Bab 11

Horror & Thriller Completed 7874

BAB 11

"Papa. Mama. Ada jumpa adik ke?" tanyaku kelam kabut sambil menuruni tangga.

"Kami tak tahu. Mari kita cari dia," kata mama dengan linangan air mata yang membasahi pipi. Papa dan aku mengangguk. Masing-masing berjalan ke arah yang berlain untuk mencari adik di sekeliling rumah. Aku ke belakang rumah, Mama dan papa pula ke bahagian hadapan.

Nama adik dipanggil berulang-ulang. Namun tiada sahutan satu pun dari adik.

Aku berlari ke bilik stor dan membuka pintu. aku lihat barang-barang di dalamnya masih sama. tiada yang berusik.
Malah Lantai yang berhabuk itu itu juga tidak terusik. Tiada langsung kesan tapak kaki di atasnya yang mungkin menjadi tanda adik pernah masuk ke situ. Aku menutup semula pintu dan memanggil nama adik di luar. Setiap inci di sekeliling aku lihat satu persatu. Tidak mahu terlepas pandang.

Mama dan papa masih di hadapan. Mencari dan memanggil nama adik. Suara papa memanggil adik boleh aku dengar hingga ke belakang rumah.

"Adik... Adik..." laung papa.

"Adik di mana sayang. Mama risau ni. Jangan main-main lagi. Keluarlah nak..." kata mama pula.

Entah mengapa mama rasa tak sedap hati dan berjalan ke arah satu pokok besar di hadapan rumah kami. Kelihatan sepasang kasut seperti kepunyaan adik boleh dilihat di pangkal pokok itu.

Tangan mama menepuk bahu papa perlahan. Papa memalingkan pandangannya ke arah mama. Pandangan penuh tanda tanya diberikan.

Jari telunjuk mama sudah memberi isyarat terhadap apa yang dilihatnya tadi.

Mama menunjukkan kelibat kasut adik di pangkal pokok dan papa juga dapat melihatnya. Mereka berjalan beriringan tangan ke arah pokok tersebut.

Setiba di pokok itu, mama terus menjerit.

"Adik...... Adik!" Ternyata adik terbaring di pangkal pokok tidak sedarkan diri. Mukanya tersembam ke tanah dan mama cepat-cepat merangkul tubuh adik kedalam pelukannya.

Papa juga turut memeluk adik dan cuba menyedarkannya. aku yang terdengar jeritan mama tadi langsung bergegas ke hadapan. Alangkah terkejutnya aku melihat adik tidak sedar diri begitu. Terus aku jatuh melutut dan air mata pun berjujuran.

Papa terus mengambil adik dari peluakn mama dan membawa adik kembali ke dalam rumah. Kami bingung keran atidak perasan langsung adik keluar dari rumah hingga terbaring di bawah pokok tidak sedarkan diri. Semuanya berlaku terlalu pantas.

Di dalam rumah, adik diletakkan di sofa. Hari semakin gelap menjelang senja. Mama ke dapur mendapatkan air. Kembali dari dapur, ada semangkuk air di tangan mama untuk direnjis ke muka adik. Setelah terkena air, barulah adik terjaga.

"Adik tak nak ikut kakak tu," katanya perlahan sebaik membuka mata.

"Kakak mana ni dik? Baiklah, mama pun tak akan benarkan adik pergi ya," kata mama cuba menenangkan adik. usapan di kepala dan ciuman di pipi mama berikan.

"Kita kena buat sesuatu. Ada yang mengganggu adik ni." kata papa tegas. Aku hanya mengangguk. Hal ini sudah ku beritahu kepada mama lebih awal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience