Rate

Lelaki paling biadap Bab 7

Humor Completed 61915

Dato sri Hassan kamarudin duduk menyandar di kerusinya, sejak tadi hanya termenung selepas berbual di Telefon dengan rakan bisnesnya setelah berbincang hal perkahwinan dan sekarang dia cuba mencari cara untuk membuatkan anak bongsunya berkahwin dengan anak gadis rakannya itu kerana dia yakin jika anak bongsunya berkahwin mungkin boleh mengubah sikap anak bongsunya itu

"Ayah!"

Tubuh Dato sri Hassan kamarudin terjonket dari kerusinya bila Fadil Fitri masuk ke pejabat secara tiba-tiba

"Lahabau betul lah kau Alang, buat ayah terperanjat je!,"
Marah Dato sri Hassan kamarudin sambil mengusap-ngusap dadanya

"Maafkan saya Dato, saya dah cuba halang, tapi..,"
Kata setiausaha Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah bersalah

"it's okay, you boleh keluar"

Fadil Fitri membiarkan dahulu setiausaha ayahnya keluar dari pejabat, selepas pintu pejabat di tutup barulah dia mengayunkan langkah mendekati meja ayahnya

"Ayah.. kenapa buat Alang macam nie, kan Alang dah beritahu kat ayah, jangan campur urusan siapa Alang nak kahwin"
Kata Fadil Fitri dengan wajah kecewa

"Dah kenapa dengan Alang nie?,"
Bisik Dato sri Hassan kamarudin kehairanan melihat sikap anak ketiganya

"Alang dah ada wanita dalam hidup Alang, Alang cintakan dia"

"Ooo.. sebab tulah Alang jarang balik kan"
Kata Dato sri Hassan kamarudin bila tahu alasan anak ketiganya masuk ke pejabatnya secara tiba-tiba

"Sebab berzina dengan perempuan tu ke?,"

"Ayah.. kenapa cakap macam tu?,"
Fadil Fitri agak terkejut bila mendengar kata-kata ayahnya

"Habis tu ayah nak cakap apa Alang, Alang hanya geli-geli je dengan perempuan tu"
balas Dato sri Hassan kamarudin sambil melabuhkan punggung di atas sofa

"Hey Alang, jangan ingat kita nie senang, kita berduit, kita boleh lakukan apa saja, nak tidur dengan perempuan tu, nak tidur dengan perempuan sana, kita nie kan orang islam"

"Alang tak buat pun semua tu yah"

"Habis tu Alang buat apa, tiap-tiap malam tak pulang, beritahu ayah sekarang, apa Alang buat?,"

Fadil Fitri seperti mati kata-kata tidak mampu menjawab pertanyaan ayahnya

"Kenapa Alang senyap?,"
Dato sri Hassan kamarudin menatap tajam wajah anak ketiganya, berdiri di depannya hanya diam membisu

"Kalau Alang dah cintakan perempuan tu, kahwin jelah, duit pun ada, kerja pun ada, Alang nak tunggu apa lagi?,"

"Tapi yah..?,"

"Tapi apa lagi Alang?,"

"Dia cuma perempuan biasa je ayah, keluarga pun biasa-biasa je"

"Perempuan tu kerja apa?,"

Fadil Fitri diam tidak terus menjawab wajahnya kelihatan serba salah untuk memberi tahu ayahnya tentang perkerjaan kekasihnya

"Perempuan tu kerja apa Alang?,"
Tanya Dato sri Hassan kamarudin sekali lagi

"Setiausaha Alang yah"

Dato sri Hassan kamarudin mengeluh perlahan
"Dah kalau Alang dah suka kat dia, cinta kat dia, kahwin jelah apa masalahnya"

"Boleh ke ayah?,"

"Astaghfirullah hal adzim.. boleh Alang"

Fadi Fitri lantas tersenyum lebar

"Ayah nak tanya kau nie?,"

"Tanya apa ayah?,"

"Dah kenapa tiba-tiba Alang cakap pasal hal nie dengan Ayah?,"

"Habis tu Farid.."
Fadil Fitri terdiam tiba-tiba sambil memandang ayahnya, hatinya dapat merasakan jika dia telah di permainkan adiknya

Dato sri Hassan kamarudin mengeleng kepala
"Farid.. Farid"

"Celaka kau Farid"
Bisik Fadil Fitri sambil mengetap giginya

Selepas keluar dari pejabat ayahnya, Fadil Fitri berdiri di dalam Lif untuk turun ke tingkat 12, sejak tadi bibirnya tersengih-sengih setelah mendapat kebenaran ayahnya untuk berkahwin dengan kekasihnya, setelah pintu Lif terbuka dia menapak keluar dari lif namun seorang wanita berambut ikal paras dada berdiri di hadapannya

"Hai abang"
Ucap setiausaha Fadil Fitri perlahan

Wajah Fadil Fitri kelihatan berkerut tidak membalas ucapan setiausahanya hanya memperhatikan wajah setiausahanya itu

"Wajah Putih macam mat saleh, ada sikit kemelayuan"
Bisik Fadil Fitri, kata-katanya itu sama persis dengan wajah setiausahanya

"Celaka betul kau Farid"

Tingkat Lima Department advertising marketing

Fazura menolak cleaning trolley menghampiri pintu kaca Automatik, dia memerhati dalam ruangan pejabat yang kosong dari luar, mencari-cari jika ada sesiapa di dalam pejabat itu yang boleh membantunya membuka pintu

"Nak kemas pejabat ke?,"

Terjonket bahu Fazura kerana terkejut bila mendengar terguran di belakangnya kemudian memusingkan tubuhnya perlahan-lahan

"Kau rupanya, patut macam kenal je"
Kata Farid Husin tersengih-sengih

Mata Fazura terbeliak bila melihat Farid Husin tersengih-sengih memandangnya

"Dugaan apa pulak nie"
Bisik hati Fazura seakan tidak pecaya, seboleh-bolehnya dia ingin mengelak dari berjumpa dengan Farid Husin

"Jom masuk"
Ucap Farid Husin selepas mengunakan kad Access untuk membuka pintu itu

Fazura segera menolak cleaning trolley masuk ke dalam pejabat sambil memperhatikan ruang pejabat yang bersepah

"Kau sapa?,"
Tanya Farid Husin

"Saya cleaner"
Jawab Fazura

"Aku tahulah kau cleaner, kau tu sapa"

"Encik tanya nama saya ke?,"
Tanya Fazura kurang mengerti dengan pertanyaan Farid Husin

"Yelah.. tak akan aku tanya nama trolley nie lah pulak"
Farid Husin mengeleng kepala

"Nama saya Fazura encik"

"Fazura"
Farid Husin menatap seketika wajah Fazura kelihatan sangat muda, dengan kulit sawo matang dan terlihat cantik jika di tatap lama

"okay Fazura, ikut saya sekejap"
Arah Farid Husin sambil menapak di tengah ruang pejabat sambil di ekori Fazura

"Aku nak kau kemas pejabat nie, tapi jangan buang apa-apa kertas tak kira kau kutip atas meja ke, atas lantai ke, susun satu tempat, kecuali plastik gula-gula atau bekas makanan, itu kau buang je, you can understand"

"Apa itu encik?,"

"Ha.. apa dia?,"
wajah Farid Husin terpinga-pinga dengan pertanyaan Fazura

Fazura diam dengan wajah serba salah, merasa malu untuk memberi tahu Farid Husin yang dia tidak memahami bahasa English

"kau tak faham ke, apa yang aku cakap tadi?,"
Tanya Farid Husin dengan wajah bingung

Fazura terangguk-angguk
"Saya faham encik, cuma.. cuma saya tak faham bahasa orang putih,"

Farid Husin lantas ketawa terkekeh-kekeh bila mendengar jawapan Fazura, baginya itu sangat melucukan

Fazura menunduk malu bila di ketawakan Farid Husin

"Sorrylah kalau aku tanya, kau sekolah sampai tingkatan berapa?,"

Fazura menghela nafas tenang memandang Farid Husin yang masih tersengih
"Darjah enam je encik"

"Darjah enam?, umur kau berapa sekarang?,"

"17 tahun"

Farid Husin terpaku seketika menatap wajah Fazura seakan tidak pecaya
"Kenapa tak sekolah?,"

Hati Fazura ketika itu mula merasa geram dengan pertanyaan Farid Husin
"Sebab keluarga saya susah encik"

"Susah? ayah dengan mak kau tak kerja ke?,"

"Ayah saya dah meninggal dunia saat usia saya tujuh tahun, ibu saya pula kudung tangan kanan di sebabkan kemalangan, saya ada adik masih bersekolah, saya perlu berkerja untuk membantu ibu dan adik saya"
Jawab Fazura hampir merasa sebak dalam dadanya

Farid Husin tersengih
"Dah nak buat macam mana, dah itu nasib kau kan, terima jelah"

Fazura tersentap lantas menatap wajah Farid Husin dengan perasaan geram, lelaki itu lansung tiada perasaan, bercakap ikut sedap mulut tanpa mempedulikan perasaan orang lain

"Okaylah.. kau boleh kemas sekarang, ikut je apa yang aku cakap tadi"
Arah Farid Husin kemudian menapak ke dalam pejabatnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience