Malam itu, Amir mengambil keputusan untuk tidur awal. Kerana siang harinya begitu padat dengan latihan sukan dan juga waktu petang dia terkejar-kejar kelas mengaji. Lalu tepat jan 10.30 malam, Amir pun mengemas buku-bukunya dan tidur. Hari ini hari pertama Amir tidur tanpa ditemani kakak-kakaknya. Amir anak lelaki tunggal. Dia mempunyai dua orang kakak dan juga seorang adik perempuan. "Abang, malam ni tidur orang-sorang..abang dah besar, dah sunat kena tidur sorang, dah besar.. tau...nak tidur..solat isya' dulu baca selawat, doa lepas tu tidur" pesan ibu Amir. "baik ibu" balasnya.
Jam menunjukkan pukul 2pagi. Seluruh keluarga amir telah pun lena diulit mimpi. Nak pula malam tu hujan lebat. Sedang Amir nyeyak tidur, lenanya diganggu dengan panggilan ibunya. "Abang....dah tidur ke?" Soal ibu Amir. "Ibu...Abang mengantuk...abang nak tidur." Kata Amir dengan mata yang terpejam. "Alahhh. bukak sekejap je..." balas ibunya. "Kerana Amir tidak mahu menghampakan permintaan ibunya, dia pun membuka mata. alangkah terkejutnya Amir apabila melihat lembaga yang berambut panjang, bermuka hodoh dan mata bewarna merah saga memandangnya sambil menyeringai.
Amir segera berlari ke bilik ibunya. "Abang nampak ada hantu!!!!"jeritnya sambil menangis. Habis isi rumah terjaga dari lena dan membuka lampu bilik Amir. "Takde apa-apa pun bang" rungut kakak sulungnya.
"Ada..takkan abang nak tipu" balas Amir. Lalu malam itu Amir tidur bersama ibunya, keesokan harinya dia mengambil cuti kerana demam.
-End-
Share this novel