu masuk pasaraya.

Setelah barang disimpan di dalam kereta, Intan membuat pemeriksaan di sekeliling keretanya bimbang jika ada apa-apa yang berlaku pada keretanya yang mungkin mendatangkan masalah padanya nanti.

Sebaik mendapati tiada apa yang pelik, Intan pantas membolos masuk ke tempat pemandu dan menghidupkan enjin.

Sedang bersiap-siap mahu menekan pedal, tiba-tiba cermin tingkap diketuk.

Terperanjat Intan.

Huh! Carlos. Laju dada digosok.

Intan membuka pintu kereta dan turun.

"Are you okey pretty? Kenapa muka pucat ni?" soal Carlos bimbang.

"Awak la, terperanjatkan saya. Ingat siapa yang ketuk cermin tadi" marah Intan, berpeluh dahi.

"Sorry. Tapi kenapa ni, awak nampak pucat, berpeluh-peluh lagi. Sakit ke?" soal Carlos lagi.

"Tak, tadi masa saya beli barang, saya rasa macam ada orang follow saya, mana saya pergi, pasti orang tu ada" beritahu Intan sambil mengelap peluh dengan tangan.

Carlos yang melihat, pantas mengeluarkan sapu tangan dari poketnya lalu mengelap dahi Intan.

Tiba-tiba terhenti tindakannya. Lalu menyerahkan sapu tangan pada Intan.

Carlos berdeham membetulkan rasa.

"Er, awak kenal ke siapa?" soal Carlos.

"Tak, dia pakai jaket berhud dengan penutup muka. Memang tak cam" jawab Intan sambil bersandar pada badan kereta menghilangkan rasa terkejut.

Carlos hanya mengangguk. Mungkin orang yang mengikut Intan adalah Cleine. Intan dalam bahaya.

"Awak nak balik ke?" soal Carlos.

"Haah, nak balik dah. Kenapa?" soal Intan pula.

"Saya ikut awak dari belakang" kata Carlos.

"Sekarang masuk kereta, lock pintu. Tunggu saya ambil kereta sekejap, lepas tu saya ikut belakang. Okey." arah Carlos.

Intan hanya mengangguk lalu masuk ke dalam kereta dan melakukan seperti yang diminta Carlos.

Saya tak akan benarkan Cleine apa-apakan awak Intan.

Setelah Carlos pasti Intan sudah masuk dan bersedia di dalam kereta, pantas Carlos membuka langkah menuju ke keretanya.

Sebaik berada hampir dengan kerera Intan, Carlos membunyikan hon.

Intan kemudian memulakan pemanduan dengan Carlos mengikut dari belakang.

Semasa memandu, Intan sekejap-sekejap memandang pada cermin pandang belakang dan dapati kereta Carlos masih ada di belakang.

Carlos menemani Intan hinggalah Intan selamat masuk ke dalam kawasan rumah dan pintu pagar ditutup.

Carlos berhenti seketika dan menurunkan cermin tingkap.

Intan turun dari kereta dan melambai Carlos dari jauh sambil tersenyum. Carlos kemudian memandu pulang ke rumah.

+++

Caden pulang ke rumah dan sebaik sahaja melangkah masuk, wangi bau asam pedas.

Briefcase di letakkan di atas sofa dan terus melangkah menuju ke dapur. Dilihat Intan sibuk mengemas dapur.

Hm.. Masak rupanya.

Perlahan Caden menghampiri dari arah belakang lalu memeluk pinggang Intan dan pipi dicium lama.

Terkejut Intan yang sedang mencuci di sinki.

Terhenti pergerakan tangan Intan. Dah balik kerja rupanya.

Pili air ditutup, tangan dikeringkan dan badan dipusingkan ke belakang lalu tangan naik bergantung pada leher Caden.

Wajah Caden diperhatikan. Lantas Intan menjingkit sedikit dan perlahan bibir Caden ditindih. Lama..

"Sayang masak apa?" tanya Caden sambil meletakkan kepalanya pada bahu Intan.

"Sayang masak asam pedas. Abang makan tak?" soal Intan.

Sebelum masak lupa mahu bertanya. Buatnya Caden tak makan, haru nak masak makanan lain pulak.

"Favorite abang tu" balas Caden.

Pelukan di pinggang Intan semakin dieratkan. Betullah orang cakap boleh hilang penat bila peluk pasangan. Patutlah Intan suka minta dipeluk apabila pulang dari kerja. Hm..

"Abang, apakata abang mandi dulu, lepas tu kita makan. Dah mandi selesa sikit" kata Intan sambil diusap rambut hitam Caden.

"Penat, sayang mandikan abang boleh" pinta Caden.

Mengada-ngada nak manja pulak petang ni.

Intan mengangguk lalu merenggangkan pelukan. Apron pada badan dibuka lalu tangan menarik Caden ke atas.

Besar senyum Caden.

+++

Setelah mandi dan berpakaian, kedua-duanya beringan menuju ke meja makan.

"Abang duduk dulu, sayang nak sendukkan lauk" pinta Intan.

Sambil menanti Intan menyiapkan makanan, Caden ralit dengan telefonnya. Sesekali dipandang Intan yang sibuk ke sana ke sini.

"Okey, dah siap. Mari makan" ajak Intan lalu melabuhkan duduk.

"Sayang masak semua ni?" soal Caden.

"Iye lah, sayang bagi Kak Sal cuti separuh hari. Lama sayang tak masak. Sebelum ni kalau di rumah sewa bergilir-gilir masak dengan Shira" jawab Intan sambil menyendukkan nasi dan menuang air.

Caden menadah tangan membaca doa makan.

Intan biarkan Caden rasa dahulu masakannya sebelum dia turut makan.

"Okey tak?" bimbang Intan jika tidak kena dengan selera Caden.

"Sedap, cukup rasa masam masinnya." jawab Caden tersenyum.

Bertambah Caden makan malam itu. Senang hati Intan melihat Caden suka dengan masakannya.

Seperti biasa Caden akan menemani Intan di meja pulau sementara menunggu dapur dikemas.

"Siang tadi sayang ke mana?" soal Caden sambil meneguk air kosong.

Terhenti tangan Intan yang sedang mengeringkan pinggan. Mujur semua sudah siap. Intan menyimpan pinggan yang ada di tangan dan kain diletakkan pada penyidai.

Langkah diatur menuju Caden di meja pulau lalu Intan berdiri di celah kaki Caden.

Nak tipu ke nak cakap betul ni.. Buatnya Carlos dah cerita pada Caden, mati aku kalau tipu.

Jujur je la Intan..

"Sayang jumpa Carlos" jawab Intan sambil tangan naik mengusap wajah Caden.

"Hm.. Ada apa sayang jumpa Carlos?" soal Caden lagi.

Tajam sahaja pandangannya menikam mata Intan.

Tertelan liur. Caden marah ke.. Mati!

"Kalau sayang bagitau, abang janji jangan marah" pinta Intan, lalu bibir Caden dicium sekilas.

"Hm.." balas Caden.

"Abang janji la dulu.." renget Intan.

Eh, kau ni.. Caden tengah marah pun sempat nak merenget bagai.

"Hm.. Promise. Now tell me" pinta Caden, tegang sahaja wajahnya.

"Hm.. Pagi tadi sayang jumpa Naim di bilik soal siasat. Masa soal siasat tu dia cakap yang abang dengan Carlos.. erm.. Abang dengan Carlos.." adui, rasa tercekik tekak nak bercakap, si Caden ni pulak, tengok aku macam nak telan.

"Abang dan Carlos apa? Gay?" sinis sahaja tutur Caden.

Terkelip-kelip mata Intan. Dalam takut-takut tangan masih lagi bermain-main di wajah Caden.

"Mana abang tau?" soal Intan sambil menatap mata Caden.

Diusap rambut dan telinga Caden. Dapat lihat telinganya yang memerah.

"Do I need to prove my sexuality again?" soal Caden.

Belum sempat Intan membalas. Caden pantas menarik wajah Intan mendekat lalu ditindih bibir itu penuh asyik dan menghairahkan.

Tercungap-cungap Intan mengambil nafas. Belum sempat stabilkan degupan jantung, Caden turun dari kerusi lalu tubuh Intan diangkat dan di letakkan di atas table top.

Bibir Intan sekali lagi dipagut penuh asyik. Laju dengupan jantung bergedup.

Dari bibir turun ke leher, dicium, digigit dan disedut, memerah leher putih Intan. Tangan Caden pula semakin jauh bergerak, kancing baju dalam sudah terbuka.

Caden menyusup masuk ke dada Intan yang sudah terdedah. Melekap bibirnya di situ, berbunyi-bunyi sedutan yang diberi.

Intan sudah menggeliat kesedapan, rambut Caden diramas-ramas.

Caden makin jauh bertindak, tangan kirinya sudah menjalar masuk ke bawah skirt dipakai Intan hingga ke celahan itu. Digosok-gosok dan perlahan jari masuk ke dalam.

Intan sudah mengerang..

"Abang.. Ah.. Abang.." Intan sudah tidak tahan. Dengar dan tidak sahaja suaranya.

"Ab.. Abang.. Sayang nak.." renget Intan.

Dengan pantas Intan didukung ke sofa ruang tamu. Intan diletakkan di atas sofa. Tangan Caden laju melurut panties Intan dan kedua-dua kaki dibuka lalu Caden menunduk disitu.

Ligat lidah bermain dan menyedut. Basah. Intan sudah terpejam-pejam matanya.

"Abang.." renget Intan.

Caden membuka seluar dan baju yang dipakai kemudian mengambil tempat di sebelah Intan. Tubuh itu diangkat ke atas ribaannya, digosok-gosok ke celahan Intan yang basah.

Apabila yakin tepat sasarannya, terus diangkat pinggul Intan, laju menujah masuk, terdongak Intan kesedapan. Laju pergerakan hingga bergoyang dada di wajah Caden.

Pantas bibir Caden melekap di situ.. Lain sangat Caden kali ini tapi Intan suka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience