Tapi inilah kali pertama aku mendapat perhatian dari seorang lelaki. Kalau dulu satu lelaki pun tak mau kenal dengan aku. Aku pernah berkenalan dengan beberapa lelaki melalui internet. Time tu aku selalu main chat…ramai lelaki yang aku kenal..aku pakai nick “Putri Comel”.
Ada tu yang nak jumpa aku personally, dan selalunya aku tak pernah berjumpa lelaki yang aku kenali melalui internet lebih daripada sekali. Jumpa sekali je lepas tu semua senyap. Ok ..ok…aku sedar aku ni sapa…aku tak ada rupa…badan toksah cakap ah…they don’t call me Nori Gagah for nothing man. I have to accept the fact that lelaki semuanya nak yang sempurna, nak yang cantik, nak yang lawa, and I don’t have all that.
Walaubagaimanapun aku bersyukur pada Allah. Ini semua adalah pemberian-Nya dan kita sebagai manusia jangan berlagak sangat. Badan dan rupa semuanya adalah pinjaman. Kerana lelaki-lelaki seperti inilah yang telah membuat aku lebih berazam dan kuat untuk meneruskan kehidupan. Jodoh di tangan Allah, kalau ada jodoh maka kahwinlah aku.
Wan Daim berbeza sedikit daripada lelaki lelaki lain. Dia menghormati aku, dia memahami aku. Dia tak malu keluar dan berkawan dengan aku. Pernah sekali tu kita keluar berdua, semua orang tengokkan. Yelah sapa yang tak tengok kalau satu gemuk gedabak yang lagi satu tinggi hensem. Senang punya cakap kalau ditakdirkan kita berdua perumpamaan macam pinang dibelah dua sama sekali tidak boleh digunakan.
Telefon berdering. “Hello, Nori , akulah,” suara Carmen kedengaran.
“Ha Carmen …kau tgh buat apa?”
“Aku saja duduk duduk, eh Nori aku boring ah..ni ah telefon kau nak cakap-cakap”
” Lerrrrr..macam tak biasa plak kau ni,” jawab aku sambil ketawa.
“Nori , kau dah banyak tolong aku, engkaulah kawan aku dunia akhirat. Kalau engkau takde kan, aku tak tahu apa dah jadi dengan aku,” sambung Carmen serius.
“Eh apa ni Carmen ?? Alih-alih je sentimental…apa sudah jadi?”
Share this novel