"Mama mana papa?" soal Raihan Iskandar polos.
Kanak-kanak lelaki itu terkebil-kebil sendirian apabila melihat Anis Raihanna sedang menghalakan pandangan ke arah sebuah pusara yang tidak jauh dari mereka berdiri.
Tanpa dipinta, Raihan Iskandar ditarik ke dalam dakapan Anis Raihanna. Tidak lama kemudian, esakan kecil mulai kedengaran dari Anis Raihanna. Raihan Iskandar bagai mengetahui apa yang dilalui ibunya membalas pelukan tersebut.
Kedua-dua belah tangan kecilnya digunakan untuk mengusap belakang badan Anis Raihanna. Esakan kecil tersebut semakin lama semakin kuat kedengaran. Baju Raihan Iskandar kini basah dengan air mata Anis Raihanna.
Haiqal Iskandar pula menahan sebak di dada apabila melihat keadaan keluarga kecil itu. Dia kagum dengan ketabahan Anis Raihanna sepanjang dua tahun selepas pemergian Afiq Raihan. Keadaan Anis Raihanna kini jauh lebih baik daripada dahulu.
Dia takkan lupakan betapa gadis itu terkesan dengan kematian Afiq Raihan hingga menyebabkan gadis itu hampir putus harapan dalam kehidupan. Namun, mujurlah sebaik kelahiran Raihan Iskandar, Anis Raihanna kembali seperti dahulu kala.
"Mama nangis puas-puas tau. Raihan tak nak mama nangis jumpa papa nanti." ucap Raihan memecahkan kesunyian di antara mereka.
Kata-kata Raihan membuatkan Haiqal Iskandar kembali ke realiti. Manakala, Anis Raihanna menahan diri daripada cuba menangis lagi. Mata gadis itu yang dulunya bersinar-sinar kini memerah kerana terlalu banyak menangis.
Tangan kecil Raihan menyeka air mata Anis Raihanna. Bibir pucat milik Anis Raihanna cuba mengukir senyuman ke arah Raihan. Tanpa dia sedari, Raihan menghadiahkan sebuah ciuman hangat pada dahi Anis Raihanna. Tubuh kecil itu dipeluk erat sebelum dileraikan oleh Anis Raihanna.
Sebaik selesai menenangkan diri, mereka berjalan menuju ke arah pusara milik Afiq Raihan. Raihan didukung oleh Haiqal Iskandar. Manakala, Anis Raihanna berjalan beriringan dengan mereka berdua.
"Raihan nak jumpa papa kan?" soal Anis Raihanna dengan suara serak akibat menangis sebentar tadi.
Haiqal Iskandar hanya diam menanti jawapan daripada kanak-kanak lelaki itu. Dia cuba untuk tidak menganggu perbualan antara dua anak beranak itu. Kehadiran dia di situ hanyalah untuk memastikan keselamatan mereka .
Raihan pula mengangguk laju. Matanya diliarkan ke sekeliling cuba mencari kelibat lelaki yang digelar 'papa' itu. Namun malangnya, tiada sesiapa yang berada disitu selain mereka. Hanya sebuah pusara yang berada dihadapannya kini.
"Mama mana papa? Raihan nak ajak papa makan aiskrim dengan kita." soal Raihan ingin tahu.
Anis Raihanna mengusap lembut kepala anak lelakinya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas tikar mengkuang yang dibawanya. Lalu, dia menarik Raihan untuk duduk diatas ribanya. Raihan hanya menurut tindakan ibunya tanpa banyak tanya.
"Inilah papa." ucap Anis Raihanna sambil mengusap batu nisan yang tertera nama Afiq Raihan disitu.
Raihan meniru tindakan ibunya. Anis Raihanna cuba menahan air mata yang cuba mengalir. Memorinya bersama arwah kembali berlayar difikiran.
"Assalamualaikum papa, tengoklah Raihan dengan mama datang. Ayah pun ada sekali. Raihan nak jumpa papa." ucap Raihan polos.
"Raihan sayang, papa tak boleh jumpa kita sekarang. Papa dah pergi tempat yang jauh dari sini sebab dia sayang mama dengan Raihan." celah Anis Raihanna dengan sebak.
Raihan mengangguk tanda faham. Dia kembali menghalakan pandangan ke arah pusara milik Afiq Raihan. Bibirnya mengukir senyuman.
"Raihan pun sayang papa. Raihan janji akan jaga mama dengan ayah elok-elok." ucap Raihan bersungguh-sungguh dihadapan pusara tersebut.
Anis Raihanna mengalirkan air mata mendengar kata-kata itu daripada Raihan. Hatinya tersentuh melihat Raihan seakan memahami keadaannya sekarang.
Tidak lama kemudian, Raihan kembali berada dalam dakapan ibunya. Pelukan itu dieratkan lagi oleh Anis Raihanna. Anis Raihanna cuba mencari kekuatannya daripada pelukan tersebut.
Raihan membisikkan sesuatu kepada dirinya sebelum kanak-kanak lelaki itu melelapkan mata. Hati Anis Raihanna bagai tersentak buat seketika. Kini dia sudah temui kekuatan yang dia cari bua masa ini.
"Raihan sayang mama."
??????
Anis Raihanna terasa tenang sebaik mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Raihan. Tubuh kecil yang sudah lena diulit mimpi itu ditepuk lembut.
"Is...boleh pegangkan Raihan kejap?" pinta Anis Raihanna lemah.
Haiqal Iskandar segera mendapatkan Raihan yang sedang lena diatas riba Anis Raihanna. Sebaik Raihan dibawa ke dalam dukungan Haiqal Iskandar, Anis Raihanna mendekatkan dirinya ke arah pusara milik arwah Afiq Raihan.
Tangan lembut Anis Raihanna mengalihkan beberapa daun kering yang bertaburan di atas pusara tersebut. Rumput yang mula tumbuh juga dicabut oleh Anis Raihanna. Satu senyuman terukir dibibirnya sebaik kubur itu kini bersih.
Mujurlah keadaan pusara tersebut tidak terlalu semak atau bersepah kerana dia tahu, Haiqal Iskandar selalu melawat kubur arwah dan akan membersihkannya setiap kali datang melawat. Anis Raihanna berasa untung mempunyai Haiqal Iskandar di sisi sepanjang ketiadaan arwah. Jauh disudut hati dia turut gembira bahawa arwah mempunyai kawan sebaik Haiqal Iskandar.
"Assalamualaikum, abang..." ucap Anis Raihanna dengan suara yang perlahan.
Dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-katanya. Rasa sebak mulai menguasai diri. Namun dia cuba untuk menghiraukan perasaan tersebut. Kolam air mata yang mula bertakung ditahan daripada tumpah.
"Sayang rindu abang sangat-sangat..." sambung Anis Raihanna sedaya upaya cuba menahan tangisan.
Raut wajah Afiq Raihan mulai berlayar di fikiran. Anis Raihanna memejamkan mata cuba mengamati raut wajah itu lagi. Senyuman Afiq Raihan membuatkan dia kembali kepada realiti. Perasaan pilu mula mencucuk hatinya yang sudah sedia terluka sejak daripada hari Afiq Raihan pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.
Perasaan rindu kepada orang yang telah tiada itulah yang dirasakan oleh Anis Raihanna ketika ini. Manakala, kenyataan bahwa orang yang tersayang telah pergi dan takkan kembali adalah perkara yang paling menyakitkan buat dirinya. Semuanya bagai menambah garam pada luka yang telah sedia ada.
"Sayang minta maaf...sebab dah lama tak lawat abang." ucap Anis Raihanna sebak.
Perasaan bersalah dan pilu kini bercampur menguasai tubuh lemah milik Anis Raihanna. Ya, sudah sekian lama dia tidak menjejakkan kaki di tanah perkuburan tersebut. Kali terakhir dia berada di situ ialah selepas pengebumian arwah.
Hal ini kerana dia tak sanggup menanggung perasaan rindu itu lagi. Dia tak sanggup untuk menerima kenyataan bahwa Afiq Raihan telah meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Namun hari ini dia hadir untuk menghadapi perasaan itu daripada terus membelenggu dirinya daripada kehidupannya sekarang.
"Abang, sayang dah kotakan janji abang. Sayang dah lahirkan anak kita." ucap Anis Raihanna sambil menyeka air mata yang mula mengalir.
"Nama anak kita Raihan. Raihan Iskandar. Muka dia ada iras abang. Setiap kali sayang pandang muka Raihan, sayang akan teringatkan abang." sambung Anis Raihanna lagi dengan nada mula mengendur.
Bibirnya menguntum senyuman apabila bercerita tentang Raihan. Tidak dinafikan bahawa satu-satunya anak lelakinya memiliki iras raut wajah Afiq Raihan. Namun itu jugalah yang membuatkan dia semakin rindu kepada arwah selain memberikannya kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
"Tapi sayang harap perangai dia tak macam abang. Maksud sayang, perangai abang yang dulu. Perangai abang yang nakal suka kacau sayang, suka buat sayang marah dan yang paling penting suka buat sayang menangis sebab risaukan abang." luah Anis Raihanna hingga menitiskan air mata buat sekian kalinya.
Memorinya bersama arwah yang takkan dia lupakan. Satu senyuman tawar terukir dibibirnya apabila teringatkan detik-detik gembiranya bersama Afiq Raihan. Dari saat mereka membenci satu sama lain sehingga menyayangi dengan sepenuh hati.
Anis Raihanna melepaskan tawa halus apabila mengimbau kenangan mereka berdua bergaduh ketika dulu. Masing-masing ego dengan perasaan sendiri. Sehinggalah mereka mulai sedar tentang kenyataan bahwa mereka mula menyayangi satu sama lain.
"Sayang harap Raihan dapat jadi anak yang penyayang macam abang, caring macam abang, sweet macam abang dan yang paling penting dia akan sayang mama dia macam mana papa dia sayang." ucap Anis Raihanna dengan air mata yang kembali mengalir laju.
Angin sejuk mula meniup lembut membawa pergi segala kesedihan yang melanda Anis Raihanna. Dia terasa tenang buat seketika apabila angin tersebut mengenai tubuhnya. Matanya dipejamkan bagi menikmati keadaan tersebut.
Pesanan arwah kembali berlayar di fikiran. Anis Raihanna cuba mengingati semula detik-detik terakhir dia bersama arwah. Walaupun sukar untuk dia lakukan sedemikian, dia mencuba sedaya upaya
Kata-kata terakhir Afiq Raihan masih terngiang-ngiang pada telinga Anis Raihanna. Matanya masih dipejam rapat.
"Jangan nangis, please. Abang tak nak isteri abang lemah macam ni. Abang tahu isteri abang kuat dan abang nak Hana kuat untuk abang mulai hari ni. Abang nak sayang gembira demi abang. Please?" pinta Afiq Raihan sayu.
Anis Raihanna menutup mulut mencuba untuk tidak menghamburkan tangisan. Dia membayangkan tubuh lemah milik Afiq Raihan pada hari tersebut. Dia mula menangis teresak-esak. Bahunya terhenjut sedikit akibat menangis.
"Sayang- kk-uat untuk abang. Untuk...Raihan, Untuk kita." ucap Anis Raihanna tersekat-sekat.
Tangannya lantas menyeka air mata yang mengalir laju. Dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-katanya.
"Sayang gembira ada abang dalam hidup sayang. Sepanjang 3 bulan abang jadi suami sayang, sayang gembira. Walaupun sekarang abang dah pergi tinggalkan sayang, sayang akan tetap gembira demi abang. Demi kita." sambung Anis Raihanna sayu.
"Abang sentiasa ada dengan sayang selagi sayang kuat."
Sekali lagi, kata-kata terakhir Afiq Raihan menerjah ke dalam fikiran. Senyuman terakhir arwah turut melakukan perkara yang sama. Akhirnya, Anis Raihanna mengukir senyuman penuh makna. Dia mengucapkan kata-kata terakhir sebelum beredar pergi.
"Hana, sayang abang selamanya."
??????
"Anis, awak okay tak ni? Kalau awak tak okay, biar saya dengan Raihan yang pergi beli aiskrim. Awak tunggu dalam kereta." ucap Haiqal Iskandar penuh prihatin.
Dia takut Anis Raihanna masih bersedih selepas melawat kubur arwah sebentar tadi. Riak wajah Haiqal Iskandar jelas menunjukkan bahwa dia risaukan keadaan Anis Raihanna pada ketika ini.
"Saya okay. Dah jangan risaukan saya. Saya betul-betul okay. Awak pergilah beli aiskrim untuk Raihan. Saya tunggu dalam kereta. Jangan lama sangat tau." balas Anis Raihanna lemah lembut.
Dia tersenyum nipis ke arah Haiqal Iskandar. Mungkin dia perlu memberi peluang untuk lelaki itu menyayangi dirinya. Mungkin ini jugalah masa yang sesuai untuk dia membina kehidupan baharu dan hidup bahagia.
"Ayah, Raihan nak ikut!" panggil Raihan tiba-tiba.
"Jom, Kita makan aiskrim!" balas Haiqal Iskandar teruja.
Anis Raihanna mengukir senyuman melihat mereka berdua. Kali ini dia memang benar-benar yakin dengan pilihan hidupnya. Dia layak untuk bahagia dan gembira.
"Is, saya terima." ucap Anis Raihanna kepada Haiqal Iskandar.
Haiqal Iskandar mengukir senyuman penuh makna kepada Anis Raihanna. Dia bersyukur akhirnya dia berjaya mengotakan janji arwah. Manakala, Anis Raihanna sudah bersedia untuk menerima lelaki itu didalam hidupnya.
Akhirnya, Haiqal Iskandar mengatur langkah ke arah sebuah kedai aiskrim yang berada diseberang jalan bersama Raihan di dalam dukungan. Kanak-kanak itu menepuk tangan tanda gembira. Anis Raihanna menghantar pemergian mereka daripada ekor mata.
Bibirnya tidak henti mengukir senyuman. Sudah sekian lama baru dia dapat merasakan perasaan bahagia ini. Hatinya mula berbunga-bunga apabila memikirkan dia dapat hidup sebahagia dahulu.
Pin!
Bunyi hon yang kuat mematikan lamunannya serta merta. Dia segera keluar daripada kereta untuk menyaksikan sebuah kemalangan langgar lari. Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Beberapa orang antara mereka cuba menghubungi bantuan. Selebihnya pula cuba membantu mangsa kejadian.
Entah kenapa, Anis Raihanna mula berasa tidak sedap hati. Jantungnya mula berdetak laju apabila cuba menghampiri tempat kejadian. Dia tidak henti berdoa supaya perkara buruk tidak menimpa Raihan dan Haiqal Iskandar.
Sebaik tiba di tempat kejadian, Anis Raihanna jatuh terduduk. Tidak percaya dengan apa yang dilihat dihadapan matanya sekarang. Dua orang yang dikenalinya kini sedang terbaring lemah berdarah.
"Tak mungkin...kenapa? Kenapa?" ucap Anis Raihanna mula menangis teresak-esak.
Impiannya tadi kini musnah begitu sahaja. Orang ramai masih mengerumuni tempat tersebut. Anis Raihanna bagai tidak dihiraukan oleh mereka. Tiba-tiba, jantungnya menerima kesakitan yang mencucuk hingga membuatkan dirinya sukar untuk bernafas. Dia mula bergelut dengan kesakitan tersebut sendirian.
"Sakit..." ucap Anis Raihanna meringis kesakitan.
Dia kini terbaring diatas jalan tar tersebut. Kesakitannya semakin bertambah. Kepalanya mula berpinar-pinar. Akhirnya, pandangan gadis itu bertukar menjadi gelap.
To be continued...
Pheww! Akhirnya author berjaya siapkan BAB 53 ni. ?? Stay tune for BAB 54! Maaf buat reader tertunggu ?? Author sibuk dengan online class???? Lagi 3 bab! Doakan author dapat tamatkan story ni secepat mungkin tau! Love you??
Share this novel