(novantaquattro) 94

Other Series 152486

"Zen.. sampaikan salam saya pada mereka di sana ye? InsyaAllah lepas habis pantang, saya pulang. Kan honey?" Dom yang duduk di sebelahnya ditanya sekilas.

"Hmm.. boleh.".balasnya pendek sambil mata tidak berkalih daripada skrin telefon di tangan.

"Sure thing signora." balas Zen dengan senyuman nipis.

Duduknya bangun dan mahu meminta diri. Aleena juga turut bangun mahu menghantar Zen ke muka pintu. Si suami yang tidak berganjak dipandangnya sekilas.

"Mika? Come on.. Zen nak pergi dah tu." ajak Aleena lembut.

"I want to talk a moment with Zen. Cara, awak pergilah ke luar dulu." beritahunya pada Aleena dengan senyuman.

"Ouh. Okay."

"Andy dear.. teman mummy ke luar ya?" panggil Dom pada Andy yang turut sama ada di situ.

"Alright daddy." Tanpa banyak tanya, dia berjalan ke arah Aleena dan memegang tangan si ibu, berpimpinan ke luar.

"Dom?" Dom kembali mengalihkan pandangannya ke arah Zen yang setiap berdiri di hadapannya.

"I just want to remind you, make sure the body is not found or it looks like suicide. I don't want this matter to be magnified and investigated by the police. That would be sucks." ucap Dom dingin.

Suaranya perlahan saja, khuatir didengari.Aleena pula. Zen menarik nafas dalam sebelum menunduk menerima arahan.

"Certainly Dom."

Lelaki itu sekadar menangguk saja sebelum bangun dengan bantuan tongkatnya. Zen membiarkan si tuan mendahului, berjalan di hadapan ke luar dan dia hanya membontoti perlahan.

Sebuah kereta sudah menunggu Zen. Segala barangan lelaki itu sudah disimpan ke dalam bonet untuk dibawa ke lapangan terbang.

"Zenny.." panggilan Aleena membuatkan Zen menoleh.

Wanita itu menghampirinya sebelum kot bewarna khaki di tubuh si adik itu diperbetulkan kedudukannya sedikit.

"Awak ke sana.. jaga diri. Jangan lupakan kami di sini pulak, hmm?" Zen mengangguk dengan senyuman.

"Baik signora."

Aleena menarik sedikit tubuh Zen merapatinya sebelum berbisik perlahan.

"Pujuklah Aisyah juga okay?" ketawa kecil Aleena dengan kata-katanya.

Zen hanya mempu mengangguk dengan senyuman plastik. Wajah gembira si puan tidak dapat menenangkan dia.

Dia bukan saja mahu ke Malaysia untuk bertemu Aisyah tetapi dia juga perlu membunuh seseorang yang tidak dia tahu mengapa sebabnya. Hanya sekadar menuruti arahan daripada si tuan.

"Saya minta diri dulu." pinta Zen. Aleena sekadar mengangguk.

"Salam uncle Zenny Andy.." arahnya pada si anak pula. Andy terus menyalami Zen dan mengucup kedua belah pipi lelaki itu dan dibalas Zen yang sama.

Tubuh dikalihkan menghadap si tuan pula sebelum menunduk hormat.

"Dom, please excuse me." ucapnya datar.

"Hmm.. have fun there." ucap Dom dengan senyuman nipis.

Zen masuk ke bahagian belakang kereta yang sedia dibuka oleh seorang pengiring. Sebaik saja meloloskan diri, pintu lantas ditutup.

Tanpa menunggu lama, kereta tersebut terus berlalu pergi, meninggalkan perkarangan Forrestor.

Andy dan Aleena melambai-lambai menghantar pemergian Zen ke Malaysia sedang Dom hanya melihat saja.

"Dah la tu. Carrissima, masuk dalam. Rehat. Andy, you too." arah Dom sebelum mahu melangkah masuk ke dalam.

Andy dan Aleena hanya menuruti kata Dom.

~~~~~~~~~~~~~~

Zen hanya banyak termenung semenjak meninggalkan mansion tadi. Fikirannya menerawang, berbelah bahagi.

Dia sudah tidak mahu melakukan perbuatan keji itu lagi. Mengambil nyawa orang lain bukanlah tugasnya tetapi arahan Dom..

Mungkin orang lain akan fikir dia bodoh kerana taksub dengan Dom tetapi dia tak boleh..

Mata dipejam rapat sambil mengeluh berat.

'Tak mengapa Zen.. pasti ada sebab mengapa Dom mahu aku bunuh lelaki itu. Aku hanya perlu lakukannya.' diri sendiri cuba ditenangkan.

First class flight diambilnya dari Bremmen ke Malaysia. Dia perlu selesaikan segalanya juga. Mesti.

~~~~~~~~~~~~

Setiba di Malaysia, Zen mula dengan rancangannya. Sebuah suite di tempah untuk dua hari untuk melakukan tugasnya manakala pada hujung minggu, dia mahu bertemu Aisyah untuk habiskan segalanya.

Pistol Beretta bersama picu penyenyap saja yang dibawa. Naufal bukanlah seorang yang berpengaruh mahupun mahir untuk dia perlukan lebih daripada sepucuk pistol. Mungkin saja hanya satu peluru diperlukan untuk membunuh lelaki itu.

Pada hari pertama, Zen mula menjejak kedudukan Naufal seperti yang diberitahu Dom. Lelaki itu tak pernah melarikan matanya daripada Naufal semenjak peristiwa Javier di Malaysia.

Tidak Zen sangka sehingga kini Dom masih kekal memantau kedudukan lelaki itu.

Malam,

Sebuah rumah diperhatikan Zen dari duduknya. Ducati hitam yang dinaikinya hanya dibiarkan tersadai di tepi jalan sambil melihat-lihat sekeliling.

Daripada pemantauan Zen, Naufal masih lagi belajar dan melakukan kerja sambilan di malam hari.

Jadi malam ini, dia akan tamatkan riwayat lelaki itu walaupun sukar buatnya.

Sebuah kereta bezza merah melintasinya pada lewat malam itu. Perlahan-lahan berhenti di hadapan sebuah rumah teres setingkat yang agak lama di situ.

Nombor plat kereta itu ditelitinya. Tidak syak lagi, itulah kereta lelaki itu.

Bayangan Naufal yang baru keluar daripada kereta untuk membuka pintu pagar lebih meyakinkan Zen lagi.

Daripada duduknya di atas motosikal, pucuk pistol dikeluarkan. Picu penyenyap sudah dipasang.

Kepala si lelaki dibidik dari jarak 10 meter, mengikuti pergerakan Naufal yang leka membuka kunci pagar. Menembak bukanlah sukar baginya yang terlalu berpengalaman.

Mangsa seperti Naufal akan dia bunuh hanya dengan sekelip mata saja. Jari sudah berada di tempatnya, hanya menunggu waktu untuk menembak.

"Dispiace signor."

Naufal yang membuka pintu pagar sedikit tersentak. Terkejut dengan sesuatu yang tidak dia sangkakan.

"Abang! Happy birthday!"

Pistol si tangan Zen jatuh melihat lelaki itu mula memeluk seorang wanita yang sarat mengandung.

"La.. iyeke. Hahaha.. abang tak ingat langsunglah. Terima kasih sayang, len kali tak payah tunggu abang. Tidur jela, dah pukul berapa ni?" mereka mula berbual mesra tanpa sedarkan kehadiran Zen tidak jauh dari situ, dalam kegelapan.

'Kau perlu bunuh dia untuk Dom.. kau perlu bunuh dia, it's an order Zen.'

Pistol kembali diangkat, mangsa yang terdedah mudah saja disasarkan. Bergetar hebat tangannya, was-was.

Otaknya mula ligat berkecamuk, buntu!

"Fuck!" pistol dihentaknya kuat ke handle motor sehingga pecah bahagian pemegang itu.

Naufal yang mendengar suatu hentakan mula mengalihkan pandangan, seorang lelaki berjaket hitam dan berhelmet dilihatnya.

Zen serta-merta menghidupkan motosikalnya dan memecut laju melewati Naufal dan isterinya di muka pagar.

"Siapa tu bang? Kenapa?" si isteri bertanya sambil sedikit terjenguk-jenguk keluar.

"Hmm.. entahlah. Takde ape kot. Jomlah masuk, dah lewat ni. Esok abang nak ke kelas pulak." Naufal mengajak si isterinya.

~~~~~~~~~~

Telefon didailnya, menunggu panggilan disambungkan. Tidak seberapa lama kemudian, panggilan bersambung.

"Speak." arah Dom dingin.

Kesat liur Zen. Bagai tersekat di kerongkongnya. Bagaimana penerimaan Dom nanti jika diberitahu bahwa dia tak berani membunuh Naufal? Shit!

"I'm terribly sorry Dom. I can't do this." tuturnya perlahan. Jalanraya yang tidak pernah kosong dengan kenderaan itu dipandangnya sepi di sebuah perhentian bas.

"Why?" suara Dom semakin keras pada pendengaran Zen. Mata dipejam rapat dengan bibir diketap, takut akan apa yang bakal dia hadapi.

"He is married and his wife is pregnant. I can't do it. I can't kill him. Not like this signore." lemah tutur Zen.

Dom di sebelah sana hanya diam membisu seketika, semakin mendebarkannya.

Entah sejak bila dia menjadi lemah begini, dia juga tidak pasti. Dahulu jika Dom menyuruhnya membunuh wanita dan kanak-kanak, senang saja tubuhnya bertindak balas melaksanakan tugas.

Tua, muda, sakit, mengandung.. semua itu tidak pernah dia ambil peduli asalkan arahan Dom diikuti.

Tetapi kini, dia tak boleh lakukannya.. dia tak mampu, dia tak sanggup..

"What the fuck are you thinking?" Zen sudah bersandar pasrah di dinding.

Berilah apapun hukumannya, dia sanggup terima. Dia rela, asalkan Naufal tidak dibunuh.

Fikirannya jauh memikirkan nasib wanita tadi dan kandungannya jika si suami di bunuh. Dia tidak sekejam dulu!

"Zenny."

..

"If that so, it's okay then.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience