24

Romance Completed 95763

"Menangis pula dia." Ikram Benjamin menyimpul senyum. Kemudian, dia mendaratkan ciumannya pada pipi Anggun Dahlia. Dia mahu perempuan itu tahu bahawa setiap hari semakin menebal rasa sayang dan rindunya buat perempuan itu.

"Tapi satu aje yang abang nak tahu sampai hari ni. Kenapa semalam tiba-tiba panggil abang...baby?" Rangkulan dipinggang Anggun Dahlia semakin dieeratkan. Kemudian, dia mencuri pandang perempuan itu dari tepi. Sesekali dia mencium lengannya yang terlapis dengan pijama.

"Err....sebab..." Tiba-tiba sengihan Meena Nelson menerjah kotak fikirannya. Terus saja hatinya panas menggelegak.

"Sayang cemburu?" Ikram Benjamin menyimpul senyum. Tangannya memegang pipi putih itu. Mahu saja digigit pipi itu sehingga berbekas. Malu-malu pula dia ketika itu.

"Tak!" Riak mukanya berubah serta-merta. Perlu ke ditanya jika seorang isteri cemburu? Perlu? Tangannya diramas geram.

"Hahaha. Tengok tu. Abang tanya tapi dia marah pula. Hmm?" Pipi Anggun Dahlia dicium bertalu-talu. Geram!

"Dahlia tak suka..." Ayat mati disitu. Perlahan saja suaranya meniti didepan Ikram Benjamin. Dia memandang setiap inci lelaki itu. Dia yang membuatkan jiwanya semakin menggila. Dia juga yang membuatkan hati perempuannya lembut seperti kapas. Dia mengaku dirinya tidak boleh hidup tanpa lelaki itu. Dia mengaku dia mula tamakkan kasih dari lelaki itu. Dia tidak mahu ada seorang manusia pun yang mendekati lelaki itu. Kerana lelaki itu adalah miliknya.

"Dahlia tak suka abang rapat dengan Aminah." Anak mata lelaki itu direnung dalam.

"Nama dia Meena, sayang. Bukan Aminah." Hidung perempuan itu ditarik geram. Kemudian, dia tersengih.

"Kenapa sayang tak suka?" Ikram Benjamin merenung perempuan. Tangan Dahlia diraih lembut. Dia membawa tangan itu ke bibirnya. Lalu, jatuh sebuah kucupan hangat pada tangan itu.

"Sebab dia...err..." Ayatnya tergantung begitu saja. Ikram Benjamin menjungkit kening menunggu jawapan Anggun Dahlia.

"Dia curi abang dari Dahlia. Dahlia tak suka dia. Pakaian dia seksi. Macam pakai baju koyak-koyak. Kesian." Anggun Dahlia memandang Ikram Benjamin dalam diam. Tetapi cepat saja matanya dialih ke arah lain. Ikram Benjamin pula melorek senyuman taktala mendengar perkataan 'koyak-koyak'. Dengan mulutnya yang memuncung dan riak muka yang penuh perasaan. Seperti sedang berbual dengan anak kecil.

"Bila masa dia curi abang dari bidadari abang ni?" Leher putih Anggun Dahlia menjadi sasarannya.

"Bila masa dia curi abang dari bidadari abang ni?" Anggun Dahlia mengajuk semula ayat Ikram Benjamin. Membuatkan lelaki itu memandang tepat ke arahnya. Tidak lama kemudian, bibirnya menarik sengihan nakal.

"Oh, mengolok abang? Hmm? Nak kena ni." Lantas cuping telinga perempuan itu digigit lembut. Bibirnya turun pula ke leher jinjang Anggun Dahlia. Satu gigitan kecil hinggap disitu.

"Abang! Okey...okey Dahlia tak mengolok lagi." Dia menahan dada lelaki itu dari terus mendekat. Risau jika dilayan lain pula jadinya nanti.

"Haa, tahu takut. Lain kali..." Bahu Anggun Dahlia dicium.

"...jangan..." Ciumannya singgah pula didagu.

"...mengolok abang. Tahu?" Dia mahu mencium bibir lembut itu. Tetapi laju saja tangan Anggun Dahlia menahan bahunya.

"Tahu apa? Tahu sumbat cicah sambal kacang?" Anggun Dahlia sudah mengekek ketawa apabila mata lelaki itu membuntang. Ikram Benjamin mengetap giginya. Geram pula dia dengan perempuan itu.

"Mengolok lagi...abang bawa sayang masuk bilik." Pandangannya mencerun tajam. Hujung bibirnya menarik sengihan nakal.

"Errr..Dahlia...Dahlia nak sambung buat kerja." Dia bingkas turun dari peha Ikram Benjamin. Jantungnya sudah hilang rentak rasanya. Baru saja dia mahu mengelak dari lelaki itu tangannya sudah ditarik ke dalam rangkulannya.

"Sayang nak ke mana? Hmm?" Tubuh kecil itu dirangkul erat. Ikram Benjamin tersengih sendiri. Bibir bawahnya digigit. Perempuan itu selalu saja membuat jiwanya tidak tentu arah.

"Err...nak...nak buat kerja." Ligat otaknya memikirkan cara untuk melepaskan diri dari Ikram Benjamin.

"Hmmm...come! Teman abang." Lantas tubuh Anggun Dahlia dicempung. Tanpa banyak bicara dia melangkah keluar dari ruang kerja itu. Kakinya mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Iaitu letaknya biilik tidur mereka.

Anggun Dahlia kelu. Sekejap saja tubuhnya melayang dicempung Ikram Benjamin. Matanya dipejam. Air liur ditelan payah. 'Bilik? Mati aku!' Bibirnya diketap. Cemas rasanya. Jantungnya mahu gugur. Tidak! Tidak! Kerjanya masih menunggu.

Sampai saja dibilik, tubuh Anggun Dahlia dibaringkan dikatil. Belum sempat perempuan itu bangun, dia terlebih dahulu mengunci kedua-dua tangannya ditilam. Dia mendekatkan mukanya dengan Anggun Dahlia. Anak mata itu dipandang redup. Rentak nafasnya sudah menggila. Ya, dia gilakan perempuan dihadapannya sekarang. Matanya meliar ke seluruh tubuh Anggun Dahlia.

"I have to say sorry, bidadari abang. But...let me 'eat' you today. I can't wait till tonight...because...you make me...crazy." Air liurnya ditelan rakus. Dia menarik sengih nakal.

Anggun Dahlia memejamkan matanya. Dia malu mahu menatap lelaki itu. Kenapa? Kenapa waktu begini dia rasakan, dia juga memerlukan lelaki itu? Ah, biarkan soalan itu tanpa jawapan. Yang dia tahu sekarang, bangun saja nanti dia mahu lari jauh. Lari ke mana? Lari sajalah ke mana pun. Dia malu dengan lelaki itu. Atau mungkin selepas ini dia akan memaksa dirinya dibungkus dengan plastik sampah hitam. Biarlah, biar lelaki itu tidak mengusiknya lagi selepas ini. Tolonglah, agar hari ini berlalu dengan cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience