Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 12

Humor Completed 61915

Apa lagi yang mampu Awaisha Laila lakukan, dia seakan tidak pecaya dengan apa yang di laluinya sekarang, kedamaian selama lima tahun dalam hidupnya bagitu pantas berakhir bagaikan tersedar dalam mimpi, sakit sungguh hatinya bila di perangkap dan di ugut Farid Husin, esok pasti seluruh Teguh holding akan menerima berita gempar tentang dirinya, mengenai seorang peguam baru telah memerangkap anak kepada pemilik syarikat

Awaisha Laila merasakan bagaikan ada batu besar yang menghempap kepalanya saat ini apabila semua kesalahan terarah padanya, pegawai jabatan agama islam yang ada di dalam pejabat di tambah pula seorang wartawan tidak habis-habis menyoalnya seakan-akan menyalahkannya atas perbuatan Farid Husin,

"Cik Awaisha tak malu ke buat semua nie, cik tak tahu ke kalau Encik Farid sudah berkahwin, cik tak pernah fikir ke apa perasaan isteri Encik Farid nanti,"
Soal seorang lelaki pada Awaisha Laila

Awaisha Laila tidak menjawab, Lelaki itu terus menerus menyoalnya, adakalanya Awaisha Laila perasan lelaki itu memberi isyarat melalui tangan, mata, dan juga riak wajah bila memandang Farid Husin, beberapa pegawai agama islam pula secara terang terangan menyebelahi Farid Husin,

Setelah hampir dua jam Farid Husin dengan Awaisha Laila di benarkan pulang selepas membayar denda sejumlah 2000 ringgit seorang, tarikh bicara akan di maklumkan melalui email atau panggilan, Awaisha Laila terpaksa mengaku salah walaupun itu bukan salahnya, rakaman tubuhnya tanpa seutas benang menjadi bahan Farid Husin mengugutnya

Sepanjang perjalanan, Farid Husin tersenyum riang, kadang kala dia ketawa, senang sungguh hatinya bila dapat memerangkap Awaisha Laila bahkan perasaan Awaisha Laila yang sedang duduk di sebelahnya langsung tidak di hiraukan

"Ingat, jangan kau cuba lari, kalau kau lari aku akan sebar rakaman bogel kau nie biar satu dunia tengok, esok aku nak kau datang kerja macam biasa, kalau kau kena panggil dengan bapak aku, mengaku je semua tu perbuatan kau, kalau kau tak mengaku, first orang yang akan dapat rakaman nie adalah Said bohkari, kau dengar tak?,"

Awaisha Laila menunduk hanya mampu menangis teresak-esak sepanjang perjalanan,

"Jawablah bodoh!,"
Herdik Farid Husin sambil menolak kepala Awaisha Laila sehingga kepala wanita itu terhentak kuat di cermin kereta

Awaisha Laila meraung sekuat hati sambil memegang kepalanya

"Aku bukan suruh kau menangis!,"

"Ya.. ya! saya akan mengaku, saya akan mengaku Farid, cukuplah.. sakit,"
Balas Awaisha Laila, teresak-esak

Farid Husin tersenyum, dia sungguh puas melihat Awaisha Laila menangis, menjerit dan merayu namun hatinya ingin melihat lebih daripada itu, dia harus bersabar, tunggu Awaisha Laila menjadi isterinya setiap hari dia akan pastikan wanita itu lebih sengsara

**

Fazura berjalan mundar-mandir di luar pagar rumahnya, jam di skrin Telefon pintar sudah menunjukkan waktu 10.15 malam, risau sungguh hatinya bila suaminya masih belum pulang,

Fazura menumbuk-numbuk peha merasa telalu lenguh bahkan seluruh tubuhnya lenguh akhirnya dia duduk di tepi tembok rumah

Berapa minit kemudian kereta Farid Husin berhenti di depan pintu pagar rumah, alangkah terkejutnya dia bila melihat isterinya terlena, duduk di atas batu di tepi tembok pagar rumahnya

Farid Husin bergegas keluar
"Sayang.. sayang bangun,"

Fazura cepat-cepat tersedar, entah bagaimana dia boleh terlelap,

"Oh abang,"

