Bab 16

Romance Series 1301

AYUNI mengakhiri perbualan. Dia tersenyum sinis. Tdk sia-sia dia mengupah Tarmizi utk mengintip setiap pergerakan Airra. Sekarang, dia sdh dpt menghidu keberadaan Airra. Pedal minyak ditekan lantas keretanya meluncur laju membelah kesibukan jalan raya.
Dia harus menamatkan riwayat gadis itu agar jalannya utk bersama Azrul akan clear dan nol halangan. Sekarang, hanya Airra yg merupakan batu halangan baginya. Kalau tamatlah riwayat gadis itu, maka semakin besarlah peluangnya utk mendekati dan memiliki Azrul.
" Tunggu kau Airra!"

SEUSAI ketemu Ashraf, Airra mengatur langkah utk kembali ke kedai. Dia harus segera menyiapkan kerjanya dan pulang ke rumah sebelum malam bertandang. Dia sudah berjanji dgn ibu utk menghadiri pertemuan tersebut.
Jam di tangan dikerling sekilas. 'Dah pukul 4. Sempat lagi ni' Dia berbisik sendiri. Airra menoleh apabila mendengar bunyi enjin kereta yg sedang menghampirinya. Dan saat itu juga, dia tersentak lantas melarikan diri dgn pantas. Tubuhnya terdampar ke bahu jalan.
Airra mengaduh kesakitan. Dilihatnya kereta tadi memecut laju, mungkin sedar usahanya tdk berhasil. Airra mengerutkan dahi. Dia spt pernah mengalami keadaan spt ini. Namun semakin diingat, semakin pusing kepalanya.
Airra memegang kejap lengannya yg berdarah. Ada luka sedikit, mungkin kerana hendak mengelak tadi, dia tdk sedar akan dirinya yg terdorong sehingga lengannya itu mencium simen jalan.
Tanpa dia sedari, sebuah motorsikal berkuasa tinggi mendekatinya. Lelaki yg mengenakan helmet full face itu berhenti betul-betul di hadapannya lalu menghulurkan tangannya utk membantu Airra.
Airra memanggung kepala, memandang lelaki yg tdk dikenalinya itu. Dia mengerutkan dahinya. Huluran lelaki tadi tdk disambut sebaliknya dia cuba utk mengenalpasti lelaki di hadapannya saat ini.
" Airra!" Satu suara menjerit menyebabkan lelaki tadi memecut laju dan meninggalkan Airra yg terpinga-pinga.
Ashraf berlari mendapatkan Airra. Sebelum sempat dia menghidupkan enjin kereta, dia terdengar bunyi jatuh tdk jauh dr tempat dia memarkir kereta. Saat menyedari Airra tercampak ke bahu jalan, dia segera mendapatkan gadis itu. Cemas dan risau singgah di ruang hati.
" Awak tak apa-apa ke?" Soal Ashraf sambil memapah tubuh Airra.
Airra diam tdk berkutik. Peristiwa tadi benar-benar mencemaskannya. Dia hampir kehilangan nyawa. Siapa yg seteganya memperlakukannya spt itu? Setahu dia, dia tdk bermusuh dgn siapa-siapa sementelah skop pergaulannya terbatas utk keluarga dan si Ashraf itu saja.
" Airra, awak okey ke tak?" Ashraf mulai cemas apabila didapati gadis itu tidak memberikan sebarang tindak balas terhadapnya. Dia membawa Airra ke sebuah bangku kayu panjang yg sengaja diletakkan di hadapan kedai bakeri gadis itu. Dibantunya Airra utk duduk lantas luka di lengan Airra diperiksa seketika. Habis koyak lengan baju kurungnya dek terjatuh tadi.
" Ya Allah! Adek!" Akief separuh menjerit. Dia yg barusan selesai mengunci pintu bakeri, terkejut dgn keadaan Airra saat itu. Lantas, didekati si adik lalu punggungnya dilabuhkan di sisi Airra.
" Adek kenapa ni? Macam mana boleh luka ni?" Perasaan cemas Ashraf tadi bertukar ke Akief. Sempat lagi abangnya itu membelek-belek lengannya.
" Airra jatuh sebab ada kereta yg cuba nak langgar dia tadi" Cerita Ashraf.
Akief tersentak. Perasaan takut mula merajai lubuk hati. Takkanlah orang yg sama lagi?
" Siapa yg langgar adek? Kereta apa dek? Adek nampak tak muka dia?"
" Alongg..." Airra separuh merengek, memberi isyarat agar Akief mampu bersabar dan tdk mendesaknya dgn pelbagai soalan. Dia sendiri juga tdk punya jawapan kpd soalan-soalan tersebut. Bahkan sehingga ke saat ini, dia masih dihantui dengan perasaan kaget dan bingung.
Ashraf bergegas ke kereta lalu mengambil kotak first aidnya yg memang disimpan di dlm kereta utk tujuan kecemasan. Seketika kemudian, dia kembali kpd Airra lalu duduk berlutut di hadapan gadis itu.
Airra terkebil-kebil dgn perlakuan Ashraf. Dapat dia rasakan jari-jemari lembut lelaki itu menyentuh lengannya sesudah dia diarahkan utk menyinsing lengan bajunya sehingga ke paras atas.
Akief terdiam dan galak memerhatikan aksi Ashraf. Tdk berani utk bersuara sementelah Airra dilihatnya sdg menahan kesakitan.
" Saya tak apa-apalah Raf"
" Kena check ni. Takut infection"
" What infection? Saya cuma jatuh. Bukannya..." Airra tdk mampu utk menghabiskan ayat-ayatnya apabila wajah serius Ashraf ditujukan kepadanya. Dia menelan liur melihat riak serius itu. Setahu dia, itu adalah kali kedua wajah itu dihidangkan utknya. Sudahnya, Airra hanya diam membatu dan membiarkan Ashraf menjalankan tugasnya.
" Tempat awak jatuh tadi bukannya bersih. So, tak pasti sama ada debu tu debu biasa atau dah tercemar dgn bahan lain. Kadang-kadang, ianya tercampur dgn udara kotor yg dibawa oleh manusia atau haiwan. Kalau terkena infection, lagi teruk tahu tak? Kalau awak tak mampu nak bagi orang lain sayang awak, sekurang-kurangnya tolonglah sayang diri sendiri" Airra terkedu dgn ayat terakhir dr lelaki itu. Benar-benar menyindir dia saat ini. Tapi ada benarnya kata-kata Ashraf. Dia tdk pasti akan kebersihan tempat itu kerana bukan bidang kuasanya utk membersih bahagian tersebut. Hmmm, a doctor is always a doctor!
Akief tersenyum melihat cara layanan Ashraf kpd Airra. Sayangnya lelaki itu sudah ditolak sebelum sempat diberi peluang utk membuktikan perasaannya. Tapi dia harus bagaimana? Semuanya berkaitan dgn perasaan Airra. Dan bukan tugas dia utk memaksa Airra menerima Ashraf.
" Saya dah sapu iodine. Nasib awak baik. Luka ni tak seberapa. So tak perlu risau sangatlah" Dia tersenyum manis menyampaikan berita itu.
" Nak kena bayar ke?" tanya Akief bodoh.
Airra merona merah. Aishhh, along ni! Tak perlulah tanya. Bayar jelah!
" Boleh, tapi bayar dgn kek hasil tangan Airra. Saya tak nak kek yg display kat cermin tu. Nak yg istimewa sikit. Boleh?" pinta Ashraf. Wajahnya penuh pengharapan memandang tampang manis Airra.
Airra mengulum senyuman sambil mengangguk. Orang dah buat baik ,takkan nak balas dgn tuba pulak kan?
Tanpa disedar, lelaki yg bermotorsikal berkuasa tinggi tadi sempat memerhatikan gelagat mereka dari jauh. Matanya yg sayu hanya mampu melihat Airra dari jauh. Namun di lubuk hatinya yg paling dalam, dia sangat-sangat merindui wajah manis itu.
" Airra" Nama itu sdh berjuta kali hinggap di bibirnya ,namun masih belum berpeluang utk mereka bersua muka. Setelah melihat Airra dan Akief berjalan menuju ke kereta, diikuti lelaki tadi dari belakang, dia mengintip dari belakang dan berkira-kira hendak mengekori Airra. Dia harus mencari tahu keberadaan Airra dgn segera. Sdh tdk sabar agaknya utk memiliki gadis itu secepat mungkin.

AYUNI menghentak stereng kereta berkali-kali. Percubaannya gagal lagi kali ini. Dia fikir, Airra dapat dihapuskan kali ini sementelah peluangnya sangat besar. Namun sangkaaannya meleset sama sekali.
Handphone di dalam beg dicapai. Pantas saja jari-jemarinya mendail nombor seseorang.
" Hello. Aku nak kau habiskan perempuan tu. Tak kira dgn cara apa sekalipun. Perempuan tu ligat sangat nak dibunuh. Aku tak kisah, cara apa pun yg kau buat. Yang penting, aku tak nak perempuan tu muncul depan aku lagi" Ayuni mendengus kasar. Dia benci dgn Airra dan wajah manis itu. Baru saja hendak menarik nafas lega dgn ketiadaan Airra, namun nafas itu kembali tersekat apabila bayang-bayang gadis itu mula mengacau segalanya.
" Arghhhhhhh!" Dia menjerit geram. Penumbuk digenggam. Bibir diketap. Dendamnya semakin membara. Tunggu kau Airra!!!
Ayuni membetulkan rambutnya. Dia harus cepat bersiap kerana ingin ketemu Azrul. Sdh agak lama rasanya mereka tdk berjumpa. Rindunya bukan main kepalang lagi pada lelaki itu.

AZRUL menghempas tubuh ke sofa. Remote aircon dicapai lalu suhu bilik diputar sehingga ke suhu dingin. Dia menghela nafas berat. Keberadaan Airra sudah dijejaki.
Malam semalam, sempat Badri mengkhabarkan tempat Airra bekerja. Oleh kerana itu, dia mengambil peluang itu utk ketemu Airra namun belum pun sempat itu berlaku, Airra hampir-hampir dilanggar oleh seseorang. Lantas, dia bergegas mendapatkan Airra lantaran kebingungan dgn apa yg berlaku. Fikirnya, dia dapat memberitahu perkara sebenar kepada Airra namun jeritan seorang lelaki membataskannya.
Azrul mengerut dahi. Siapa lelaki itu? Dia tampaknya begitu risau akan keadaan Airra. Azrul diserang perasaan cemburu. Dia tdk rela ada lelaki lain yg mengambil berat akan Airra.
Sebuah keluhan berat terlepas juga. Deringan lagu handphonenya menyentakkannya dari lamunan. Dia malas-malas hendak bangkit dr duduknya. Namun deringan handphone yg terus-terusan menjerit minta diangkat membuatkan dia terpaksa juga mengalah. Dicapai handphone yg letaknya di atas meja di tepi katilnya. Tertera nama Ayuni di situ. Dia mendengus keras. Perempuan ni tak pernah biarkan aku hidup tenang!
" Hmmm kau nak apa?"
" I nak ajak you keluar. Jommm. Kita dah lama tak jumpa" Suara yg sengaja dimanjakan. Azrul muak. Bosan dgn telatah gedik Ayuni.
" Aku penat!" Perbualan dimatikan. Dia menikam handphone ke katil. Sampai bila dia harus berada dalam cengkaman dan perangkap Ayuni? Perempuan itu sangat bijak memerangkapnya sehinggakan dia tdk mampu utk berganjak walaupun seinci.
Bunyi mesej dr handphone memecah kesunyian ruang empat dinding itu. Dia sdh dapat mengagak siapa gerangan si pemesej. Dicapai handphone lalu dibuka isi mesej.
' Kalau you tak nak keluar dgn I, you takkan jumpa Airra sampai bila-bila!' Azrul mencebik. Bosan dgn ugutan yg sama setiap hari. Sudahnya, dia tetap terpaksa menurut demi keselamatan Airra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience