BAB 35 - MAJLIS PERKAHWINAN

True Story Series 70984

Ziana berdebar mengalahkan dara, sebentar lagi akan bergelar isteri orang. Kamal dengan sekali lafaz sahaja telah sah menjadi suami Ziana. Berlinang air mata Ziana kerana bimbang akan malam pertamanya nanti. Majlis seterusnya dialun dengan bacaan khatam quran. Nyanyian nasyid dan jemputan tetamu dari rumah anak-anak yatim. Betapa gembiranya anak-anak itu sampai mendoakan pasangan mempelai agar berbahagia sehingga ke Jannah. Zaman sekarang ni setiap saat beribu-ribu pasangan bercerai. Bila dah benci banyak perumpaan yang keluar seperti bau ikan masinlah, isteri yang tidak baiklah, isteri tidak dapat beri kepuasanlah walhal anak sudah lima. Begitulah alasan yang tidak masuk akal oleh lelaki tidak sejati di luar sana yang merasakan diri mereka hebat dan sempurna. Berbeza dengan Kamal, Kamal adalah lelaki sejati yang di idamkan oleh setiap wanita. Ramai lelaki cemburu dengannya kerana mereka tidak mampu setabahnya dan Kamal seorang penyabar. Mereka tidak sabar, jika silap isteri sedikit menjadi alasan mereka untuk bercerai. Mereka tidak cuba untuk pertahankan ikatan pernikahan itu. Mereka memang bodoh sampai tidak fikirkan kebaikan isteri.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience