Hari yang dinantikan telah tiba. Anis Raihanna menghela nafas berat. Pandangannya diliarkan ke sekeliling. Dia seperti cacing kepanasan. Dari tadi dia mundar mandir ke sana dan ke sini. Inai ditangan dipandang sepi.
Ya hari ini dia bakal bergelar isteri kepada Afiq Raihan. Dia gelisah. Ditilik sebentar mukanya dicermin. Anis sudah lengkap berpakaian dengan busana pengantin yang ditempahnya. Wajahnya juga telah disolek oleh jurumekap yang profesional. Kalau dia nak batalkan perkahwinan ni sekarang boleh tak?
Aira susah hati melihat kawannya yang tak reti duduk diam. Apa yang dirisaukan gadis itu pun dia sendiri tak tahu. Mereka masih menunggu rombongan pengantin lelaki untuk sampai.
"Wei,Anis. Yang kau nervous sangat dah kenapa? Yang nak akad nikah tu Afiq tau bukan kau." tegur Aira. Dia sudah tak tahan melihat gadis itu mundar mandir sejak dari tadi. Aira mencekak pinggang. Rimas dia dibuatnya.
"Wei Aira,aku rasa aku tak ready lah. Tolong aku wei aku tak nak kahwin." luah Anis Raihanna. Kegelisahan makin menjalar didalam hatinya. Dia mempamerkan riak muka kesian. Mahu menagih simpati daripada Aira.
Aira menjegilkan matanya ke arah Anis Raihanna. Sah dah tak waras agaknya kawan dia yang seorang ni. Dia mendekati Anis Raihanna. Seraya itu dengan pantas tangannya mencubit lengan gadis itu. Biar sedar diri sikit.
"Aduh,sakitlah! Kenapa cubit aku? Kau dah gila ke apa?" bidas Anis Raihanna tak puas hati. Sedap hati Aira je nak cubit dia. Terkerut dahinya menahan kesakitan. Dia menggosok lengan yang dicubit oleh Aira tadi. Kalau cubit manja tu dia masih boleh terima. Ini dicubitnya macam nak melepaskan geram. Ha kau rasa?
"Kau cakap aku gila? Kau tu yang gila! Tiba-tiba tak nak kahwin. Apa kau ingat benda ni macam main pondok-pondok tu ke Anis! Ya Allah,sedar sikit kau dah nak jadi isteri orang." balas Aira panjang lebar. Ha ambik kau. Kan dah dapat pesanan khidmat masyarakat daripada Aira. Aira menjeling Anis Raihanna dengan penuh geram. Ada juga yang kena luku ni karang.
Anis Raihanna tersengih macam kerang busuk. Tercengang dia apabila diceramah oleh kawannya. Dia bukan apa cuma rasa takut dan gemuruh tu dah menguasai diri. Dia menggaru kepalanya yang dililit tudung.
"Eh,aku saja je usik kau. Aku tak ada gila sangat sampai tak nak kahwin ni. Aku cuma nervous sikit je. Sikit je." tipu Anis Raihanna. Dalam masa yang sama, dia sengaja buat lawak .Dia cuba menyedapkan hatinya.Perasaannya sekarang ni hanya Tuhan yang tahu. Dia risau kalau dia pengsan je nanti.
"Ha buat la lawak macam tu lagi. Memang sewel terus nanti kau aku kerjakan nanti." ugut Aira. Dia memberikan jelingan tajam kepada sahabatnya. Bukan boleh percaya sangat dengan Anis Raihanna ni. Ada saja akalnya.
Perbualan mereka terhenti apabila Puan Aimi memunculkan diri didalam bilik tersebut. Wanita tua itu mengukir senyuman penuh makna. Dipandang anak gadisnya yang sudah memakai busana pengantin. Dia seperti tidak percaya anaknya kini akan berkahwin. Terlalu cepat masa berlalu.
Tanpa dia sedari, kolam air mata miliknya mula bertakung. Akhirnya jatuh berlinangan air matanya di pipi yang telah dimakan usia itu. Anis Raihanna cuak melihat keadaan ibunya. Dia segera mendapatkan Puan Aimi.
"Ibu jangan nangis. Ibu tak gembira ke Anis nak kahwin? Janganlah macam ni ibu. Nanti Anis pulak yang menangis karang." seloroh Anis Raihanna. Dia sendiri tak kuat apabila melihat ibunya menangis buat kali kedua kerana dirinya. Dia menahan diri daripada menangis. Dipeluk susuk tubuh Puan Aimi dengan erat. Puan Aimi membalas pelukan anaknya.
"Ibu menangis sebab ibu gembira lah sayang. Dah besar dah anak ibu. Dengar kata suami. Jangan sesekali melawan. Jaga hati suami. Yang paling penting,jadilah isteri yang solehah. Ingat,ibu sentiasa doakan kebahagiaan Anis. Boleh sayang?" panjang lebar pesanan yang diberikan oleh Puan Aimi. Dia meleraikan pelukan mereka. Ditatap raut wajah Anis Raihanna dengan penuh kasih.
Anis Raihanna menelan air liur. Pesanan daripada Puan Aimi benar-benar membuatkan hatinya tersentak. Dia mengangguk sebagai balasan. Dia sendiri tak boleh janji untuk memenuhi permintaan ibunya. Air mata ibunya yang tumpah diseka.
Dia tersenyum manis.
"Dah,tak payah la nak sedih. Lagi-lagi hari ni Anis nak nikah. Jom,kesian Afiq Raihan dah tunggu lama." ucap Puan Aimi. Lantas tangan Anis Raihanna ditarik. Dia membawanya ke ruang tamu. Anis Raihanna hanya menurut. Perasaan gemuruh masih tersisa dalam dirinya.
Aira pula mengekori langkah dua anak beranak itu dari belakang. Menangis juga la dia sebab drama tak berbayar tadi. Nasib tak rosak mekapnya. Kalau tak hancur reputasinya sebagai pengapit utama Anis Raihanna hari ni.
Semua mata tertumpu pada Anis Raihanna. Dia segera mengambil tempat disebelah ibunya dan ibu mertuanya. Aira pula duduk dibelakangnya. Anis hanya menunduk. Sesekali dia menilik jari jemarinya yang merah kerana inai yang dipakai. Telinganya cuba mendengar dengan tekun lafaz akad nikahnya nanti.
"Aku nikahkan dikau dengan Anis Raihanna binti Zahid bersama mas kahwinnya RM3000 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Anis Raihanna binti Zahid dengan mas kahwinnya RM3000 tunai."
"Sah."
"Sah"
"Sah"
Akhirnya,dengan sekali lafaz dia sah bergelar isteri kepada Afiq Raihan.
Semua yang hadir memanjatkan doa agar dipermudahkan majlis. Dia mengangkat muka sebaik saja selesai berdoa. Membuntang matanya.
Alangkah terkejutnya dia apabila Afiq Raihan kini berada dihadapannya. Dia menelan air liur.
Jantungnya memainkan rentak dengan laju apabila suaminya mula mendekati dirinya. Anis Raihanna menghulurkan tangannya kepada suaminya untuk disarungkan cincin.
Afiq Raihan mengukir senyuman. Dia menyambut huluran isterinya dengan lembut. Dia menahan tawa apabila merasakan tangan isterinya yang sejuk itu. Aduhh,kecut sangat ke minah ni sampai sejuk semacam.getus hatinya. Seraya itu dia menyarung cincin ke jari manis isterinya.
Kini giliran Anis Raihanna pula menyarungkan cincin ke jari manis suaminya. Terketar ketar tangannya apabila cuba menyarungkan cincin suaminya. Nasib tak terjatuh je cincin tu. Dia menghela nafas lega.
Baru saja dia berasa lega sedikit,suaminya mengangkat dagunya dengan lembut agar dapat memandang raut wajahnya. Mukanya memerah. Mata Afiq Raihan tepat ke dalam anak mata Anis Raihanna. Anis berdebar-debar menunggu tindakan suaminya yang seterusnya.
Bukan dia tak biasa dalam keadaan sebegini dengan Afiq Raihan cuma kali ni luar biasa sedikit perasaannya. Seraya itu,Afiq Raihan memberikan satu kucupan didahi isterinya. Lama.
Anis Raihanna merasakan seperti satu renjatan elektrik dikenakan pada dirinya. Terasa bagai darahnya semua berkumpul dibahagian mukanya. Dia menutup mata bagai menikmati keadaan itu. Hilang semua perasaan gemuruhnya sebentar tadi.
Afiq Raihan tergelak kecil apabila melihat isterinya masih menutup mata. Dia cuba menyedarkan Anis Raihanna dengan berbisik ke telinga isterinya. Dia tersenyum mengejek.
"Mak cik,suka eh aku cium kau. Dah lah tu bila kau nak salam tangan aku pulak ni? Nanti malam ni aku cium kau puas puas nak?" bisik Afiq Raihan. Bibirnya masih tersenyum mengejek.
Anis Raihanna yang baru tersedar segera membuka mata. Dia menahan malu. Anis menjegilkan matanya ke arah Afiq Raihan sebelum menyalami tangan suaminya itu. Manakala Afiq Raihan hanya beriak selamba. Siap dia mengenyit mata lagi kepada gadis itu. Sengaja mahu menambah lagi api kemarahan Anis Raihanna.
Anis Raihanna pula tersenyum penuh makna. Afiq Raihan memandang isterinya dengan hairan. Boleh pulak minah ni senyum lepas aku buat macam tu. Kenapa dia tak marah ke apa? bisik hati kecilnya. Dia menghulurkan tangannya kepada isterinya. Rasa ingin tahu bertapak dihati.
Terkejut dia apabila isterinya menyambut hulurannya lalu mengenggam tangannya dengan begitu kuat sekali. Terkerut kerut dia menahan kesakitan. Dia cuba memaniskan muka memandangkan ramai tetamu dan jurugambar sedang sibuk mengambil gambar mereka berdua. Akhirnya kesakitan itu berakhir apabila isterinya melepaskan tangannya.
Anis Raihanna tersenyum kemenangan. Lega hatinya dapat mengenakan suaminya itu. Ha itu baru sikit aku bagi tunggulah bila sampai masanya nanti getus hatinya. Afiq Raihan memberikan pandangan tajam kepada isterinya.
Mereka berdua bingkas bangun dan melayan tetamu yang hadir. Pandangan tajam yang diberikan oleh suaminya tidak dihiraukan. Dia menjelir lidah sebelum melarikan diri. Anis mengulum senyuman.
???
"Abang,nampak Syafiq tak? Amirul ada dengan dia ke?" tanya adik Afiq Raihan, Afiqah Anesa. Matanya melilau ke sekeliling mencari suaminya dan anak lelakinya.
"Manalah aku tahu. Suami kau kan. Ada kat luar kot dengan papa. Rasanya nampak dia bersembang dengan perempuan mana entah. Aiyok, Fiqa suami kau dah cari lain. Tulah mulut tak ada insurans lagi. Hahaha" seloroh Afiq Raihan. Seronok dia dapat kenakan adik perempuan dia yang satu ni.
Maklumlah dah lama tak jumpa.Kalau tidak raya nanti baru lah jumpa minah tu. Yelah adik perempuannya sekarang menetap di Langkawi kerana mengikut suaminya,Syafiq.
"Ish,kau yang mulut tak ada insurans. Menyesal tahu tak aku datang hari ni kalau aku tahu abang layan Fiqa macam ni. Dahlah baik Fiqa cari suami Fiqa dengan Amirul. Buang masa aku je layan kau" balas Fiqa. Dia terus berlalu pergi dengan muka yang masam mencuka. Dijeling tajam abangnya sebelum pergi. Afiq Raihan pula sekadar membiarkan adiknya berlalu pergi. Malas dia nak pujuk adiknya. Dah ada suamikan? Ha pergi la suruh suami dia pujuk.
Anis Raihanna pula sedang sibuk melayan tetamu yang hadir. Susah juga dia nak bergerak kerana bajunya yang panjang berjela. Sesudah itu,dia memutuskan untuk berehat dibiliknya. Aira pula sudah pulang selepas menjamah makanan yang disediakan. Dia mengorak langkah menuju ke bilik untuk berehat.
???
Anis Raihanna merebahkan tubuhnya ke atas katil yang empuk itu. Dia menghela nafas lega. Urat urat sendinya dibetulkan. Terasa lega tubuhnya dalam keadaan sebegitu.
"Ah,leganya! Penat betul hari ni." gumamnya perlahan. Seraya itu, dia bingkas bangun untuk membersihkan diri. Terasa melekit badannya kerana berpeluh. Tombol pintu bilik dikunci terlebih dahulu. Nanti suaminya masuk karang buat malu je.
Dia menanggalkan pakaiannya satu persatu. Tudungnya dibuka dengan berhati hati. Takut jarinya terluka dek kerana jarum yang dipakai. Kini dia mahu menanggalkan busana pengantin yang dipakai. Nasib baik dia menempah baju itu dengan zip ditepi. Kalau dibelakang pasti akan menyukarkan dirinya kelak. Iyelah dah kena cari orang nak kena tolong bukakkan pulak kan?
Sebaik saja dia selesai menanggalkan pakaiannya, terus dia meluru masuk ke dalam bilik air. Dia segera membersihkan diri. Tak sabar dia mahu berehat setelah kepenatan sepanjang hari.
???
"Afiq,mana Anis?" soal Puan Zulaikha kepada Afiq Raihan. Hairan dibuatnya apabila melihat Anis Raihanna tiada. Matanya tetap kepada Afiq Raihan.
Afiq Raihan yang sedang leka bermain bersama anak saudaranya Amirul mengerutkan dahi. Mana pulak dia tahu mana Anis Raihanna pergi.
"Entah" ringkas saja dia membalas pertanyaan Puan Zulaikha. Dia kembali bermain bersama Amirul. Terkekek kanak kanak lelaki itu ketawa apabila digeletek oleh Afiq Raihan. Dia menguntum senyuman.
"Ish,abang ni memang mama. Isteri sendiri pun tak tahu. Mirul jom main dengan main dengan mama. Tak payah kawan dengan Pak Long" ujar Fiqa. Seraya itu dia mengambil anaknya daripada Afiq Raihan. Fiqa menjelir lidah kepada Afiq Raihan sebelum berlalu pergi.
Afiq Raihan menarik muka. Sibuk betul minah ni. Dia baru saja nak melepaskan rindu pada anak sedaranya yang seorang itu. Puan Zulaikha mencekak pinggang. Satu jelingan tajam diberikan kepada Afiq Raihan.
"Afiq,sudah. Pergi cari Anis. Lepas tu ajak dia makan malam. Cepat!" arah Puan Zulaikha. Afiq Raihan tersengih sebelum segera menuju ke biliknya.
"Minah ni pun satu,nak pergi mana mana cuba bagitau aku dulu. Aku juga yang susah." bebel Afiq Raihan sendirian. Langkahnya dipercepatkan.
Dia memulas tombol pintu bilik dengan kasar.
"Oh,kau kat sini rupanya. Punya lena tidur tak ingat dunia. Aku pulak yang kena marah dengan mama. Takpe nanti kau" ujar Afiq Raihan. Dia segera membersihkan diri. Otaknya sudah menyusun strategi untuk mengenakan Anis Raihanna. Dia tersenyum nakal.
???
Usai membersihkan diri, Afiq Raihan baring disebelah Anis Raihanna. Dia menolak bahu isterinya dengan kasar bagi mengejutkan isterinya. Namun tiada balasan daripada Anis Raihanna. Dengkuran halus masih kedengaran. Dia mengeluh perlahan.
"Hana,bangunlah. Jom pergi makan aku dah lapar ni." kata Afiq Raihan. Dia masih cuba membangunkan Anis Raihanna. Akhirnya,isterinya tersedar daripada tidur. Anis bingkas bangun lalu bersila. Dia mengosok matanya sambil mengeliat.
"Huargh,apa kau kata tadi Afiq? Aku tak berapa dengar la" ujar Anis Raihanna. Dia masih dalam keadaan mamai. Dia juga tak sedar yang Afiq Raihan sedang baring dia sebelahnya.
"Tolong urutkan kaki aku jap. Lenguh la." tipu Afiq Raihan. Dia menyembunyikan senyumannya.
Tanpa banyak kata,Anis Raihanna terus mengurut kaki Afiq Raihan. Dia menguap sesekali. Afiq Raihan pula tersenyum nakal.
"Atas lagi" arah Afiq Raihan.
"Lagi" sekali lagi Afiq Raihan memberikan arahan. Anis Raihanna mengeluh tapi diturutkan juga.
Tanpa Anis sedari, tangan Afiq Raihan melingkari pinggang miliknya. Dia pula masih meneruskan urutan dikaki suaminya. Dengan tidak semena mena dia terjatuh dalam pelukan Afiq Raihan apabila suaminya menarik pinggangnya. Mereka saling berpandangan. Anis Raihanna menelan air liur. Hilang kantuk yang dirasakan tadi. Jantungnya mula mengepam darah dengan laju.
Afiq Raihan makin mendekatkan kedudukan muka mereka. Dia merenung seketika mata Anis Raihanna. Lalu,bergerak pula pada hidung mancung isterinya yang sudah memerah. Akhir sekali, bibir mungil milik Anis Raihanna. Dia menelan air liur.
Tiba-tiba pintu bilik mereka dikuak dari luar. Terjengul muka Afiqah disebalik pintu. "Abang,opss. Sorry. Mama panggil makan malam." ujar Afiqah tersenyum senyum. Dia terus berlalu pergi dari situ.
Tergesa gesa mereka membetulkam kedudukan. Afiq Raihan hanya selamba. Manakala Anis Raihanna sudah memerah mukanya. Dah macam udang kena bakar. Dia menunduk sebelum melangkah keluar terlebih dahhlu.
Malunya! teriak Anis Raihanna didalam hati. Afiq Raihan mengekori langkah dari belakang. Dia tersenyum lebar. Dapat juga dia balas dendam pada isterinya. Hahaha.
"Ha,datang pun. Mama ingat nak berkurung je dalam bilik tu" perli Puan Zulaikha sebaik saja melihat anak dan menantunya tiba. Encik Zhafran tersenyum kecil. Pengantin baru la katakan. Hahaha
Sepasang suami isteri itu hanya tersengih. Mereka berdua mengambil tempat di meja makan. Encik Zhafran pula menjemput mereka menjamu selera.
"Mama,Fiqa rasa tak lama lagikan mama dengan papa boleh timang cucu lah" ujar Afiqah tiba tiba.Tersengih dia apabila teringat kejadian yang dilihat tanpa sengaja tu. Dia mula menyakat abangnya.
Mereka yang berada disitu tertawa. Anis Raihanna sudah menundukkan mukanya menahan malu. Ni semua salah mamat ni kutuknya dalam hati. Afiq Raihan sudah menghadiahkan jelingan tajam kepada adiknya. Namum tak diendahkan oleh Afiqah. Dia makin galak mentertawakan abangnya.
"Eh,Fiq rasa mungkin Amirul yang nak adik baru. Kan Syafiq?" balas Afiq Raihan. Dia memulangkan paku buah keras. Afiq menyiku lengan adik iparnya Syafiq. Syafiq tersengih.Sekali lagi ruang makan itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka semua. Afiqah sudah masam mencuka. Menyesal pulak rasanya kenakan abang dia.
"Afiq, Anis bila nak pergi honeymoon?" tanya Encik Zhafran.
Stay tune! Tq sudi baca!?
Share this novel