Farid Husin mengeleng, tak sampai hati ingin memarahi Fazura, memandangkan isterinya tidur di luar pagar rumah dengan pagar terbuka luas

"Lain kali jangan buat camnie sayang, bahaya tahu,"

"Zura minta maaf, zura risau sangat kat abang,"

"Abang minta maaf ya, dah pergi masuk, abang parkingkan kereta jap,"

Fazura mengangguk, mengayun langkahnya pelahan masuk ke dalam pekarangan rumah, Farid Husin memerhati seketika isterinya sebelum masuk ke dalam kereta, kedua mata Fazura jelas kelihatan lesu sambil berdiri di muka pintu menunggu suaminya, selepas memarkir kereta, Farid Husin terus keluar mendapatkan isterinya, tubuh Fazura di dakapnya erat, dahi, pipi di cium berkali-kali kerana dek risaukan tindakan isterinya tadi

"Abang dah makan?,"

Farid Husin mengeleng
"Sayang masak apa?,"

"Ada lontong, dengan sambal ikan bilis, Ayam masak rendang pun ada,"

"Sedapnya, abang pun dah lapar sangat nie,"

Fazura mendongak sambil tersenyum memandang wajah suaminya
"Jomlah, Zura dah siap hidang atas meja,"

Farid Husin mengangguk

Selepas puas menikmati masakan isterinya, Farid Husin naik ke atas untuk mandi dan solat, Fazura masih di dapur mengemas, baki lauk di simpan di dalam peti ais, setelah siap mengemas, dia terus naik ke atas

Farid Husin duduk di birai katil, hatinya gelisah, bagaimana dia harus beritahu pada Fazura, dia akan berkahwin dengan Awaisha Laila bukan di sebabkan cinta tetapi kerana dendam yang sudah lama terpendam dalam dirinya, apakah Fazura akan terima alasannya, dia cuma takut Fazura akan meninggalkannya

"Kenapa nie abang, jauhnya termenung?,"

Farid Husin sedikit terkejut bila di tegur isterinya, dia segera mendakap tubuh isterinya bila Fazura duduk di sebelah, jantungnya berdengup kencang, dia mula merasa takut,

"Zura..?,"

Fazura tidak menyahut, dia terlelap, Farid Husin tersenyum, pelan-pelan membaringkan tubuh Isterinya di atas katil, selepas menyelimut tubuh Fazura, dia terus duduk di birai katil, hatinya semakin gelisah,

Farid Husin bangun, berjalan mundar-mandir, otaknya berserabut memikirkan tindakannya mungkin akan menguris perasaan isterinya, kerana dek terlalu gelisah, dia berniat mahu mengejutkan isterinya namun bila dia melihat wajah Fazura begitu lena terus niatnya di matikan

"Sayang maafkan abang ya, semua tu bukan kehendak abang, tapi abang terpaksa, perempuan tu dah bunuh nenek abang, abang kena ajar perempuan tu,"
Bisik Farid Husin, perlahan sambil mendakap tubuh isterinya yang sedang terlena

**

ke esokan pagi,

Awaisha Laila duduk di atas katil sambil memeluk tubuh, kelihatan beg pakaiannya turut berada di atas katil, pakaian-pakaiannya pula berselerak di lantai, sejak malam semalam dia berniat ingin melarikan diri sejauh yang mungkin tetapi dia tidak sanggup bila memikirkan nasib anaknya dengan Said bohkari yang banyak membantunya, dia sedar dia tiada pilihan, dari awal lagi punca semua itu belaku atas kebodohannya sendiri terlalu mudah mempecayai Farid Husin, beberapa jam lagi dia harus menghadapi segala tohmahan, hinaan, dan kemarahan seluruh ahli keluarga Farid Husin bahkan seluruh staf Teguh holding akan memandang hina padanya

Awaisha Laila mengensot punggungnya ke sisi katil kemudian duduk di birai katil seketika, dia mendongak, hatinya berdoa, Titisan air matanya belinangan jatuh membasahi pipi

"Andai ini hukuman yang harus hamba hadapi atas dosa-dosa hamba yang lalu, hamba redha Ya Allah,"
Bisik Awaisha Laila dalam hatinya

**

Ampang Jaya

Jam dinding menunjukkan waktu 8.30 pagi, Farid Husin berpakaian kemas masih berada di dalam bilik bersendirian, Fazura subuh lagi sudah berada di dapur, fikirannya semakin runsing, selepas solat subuh tadi dia berniat untuk beritahu isterinya, entah mengapa bila dia melihat wajah tenang Fazura hatinya tiba-tiba menjadi takut,

Mendengar sahaja tapak kaki melangkah, dengan suara lembut memanggil dari luar bilik, Farid Husin bergegas mengambil blazer di atas katil

"Abang.., dah 8.30,"
Tegur Fazura, dengan senyuman manis berdiri di muka pintu sudah terkuak

Farid Husin membalas senyuman,
"Tak apa, sekali sekala bos masuk lewat, apa salahnya, Zura masak apa kat bawah, sedap je bau,"

"Nasi goreng je,"

"Ayam masak rendang ada lagi?,"

Fazura mengangguk tapi tersengih
"tinggal dua ketul je lagi,"

Farid Husin memeluk isterinya
"Semua tu abang punyalah,"

"Tentulah, Zura masak pun untuk abang,"

"Alhamdulilah,"

Hati Farid Husin tidak tenang saat sarapan, walaupun sedaya upaya menyembunyikan perasaan resahnya setiap kali Fazura memandang wajahnya,

"Zura?,"

"Ya abang,"

Farid Husin mengeluh perlahan,
"Zura ingat lagi tak apa yang abang cakap pada Zura,"

Fazura mengangguk-ngangguk

"Zura pecayakan abangkan?,"

Fazura mengangguk lagi
"Zura sentiasa pecayakan abang, Zura tak akan tinggalkan abang,"

Dengar sahaja jawapan Fazura, membuatkan bibir Farid Husin tersenyum lebar, lega sungguh hatinya

"Kalau Zura dengar apa-apa, tak kisah dari siapa pun, Zura kena pecayakan abang ya,"

"Baiklah abang,"

**

Teguh holding

"Puan Fazilah,"

Fazilah yang sedang leka membelek Fail di atas mejanya terus mengankat muka

"Kenapa Hamdan?,"

"Puan tak tengok ke laman berita online, ada berita gempar pasal Farid,"
Jawab Hamdan berpura-pura terkejut hakikatnya dari awal dia sudah tahu rancangan Farid Husin

"Alaa.. aku tak hairanlah kalau berita pasal Farid, yang kau gie hairan buat apa, kau kan kawan dia,"

"Kali nie berita nie lain pada yang lain puan, very hot,"

Fazilah tersengih
"Kenapa, Farid nak kahwin lain ke?,"

"Bukan setakat nak kahwin lain, dia kena tangkap basah,"

"Apa!,"

"Semalam Farid kena tangkap basah,"

"Puk!,"

Fazilah menghempuk meja, dia bangun dari kerusinya dengan wajah berkerut, berang

"Kurang ajar punya Farid, betul ke hamdan!?,"

"Laa.. puan Fazilah bacalah berita tu, sekarang nie satu bangunan tengah kecoh,"

"Memang nak kena Farid nie!,"

Fazilah segera mengambil telefon pintar di atas meja, tergesa-gesa dia mengayun langkah keluar dari pejabatnya

Pintu Lif Vip terbuka, Saat Fazilah ingin melangkah masuk, Fuad sobri dengan Fadil Fitri sudah berada di dalam Lif

"Ha Along, Alang?,"

"Angah nak pergi pejabat ayah ke?,"

"Yelah, berani betul Farid buat hal macam tu,"
Marah Fazilah sambil mengetap giginya

"Angah mesti tak baca beritakan?,"

"Kenapa dengan berita tu?,"

Fadil Fitri mengeleng
"Bukan salah Farid, dia kena perangkap,"

"Ha?, kena perangkap, dengan siapa?,"

"Anak angkat pakcik Said,"

Fazilah terdiam, dia cuba mengingat nama anak angkat Said bohkari, tapi dia lupa

"Peguam baru tu ke?,"

Fadil Fitri dengan Fuad sobri mengangguk serentak

"Betina sundal, berani betul dia, memang sengaja nak cari penyakit dengan akukan,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience