BAB 14

Romance Series 68161

Sofea di benarkan untuk keluar dari wad oleh kerana kesihatan dirinya membaik , sampai sahaja rumah danish sofea mengerutkan dahi dan memandang ke arah danish..

"Rumah siapa? kenapa tak balik terus?" soal sofea tetapi danish hanya membalas senyuman dan keluar dari keretanya...

"danisya tahu rumah siapa ni?" tanya sofea kepada danisya pula , "Entah aku pun tak thu sebab tk pernah pergi sini" jawab danisya...

Sofea masih dalam kereta dan memerhatikan rumah banglo yang besar itu , sofea memandang ke arah pagar yang terbuka luas dan bibirnya mengukirkan senyuman manis...

"Makcik salmah" kata sofea dan terus keluar dari kereta , "Ya allah sofea slow slow jalan tu bahaya la kau ni"

"Sorry , happy sangat tengok makcik dengan pakcik dekat sini rindu" kata sofea dan memeluk mak cik salmah....

Mereka duduk di ruang tamu sambil mak sal menghidangkan minuman untuk mereka jamu , "Mak sal jangan la susah susah , esok ada orang gaji datang" ucap danish yang duduk di sebelah sofea...

"Rumah siapa ni?" bisik sofea , "Nanti aku bgitahu sekrang luangkan masa dengan keluarga kau aku nk balik rumah mama , hantar si danisya sekali kau ada nak apa apa tak?" jawab danish...

Sofea mengeleng , "Makan? minum? kau tak mengidam apa apa ke?"

"Saya nk peluk awak kuat kuat tapi tu tak akan terjadi" bisik sofea sendiri dan mengelengkan kepalanya...

"Danish minta diri dulu , nak hantar adik danish balik rumah mama sambil tu nak ambik barang danish sikit" kata danish dan meminta diri..

Hilang sahaja kelibat danish dan danisya syamsul terus duduk di sebelah sofea dan memberikan pandangan menakutkan , "Jangan la pandang macam tu" kata sofea sambil menolak perlahan wajah abangnya..

"Dia buat apa dengan kau? bleeding kenapa? jatuh? kena pukul?"

"Syamsul kenapa tanya macam tu , ya allah kamu ni tak baik tuduh sebarangan boleh jatuh fitnah tu syamsul" marah pakcik daus..

"Syam nak kepastian dari sofea kalau betuk dia bleeding sebab kena pukul dengan danish , syam tak nak adik syam terluka , kalau perlu syam bawak lari sofea dari danish" ujar syamsul...

"Abang bukan salah danish , ini disebabkan kecuaian adik sendiri , kalau betul dia tk nak anak dia , dia tak akan cemas waktu dia tahu adik berdarahan bang"

Syamsul diam , "Tak salah abang nak risaukan adik tapi jangan la sampai menfitnah dia bang" pujuk sofea dan syamsul mengangguk perlahan...

"Semalam danisya dengan pak kasim dah buat repot polis , sekrang polis tengah cari kereta vios berwarna hitam so sekrang kita tunggu" kata danisya pada danish..

"Esok abang jumpa maya , ikutkan haritu abang jumpa dia tapi sofea pula masuk hospital jadi abang tangguhkan dulu" ujar danish pula..

Danisya mengangguk faham , "Cepat la tahu pelaku dia siapa , biar cepat sikit kes ni selesa dan abang pun tak anggap sofea tu perempuan murah"

Danish mengeluh perlahan , "Sekrang abang tak anggap dia macam tu tapi abang perlukan bukti" jawab danish...

Danisya mengangguk sekali lagi dan mengeluarkan phonenya , "Wow sherry dah jadi ceo di syarikat keluarga dia"

"Apa?"

"Sherry kawan irdina dah jadi ceo di syarikat keluarga dia , sekrang dia dah setaraf abang dah sebagai ceo di company sendiri" ujar danisya lagi..

"Apa kata adik tanya pada dia tentang malam tu , seingat abang la kan , abang ada jumpa dia dekat club tu and then abang terus lupa apa jadi dekat situ"

"Abang nak kata yang sherry ada kena mengena dengan kes ni?" soal danisya...

"No , just asking about that" arah danish , danisya mengangguk dan terus memandang ke luar tingkap sambil menikmati perjalanan mereka....

***************************************

"Perempuan ni settlekan malam ni juga" arah liya pada 2 lelaki yang agak sasa , sherry dan liya upah tom dan khai dua lelaki ini pernah menangkap sofea dan membawanya ke hotel...

Sherry dan liya upah mereka untuk menangkap maya berkerja di hotel itu untuk menutup mulutnya daripada memberitahu kepada danish tentang apa yang berlalu malam itu....

"Tangkap lepastu bawak dia ke rumah kosong ni , jangan apa apa kan dia tunggu arahan aku" ujar liya lagi...

"Mana sherry? asal dia tak ada sekali?"

"Dia ada urusan penting , ingat buat kerja baik baik kalau tak payment korang tak akan dapat" pesan liya dan mereka pun terus pergi


Datin mendengar bunyi kereta danish masuk ke halama rumah mereka jadi datin terus ke pintu depan , "Hey danish balik berdua je mana perempuan tu? ikut jantan lain pula ke?" soal datin..

"Ma danish baru balik ni ma , jangan la cakap macam tu" jawab danish dan naik tangga bersama danisya , di ikuti datin rahila..

"mana dia? mama ni nak bgi dia vitamin tau , kenapa dia tak balik ni? danish kamu tak cari dia ke? ha mama dah agak dah dia mesti mengandung anak orang lain tu sebab dia tak balik" ucap datin dan danish terus pusing kebelakang..

"Ma stop ma stop" marah danish , "Danish marah mama?"

Danish mengeleng dan tangannya di letakkan di belakang leher , "Ma perempuan tu ada nama , dia sofea isteri danish dan anak yang dia gandungkan sekrang adalah anak danish , danish yakin seratus peratus itu adalah anak danish bukan anak orang lain jadi boleh tak mama stop tuduh dia yang bukan bukan" kata danish...

Datin agak terkejut dengan apa yang di katakan danish , "Are you in love with him? You have to remember that I don't like him and I don't want you to fall in love with him, because he will take advantage of you?" ujar datin...

"Salah ke? danisya rasa la kan tak salah pun kalau abang sayang dan cintakan sofea , yelah sofea tu isteri abang jadi tak salah , ya salah tu mama sibuk sangat hal abang denga sofea kenapa" sampuk danisya pula ..

"Dah dah , cukup tak payah nak bergaduh danish penat ni ma so please stop okey , danish nak kemas barang" ucap danish dan terus naik..

"Ingat danish mama tak suka kan dia jadi kamu jangan cintakan dia" jerit datin rahila tetapi danish mengabaikan nya....

Danish mengemas kain baju sofea lagi dan kain baju untuk dirinya , selesa mengemas dia rehatkan diri di katil sehingga la dia terlena dibuai mimpi....

"Esok jumpa di tempat yang saya dah bagi pada awak , maaf tak dapat jumpa malam ni sebab danish dia ada hal yang tak dapat di elakkan" ujar taufiq yang menghubungi maya..

"Tak apa saya faham"

"Sorry ya , dah kali kedua kita batalkan perjumpaan"

"Eh tak apa saya faham , saya okey je lagipun orang macam putera danish mesti ada banyak perkara yang dia perlu uruskan" jawab maya dan mereka menamatkan panggilan...

Maya meminta diri kepada kawannya untuk lunch terlebih dahulu , "Hi boleh tolong saya tak , adik saya dia tak berapa sihat jadi saya perlukan pertolongan staff wanita untuk tengok kan adik saya" kata tom yang mamakai mask dan juga topi..

"Dekat mana adik encik? saya boleh tolong" tanya maya dan tom pun membawanya ke arah parking kereta , sampai sahaja di parking kereta tom terus menutup mulut maya dan maya pun pengsan...

"Senang kerja aku" bisik tom dan memapah maya masuk ke kereta dengan bantuan khai..."Terus ke rumah kosong tu" arah tom

"Tak nak usik sikit ke? barang macam baik je ni?" tnya khai dan tom terus memandang belakang melihat maya yang pengsan...

"Tak boleh , mampus kita kalau sherry tahu kita usik dia , tunggu je arahan" tolak tom...Jadi mereka terus ke rumah kosong tempat mereka sembunyi bersama maya...

Sofea yang berada di bilik terasa bosan jadi dia memutuskan untuk turun ke bawah dan berjumpa dengan mak sal , "sedapnya bau" bisik sofea...

Sofea terus ke arah dapur dan melihat mak sal yang fokus memasak , "Banyaknya lauk , boleh habis ke ni mak sal?" soal sofea dan mak sal senyum..

"Lauk ni semua boleh habis , danish suka kan lauk kampung semalam dia makan banyak berkali kali dia tambah nasi"

Sofea berkerut dahi , "Dia tak suka lauk kampung tapi kenapa dia makan? dia mungkin nak jaga hati mak sal je kot" ujar sofea...

"Sofea setiap orang pasti boleh berubah , mana tahu ini berubahan danish , kamu tu jangan la fikir yang bukan bukan ingat dia tu suami kamu tau" jawab mak sal dan sofea pun hanya berdiam sahaja...

Sofea memandang phonenya dah 3 jam lebih danish masih belum balik ke sini dan itu membuatkan sofea mula bimbang , "cuba la call" kata mak sal..

Sofea pun mencapai phonenya lalu cuba hubungi danish tapi tidak di angkat , "Sekali je? mana boleh macam tu try lagi"

Sofea melepaskan keluhan dan cuba sekali lagi , datin yang masuk ke bilik danish mendengar bunyi phone danish yang berdering dan langsung mencapainya...

"Sofea , sejak bila perempuan ni ada phone? dasar kaki kikis" bisik datin dan terus menjawabnya , "Kau nak apa? anak aku tengh tidur yang kau kacau kenapa?" marah datin..

"Maaf datin , saya cuma"

"Cuma apa? eh kau tu dah la menyusahkan aku , apa yang kau dah hasut dia sampai dia sanggup marah aku , ingat eh sofea sampai bila bila pun aku tak akan anggap kau sebagai menantu aku" kata datin..

Suara datin yang agak menganggu membangunkan danish , "Ma siapa tu ma?" soal danish sambil gosok matanya..

Datin tidak menjawab , "Sofea ke?" tanya danish dan kali ini dia terus bangun dan merampas phonenya dari datin..

"Hello , hello" danish melihat skrin ternyata sofea sudah menamatkan panggilanya..

"Apa yang mama cakap dengan sofea? kenapa mama tak puas hati sangat dengan sofea? mama dia menantu mama tau"

"Menantu hantu" ujar datin dan terus keluar dari bilik danish , danish terus mencapai beg bajunya dan terus keluar dari rumah agam itu panggilan datin danish langsung tidak peduli......

"Mama susah sangat nak terima sofea kenapa? mama irdina tu tak sesuci yang mama sangkakan, tunggu la bila sampai masanya nanti mama sendiri akan merayu pada sofea supaya stay dengan kita" sampuk danisya dari tingkat atas.....

"Sofea" panggil mak sal dan sofea pun terus memeluk mak sal...

"Sofea kena kuat , banyakkan bersabar ya sayang ingat awak tu mengandung dan sofea perlukan sokongan dari danish , jangan buat keputusan sepihak ya sofea" pesan mak sal sambil mengusapnya...

*************************************

Irdina mengetuk pintu rumah faris dan di sambut baik oleh faris , "Hello baby" kata irdina dan mereka masuk ke dalam rumah...

"I miss you so much , kenapa ambik masa lama sangat dekat sana? you tak rindu i?" soal faris sambil memeluk pinggang irdina..

"I miss you so much , sorry dekat sana banyak kerja yang i kena handle and i stay sini pun seminggu je b" jawab irdina dan tangannya memeluk leher faris..

"You know what i want right? so let's go baby" bisik faris tetapi irdina menahannya , "Bagi i mandi dulu okey i baru sampai"

"No, now is the time to have fun, I've been holding it for too long so I want to let go of all my longing for you"

Faris mengangkat irdina dan membawa nya ke bilik tidur mereka , "Kenapa sekrang you makin sexy ni? i rasa beruntung dapat you" puji faris..

"love you sayang , i really love you" ucap faris dan mereka pun melakukan hal yang tidak sewajarnya...Faris amat menyayangi irdina dan tidak mahu kehilangan irdina kerana bginya irdina wanita yang sesuai dengannnya dan wanita yang tepat....

Sherry dan liya duduk di depan maya yang telah di ikat dan mulutnya juga ditutup dengan kain , "Oi bangun" kejut sherry dan simbah air ke wajah maya..

Maya terbangun dengan nafas termengah mengah , "Buka penutup mulut dia tu , aku nak cakap dengan dia" arah sherry...

Tom mencabut kain di mulut maya , "Kenapa korang tangkap aku ni? lepaskan aku la" jerit maya....Sherry mengcengkam wajah maya lalu tersenyum

"Kau rasa sebab apa aku tangkap kau?" tanya sherry..

"Sebab kau nak bocor kan rahsia aku pada danish , kau tahu aku baru jadi ceo dan kau nak hancur kan macam tu je" marah sherry lagi...

"Perbuatan kau salah , aku tak nak bersubahat dengan kau , kau perempuan jijik , perempuan kotor bukannya sofea" lawan maya pula..

"Jijik? kotor? okey sekrang ni aku akan jadi kan kau perempuan kotor dan jijik supaya kita sama , tom khai korang boleh sentuh dia tpi ingat jangan sampai mampus pula perempuan ni" arah sherry...

"Jangan , jangan apa apa kan aku , sherry kau tak akan selamat sherry" jerit maya kerana sherry dan liya sudah pun keluar dari bilik itu...

Tom dan khai rasa seronok bila di beri arahan sebegitu , jadi mereka tidak bermasalah untuk menjalankan arahan dari sherry kerana arahan itu bagi mereka meyenangkan mereka......

"Assalamuailaikum , mak sal mana sofea?" soal danish yang baru tiba di rumahnya dan terus mencari keberadaan sofea..

"Dia dekat atas , pergi la tengok" sampuk syamsul , danish terus menuju ke lift dan naik ke tingkat biliknya sampai sahaja di bilik danish dapat melihat sofea yang hanya memakai tuala sahaja...

Sofea tidak berasa dengan kehadiran danish , danish pula meletakkan beg perlahan lahan di sofa dan melangkah ke arahan sofea , bau sabun dan shampoo yang di pakai oleh sofea menusuk ke hidup danish membuatkan danish semakin ghairah....

Danish memeluk sofea dari belakang dan dagunya diletakkan di bahu sofea , "Ya allah apa ni , lepas la danish" kata sofea yang terkejut dengan tindakkan danish

"Kenapa tk ketuk dulu sebelum masuk?"

"Sebab ni bilik kita , jadi aku tak perlu ketuk" jawab danish..

"Tolong lepaskan pelukkan awak saya tak selesa macam ni"

Sofea mengeluh dan cuba melepakan pelukan danish tetapi tidak berjaya , "Stay macam ni sekejap , aku rasa selesa macam ni" bisik danish...

Sofea yang mendengarnya terus meremang bulu roma nya sebab setiap hembusan nafas danish , terkena pada kulit sofea , dengan perlahan danish mengucup lembut leher sofea dan sofea hanya terdiam kaku...

"Kau wangi" puji nya , "Aku minta maaf bagi pihak mama , aku tak tahu kau terasa dengan mama sebah aku tak nak kau sakit hati , lagipun benda tu tak baik untuk kau dan kandungan" tambah danish..

"Saya tak terasa pun" bohong sofea , danish melepaskan pelukan dan memusingkan sofea supaya menghadap ke arahnya...

"Aku akan cari siapa dalang semua ni , aku akan bersihkan nama aku dan nama kau , lagipun orang tu perlu di tangkap dan kenakan hukuman yang sepatutnya" ucap danish..

Sofea tersenyum , "Bagus la lagi cepat awak tangkap pelakunya lagi cepat awak lepaskan saya kan"

"Sofea , stop cakap pasal ni boleh tak? berapa kali aku kata yang aku tak akan lepaskan kau sampai bila bila , selagi aku tak lafaz kan selagi tu kau isteri aku yang sah" marah danish..

Danish memandang sofea dari atas sampai bawah . "Pergi la pakai baju , aku takut aku tak boleh kawal nanti kau aku terkam" arah danish..

"Gatal" ucap sofea sambil berjalan ke arah bilik pakaian mereka , danish yang mendengarnya hanya mampu tersenyum kerana baginya sofea kelihatan comel apabila menahan marah....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience