Selesai bersolat dan melipat telekungnya lantas menyangkutnya di tempat biasa, Wieyda berbaring di atas katil. Fikirannya terganggu dengan perbualan bersama ibunya tadi. Ah. Dia sangat kisah sebenarnya. Terasa dia seakan kalah dan tidak bertuah apabila jodohnya masih belum tiba sedangkan adik sendiri sudah mahu menjadi seorang isteri. Tapi, logiklah kalau adiknya Ameena yang bertemu jodoh dahulu, kerana adiknya itu lebih cantik darinya. Kan? Hmm..tapi benarkah jodohnya lambat kerana faktor kecantikan semata-mata? Bukan kerana hatinya yang sengaja dikunci rapat????
Oh Tuhan..kenapa sukar sekali hati ini mahu terbuka pada sesuatu yang bernama cinta seorang lelaki? Kenapa hanya lelaki itu yang ada dalam hatiku sejak dulu? Kenapa terlalu sukar untukku buang dan padam namanya pada dinding hati ini?
Kipas yang berputar di pandang tidak berkelip. Kahwin.. hmm, entah bila dia akan dapat merasai itu semua. Hatinya seakan tertutup untuk seorang lelaki. Bagaimana mahu kawin?
‘Abang…’
Share this novel