PROLOG

Drama Completed 82823

Petang itu hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Sesekali, kedengaran bunyi guntur membelah langit. Walaupun jam baru menginjak ke pukul lima petang, langit sudah kelihatan mendung dan gelap. Di dalam sebuah banglo besar, kelihatan Puan Marlisa dan satu-satu anak tunggalnya, sedang duduk menikmati minum petang di meja makan. Sesekali bola mata Marlisa mengerling ke arah pintu, terpancar kerisauan di wajahnya setiap kali pandangan diarahkan ke situ.

"Mana daddy kamu tak balik-balik lagi ni? risau mummy, dahlah mata daddy kamu tu bukan elok sangat, bahaya kalau dia memandu dalam keadaan hujan macam ni.." Bebel Marlisa dengan nada gusar.

Kepala anak lelakinya diusap perlahan. Kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun itu hanya memandang kosong sebelum meneruskan mengunyah kek pisang di tangannya yang terhenti sebentar tadi.

"Sayang, napa makan comot ni? sini, mummy bersihkan..hahh, hensem dan kacak dah anak mummy ni!" Bibir si kecil dilap perlahan, sambil mata sesekali dikerling ke pintu, sukar benar ditangkis kegusaran di hati. Apatah lagi bila dengar bunyi guruh saling bersahutan.

"Daddy belum balik ke?" Si kecil bertanya bila mulai menyedari keresahan yang terpamer di wajah ibunya.

PANGG!!

Terkejut dua beranak itu bila mendengar bunyi hempasan pintu akibat ditolak dengan kuat. Serentak, mereka berdua bingkas bangun lalu bergegas menuju ke ruang tamu.

"Abangg!!"

"Lisa! Tolong ambil tuala kering..cepat sikit!"

Puan Marlisa bergegas mengambil tuala di dalam bilik seperti yang dipinta walau dalam benak penuh dengan persoalan. Takpe..lepas penuhi permintaan suami, dia akan tanya.. biar sampai ke akar umbi! Rasa curiga semakin menusuk-nusuk di kalbu..

Sementara itu, di ruang tamu, anak lelaki kecil itu sedang bersembunyi di belakang sofa sambil memerhatikan setiap gerak geri ayahnya. Dia lihat ayah sedang membaringkan sekujur tubuh kecil di atas permaidani. Tubuh sekecil dirinya, berpakaian gaun serba putih yang sudah basah lencun, berkulit putih melepak dipenuhi lebam-lebam dan bekas luka.

"Caleeb Haqqan! naik ke atas sekarang ok, pergi cepat.." Marlisa menegur lembut dari arah belakang.

Kepala digeleng bila lihat anak kecil itu terhendap-hendap di sebalik sofa, pasti sama sepertinya, penuh tanda tanda melihat sang suami muncul dalam keadaan basah kuyup sambil mengendong sekujur tubuh budak perempuan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Hanya manusia abnormal yang tidak kisah!!

"Haqq..pergi sekarang!" Marlisa bersuara tegas bila si kecil masih membatu, statik di kedudukannya.

Perlahan, Caleeb Haqqan membuka langkah, satu-satu..lambat-lambat dituju ke arah tangga. Nampak sungguh ketidakrelaan di wajah kanak-kanak itu, namun arahan terpaksa dipatuhi. Setelah kelibat Haqq menghilang, Marlisa memusing badan lalu melangkah menghampiri suami.

"Nah, ini tuala kering abang.."

Encik Musytari mengambil tuala dari tangan isterinya lalu mula mengelap tubuh dan wajah kanak-kanak perempuan yang masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Marlisa mendekatkan wajah.

"Siapa budak ni bang?" Bermacam-macam andaian bermain di benak Marlisa sekarang. Jangan bilang ini anak luar nikah Mus! Oh..tidak sanggup dia hadapi kalau sampai itu kebenarannya! Sumpah dia akan kerat harta paling berharga milik suami kalau sampai itu terjadi!

Kebisuan Musytari semakin menambah curiga Marlisa. Sang suami kelihatan begitu tekun membersihkan kanak-kanak tersebut tanpa mengendahkan Marlisa yang terpacak di sebelah.

"Abangg!!"

"Jangan fikir yang bukan-bukan Lisa! Kau tahu aku bukan seperti itu bukan?! Aku jumpa budak ni terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan sewaktu dalam perjalanan balik tadi. Dah, bantu aku carikan pakaian Haqq. Kita kena ganti pakaian basah dia ni, nanti sakit budak ni."

Masih tidak puas hati dengan jawapan suami, namun Marlisa tetap turutkan permintaan itu. Melihat budak kecil yang kelihatan sungguh tidak bermaya dan menggigil kesejukan, dia
turut rasa simpati.

Pakaian budak perempuan itu diganti oleh Marlisa. Kemudian, tubuh kecil itu diangkat oleh Musytari lalu dibaringkan di atas sofa. Tidak lama kemudian budak perempuan itu mengerang lalu membuka mata luas-luas. Marlisa dan Musytari berpandangan buat seketika. Masing-masing kagum melihat rupa paras sempurna yang dimiliki oleh budak perempuan itu. Wajah bujur sirih, mata bulat dengan iris besar hitam pekat, bulu mata panjang, tebal dan lentik serta rambut ikal hitam pekat panjang hingga ke pinggang. Ditambah pula dengan kulit putih melepak, cantik sungguh budaknya!

"Anak ni siapa nama?" Tanya Musytari dengan penuh hati-hati, risau menakutkan budak perempuan yang kelihatan sangat kaget dengan bola mata yang melilau ke sana sini.

"P..pakcik, makcik, s..saya di mana?" Lunak suara si kecil bertanya dalam keadaan tergagap-gagap.

"Jangan risau nak, kau selamat di sini..Anak ni siapa nama?" Musytari masih cuba memujuk dengan lembut.

"V..Violet..Nama saya Violet Arianna, pakcik."

Musytari merenung wajah ketakutan Violet Arianna. Rasa simpati pada budak perempuan itu mula menebal di hati, lebih-lebih lagi melihat kesan luka dan lebam di seluruh tubuh kecil itu. Pelbagai andaian timbul di dalam benak.

"Violet..kalau tidak keberatan, boleh cerita pada pakcik apa terjadi pada kau? Pakcik nampak kau terbaring di tepi jalan tadi."

Violet Arianna bingkas bangun lalu menarik kedua belah lutut ke dada dan dipeluknya erat-erat, sekujur tubuh kecil itu mulai menggigil ketakutan. Sesaat kemudian, Violet Arianna mulai menangis teresak-esak.

"Panti Asuhan...s..semua musnah terbakar..."

Musytari dan Marlisa berbalas pandangan. Musytari segera menggapai remote tv di atas meja lalu dihidupkan peti television besar yang terlekat di dinding. Chanel berita tempatan segera dicari.

"Panti Asuhan Gemilang yang terletak di Kota Kinabalu musnah akibat kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar elektrik. Kejadian berlaku pada jam 4 petang waktu tempatan......"

"Aaarggghhhhh!!!!!"

Musytari kelam kabut menutup televisyen manakala Marlisa segera mendapatkan Violet Arianna yang kelihatan sudah tidak keruan, menjerit-jerit sambil menutup telinga dengan tapak tangan. Marlisa segera memeluk Violet dengan erat sambil menepuk perlahan belakang Violet, cuba menenangkannya.

'Syyttt, it's okay Violet...."

Violet Arianna mengerling peti televisyen dengan penuh amarah. Hati diselaputi dendam membara..Tipu!!! Semua yang disampaikan adalah palsu belaka!! Violet menggigit bibir bawah..Suatu waktu nanti dia pasti akan kembali dan membongkar segalanya!!

Manakala di sebalik dinding, berhampiran dengan tangga menuju ke tingkat atas, Caleeb Haqqan duduk mencangkung sambil badan disandarkan pada dinding. Wajahnya masam mencuka, jemari dikepal erat. Bencii!! Bertapa benci dan cemburunya dia melihat mummy dan daddy memberi perhatian dan kasih sayang pada budak asing itu. Dia benar-benar tidak suka!! Tengoklahh..Ini Haqq ok!! Dia pasti akan lakukan sesuatu, budak perempuan itu pasti akan meninggalkan rumahnya dalam masa yang terdekat..hahaha...

Bilang mw rest time posa tp otak ni kan malar menjana idea muehehehe...layan jelaa gais.. 10 Hari akn dismbung lepas raya ya..

Share this novel

Mermaid_
2023-07-03 18:54:15 

unlock kejap pleaseeee nak baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience