BAB 8

Romance Completed 16902

Aku meneliti gaun ku dihadapan cermin. Kali ni aku berpeluang untuk pergi di majlis perkahwinan adikku. Disebabkan atas rayuanku kepada Roy dan akhirnya Roy mengalah untuk membenarkan aku pergi. Tetapi syarat ketat tetap dijalankan. Aku mencapai beg tangan dan sekotak hadiah untuk diberikan kepada adikku.

Aku terus turun ke bawah dan Roy terkejut melihat penampilanku yang begitu anggun. Keningnya berkerut seribu.

"Boleh tahan..dekat jantan mana kau nak tunjuk penampilan engkau ni? Kau sajakan nak tarik perhatian orang kat sana?" Kata Roy berbaur cemburu.

"Abang..ni kan majlis perkahwinan adik Luna. Luna kenalah pakai cantik-cantik. Takkanlah nak pakai pakaian simple je? Lagipun Luna cantik untuk abang je bukannya orang lain. Nanti mana tau orang puji yang isteri abang ni cantik. Abang juga yang bangga nanti kan?" Kataku untuk mengusik suamiku.

"Selama ni takda pulak kau nak bercantik macamni waktu kita pergi dating. Baru sekarang nak tunjuk cantik depan aku. Kau ni memang ada motif ke?" Ujar suamiku seperti sangsi denganku.

"Abang ni kan suka je fikir buruk pasal isteri sendiri. Nanti saya buat penampilan buruk awak juga yang tak puas hati kan? Dahlah jomlah kita pergi dah lewat dah ni takut tak sempat." Ujarku lalu menarik tangan suamiku untuk menuju ke arah kereta. Roy lantas menuju ke tingkat atas secara tiba-tiba.

"Abang nak pergi mana tu?" Soalku yang agak hairan dengan Roy. Roy segera turun ke bawah dan membawa sehelai cardigan warna hitam milikku. Dia lantas menyarungnya pada tubuhku.

"Aku nak kau tutup dada kau pakai ni. Kau ingat aku suka kalau kau dedah dada dengan bahu kau sana sini? Kau pakai benda ni sampai habis majlis nanti." Ujarnya.

"Apa guna saya pakai cantik macamni lepastu kena pakai benda ni. Macam tak kena je dengan penampilan saya.." Ujarku kerana tidak berpuas hati.

"Aku taknak kau bantah. Kalau kau nak pergi kau pakai benda ni. Kalau kau taknak pakai, kita batalkan sahaja hasrat nak pergi sana." Ujarnya dengan tegas.

"Yelah..yelah.." Ujarku acuh tidak acuh. Nak taknak kena juga akur dengan dia.

****

Setibanya di halaman kampungku, aku sangat teruja kerana dapat melihat keindahan suasana di kampungku. Sudah lama tidak pulang ke sini sudah pasti ada banyak berlaku perubahan di sekitarnya. Aku agak teruja melihat rumah ibuku dipenuhi dengan ramai tetamu bersama kanopi yang dihias indah. Ramai orang sedang berkeliaran di sana bersama pakaian yang cantik.

Disebabkan aku tidak dapat menahan sabar lantas aku membuka pintu. Roy segera menahan tanganku.

"Kau ni tak reti nak sabar ke? Tunggulah dulu." Rungutnya sambil membuka kunci kereta. Roy segera keluar dan membukakan pintu untukku. Dia memimpin erat tanganku seeratnya dan kami sama-sama menuju ke sana.

Ramai orang terkejut melihat kami mungkin disebabkan kami jarang pulang ke sini.

"Luna!! Kau datang juga akhirnya!!" Ujar rakan sekampungku iaitu Claire. Dia sangat teruja melihat kedatanganku. Dia mahu memelukku tetapi disebabkan tanganku dipaut oleh Roy dia membatalkan hasratnya. Roy yang menatap tangannya dengan tajam membuatkan Claire menelan air liur pahit. Dia kenal dengan sikap panas baran Roy.

"Luna aku tunggu kau kat dalam ya bye..." Ujarnya perlahan lalu beredar. Dia seperti takut dengan suamiku. Roy hanya membuat pandangan kosong dan memerhati sekeliling tanpa mengambil peduli orang lain.

"Eh Luna. Lama pakcik tak jumpa kamu." Sapa Pakcik Aaron di sebelahku. Belum sempat aku mahu bersalam dengannya Roy lantas menahan tanganku.

"Maaf, this is my wife dan aku tak benarkan sesiapa bersalam dengan dia." Ujar Roy seperti tidak rasa bersalah kerana tidak menghormati orang yang lebih tua darinya. Pakcikku hanya meleparkan senyuman nipis dan tidak berniat untuk membalas.

"Maafkan pakcik. Izinkan pakcik pergi dulu ya." Ujarnya dengan perlahan lalu beredar pergi. Aku tidak mengerti mengapa Roy bersikap sedemikian sedangkan aku ingin bertegur dengan orang yang rapat denganku juga dia lantas menghalang.

"Jom masuk dalam aku taknak orang lain terlampau syok tengok kau kat sini." Ujarnya lalu membawaku masuk ke dalam.

****

"Kakak!!! Akhirnya kakak datang juga!!" Ujar Veronica lalu memelukku.

"Jahatlah adik ni. Adik langsung tak bagitau akak yang adik nak kahwin. Sedar tak sedar nak jadi isteri orang dah. Cantiklah adikni." Kataku lalu memuji adikku yang kelihatan menawan dengan gaun putih.

"Akak pun cantik juga tapi kenapa pakai cardigan macam kurang pulak nampaknya." Ujarnya dengan pelik.

"Aku rasa suami dia kot yang suruh dia pakai macamtu. Kau tengok laki dia bukan main garang lagi. Aku nak peluk dia tadi pun tak dapat. Muka hensem tapi perangai..." Ujar Claire yang turut berada di situ.

"Nak juga ya abang Roy tu bawa akak balik kat sini. Biasanya abang Roy tu jarang nak bawa akak balik kat sini. Mana abang Roy tak nampak pun?" Ujar adikku yang cuba mencari kelibat suamiku.

"Abang Roy dekat ruang tamu tengah main telefon. Dia kata malas nak layan orang kat luar sana tu." Ujarku.

"Weh sombongnya dia at least bergaul lah sikit." Perli Claire.

Kami berdua terkejut apabila pintu tersebut dibuka. Rupanya ibuku...

"Kamu bertiga buat apa lagi betapa dalam bilik ni? Cepat keluar tak lama lagi majlis dah nak mula. Kamu Veronica cepat-cepat bersiap." Ujar ibuku.

"Baik mak." Balas adikku pendek.

****

"Weh Roy, aku tak sangka kau pun ada kat sini. Lama tak jumpa bro. Kau apa khabar sekarang?" Soal lelaki itu.

"Ehh? Lucas? Kau pahal ada kat kampung bini aku ni? Macamana kau boleh ada kat sini?" Soal Roy kehairanan. Mengapa rakan lamanya boleh ada kat sini?

"Nak jadi suami oranglah. Tak nampak ke pakaian aku ni? Kau kena ingat aku ni bakal adik ipar kau. Boleh can lepak hari-hari." Ujar Lucas sambil tersengih sendiri.

"Adik ipar? Jadi maknanya kau bakal suami adik bini aku? Weh kecil betul dunia ni. Kau kerja apa sekarang ni?" Soal Roy.

"Aku ambil bahagian perkhidmatan awam. Tengok walaupun semalas-malas aku belajar dulu. Dapat juga terima pekerjaan yang baik. Kau kerja apa?" Soal Lucas.

"Aku kerja jadi ketua pengarah keselamatan" Ujar Roy dengan bangga.

"Weh seriuslah?! Hebat betul? Paduhal engkau dulu bukannya ada disiplin baik pun siap jadi ketua pembuli lagi tu. Engkau kalau dulu memang tak boleh lari dari kes buli. Asyik nak pukul orang je kerja." Ujar Lucas seolah-olah tidak percaya.

"Kau pun dua kali lima sama je. Aku ingat kau dah lupa dengan semua tu. Apapun tahniah dah jadi suami orang. Tak sabar nak buli kau setiap hari." Ujar Roy dengan mengusik rakannya itu.

"Kau jangan eh. Aku ni masih tak luput dari kaki buli tau." Ujar Lucas dengan memuji dirinya. Roy hanya menggelengkan kepala melihat sikap Lucas yang tidak berubah dari dulu. Mereka dua seolah-olah adik beradik kerana sewaktu mereka tinggal di asrama sama-sama, mereka dua sering membantu antara satu sama lain. Bukan itu sahaja mereka gemar membuli budak di asrama untuk melepaskan kegembiraan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience