-Bab 4-

Drama Series 5663

Hari ini dah genap 6 bulan selepas penceraian Sera dengan Daniel. Tiada perubahan dalam kehidupan Sera. Hari-hari yang Sera lalui hanya dipernuhi dengan kerja. Hanya yang berubah adalah Sera telah meningkat usia 29 tahun.

------------------------------------------------------------------------------

"Sera, cepat lah hoi, kami dah lama tunggu ni.". Kata Farah yang sudah menunggu di dalam kereta.

"Sera o sera, kami ni nak pigi kerja, nanti kena bebel dengan bos kami.". Ain yang turut memanggil Sera.

"Esh, korang ni bising lah, macam makcik-makcik, baru sekejap aku lambat."

"Mana kami tak bising, nanti kami lambat, kena buang kerja nanti, syarikat tu bukan syarikat bapa kami." kata Farah.

"Nak perli aku lah tu, jom lah jalan, kata lambat tadi." Sera yang sudah pun masuk ke dalam kereta.

Farah terus memecut laju meninggalkan rumah mereka pergi tampat kerja mereka.


Setelah beberapa minit, mereka telah tiba di bangunan QS ( pejabat Sera ).

"Sera, nanti aku tak dapat kau ambil kau, aku dengan Ain ada meeting dekat JB, mungkin malam baru balik" kata Farah.

"ok, nanti aku balik sendiri, korang hati-hati tau, lagi-lagi kau tu Farah jangan nak laju sangat bawa kereta, keselamatan tu penting."

"Yala, Cik Sera Amani." kata Farah.

Sera melambai Farah dan Ain, dan melihat mereka pergi. Sera tanpa membuang masa masuk ke dalam pejabatnya.

------------------------------------------------------------------------------
Sera sibuk melakukan perkerjaannya sebagai Director Designer untuk mereka perabot yang terbaharu untuk syarikat mereka. Tiba-tiba pintu pejabat Sera terbuka, Sera langsung melihat sosok badan yang dia sangat kenali.

"Hi sister, I'm back." Kata Yusri.

"Assalamualaikum Yusri."

"Waalaikumsalam kak Sera."

Dato Ahmad dan Datin Suraya dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Yusran, anak sulung dan Yusri, anak kedua. Sera Amani pula di ambil sebagai anak angkat keluarga ini ketika Dato Ahmad menjumpai Sera yang masih bayi ditinggalkan di hadapan rumah mereka. Semenjak itu, Dato Ahmad telah menganggap Sera sebagai anak kandungnya sendiri. Namun, sehingga sekarang Datin Suraya masih tidak dapat menerima Sera sebagai alih kerluarganya kerana dia merasakan kehadiran Sera dalam keluarga memberikan beban kepadanya. Semua keluarga Dato Ahmad melayan Sera dengan baik kecuali Datin Suraya.

"Bila kau balik Malaysia ?"

"Sejam yang lalu, landing je aku terus jumpa akak. Nak bagi suprise, rindu dengan akak lah." Yusri yang sekarang merapatkan mulutnya yang nak mencium pipi Sera. Sera dengan pantas nya menampar pipi Yusri dengan perlahan untuk mengelak ciuman itu.

"Auch, sakitlah, nak cium pun tak boleh."
Yusri yang berpura-pura sakit akibat tamparan Sera itu.

"Apa nak cium-cium, manja sangat, tak boleh dah, dah besar panjang masih nak manja macam baby." Sakat Sera.

"Rindukan, dah lah akak tak jenguk Yusri dekat Australia. 4 tahun Yusri dekat sana, tak pernah akak jenguk Yusri." Yusri berpura-pura merajuk.

"Akak banyak kerja, semenjak bercerai ni akak makin sibuk."

"Akak bercerai dengan Tengku Daniel ? Bila ? Kenapa Yusri tak tahu, dah berapa lama ?"

"Dah 6 bulan, akak tak nak kau tahu, nanti ganggu kau belajar, lagipun dah selesai, cerita lama dah, dah basi."

"Jadi abang Yusran tahu yang akak dah cerai ?"

"Tak."

"Jadi akak.......".

Kata Yusri tergantung apabila melihat PA Sera masuk.

"Cik Sera, dato...., maaf menganggu perbualan Cik Sera dengan Encik Yusri, Dato panggil Cik Sera di pejabatnya sekarang juga."

"Oo ok, thank you Yasmin, saya pergi sekarang."

"Akak siapa tu ? Lawa lah." Tanya Yusri

"Dah mula lah perangai buaya kau tu, itu PA akak, Yasmin. Jangan try dia tau, tunang orang tu."

"Baru tunang belum kahwin, sedangkan yang kahwin boleh bercerai." Jawab Yusri dengan selamba.

"Jangan jadi orang ketiga dalam hubungan orang lain, tak aman hidup kau nanti, eh dah lah akak nak pergi jumpa ayah. Kau pulak balik lah jumpa ibu, ibu rindu tu dengan kau."

Yusri dan Sera bersama-sama keluar dari pejabat Sera. Yusri yang melihat Yasmin terus memgenyitkan matanya kepada Yasmin. Sera yang ternampak perbuatan Yusri terus sahaja memukul bahagian belakang kepala Yusri. Yusri berpura-pura meraung kesakitan untuk mengambil perhatian Yasmin. Sera memberi amaran kepada Yusri. Setelah itu Yusri pun berlalu pergi.

------------------------------------------------------------------------------

Tok,tok,tok, Sera mengetuk pintu pejabat Dato Ahmad.

"Masuk". Sera yang mendengar suara Dato Ahmad tu dari dalam segera masuk ke dalam pejabat.

"Maaf Sera lambat, tadi ada Yusri datang tu lah Sera lambat."

"Budak tu dia balik pun tak bagitau ayah dengan ibu, suka hati dia pigi suka hati dia balik je, erm." Rungut Dato Ahmad mengenai anak lelaki nya tu.Sera hanya tersenyum mendengarnya.

"Yasmin kata, ayah ada nak bincang dengan Sera, soal design yang baru tu ke ?"

"Haa iya, hampir lupa. Ayah panggil kamu ke sini nak bagitahu temankan ayah dengan ibu pigi Majlis Anniversary perkahwinan kawan baik ayah Dato Sham malam ni di rumahnya."

"Perlu ke Sera pergi ? Nanti ibu terus badmood nampak Sera datang, tak payalah Sera ikut." Pujuk Sera.

"Nak diikutkan ibu kamu memang hari-hari badmood. Sera kena pergi juga. Dan lagi satu, ayah nak kamu pindah balik ke rumah."

"Tapi ayah...".

"So, nanti Pak Wan akan ambil Sera di rumah, kita jumpa malam ni di rumah Dato Sham. You must come, no accuse." Tegas Dato Ahmad.

Sera terpaksa menurut perintah ayahnyap. Jelas sekali dia tahu yang Datin Suraya tidak ingin dia datang, namun siapa yang berani bantah kata Dato Ahmad.

-----------------------------------------------------------------------

Petang itu, Sera mengambil keputusan keluar kerja lebih awal kerana ingin bersiap-sedia untuk majlis malam ini.

Kira-kira jam 7 malam, Pak Wan telah sampai di rumah Sera untuk menjemput Sera ke rumah Dato Sham.

Hanya memerlukan masa setengah jam untuk tiba di rumah Dato Sham rakan baik ayahnya. Sera melihat bentuk rumah yang lebih besar berbanding rumah ayahnya. Rumah ini terlihat sangat moden dan elegant. Sera terpersona dengan keindahan rumah ini. Sera berjalan masuk ke dalam halaman rumah Dato Sham, dan melihat sekelilingnya penuh dengan pokok-pokok bunga yang mekar, ada kolam renang, ada kolam ikan, air kolam bersih, memang rumah idaman la. Puji Sera.

Apa yang lebih menarik perhatian Sera ialah bunga Rose yang berwarna merah. Tangan Sera yang nakal ingin memetik bunga itu, tiba-tiba ada suara seorang perempuan yang menyebabkan Sera menghentikan perbuatannya itu.

"Hem." Sera terus memutarkan badannya dan melihat seorang wanita yang dalam lingkungan umur 45 tahun berdiri di belakangnya. Sera yang terkejut melihat wanita itu hampir terjatuh ke dalam kolam.

"Eh hati-hati." Sera merasakan tangannya ditarik oleh wanita itu untuk menahannya daripada terjatuh ke dalam kolam.

'Nasib aunt ni tahan aku, kalau tak, aku dah jadi puteri duyung dalam kolam ni' kata Sera dalam hati.

"Cik ok ke ?, Ada luka mana-mana ke ?". Tanya aunt itu.

"Eh tiada, terima kasih aunt tahan Sera tadi, kalau tak Sera dah mandi dalam kolam aunt ni."

'Aunt' hairan Datin Karmila yang mendengar wanita itu menyapa dengan gelaran 'aunt'. Namun Datin Karmila hanya tersenyum dan dia tidak pernah berjumpa dengan mana-mana wanita yang tidak mengenali dirinya. 'This girl is something' kata Datin Karmila dalam hati sambil tersenyum.

"Its okay Sera, aunt tak marah pun, Sera datang sini dengan siapa ?"

"Sera datang dengan ayah, maksud Sera Dato Ahmad."

'Sejak bila Dato Ahmad ada anak perempuan ni, bukan anak lelaki ke ?'.

"Aunt, Sera kalau boleh nak borak-borak dengan aunt lama sikit, tapi Sera rasa Majlis di dalam dah nak mula, Sera minta diri dulu."

Sebelum Sera mengundurkan diri, tangan Sera ditahan oleh Datin Karmila,

"What's your full name Sera ?".

"Sera Amani."

Stay safe guys, Happy Reading (◕ᴗ◕✿).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience