Bab 17

Short Story Series 55082

(ALAM MIMPI)

Rina berjalan di dalam kegelapan. Perutnya sudah kempis, tiada lagi bayi di dalam kandungannya tetapi kakinya dipenuhi dengan darah yang sudah mulai kering. Dia teringat bahawa dia sedang diburu oleh penduduk kampung kerana mereka mendapat berita tentang kehamilannya. Dimana anaknya? Mengapa dia tidak melihat apa-apa melainkan gelap gelita. Rina masih meneruskan perjalanannya yang hanya ditemani cahaya yang samar-samar dikejauhan. Ketika kakinya mulai terasa sakit dan lemah tidak mampu lagi untuk terus berjalan tiba-tiba Rina melihat satu pintu pagar yang sangat tinggi ke atas tidak dilihat penghujungnya.

Rina melihat disebalik pagar itu terdapat sungai yang bersih dan air terjun yang mengalir indah. Bauannya juga wangi semerbak sehingga mampu menghilangkan penat lelahnya. Rina mendekati pagar itu dan cuba menolaknya tetapi pagar itu berkunci. Dia tidak mampu melepasi tempat itu kerana tinggi dan lebarnya tidak berpenghujung apabila dia mencari-cari adakah pintu lain yang boleh dimasukinya sehingga terduduk lemah. Tiba-tiba Rina melihat seseorang yang berjalan disebalik pagar itu. Pakaiannya sangat bersih lagi cantik. Bau wangian badannya sudah tercium dari tempatnya duduk bersimpuh. Semakin lama semakin dekat wanita itu menghampirinya sehingga kelihatan jelas wajah cantik bak bidadari itu sedang tesenyum memandangnya.

"Mengapa kau disini, anakku?" Wanita itu bertanya lembut. Tangannya menggenggam tangan Rina yang memegang tiang besi.

"Saya tersesat. Bolehkah kamu bukakan pintu pagar ini agar saya boleh tinggal di dalamnya dan menikmati air sungai yang mengalir seperti susu itu?" Rina bertanya memandang mata bening wanita itu. Seperti ada satu kerinduan terhadap wanita di hadapannya itu yang tidak dapat digambarkan oleh Rina yang kian bermukim di dadanya.

"Maaf, aku mahu sekali membantu kamu tapi Allah masih tidak mengizinkan kamu masuk ke sini." Wanita itu bersuara lembut memujuk Rina yang kecewa mendengar kata-katanya.

"Tolonglah, saya sedang diburu orang kampung dan anak saya sudah hilang. Tolong, bukakan pintu ini. Saya takut berada disini sendirian." Rina merayu lagi agar boleh dibukakan pintu untuknya.

"Jangan takut, anakku. Ingat, Allah akan selalu bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Ada Allah yang jauh lebih dekat dengan kamu berbanding jantungmu sendiri." Wanita itu mengeluarkan tangannya untuk menyapu air mata Rina sebelum mengusap kepala Rina dengan penuh cinta tetapi Rina mengambil tangan wanita itu dan menciumnya lama seakan mahu menghilangkan kerinduannya terhadap wanita itu.

"Ikuti bacaanku anakku..." Wanita itu meminta Rina mengikuti bacaannya.

Ul?'ika yujzaunal-gurfata bim? ?abar? wa yulaqqauna f?h? ta?iyyataw wa sal?m?
(Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya)

Rina mengikuti bacaan daripada wanita itu dengan jiwa yang bergetar dan air mata yang berlinangan. Rina tahu surah yang dibacanya itu. Itu surah Al-Fuqan ayat ke 75. Dia mengulanginya beberapa kali sehingga dia wajahnya tertunduk di hadapan pagar yang tinggi itu kerana tiada lagi kekuatan untuknya terus mendongak. Ayat itu menggocang nalurinya dan membuatkan dia menangis dengan hiba. Wanita itu setia menemaninya dan tidak melepaskan pegangan tangannya.

"Aku sendiri yang akan menyambutmu kelak di sini, anakku. Dipagar ini, aku akan bertemu denganmu semula. Tetaplah ikhlas dan tabah dalam menghadapi ujian hidupmu." Wanita itu berbicara lembut dan penuh kasih sayang terhadap Rina.

Rina mengangguk, dia tidak tahu dia berada di mana tetapi tempat yang dilihatnya itu begitu indah sehingga dia tidak mahu berlalu dari situ. Entah bila satu hari nanti yang dikatakan oleh wanita itu tiba tetapi dia akan tetap berada di situ sehingga pintu itu terbuka untuknya. Dia tidak akan ke mana-mana.

"Muhammad Qalifh Althar itu nama anakmu. Dia sangat merindui kehangatan pelukan seorang ibu. Berdoalah terus kepada Allah agar kamu dan anakmu boleh bertemu kembali. Allah tidak pernah bosan mendengar doa-doa hamba-Nya." Wanita itu berbisik kepada Rina sebelum menyambung dengan zikrullah diikuti oleh Rina.

(ALAM SEDAR)

"Lihat, Mak Sofi tidak menipu. Puan Rina sedang membaca ayat al-quran sambil menangis." Mak Sofi menunjukkan perkara itu kepada Tan Sri Mansur. Dia yang terjaga apabila terdengar suara Rina yang sayup-sayup kedengaran meminta pertolongan. Mak Sofi sangka pada awalnya dia tersalah dengar akibat masih mamai tetapi apabila dia melihat tubuh Rina yang menggeletar akibat menangis dengan hiba segera Mak Sofi menuju ke bilik Tan Sri Mansur untuk mengejutkan lelaki itu walaupun ketika itu sudah hampir pukul tiga pagi.

"Rina...adakah kamu dengar suara papa?" Tan Sri Mansur menggenggam tangan Rina dengan penuh pengharapan agar menantunya itu terjaga dari tidur yang panjang.

Ya Allah, Ya Allah.
Subhanallah, Walhamdulillah,
Allahuakhbar, Ya Allah!,
Lailahaillallah!

Terdengar lirih suara Rina berzikir memuji Allah dengan linangan air mata yang tidak henti-henti mengalir dari bucu matanya. Rina masih tidak sedarkan diri! Apa yang berlaku pada Rina di alam mimpinya itu sehingga sebegini rupa tangisan menantunya itu? Tan Sri Mansur turut menangis di samping Rina. Mak Sofi yang melihat kejadian itu turut sama menitiskan air mata.

Tiba-tiba Rina mendiamkan diri. Badannya tidak bergetar seperti tadi, dia sudah tenang semula seperti tiada apa-apa yang berlaku. Air matanya juga sudah berhenti daripada terus mengalir.

"Ya Allah, bangunkanlah menantuku daripada tidurnya yang panjang. Jangan kau ambil nyawanya sebelum sempat hamba membahagiakannya." Tan Sri Mansur menadah tapak tangan dan berdoa diaminkan oleh Mak Sofi. Perlahan-lahan Tan Sri Mansur mencium dahi Rina dan mengusap kepala menantunya itu dengan penuh kasing sayang.

"Ingat, Sofi. Jangan beritahu sesiapa tentang perkara yang kamu lihat hari ini. Biarlah menjadi rahsia kita berdua. Besok saya akan ke hospital untuk memberitahu doktor tentang kejadian ini. Semoga ada petanda baik yang Rina akan sedar kembali tidak lama lagi." Tan Sri Mansur memberitahu Mak Sofi agar menutup mulutnya daripada bercerita kepada sesiapa.

"Walaupun pada... Aqil. Aqil tidak boleh mengetahui hal ini." Tan Sri Mansur sempat menoleh ke arah Mak Sofi sebelum keluar dari bilik itu.

"Baiklah tan sri." Mak Sofi mengangguk. Ada baiknya jika Aqil tidak mengetahui kerana jika lelaki itu tahu pasti hatinya kembali berbelah bahagi untuk menikahi Shofwah. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka dan meneruskan kehidupan masing-masing.

"Qalifh..." Rina bersuara sekali lagi tidak lama kemudian tetapi tidak didengari oleh Mak Sofi kerana perempuan itu sudah kembali terbuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience