DIA 11

Romance Completed 131781

Hazzar melangkah ke bilik Ikram. Tangannya naik mengetuk beberapa kali.

"Kejap!" Balas Ikram.

Tidak lama kemudian, muncul wajah Ikram dihadapan pintu. Hazzar memberi isyarat tentang bondanya di bawah. Ikram mengangguk faham. Mereka menuruni tangga bersama. Dari tangga sudah dapat melihat wajah bonda dengan jelas sekali. Bonda mengerling ke arah mereka berdua. Cepat-cepat kaki mereka menuju ke ruang tamu.

"Duduk." Arah bondanya dengan nada suara mendatar.

Mereka mengangguk lalu duduk serentak.

"So, Ikram. Bonda rasa Ikram ada cerita yang nak disampaikan. Kan Hazz?"

Hazzar angkat muka apabila mendengar namanya dipetik. Hazzar mengangguk laju tanpa mengetahui apa yang dikatakan oleh bondanya.

"Cerita? Do you mean, Hanis?" Soalnya kembali.

"Yes."

"Ikram tak ada apa-apa nak cerita tentang dia." Bondanya menghantar jelingan tajam.

Ikram telan air liur. Wajah Hazzar dipandang seketika. Hazzar turut memandangnya.

"Aku tak nak masuk campur." Ikram merengus.

"Bonda nak tahu tentang ape?" Soal Ikram.

"Semua. Tentang perempuan tu." Balas bondanya.

"Bonda dia ada nama. Namanya Hanis bukan perempuan tu." Marah Ikram.

"Whatever. Cepat cerita." Arah bondanya.

Ikram menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Nama dia Hanis Adawiyah. Seorang yang manis, cantik, tutup aurat dan... Baik. Dia... Bagaikan bidadari pada mata Ikram." Ujarnya.

"Anak siape? Tan Sri atau anak Dato? Ke anak Tengku? Berapa lama kenal dia?" Soal bondanya lalu meleret senyuman ke kiri.

"Dia budak biasa je bonda. Budak kampung. Ikram kenal dia dalam... Sejam dua."

Bondanya memaparkan wajah terkejut. Baru sejam dua kenal dah jatuh cinta? Anak aku dah kena 'mandrem' ke ni? Dan dia, budak kampung!?

"Are you kidding me right now? Ikram jatuh cinta pada seorang budak kampung yang tak setaraf dengan kita? Dan... Ikram baru kenal dia dah cakap dia bidadari Ikram?"

Ikram dan Hazzar tidak bersuara mendengar ujaran bondanya.

"Bonda, salah ke kalau perempuan tu budak kampung. Kita tetap manusia tak kira kita anak raja ke anak tok penghulu. Kenape bonda nak banding-bandingkan darjat seseorang?" Marah Hazzar.

"Bonda tak nak keluarga kita rosak. U know, kebanyakan budak kampung ni datang KL kerja dekat kelab malam. Jadi perempuan murahan. Bonda tak nak keturunan bonda macam tu." Ujar bondanya.

"Bonda... Ikram rasa bonda ni dah nyanyuk. Ikram dengan Hazz kaki clubbing, kaki botol! Apa bezanya kami dengan 'mereka' yang bonda cakap tadi?" Sambung Ikram.

Bondanya terdiam.

"So Ikram nak buat ape dengan Hanis? Marry her?" Soal bondanya.

"Yes!"

Hazzar tidak memaparkan sebarang reaksi kerana memang sudah dijangka itulah jawapan yang bakal Ikram katakan. Bondanya menggeleng kepala.

"Dia takkan terima Ikram. Percayalah." Ujar bondanya.

"Kalau bonda boleh terima ayah seadanya, kenapa tidak dia? Ikram yakin, dia boleh ubah Ikram." Balasnya lalu bangun dan cuba pergi tetapi dihalang oleh seseorang.

Ayahnya. Ayahnya mendekati Ikram dengan dahi yang berkerut.

"Ayah tak pernah ajar anak ayah jadi kurang ajar macam ni! Kalau Ikram nak sangat dekat perempuan tu, buktikan yang dia boleh ubah Ikram. Kalau berjaya, ayah restu perkahwinan kamu berdua."

Mendengar ujaran ayahnya membuatkan Ikram tersengih. Bondanya pula berdiri mendengar ujaran suaminya.

"I'll prove that Hanis is not what you think and that she can change me." Ujar Ikram penuh yakin lalu kembali melangkah pergi.

"Abang!" Marah bondanya.

---

Baru sahaja Hanis melangkah masuk ke dalam rumah, terus diterjah oleh Lara. Hanis memegang dadanya.

"Kau ni kenape main terjah macam tu. Nak aku mati awal ke?" Marah Hanis.

"Alaa aku gurau je. Jadi, macam mana?" Hanis angkat kening.

"Macam mana ape?" Soal Hanis kembali.

"Dah tenang ke hati tu?" Soalnya.

"Tenang cukup tenang. Cuma ada benda yang buat aku jadi tak tenang." Lara dengan wajahnya yang teruja terus menarik Hanis ke sofa.

"Okay. Aku nak dengar apa yang buat rasa tak tenang tu. Cerita lah." Hanis menggeleng.

"Nantilah. Aku nak mandi. Badan aku dah melekit ni. Babye!" Katanya lalu meninggalkan Lara seorang diri.

Lara menyandarkan dirinya. Senyuman sinis diukir.

"Apa agaknya benda yang buat diabrasa tak tenang. Takkan Nazrul datang balik, tak mungkin. Nazrul tu aku punya. Sekarang Hanis dah berpisah dengan dia, aku tak boleh melengahkan masa lagi. Aku perlu cepat sebelum Nazrul jatuh ke tangan orang lain." Ujar Lara dengan penuh keyakinan.

"Dapatkan siape tu?" Terjah Syaza.

Tubuh Lara sedikit beralih akibat terkejut. Lara cemas apabila melihat Syaza. Takut-takut dia mendengar ujarannya tadi.

' Tapi Syaza tak kenal siapa ex boyfriend Hanis. Mungkin aku boleh bagitahu dia.'

"Dapatkan Nazrul. Pujaan hati aku yang dari aku sekolah rendah lagi aku syok dekat dia. Tapi dia tak pernah pandang aku. Teruk sangat ke aku ni?" Ujar Lara.

"Kejap! Siape nama dia tadi? Nazrul?" Soal Syaza. Lara mengangguk.

"Nazrul Ashraff." Ujar Lara lagi.

Syaza terdiam. Mulutnya sedikit ternganga dan mata langsung tidak berkelip.

"Syaza kau okay? Kau kenal Nazrul ke?" Soal Lara. Syaza menggeleng laju.

"Saya naik dulu. Bye." Pamit Syaza lalu berlari anak.

"Apa kena dengan perempuan ni?" Soal Lara.

---

Hazzar duduk di dapur seorang diri sambil tangannya memusing gelas dihadapannya. Tiba-tiba ada tangan menyentuh bahunya. Hazzar menoleh lalu tersenyum nipis. Ayahnya menarik kerusi disebelah Hazzar lalu duduk dia atasnya.

"Hazz... Boleh tak kalau Hazz cerita dekat ayah, Hanis tu macam mana. Hazz pun mesti ada jumpa dia kan?" Soal ayahnya.

"Hanis dia... Cantik, tak seksi. Tutup aurat senang kata muslimah. Hazz tak berapa kenal dia tapi Hazz tahu dia baik. Macam yang Ikram cakap, bagai bidadari." Terang Hazzar lalu tersenyum nipis di hujungnya.

"Kenape ayah rasa, Hazz pun suka dekat dia. Hazz suka dia ke?" Soal ayahnya tiba-tiba.

Laju Hazzar angkat muka apabila mendengar soalan yang dilemparkan terhadapnya.

"Takkanlah Hazz nak suka dekat perempuan yang Ikram suka. Ada jugak yang kena tibai dengan Ikram nanti. Tak nak Hazz." Nafinya.

"Baguslah macam tu. Jangan hancurkan hati adik kamu sendiri. Punah harapan dia nanti. Ingat Hazz." Hazzar mengangguk faham.

Ayahnya bangun lalu meninggalkan Hazzar di meja dapur.

"Dia jumpa aku cuma nak cakap pasal tu je? Haish..." Rungutnya.

Tiba-tiba kata-kata Hanis bermain di kepala.

"Kalau ada jodoh kita jumpa lagi."

Tiba-tiba sahaja Hazzar tersenyum.

"Hai takkanlah aku nak jatuh cinta dekat Hanis. Aku lagi sayang adik aku woi!" Ujarnya lalu meminum air di dalam gelas tersebut.

Tapi entah kenapa dia rasa lain sejak berjumpa dengan Hanis. Seperti... Ada sesuatu padanya. Sesuatu yang, tiada pada setiap wanita yang Hazzar pernah temu selama ini. Apakah ia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience