BAB 9 (Menuju ke mall)

Zombie Series 1354

    Askar itu mengusap kepala Adam dan menepuk belakangnya memujuk. "Jangan risau kamu sendiri perasan bukan sudah berapa lama kamu digit tetapi kamu tak berubah jadi zombi pun?" Dia memberitahu Adam. Adam mengangguk setuju. "Saya nak cari adik saya di Orion Trek Mall tapi tak sangka kena tangkap dengan lelaki ngeri tu." Adam mengeluh. "Mengapa encik selamatkan saya? Bukankah encik kawan kepada zombi doktor tu, kenapa bantu saya larikan diri? Adam binggung. "Sebab bila pandang kamu saya teringat akan anak sulung saya, jika sekarang mungkin sudah sebesar kamu. Saya tak mahu satu-satunya peluang supaya wabak zombi ni berakhir iaitu kamu." dia menerangkan. "Marilah kita masuk ke dalam stesen tren untuk ke mall yang kamu sebut. Berisiko kita tunggu di sini nanti si Luke tu tangkap kamu semula." Dia memimpin tangan Adam dan mereka menuruni tangga ke bawah.

    Kereta api disitu masih berfungsi kerana dijana oleh tenaga nuklear dan mempunyai jadual waktu ketibaan pada atas rail. Adam dan lelaki itu meneliti peta untuk ke arah Orion. Setelah sepuluh minit menunggu tiba satu tren dengan tiga gerabak yang boleh memuatkan satu gerabak dua puluh penumpang. Askar tersebut mendahului Adam untuk masuk ke gerabak pertama. Mereka masuk dan melihat sekitar lima orang lelaki yang berbadan sasa dan berbahaya dilengkapi senjata seperti parang, pisau belati dan pemukul besi besbol sedang duduk di gerabak dua memerhati gerak geri mereka berdua. Adam berasa takut dan bersembunyi di belakang askar tersebut. Lelaki itu memegang senapang M26 shotgun sebagai persiapan. Gerombolan itu memakai uniform berwarna ungu dan askar tersebut berfirasat buruk. "Budak, dengar sini. Mereka adalah banduan berbahaya. Kamu ikut saya rapar-rapat kita akan ke gerabak tiga." Adam bersetuju. Askar itu memberi Adam sepucuk pistol sebagai perlindungan dan memulakan rancangan mereka.

   Askar itu membuka pintu. "Beri kami lalu ke gerabak sana. Ini anak saya."dia memaklumkan. "Ha! Engkau siapa nak beri arahan pada kami? Jangan fikir dengan senjata kau kami takut!" ,ugut lelaki bermisai yang duduk berhadapan pintu gerabak tiga. Askar itu mengacu pada lelaki misai dan mereka yang lain memberi laluan. Sebaik sahaja Adam mendahului masuk ke gerabak tiga, askar itu ditarik oleh lelaki bermisai dan mereka mula bergelut. Lelaki itu mahu merampas senapang askar tersebut. Adam mahu membantu tetapi pintu kaca gerabak itu telah dikunci dari gerabak dua oleh askar tersebut sebelum ditarik.

     Empat lagi rakan lelaki misai itu menahan askar tersebut dan merampas senapangnya. Lalu mereka menembak kepala askar itu dan Adam menjerit terkejut. Adam segera berlari ke arah panel monitor di gerabak tiga itu dan melihat punat berhenti. Lelaki bermisai yang merampas senjata askar itu menembak pintu kaca gerabak tiga. "Bomm" pintu kaca itu berderai dan mereka segera membuka pintu gerabak tiga bagi mendapatkan Adam. "Mari sini budak bagi kami pistol tu. Kamu mana pandai guna benda bahaya tu. Mari." sahut salah seorang lelaki. Adam menekan punat berhenti dan pintu di sebelah kanannya terbuka. Lelaki bermisai menembak ke arah Adam namun sempat di elak oleh Adam.

    Adam berlari sepantas yang mampu menyelusuri laluan tren yang hanya berlampukan  cahaya di dinding . Dia kini berada di bawah tanah dan Adam memandang sekiling untuk mencari jalan keluar. Dia dikejar oleh keempat-empat lelaki banduan. Dia diterkam di leher oleh lelaki bermisai dan diangkat tinggi. Adam cuba melepaskan genggaman kuat lelaki itu pada  lehernya. "Haha aku ingat nak bunuh kau budak kecil. Tapi tengok semula kau ni comel sangat. Mari ikut kami, kami akan layan kamu baik-baik." Adam meludah muka lelaki itu dan menendang sekuat hati pada dada lelaki itu. Dia dijatuhkan dan tercungap -cungap mengambil nafas. "Sabar boss. Hal kecil, mari bawa budak ni ke tempat kita dan ajar dia adab." cadang rakannya. Tiba-tiba Adam berasa sakit dada yang sama semasa di hotel murah dan merasa seperti sesuatu sedang memerhatinya dari belakang tren yang berhenti. Adam melihat ke arah tren dan terpandang dua cahaya merah seperti mata memandangnya. "Bang" kedengaran bunyi berdentum dari arah tren dan menarik perhatian kumpulan itu. "Apa benda tu? ,soal mereka. Lelaki misai itu membidik senapangnya ke arah tren
"Aku dah bunuh lelaki askar itu, siapa pula lagi? ,dia mendengus.

    Kelihatan dua susuk haiwan seperti anjing muncul dari belakang tren dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kumpulan itu. Lelaki bermisai menembak tetapi tidak dapat menghalang dua susuk itu. Lalu dua anjing itu mengonggong dan melompat di hadapan lelaki bermisai dan mengigit kepalanya. Badan terpisah dan jatuh rebah." Boss!" ,jerit tiga kawannya tetapi mereka segera berlari dari situ. Adam yang masih bergelut dengan sakit dadanya hanya mampu memandang dua ekor anjing itu. Dia samar-samar melihat rupa anjing itu yang separuh badan tinggal tulang dan memiliki  lidah seperti Luke sambil memandang dengan rakus. Adam cemas dan mengigil ketakutan. Dua ekor anjing itu mengelilingi Adam dan mencium baunya. Adam terhenti nafas dan memandang tepat ke mata seekor anjing di hadapannya. Dia pulih dari sakit dada dan lebih hairan melihat anjing tersebut menghiraukannya dan berlalu pergi mengejar ke arah tiga lelaki tadi.

   "Argh...! Jangan ..." , kedengaran jeritan kuat dari arah hadapan. Adam kaku namun mengagahkan diri mengambil senapang dari mayat lelaki misai tanpa kepala lalu pergi ke arah tren memasuki gerabak tiga. Dia mengambil sehelai poster panjang dan menutup cermin  kaca pada pintu bagi menghalang pandangannya pada tubuh askar. Adam menekan punat start dan tren bergerak. Lalu dia duduk di kerusi pemandu tren dan mengintai ke luar tingkap. Dia dapat melihat dua ekor anjing aneh tadi melapah badan empat lelaki. Adam berasa loya dan mengalihkan pandangannya pada cermin hadapan. Adam melihat terdapat punat muzik pada panel dan menekannya. Lagu dimainkan dan Adam menangis. " Mengapa semua yang tolong aku mati? , Aku tak dapat tolong. Danial... abang tak kuat nak tahan semua ni." Adam menangis teresak sambil memeluk tubunnya. "Abang nak jumpa kamu."Adam berkata dan termenung memandang persekitaran kucar-kacir bandar setelah tren itu naik ke bahagian laluan atas. Setelah melalui dua stesen perhentiaan Adam tiba di stesen Orion. Dia mengeluh kembali. Stesen ini kelihatan suram dan terdapat beberapa zombi. Adam menyiapkan diri dan menembak zombi-zombi tersebut. Dia melihat sekeliling dan menjumpai sebuah ofis milik syarikat  tren. Kemudian dia masuk ke dalam dan melihat tiada sesiapa. Adam  pergi ke arah pantri kecil dan mengambil sebuah mee segera akibat terlalu lapar, mengambil air panas dan makan di atas sofa melepaskan lelah.

  

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience