BAB 3

Drama Completed 460

SELERA makan memang dah hilang. Nak kata apa. Aku nak senyum pun dah
tak larat. Wajah Kejora aku pandang lama sebaik saja selesai majlis
bertandang. Mama dan papa dah ajak balik. Ayie dan Arya pun dah balik
ke rumah keluarga Auntie Anahara.
“Aku tak bolehlah.” Birai mata aku basah.
Cepat-cepat Aina tarik aku ke dalam pelukan dia. “Syh… jangan
nangislah, Kejora . Nanti mama dengan papa nampak.”
“Tapi, aku memang tak boleh nak terima. Kenapa kau subahat sama dengan
mama dan papa?” Yang paling aku kecewa adalah Aina. Kami kongsi
segalanya sebelum ni tapi tergamak dia sorok hal yang satu ni daripada
aku?
“Kejora …” Dia tolak bahu aku. Tangan aku dia pegang kemas. Mata dia
juga nampak berair. “Aku mintak maaf tapi mama dengan papa dah pesan
jangan bagitahu kau. Kalau kau tahu, mama dengan papa risau kau tak balik…”
“Mana mama dengan papa tahu aku tak balik? Dia patut lagi kenal aku
sebagai anak dia, Aina. Bila pernah aku bantah…”
“Bantah tu tidak.” Giliran Aina pula menyampuk. “…Tapi kau ligat dengan
hobi kau jelajah satu dunia ni. Mama dah naik risau dah dengan kau.
Dia tak larang kau nak mengembara ke planet Marikh sekalipun tapi dia
nak kau ada teman. Dunia sekarang ni macam-macam. Kau kena faham tu,
Kejora . Mama dengan papa buat semua ni demi kebaikan kau.”
Nak tak nak, aku akur dengan kata-kata Aina. Mama dengan papa haruslah
risaukan aku. Tapi, aku tahu jaga diri selama ni. Apa salahnya
sekarang? Atau mama dengan papa risau orang mengata yang aku anak dara
tak laku?
“Kau jangan salah faham dengan mama dan papa, Kejora . Kau ambik semua ni
daripada sudut positif. Zaza tu anak Datuk lagipun…”
“Kisah pulak aku dia anak Datuk?” cebik aku pada Aina. Aku kesat
airmata yang bergantungan pada alis. “Yang aku cucu datuk ni dia tak
tahu?”
Aina tahan gelak dengan lawak hambar aku. Mata Aina aku pandang lama.
Entah ayat apa lagi yang mahu aku luahkan demi mengatakan yang aku
benar-benar rasa kecewa dengan tindakan mama dan papa.
“Atau kau ni sebenarnya…” Kening Aina berkerut.
Aku faham telahan dia dan akhirnya aku angguk. Biarpun aku tak pasti
Iman sukakan aku atau tidak. Tapi, aku sentiasa merindui dia biarpun
jarang bertemu. Cukup sekadar bertanya khabar melalui emel dan berita
terbaru aku dapat tahu yang dia ada di Berlin. Di mana tempat pertama
kami bersua.
“Kenapa kau tak cakap kau dah ada pilihan?” soal Aina sedikit naik
angin. Sesekali, dia jeling pada suami dia, risau Isa memandang.
“Aku tak tahu dia suka aku atau tak,” jawab aku.
Aina geleng kepala. Nampak sangat dia lebih frust daripada aku.
“Kalau tak tahu, macam mana kau boleh suka dia? Kan mama selalu pesan,
suka orang yang suka kita. Jangan suka orang yang kita suka…”
“Aku tak boleh kawal perasaan aku.”
“Habis tu? Sekarang ni, macam mana?”
Menerima soalan Aina, jujurnya aku sendiri tak tahu apa jawapan yang
perlu aku luahkan. Aku berpaling dan mama tersenyum pada aku. Kemudian
aku pandang jari manis aku sekali lagi.
“Aku nak lari.” Terluah idea gila yang sejak semalam berlegar.
“Tak sayang keluarga, kau buatlah Kejora ,” ugut Aina. “Tapi, aku rasa
mama dengan papa faham kalau kau luah dekat diorang.”
Cadangan dia aku tolak. Mama dan papa adalah yang berpegang pada
janji. Mana mungkin dia putuskan pertunangan hanya kerana hati aku dah
ada orang lain. Ayat klise… cinta boleh dipupuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience